View Full Version : ALOR SETAR - The official thread

Pages : 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48

guy4versa4
June 12th, 2011, 03:50 AM
i hope they gonna build tune hotel there..very suitable in city center
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1537.jpg

Jamis
June 12th, 2011, 06:32 PM
Ada sesapa blh tolong ajar camner nk upload gambar?
Tq..

emjay
June 13th, 2011, 02:10 AM
^^
U kena guna hos page untuk download gambar. Gambar yg snapped dari camera x leh direct upload dlm forum ni. So, nilah cara sy guna utk download.

1. Guna hos spt. Flickr, Panoramio, photobucket atau gambar dari blog dsb.nya untuk download. i.e. guna hos tersebut utk download gambar yg u snap dari camera.
2. Selepas gambar dah di download dlm hos, klik right button of ur mouse at the photos u nak download.
3. Selepas klik, pergi ke maklumat properties of the photos.
4. Ada detail of the photos dalam address, cth, http://i1230.photobucket.......
5. Copy semua address to.
6. Sebelum copy buka ruang reply dlm thread dan klik icon untuk insert image.
7. selepas copy, address, u paste dalam column yg diminta.
8. Kalau gambar yg dicopy tertulis small, medium atau large, maka jika mahu gambar penuh dlm forum, tukar aje perkataan tersebut kpd medium atau large sekiranya gambar asal adalah small.
9. Sebelum post gambar, cuba preview dulu untuk pastikan usaha anda berjaya.

So, selamat berjaya dan lepas ni bolehlah post banyak gambar. TQ.:cheers:

manman
June 13th, 2011, 04:12 AM
i hope they gonna build tune hotel there..very suitable in city center
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1537.jpg

ni kat mana ni....reno nk buat apa ni....

Jamis
June 13th, 2011, 05:54 AM
Emjay....thanks a lot...very helpful
Manman...bangunan tu dulu ofis Southern bank jln kota...dpn Mydin

othmanaroff
June 13th, 2011, 08:08 AM
^^

kalo kata betul2 ada timah kt kedah bagus lah..just harap kerajaan manage betul2 la hasil bumi tu..tu hasil yg xboleh bersilih ganti tu..

yg psl pelabuhan dan highway ke P. Bunting tu bole jd ke?projek SULIHH tu pn entah bila nk mula..kalo kata sume projek2 nie nk jd pn mmg ambek masa yg lama gila la.. :nuts:

Betul tu, lebih baik manafaatkan pelabuhan Kuala Kedah yang sedia ada

othmanaroff
June 13th, 2011, 08:14 AM
Dalam Harian Metro semalam (Ahad), Tesco Stargate telah mengiklankan jawatan-jawatan untuk pekerja am. Bagi saya, nama 'Tesco Stargate' tu memang agak glamour jika dibandingkan dengan nama stor-stor yang lain.....namun begitu agak mendukacitakan belum ada satu perniagaan pun yg dah mula beroperasi di sana

othmanaroff
June 13th, 2011, 08:41 AM
^^
U kena guna hos page untuk download gambar. Gambar yg snapped dari camera x leh direct upload dlm forum ni. So, nilah cara sy guna utk download.

1. Guna hos spt. Flickr, Panoramio, photobucket atau gambar dari blog dsb.nya untuk download. i.e. guna hos tersebut utk download gambar yg u snap dari camera.
2. Selepas gambar dah di download dlm hos, klik right button of ur mouse at the photos u nak download.
3. Selepas klik, pergi ke maklumat properties of the photos.
4. Ada detail of the photos dalam address, cth, http://i1230.photobucket.......
5. Copy semua address to.
6. Sebelum copy buka ruang reply dlm thread dan klik icon untuk insert image.
7. selepas copy, address, u paste dalam column yg diminta.
8. Kalau gambar yg dicopy tertulis small, medium atau large, maka jika mahu gambar penuh dlm forum, tukar aje perkataan tersebut kpd medium atau large sekiranya gambar asal adalah small.
9. Sebelum post gambar, cuba preview dulu untuk pastikan usaha anda berjaya.

So, selamat berjaya dan lepas ni bolehlah post banyak gambar. TQ.:cheers:

Emjay, saya sampai ke step no. 7, tapi gambar tak keluar pun, mana mana tu? maaf kerna menggangu...!

emjay
June 13th, 2011, 08:55 AM
Mungkin masa nak paste image ada keluar tak sign IMG kat depan dan belakang url address yg nak diletakkan tu?

Mcm ni.. [IMG]http://i1230.photobucket....[IMG]

othmanaroff
June 13th, 2011, 10:00 AM
Mungkin masa nak paste image ada keluar tak sign IMG kat depan dan belakang url address yg nak diletakkan tu?

Mcm ni.. [IMG]http://i1230.photobucket....[IMG]

So, [IMG] tu nak dikekalkan atau delete

emjay
June 13th, 2011, 10:19 AM
^^
Kena maintain:)

arock_staq
June 13th, 2011, 10:21 AM
So, [IMG] tu nak dikekalkan atau delete

gambaq apa yg nk upload tu...mcm sempoi saja..

othmanaroff
June 13th, 2011, 10:33 AM
gambaq apa yg nk upload tu...mcm sempoi saja..

Biasa saja....tak sempoi pun

manman
June 14th, 2011, 08:00 AM
Biasa saja....tak sempoi pun

x timboi2 pun gambaq....

dean87
June 14th, 2011, 09:52 AM
kalo xbrapa nk buleh gak. try yg ni plak...

