baqthier
March 26th, 2005, 12:37 AM
From Berita Harian
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20050326002136/Article/
Universiti Yayasan Al-Bukhary di Johor
KUALA LUMPUR: Yayasan Al-Bukhary akan membina sebuah universiti bertaraf antarabangsa di Johor sejajar usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan terkemuka di rantau ini.
Penasihat Pendidikan Yayasan Al-Bukhary, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, berkata RM700 juta diperuntukkan untuk pembinaan universiti itu di kawasan seluas 120 hektar di Nusa Jaya, Gelang Patah dan dijangka siap pada 2007.
“Yayasan Pendidikan Al-Bukhary sudah mendapat surat jemputan daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menubuhkan universiti bertaraf penuh di Johor, Oktober tahun lalu.
“Universiti ini bertujuan membantu menjadikan negara pusat pendidikan terkemuka dan merealisasikan hasrat kami membantu pelajar dari negara Islam yang sukar mendapatkan tempat di kebanyakan universiti di Barat,” katanya di sini, semalam.
Dr Abdul Shukor yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan berkata, universiti yang akan memfokus kepada bidang sains dan teknologi itu akan membuka peluang pendidikan kepada pelajar tempatan dan dari negara Islam lain.
“Tumpuan (pengambilan) kita adalah pelajar asing terutama dari negara Islam yang sukar mendapat tempat di kebanyakan universiti di Barat,” katanya.
Beliau berkata, universiti itu projek kedua yayasan yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, selepas Institut Pendidikan Tinggi Al-Bukhary (Iptab) yang mula beroperasi pada 2003 di Kompleks Yayasan AlBukhary di Alor Star, Kedah.
Katanya, Iptab yang mengadakan program berkembar dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyediakan peluang pendidikan kepada 150 pelajar daripada lebih 30 negara Islam dengan kos pengajian, tempat tinggal, wang saku dan keperluan lain ditanggung sepenuhnya oleh yayasan.
“Kebanyakan pelajar ini datang dari negara Islam seperti Somalia, Afghanistan, Yaman, Bosnia, Kosovo dan tempat lain yang tiada kemudahan persekolahan pada peringkat tertinggi,” katanya.
Abdul Shukor berkata, dari 2002 hingga akhir tahun ini, yayasan itu juga dijangka membelanjakan RM36.6 juta bagi bantuan persekolahan kepada lebih 10,000 pelajar miskin dari luar bandar dan pedalaman. – Bernama