1. buka webpage http://imageshack.us/
2. amek media upload
3. amek upload 'images/videos'
4. browse n pilih gmbaq yg nk diupload
5. resize image (15" - 19" ikut kesesuaian)
6. click 'upload now' n tunggu smpai appear upload successful (abaikan register by clicking 'cancel')
7. copy link kat forum code
8. then paste kt post/quick reply

http://img121.imageshack.us/img121/7/bangsarsouth6.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/121/bangsarsouth6.jpg/)
gambar sekadar hiasan
Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

ini mcm saja....gudluck :)

othmanaroff
June 14th, 2011, 11:09 AM

TQ Bro...

manman
June 14th, 2011, 12:53 PM
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/26/nation/8756601&sec=nation

tune hotel aakan di buka di kulim dan sungai petani....nampak gaya alor setar terpaksa bersaing dengan sungai petani dan kulim...

Zulhelmi
June 14th, 2011, 01:08 PM
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/26/nation/8756601&sec=nation

tune hotel aakan di buka di kulim dan sungai petani....nampak gaya alor setar terpaksa bersaing dengan sungai petani dan kulim...
Like I said in previous post, depa pun dah actually too late nk bukak kat Alor Setar sebab dah memang banyak hotel concept yang sama kt Alor Setar compared to Kulim n Sungai Petani.

SP n Kulim mmg perlukan something like Tune Hotels. Meanwhile, kt AS dah saturated pun rasanya.

pathoboy
June 14th, 2011, 02:54 PM

Aku terpaksa setuju dgn hg zul..walaupn ak kalo bole nak jugak hotel famous mcm Tune Hotel ada dkt AS..mcm KB pn dah ada Tune Hotel padahal aku rasa KB ada byk hotel kot..tapi apa2 pn minta2 la hotel dkt starcity dan hotel kt kopitiam tu betul2 jd.. :cheers:

manman
June 14th, 2011, 03:40 PM
dah penah stay kat tune hotel lcct...masa nak pi ho chin minh city....x syok lansung..
bilik sempit nk sembahyag pun kena dok atas katil...hu..hu..mmg x sesuai untuk as..coz as demand lebih kepada family group...local tourist..tune hotel lebih sesuai untuk backpacker..

pathoboy
June 14th, 2011, 08:22 PM

itulah..mmg betul la ckp hg man yg hotel ni mmg utk backpacker..mksd aku kalau ada hotel yg dikenali cmnie terutamanya utk pelancong asing..dan betul kata zul hotel cmni mmg da byk da kt AS..just xterkenal..pelancong asing mesti nk booking dlu melalui internet sblm smpai AS..lain la kalau semua hotel backpacker kt AS ni ada register kt hostelworld atau laman sesawang international lain..kalau kt kdh nie langkawi ngan SP ja yg ada kt laman hostelworld.. :cheers:

dean87
June 15th, 2011, 11:51 AM
Hari Muzium Antarabangsa mulai 7 julai
Rabu, 15 Jun 2011 16:16 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 14 Jun: Lembaga Muzium Negeri Kedah akan menganjurkan sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah 2011 selama tiga hari mulai 7 Julai ini.

Program ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Menurut pengarahnya Encik Zuhaidi Shukri, hari pelancaran merupakan kemuncak sambutan di mana akan diumumkan Anugerah Tokoh Muzium serta Pelancaran Sukarelawan Muzium.

Pihak muzium telah merancang aktiviti bagi mendekatkan sasaran generasi masa depan iaitu kanak-kanak dengan menganjurkan pertandingan mewarna kanak-kanak dan puppet show.

Katanya, pada sambutan ini tidak ketinggalan pameran dari pelbagai jabatan kerajaan serta agensi termasuklah Jabatan Penjara, AADK, Polis Di-Raja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Kraftangan Malaysia, Muzium dan Angkatan Pelukis Kedah.

“Pelajar sekolah yang berminat membaca akan berpeluang membaca dan meminjam buku dari Perpusatakaan Bergerak yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah.

Menurutnya lagi, pada hari kedua (Jumaat) pihak muzium akan memberi tumpuan kepada semua golongan tidak kira gender serta kanak-kanak bagi menyertai senam seni yang dimulai jam 8.00 pagi.

Untuk kaum wanita pula pihak penganjur membuka peluang untuk mereka menunjukkan kemahiran masing-masing dengan menyertai pertandingan gubahan Sirih Junjung.

Orang ramai boleh menyertai permainan tradisional seperti dam aji, batu seremban, congkak serta demontrasi seni silat mempertahankan diri.

Pada malam selepas perasmian diadakan forum perdana bertajuk Muzium dan Kenangan:Memahat Kegemilangan Ummah.

Beliau menyeru orang ramai sekitar Alor Setar serta pihak sekolah membawa para pelajar datang meramaikan sambutan Hari Muzium Antarabangsa ini.

johan is
June 15th, 2011, 02:48 PM
Like I said in previous post, depa pun dah actually too late nk bukak kat Alor Setar sebab dah memang banyak hotel concept yang sama kt Alor Setar compared to Kulim n Sungai Petani.

SP n Kulim mmg perlukan something like Tune Hotels. Meanwhile, kt AS dah saturated pun rasanya.

Kat SP pun ada bnyak jugak hotel yg konsep bajet tu~

adzmierzboy
June 15th, 2011, 03:02 PM
Pemaju popular di Alor Setar Binaan Sentosa,sekarang di kenali sebagai Sentosa Club BHD

dari web http://www.sentosaclubbhd.com/

http://i960.photobucket.com/albums/ae89/adzmierz/contact_1png.jpg
Wisma Sentosa

Jalan Kampung Perak,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Tel No : 04- 730 5555
Fax No : 04- 731 2394
Email : sentosaclubbhd@gmail.com

guy4versa4
June 16th, 2011, 09:03 PM
i need your vote guy..please..(pertandingan mereka pingat sukan olimpik remaja innsbruck 2012 )
http://www.medaldesigncompetition.com/Contents/En/DesignDetails.aspx?SortBy=1&d=19&s=

new dataran usahawan alorstar
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1538.jpg

Zulhelmi
June 17th, 2011, 03:53 AM
Wow... Now baru balik AS. Skrang memang tengah rancak la development. Jalan Stadium pun mcm nk renovate lain plak. HQ PDRM pun dah nak sampai ke puncak dia, mmg tinggi. Housing development kt Anak Bukit ke Jitra memang tengah hot skrang ni...

Best la!

dean87
June 17th, 2011, 05:09 AM
Dalam Harian Metro semalam (Ahad), Tesco Stargate telah mengiklankan jawatan-jawatan untuk pekerja am. Bagi saya, nama 'Tesco Stargate' tu memang agak glamour jika dibandingkan dengan nama stor-stor yang lain.....namun begitu agak mendukacitakan belum ada satu perniagaan pun yg dah mula beroperasi di sana

depa tunggu nak buka sekali dgn tesco grand opening la tu...kalo buka la ni mmg rugi, tak brapa nak ramai org nk p ...

othmanaroff
June 17th, 2011, 10:13 AM
Wow... Now baru balik AS. Skrang memang tengah rancak la development. Jalan Stadium pun mcm nk renovate lain plak. HQ PDRM pun dah nak sampai ke puncak dia, mmg tinggi. Housing development kt Anak Bukit ke Jitra memang tengah hot skrang ni...

Best la!

Semasa keluar dari airport baru-baru ni, saya perasan yg satu kawasan tanah di sebelah kiri jaln susur keluar telah ditambun.....tak tau apa nak dibina...kompleks tabung haji ka

pathoboy
June 17th, 2011, 10:36 PM
http://img501.imageshack.us/img501/258/19510641wyjfruq1yq64dfmhf8.jpg

apa jd dgn projek hotel nie??ak usha dri page 13 kt threat nie..rasanya dri 2008 lg..mcm proposal yg takan jd kenyataan je..haha

anyway dataran usahawan tu bole tahan cantik ! dan ada sape2 tau psl projek kt tepi airport yg En. Othman ckp..nk jugak tau projek apa.. :)

emjay
June 17th, 2011, 11:50 PM
^^
Dah lama dah Sentosa Group propose hotel extension ni. Rasanya tak jadi kot mungkin bukan sekarang.

pathoboy
June 18th, 2011, 03:17 AM
^^

kalo kata kata jd maknanya myb bangunan trtinggi la kt AS..sbb kira2 mcm 37 tingkat je..tp mcm xlogik pn ada sbb hotel nie cm tinggi gila nk wt apa..mmg kalah Holiday Villa.. :nuts:

dean87
June 18th, 2011, 06:28 AM
^^
kalo ikutkan ada 1 lagi hotel extension proposal (sentosa hotel) by sentosa group, lebih kurang dlm 20+ tgkat kat blkg menara sentosa. Tp mgkin senasib gak mcm sentosa regency jln putra:bash:. Yg ni pun boleh tahan gak sbb twin towers....

kalo la 2 projek hotel ni mmg btul2 jadi....AS mmg boom!!!:nuts:

Zulhelmi
June 18th, 2011, 06:41 AM
Semalam aku drive pi Star City Hotel. Yang bangunan tinggi yg abandoned tu dah resume? Ada info depa nak buat apa? Agak besar aku tgok.

U know guys, aku suka cara Alor Setar membangun utk berdiri sendiri. Maksudnya, kita takda terima tempias dr mana-mana tempat. If you notice, for example mcm Sungai Petani, depa sah sah la nampak tempias dari Penang. Tengok semua kereta yg ada kt SP, semua number plate Png even yg kereta kecik mcm Viva skali pun. Aku pikir takkan nk pi all the way to Penang just so untuk nk beli kereta mcm Viva ja? Nampak x point aku?

Sementara kt AS, kereta plate kedah bersepah atas jalan termasuk jugak yg kereta mewah. Aku bangga jugak la kalau jumpa kereta mewah plate kedah hahaha. Is it me or aku rasa perumahan kt AS walaupun tak banyak tapi mostly grand? Contoh Pumpong, Jalan Sultanah, Anak Bukit, Desa Seraya etc.

Dan aku notice skarang, jalan raya utama semua tengah upgrade. Contoh:
- Jalan Langgar w/ flyover
- Jalan Stadium (new)
- Jalan Telok Wanjah w/ flyover (kalau jd CBD baru memang best, aku rasa PBT patut develop area sini instead of nak bukak kat Limbong Kapal [which I know it is never going to happen])
- Jalan Tanjung Bendahara w/ bridge
- Jalan Sultanah w/ flyover
- Jalan Alor Mengkudu w/ flyover
- Jalan Suka Menanti

Development kat Anak Bukit (utara AS) dan ke atas:
- Taman Seladang - nampak mcm high-end jugak, direct competition dengan Villa Tunku. siap guna bata merah lagi.. mahal tu.
- Villa Anak Bukit - new project from Encomas. developer ni memang go for mid to high end housing development. harga pun leh tahan mahal, starting from RM330k. location dia memang ke dalam, x silap aku blakang Taman Kancil/Laman Kuda
- unknown - from Encomas jugak, betul2 depan Taman Berlian tapi ada 2 unit ja, 75% complete
- Taman Rusa - taman baru yang aku x penah tau tapi aku msuk2 dah siap.
- Jabatan Pertahanan Awam - i think more than 20-30% complete
- Stesen KTM Anak Bukit - dah nampak shape. access melalui kompleks kerajaan kalau dr Jitra atau masuk bawah flyover (tapak pekan ahad) kalau dari Alor Setar.
- unknow - mcm ada poster kat sini ckap. bendang tepi junction nak ke airport dah ditambun. xtau nak buat projek apa.

Dan more to come in the next 5-10 years kat area sini. Aku memang dah dengar tuan2 bendang kat area kampung aku ni dah sign agreement dengan developer utk buat rumah lagi tapi bkn nak buat sekarang la.

Cheers!

emzeti
June 18th, 2011, 09:55 AM
....skip...
U know guys, aku suka cara Alor Setar membangun utk berdiri sendiri. Maksudnya, kita takda terima tempias dr mana-mana tempat. If you notice, for example mcm Sungai Petani, depa sah sah la nampak tempias dari Penang. ....skip..skip

Cheers!

ya..ya aku nampak..sebab aku duduk kt kedah ni dari 1998 tengok a.setar, jitra, changlun membangun pelan2..lgpun takda tempias negeri besar dan maju mcm kt sp->penang, negeri2 di melaka, n9 dekat sgt dgn KL-Selangor..
la ni aku kt changlun..

p/s: hehe aku org kuching, sarawak..bangga juga kuching membangun sgt pesat lg la org tak lalu ikut plus highway dari KL-JB..keh2..nampak tak point aku..

Jamis
June 18th, 2011, 10:06 AM
Nie gambaq2 ibupejabat IPK jln stadium yg diambil minggu lepas...
kelihatan pokok2 ditepi jln telah ditebang...mungkin utk pembesaran sedikit jln atau memperelokkan sistem perparitan...

http://img577.imageshack.us/img577/5985/dsc0668hp.jpg
Shot at 2011-06-18

http://img24.imageshack.us/img24/2796/dsc0670s.jpg
Shot at 2011-06-18

http://img822.imageshack.us/img822/5474/dsc0673g.jpg
Shot at 2011-06-18

http://img806.imageshack.us/img806/3917/dsc0676l.jpg
Shot at 2011-06-18

http://img842.imageshack.us/img842/1824/dsc0677f.jpg
Shot at 2011-06-18

emzeti
June 18th, 2011, 10:10 AM
aku rasa kawasan tu kena ada pembesaran jalan dan buat juga U-Turn, bg mudah org nak patah balik tak payah kena pusing roundabout..

smallcity
June 18th, 2011, 11:05 AM
....Tengok semua kereta yg ada kt SP, semua number plate Png even yg kereta kecik mcm Viva skali pun. Aku pikir takkan nk pi all the way to Penang just so untuk nk beli kereta mcm Viva ja? Nampak x point aku?....

alamak bro...org sg petani bkn mintak pun plet penang tu...dh depa dpt mcm tu...area kedah tgh dgn kedah selatan mmg dpt plet penang...pasaipa dpt plet penang kena la pi tnya kt jpj...

Zulhelmi
June 18th, 2011, 11:38 AM
alamak bro...org sg petani bkn mintak pun plet penang tu...dh depa dpt mcm tu...area kedah tgh dgn kedah selatan mmg dpt plet penang...pasaipa dpt plet penang kena la pi tnya kt jpj...
Lah... serious ke? peliknya mcm tu... sian hampa. free ja aku kutuk hehehe...

Anyway, my mistake. Sorry.

Tgok mcm depa nk buat dataran depan bangunan polis tu... Stylo plak aku tengok..

Jamis
June 18th, 2011, 12:24 PM
Org kedah selatan dpj plat Penang bkn pasai jpj kedah bagi...masalah ni berpunca pasai byk kedai kereta kt SP dia punya HQ kt penang...jd semua urusan dibuat di jpj seberang prai sbb depa dh besa berurusan di sana...jpj kedah cawangan sp takkan bg plat selain plat K tanpa permintaan owner kereta.

pathoboy
June 18th, 2011, 10:18 PM
^^

Thanx En. Jamis psl gambaq HQ polis..dah lama ak nk tgk apa dah jd ngan HQ tu..xsabar nk balik AS nk tgk apa perubahan nk jd..gambaq tesco stargate ada x?da siap ke belum tesco tu??

Zulhelmi
June 19th, 2011, 03:33 AM
^^

Thanx En. Jamis psl gambaq HQ polis..dah lama ak nk tgk apa dah jd ngan HQ tu..xsabar nk balik AS nk tgk apa perubahan nk jd..gambaq tesco stargate ada x?da siap ke belum tesco tu??
Dah nk siap pun... Aku igt lagi 3-4 bulan bkk la tu... aku tgok td otw nk balik sp, msuk tol selatan

manman
June 19th, 2011, 04:50 AM
Tengok semua kereta yg ada kt SP, semua number plate Png even yg kereta kecik mcm Viva skali pun. Aku pikir takkan nk pi all the way to Penang just so untuk nk beli kereta mcm Viva ja? Nampak x point aku?

Cheers!

dulu memmang orang kedah belah selatan terutamanya... suka plet peneng...depa kata bila nk jual senang...plet peneng macam plet wilayah la..x mewakili mana2 negeri...so lebih mudah diterima...la x tau la..ada ka lagi mcm 2...tapi bagi ak lebih baik plet "K"

pathoboy
June 19th, 2011, 10:55 PM
dulu ak pn dgr cerita org mcm 2 jugak..plet png nie laku..tp tak tau la kesahihan dia mcm mana..dan tahun lps bapak aku ada beli kereta kt SP..dpt plet png..aku rasa mmg sbb syarikat kereta kt SP ni anak syarikat dri png kowt..dan masa ak skolah kt kulim cikgu2 aku kt kulim dulu semua plet png..mana ada plet kedah2 nie..plet kdh skrg KDA (kedah darul aman)..mhl tuu..

adzmierzboy
June 20th, 2011, 04:55 AM

Yep pasal no plate ni memang sgt menyedihkan,aku sebagai anak jati kulim memang dah menyedari hal ni dari dulu lagi,kat kulim nk jumpa no plate K memang susah la.orang kulim n sp n sekitar selatan n kedah tengah ni mempunyai populasi yang tinggi jgk,Kalau p masjid tgk la smua motor yang parking,smua no plate P.klau semua pakai plate K,mungkin plate K dah sampai KF... he2..bila ada jer kereta no plate K kt area kulim,msti otak aku pikir,ni mesti org alor setaq mai ni...tp apa-apa pun nilah keunikan Kulim...anda akan berasa berada di luar kedah apabila berada di kulim he2...:)

maafcakap
June 20th, 2011, 09:55 AM
mungkin kerana salah satu sbb penang dekat ngan kulim...keta kat sane kat berlambak2...so export ke kedah barangkali...tu pasal plate penang banyak

johan is
June 20th, 2011, 10:39 AM
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9181853.asp

ALOR SETAR - Kedah bercadang menjadikan Pulau Bunting di daerah Yan sebagai pelabuhan antarabangsa apabila projek landasan kereta api berkembar Kunming, China ke Ipoh siap pada 2013.

Selain itu, ia dapat merancakkan aktiviti perniagaan apabila projek penapisan minyak Hab Hidro Karbon Sungai Limau (SULIHH) beroperasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selain membuka pelabuhan baru itu, Kerajaan Negeri bercadang membina landasan kereta api yang menghubungkan Pulau Bunting ke Kobah di Pendang.

“Saya yakin hasrat ini akan tercapai kerana beberapa pelabur dari Kunming, China menunjukkan minat untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai pelabuhan bagi memindahkan produk mereka sebelum dieksport ke Afrika dan Australia,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya SULIHH dan pelabuhan di Pulau Bunting kelak, pembangunan di sekitar kawasan Sungai Limau akan berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan penduduk setempat.

“Kedua-dua projek pembangunan itu amat penting kepada Kerajaan Negeri, terutama industri minyak yang memerlukan pengangkutan darat yang efisien untuk dibawa keluar dari Kedah,” katanya.

Azizan berkata, kewujudan Pulau Bunting sebagai pelabuhan baru juga amat dialu-alukan pelabur antarabangsa sebagai tempat persinggahan kapal dagang kerana ia lebih efisien dan menjimatkan kos.

“Kita rancang dahulu dan apabila siap landasan berkembar China-Ipoh kelak, saya yakin barangan dari China yang akan dieksport akan transit di pelabuhan ini kerana lebih dekat dan menjimatkan kos berbanding pelabuhan sedia ada di Seberang Perai,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri masih dalam perundingan dengan pihak terbabit, namun enggan mendedahkan pelabur atau syarikat terlibat.

“Apabila semuanya sudah dimeterai saya akan umumkan, namun saya yakin dapat sokongan Kerajaan Pusat dalam perkara ini. Kita sudah hantar kertas cadangan dan mendapat maklum balas, terpulang pada kebenaran mereka untuk bangunkan kawasan mana,” katanya.

Azizan berkata, selain mengurangkan kesesakan, kewujudan pelabuhan itu kelak berperanan sebagai tempat transit menyimpan barangan sebelum dieksport ke negara lain.

“Pembinaan pelabuhan ini dalam perancangan dan persediaan awal kini masih di peringkat pandangan dan sokongan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan projek SULIHH, Azizan berkata, pelaksanaan projek bernilai RM36 bilion yang lebih setahun tertangguh berikutan pelabur menarik diri tetap diteruskan.

“Kita sudah ada pelabur baru dan merancang membuka beberapa pembangunan di sekitar termasuk infrastruktur dan lebuh raya menghubungkan tapak SULIHH,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pelabur untuk merealisasikan pembinaannya sebagai tempat tapisan minyak yang mampu menjana pendapatan negeri mahupun rakyat.

“Merapoh Resources Sdn Bhd dan pelabur baru terbabit akan berbincang mengenai pelaksanaan dan tindakan lanjut, mungkin ada sedikit perubahan. Saya harap dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

SULIHH adalah projek penapisan minyak di kawasan tambak laut di Sungai Limau, Yan. Minyak mentah dari Timur Tengah akan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji itu beroperasi.

Minyak yang diproses di SULIHH disalurkan ke depot simpanan Jerlun untuk dieksport semula melalui paip bawah tanah dari Bukit Kayu Hitam yang disambung ke Thailand.

guy4versa4
June 20th, 2011, 11:23 AM
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1542.jpg

johan is
June 20th, 2011, 02:41 PM
Polis skrg makin maju...bnyak bangunan yg baru buat cantik2

daeng_jal
June 20th, 2011, 03:08 PM
ya..ya aku nampak..sebab aku duduk kt kedah ni dari 1998 tengok a.setar, jitra, changlun membangun pelan2..lgpun takda tempias negeri besar dan maju mcm kt sp->penang, negeri2 di melaka, n9 dekat sgt dgn KL-Selangor..
la ni aku kt changlun..

p/s: hehe aku org kuching, sarawak..bangga juga kuching membangun sgt pesat lg la org tak lalu ikut plus highway dari KL-JB..keh2..nampak tak point aku..

sorry ckit..melaka x amek tempias kl pon, mcm selangor n n9..:lol::lol:
its 130km tau dr kl,alang2 tempias kl baik ckp jb n singapore,tu pon dlm 160-200km dr mlk

daeng_jal
June 20th, 2011, 03:10 PM
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9181853.asp

ALOR SETAR - Kedah bercadang menjadikan Pulau Bunting di daerah Yan sebagai pelabuhan antarabangsa apabila projek landasan kereta api berkembar Kunming, China ke Ipoh siap pada 2013.

Selain itu, ia dapat merancakkan aktiviti perniagaan apabila projek penapisan minyak Hab Hidro Karbon Sungai Limau (SULIHH) beroperasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selain membuka pelabuhan baru itu, Kerajaan Negeri bercadang membina landasan kereta api yang menghubungkan Pulau Bunting ke Kobah di Pendang.

“Saya yakin hasrat ini akan tercapai kerana beberapa pelabur dari Kunming, China menunjukkan minat untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai pelabuhan bagi memindahkan produk mereka sebelum dieksport ke Afrika dan Australia,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya SULIHH dan pelabuhan di Pulau Bunting kelak, pembangunan di sekitar kawasan Sungai Limau akan berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan penduduk setempat.

“Kedua-dua projek pembangunan itu amat penting kepada Kerajaan Negeri, terutama industri minyak yang memerlukan pengangkutan darat yang efisien untuk dibawa keluar dari Kedah,” katanya.

Azizan berkata, kewujudan Pulau Bunting sebagai pelabuhan baru juga amat dialu-alukan pelabur antarabangsa sebagai tempat persinggahan kapal dagang kerana ia lebih efisien dan menjimatkan kos.

“Kita rancang dahulu dan apabila siap landasan berkembar China-Ipoh kelak, saya yakin barangan dari China yang akan dieksport akan transit di pelabuhan ini kerana lebih dekat dan menjimatkan kos berbanding pelabuhan sedia ada di Seberang Perai,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri masih dalam perundingan dengan pihak terbabit, namun enggan mendedahkan pelabur atau syarikat terlibat.

“Apabila semuanya sudah dimeterai saya akan umumkan, namun saya yakin dapat sokongan Kerajaan Pusat dalam perkara ini. Kita sudah hantar kertas cadangan dan mendapat maklum balas, terpulang pada kebenaran mereka untuk bangunkan kawasan mana,” katanya.

Azizan berkata, selain mengurangkan kesesakan, kewujudan pelabuhan itu kelak berperanan sebagai tempat transit menyimpan barangan sebelum dieksport ke negara lain.

“Pembinaan pelabuhan ini dalam perancangan dan persediaan awal kini masih di peringkat pandangan dan sokongan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan projek SULIHH, Azizan berkata, pelaksanaan projek bernilai RM36 bilion yang lebih setahun tertangguh berikutan pelabur menarik diri tetap diteruskan.

“Kita sudah ada pelabur baru dan merancang membuka beberapa pembangunan di sekitar termasuk infrastruktur dan lebuh raya menghubungkan tapak SULIHH,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pelabur untuk merealisasikan pembinaannya sebagai tempat tapisan minyak yang mampu menjana pendapatan negeri mahupun rakyat.

“Merapoh Resources Sdn Bhd dan pelabur baru terbabit akan berbincang mengenai pelaksanaan dan tindakan lanjut, mungkin ada sedikit perubahan. Saya harap dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

SULIHH adalah projek penapisan minyak di kawasan tambak laut di Sungai Limau, Yan. Minyak mentah dari Timur Tengah akan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji itu beroperasi.

Minyak yang diproses di SULIHH disalurkan ke depot simpanan Jerlun untuk dieksport semula melalui paip bawah tanah dari Bukit Kayu Hitam yang disambung ke Thailand.

ni dkt bridge to nowhere yg tun M buat tu kan?

guy4versa4
June 20th, 2011, 03:19 PM
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1535.jpg

amantpeace
June 20th, 2011, 04:26 PM
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1535.jpg

Bile la projek atas ni nk complete? cukup la plaza tunku yaakob je yg jd camni... atas jln yg sama lak tu...

pathoboy
June 20th, 2011, 04:56 PM
ni dkt bridge to nowhere yg tun M buat tu kan?

hahaha..betul la tuh..aku x penah smpai lg kt pulau tu..tgk dri ats gunung jerai penah la..nway betul la ckp daeng yg melaka xdtg dri tempias kl..melaka mmbangun sbb pemerintah dia pulun gila nk bngunkn melaka..lgpn melaka byk potensi sejarah..kalau kata langkawi pusat pemerintahan negeri kedah aku rasa mesti langkawi nie pn dah jd mcm penang..pembangunan yg mmg tiptop!ada potensi tanah dan pelancongan yg mantap..ni bg pndgn aku la.. :cheers:

pathoboy
June 20th, 2011, 04:58 PM
Bile la projek atas ni nk complete? cukup la plaza tunku yaakob je yg jd camni... atas jln yg sama lak tu...

agak laa..ntah bila la nk siap projek bgnn DPMM ni..hari tu ak dgr syed bukhari nk tlg siapkn projek ni..tataw la mcm mana crita dia skrg.. :nuts:

Zulhelmi
June 20th, 2011, 06:35 PM
hahaha..betul la tuh..aku x penah smpai lg kt pulau tu..tgk dri ats gunung jerai penah la..nway betul la ckp daeng yg melaka xdtg dri tempias kl..melaka mmbangun sbb pemerintah dia pulun gila nk bngunkn melaka..lgpn melaka byk potensi sejarah..kalau kata langkawi pusat pemerintahan negeri kedah aku rasa mesti langkawi nie pn dah jd mcm penang..pembangunan yg mmg tiptop!ada potensi tanah dan pelancongan yg mantap..ni bg pndgn aku la.. :cheers:
Kedah memang potensi banyak. Kalau nk kirakan, Kedah ni mcm a mix of everything. Contoh, AS-Jitra/SP/Kulim for urban, Yan/Baling/Kuala Nerang for lush nature, Langkawi for island wonder, Bedong/Merbok/Kuala Muda for historic places.

Dan aku pelik dan heran jugak. Kenapa UiTM Kampus Merbok tak offer course archeological/history/the likes? If so aku rasa boleh contribute lebih banyak kepada local community and its surroundings. Sebab sekarang area Bujang ni mcm kurang penyelidikan. Why not bagi student sendiri yg buat research drpada nk kluarkan budget lain utk buat research? Kampus Merbok offer management courses. Apa la sangat yang boleh offer kepada local community?

Anyway, Alor Setar had its golden age long time ago. Contoh, the pioneer of the Malaya aviation industry. KLM served Alor Setar-Amsterdam twice weekly. Sir Charles Kingsford Smith, Australian aviator crashed landed at Alor Setar. Semua benda-benda ni kena diingat dan preserve. Disebabkan kita, orang Alor Setar taktau psal semua benda ni, bandar yang kita sayang ni makin kebelakang (apabila sepatutnya skarang dah lebih pesat), kena condemn la etc.

pathoboy
June 20th, 2011, 08:42 PM
^^

Nak buat mcm mana zul dah AS ni tanah sawah org melayu..kalo tak dari zmn che det lg dia dah bgnkn AS ni..krg kalau dia buat pembangunan suka2 hati dia org melayu melenting plak..kata nak gadaikan tanah melayu..so mesti dia ada plan sndri..mayb dia tunggu smpai ekonomi org melayu dah kukuh dan kuasa beli mampu baru la bole buat pembangunan kt AS..biakan je AS ni brkembang secara sndri.. :)

p/s : aku bknnya nk politikkn tapi bila fikir2 balik myb che det dah fikir kedepan la..kalau salah sori.. :cheers:

manman
June 21st, 2011, 05:31 AM
sorry ckit..melaka x amek tempias kl pon, mcm selangor n n9..:lol::lol:
its 130km tau dr kl,alang2 tempias kl baik ckp jb n singapore,tu pon dlm 160-200km dr mlk

melaka bukan saja tempias klang valey...lol...bahkan 1 malaysia...tempiasnya..
sejak merdeka...melaka mmg dah diangkat sbg tempat no wahid pelancongan sejarah di malaysia...ingat masa sekolah dulu sikit2 rombongan buat pi melaka..sampai la skrg...tourist luar kalu yg suka sejarah mesti di promote pi melaka dulu... rombongan cik kiah pun byk pi melaka...sbb 2 melaka berkembang pesat...apa pun yang paling saya suka ttg melaka ialah pembangunan sg melaka..good job..

dean87
June 21st, 2011, 07:20 AM
Banjir kilat di Bandaraya Alor Setar
Selasa, 21 Jun 2011 11:42 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 20 Jun: Hujan dalam masa tiga jam menyebabkan beberapa jalan di Bandaraya Alor Setar dinaiki air.

Tinjauan yang dilakukan mendapati Jalan Teluk Wanjah berhampiran Menara Zakat Negeri Kedah dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Pemandu kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan mereka dan tinjauan turut mendapati beberapa kedai di situ turut dimasuki air.

Ia dipercayai berpunca dari projek pembinaan jalan bertingkat yang dibuat oleh GMC-Gamuda. Bagaimanapun gangguan tersebut dijangka berlaku untuk sementara waktu sahaja.

dean87
June 21st, 2011, 12:47 PM
existing:
- AS telecommunication tower (165.5m = 45-55 storeys building)
- holiday villa hotel: 22
- wisma pknk: 15
- wisma peladang: 13
- bgunan sultan abd halim: 13
- bgunan tunku: 10
- the regency hotel: 11
- menara sentosa: 10
- menara kwsp: 11
- menara zakat: 11
- kedah medical centre: 10
- putra medical centre: 9-10
- menara bdb: 10
- kuarters hospital sultanah bahiyah: 10
- starcity hotel: 10
- menara tnb: 10
- wisma persekutuan: 9-10

u/c or abandoned:
- kedah police hq: 12
- apartment bandar sri ampang: 16 (ntah la xsiap2 lg)
- hotel in starcity: 18

coming soon/future/proposed:
- amansuri residences: 22 & 25 (begin in nov)
- 4-star hotel: 15 (mgkin xjd gak)
- 4 hotel blocks in seberang perak: 14 & 18 (RKK AS 2011-2015)
- sentosa regency hotel extension: 35 (mcm xjd kot, still proposal)
- sentosa hotels next to menara sentosa: 10 & 20+ (pun mgkin gak)

*excluding below 9 storeys buildings, more less be considered as midrises, such as followings:
existing:
- arkib negara malaysia: 8-9
- wisma darulaman: 8
- sentosa regency hotel: 8
- kedah police quarters: 9
- kurnia insurances: 7-8
- sentosa mall: 7 kot
- plaza mara: 8
- old bgunan agro bank next to the regency: 9
- hospital sultanah bahiyah: 7-8
- bgunan risda: 9

u/c or abandoned:
- wisma dpmk: 8
- hotel at jln pintu sepuluh: 8

coming soon/future/proposed:
- kompleks haji
- souq aman
- few budget hotels, etc

Zulhelmi
June 21st, 2011, 01:12 PM
Banjir kilat di Bandaraya Alor Setar
Selasa, 21 Jun 2011 11:42 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 20 Jun: Hujan dalam masa tiga jam menyebabkan beberapa jalan di Bandaraya Alor Setar dinaiki air.

Tinjauan yang dilakukan mendapati Jalan Teluk Wanjah berhampiran Menara Zakat Negeri Kedah dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Pemandu kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan mereka dan tinjauan turut mendapati beberapa kedai di situ turut dimasuki air.

Ia dipercayai berpunca dari projek pembinaan jalan bertingkat yang dibuat oleh GMC-Gamuda. Bagaimanapun gangguan tersebut dijangka berlaku untuk sementara waktu sahaja.
Good. Ni la namanya 'pembangunan'....

LOL

pathoboy
June 21st, 2011, 02:01 PM
Good. Ni la namanya 'pembangunan'....

LOL

haha..bila la agaknya nk siap flyover2 kt jln2 AS ni..ada sapa2 tau x?sistem perparitan kt jln teluk wanjah tu problem ke skrg ni?pbt tlg la buat sesuatu.. :ohno:

Jamis
June 21st, 2011, 02:25 PM
Semasa keluar dari airport baru-baru ni, saya perasan yg satu kawasan tanah di sebelah kiri jaln susur keluar telah ditambun.....tak tau apa nak dibina...kompleks tabung haji ka

Dari apa yg diceritakan oleh org2 kampung sekitar Titi Gajah, memang tanah bersebelahan susur keluar dari Airport adalah tapak untuk pembinaan Kompleks Tabung Haji...TH jugak khabarnya turut membina hotel bagi kemudahan jemaah haji dan keluarga yg dtg dr jauh menginap. Jemaah haji luar terutama dari Thailand jugak menggunakan kemudahan disini. Lgpun airport alor setar mmg menawarkan penerbangan terus ke Tanah Suci...tentang hotel tu rasanya taklah setaraf 4-5 bintang...cukuplah utk menampung jemaah haji...maybe jugak dibuka utk org awam diluar musim haji utk menginap...itu yg sy dgr...kalau salah, maaflah.

amantpeace
June 21st, 2011, 03:16 PM

Kalo betol la....mmg Best !!
Nanti mesti jd town br kat area airport tu....Sbb jemaah haji makin bertambah setiap tahun....&then tambah plak dgn town anak bukit...sure Gempak !!
* Very big DREAM la haha.. :nuts:

Zulhelmi
June 21st, 2011, 05:14 PM
Eh, ada ka direct flight Alor Setar-Jeddah? Rasanya ura2 ja tapi tak penah jadi pun...

Jamis
June 21st, 2011, 06:46 PM
Eh, ada ka direct flight Alor Setar-Jeddah? Rasanya ura2 ja tapi tak penah jadi pun...

Sy cuma crita balik apa yg diceritakan oleh org2 kt situ...tk pasti pulak pasal direct flight tu...tp rasanya dulu mcm pernah kuar paper DYMM Tuanku Sultan pernah meraikan kumpulan pertama jemaah haji ni...klau tk direct pun rasanya jemaah dh tk perlu ke kelana jaya atau penang...cuma singgah kt klia je...

KucingGemuk
June 21st, 2011, 07:38 PM
plet kedah tu kira lajulah tu, walau org belah selatn guna P. ni sama nasib mcm org2 ganu, org utara guna plet D, org selatan guna plet C, tinggal la org tgah guna plet T

pathoboy
June 21st, 2011, 07:48 PM
Sy cuma crita balik apa yg diceritakan oleh org2 kt situ...tk pasti pulak pasal direct flight tu...tp rasanya dulu mcm pernah kuar paper DYMM Tuanku Sultan pernah meraikan kumpulan pertama jemaah haji ni...klau tk direct pun rasanya jemaah dh tk perlu ke kelana jaya atau penang...cuma singgah kt klia je...

ada jugak ak dgr mcm En. Jamis ni ckp..xsalah ak tahun 2006-2008 xpasti..pastu diam ja..ni dgr plak depa nk buat kompleks TH..bagus la mcm tu..minta2 jd la.. :banana:

dean87
June 22nd, 2011, 06:36 AM
Agensi: Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek: MBAS/OSC/KM/62/11
Nama Projek: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA CADANGAN KOMPLEKS HAJI YANG MERANGKUMI SEBUAH HOTEL TIGA BINTANG 8 TINGKAT (210 BILIK) DAN PUSAT KONVENSYEN 1 TINGKAT DI ATAS LOT 3860, 3861, 3862, 4378 & 4380 (LOT LAMA 21, 22, 771, 773 & 775), MUKIM TITI GAJAH, SEKSYEN 2, BANDAR ANAK BUKIT, DAERAH KOTA SETAR KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan: TET. JERAI GEMILANG SDN BHD
Kategori Projek: A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan: A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT): Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot: 3860, 3861, 3862, 4378 & 4380

hmm...boleh tahan kompleks haji dgn hotel 8 tgkat

othmanaroff
June 22nd, 2011, 08:19 AM
Dari apa yg diceritakan oleh org2 kampung sekitar Titi Gajah, memang tanah bersebelahan susur keluar dari Airport adalah tapak untuk pembinaan Kompleks Tabung Haji...TH jugak khabarnya turut membina hotel bagi kemudahan jemaah haji dan keluarga yg dtg dr jauh menginap. Jemaah haji luar terutama dari Thailand jugak menggunakan kemudahan disini. Lgpun airport alor setar mmg menawarkan penerbangan terus ke Tanah Suci...tentang hotel tu rasanya taklah setaraf 4-5 bintang...cukuplah utk menampung jemaah haji...maybe jugak dibuka utk org awam diluar musim haji utk menginap...itu yg sy dgr...kalau salah, maaflah.

Jamis, TQ for the info

othmanaroff
June 22nd, 2011, 08:22 AM
plet kedah tu kira lajulah tu, walau org belah selatn guna P. ni sama nasib mcm org2 ganu, org utara guna plet D, org selatan guna plet C, tinggal la org tgah guna plet T

Rasanya plet Kedah ni agak laju jugak kalau dibandingkan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Saya agak plet ketiga-tiga negeri ini belum mencecah 'D' lagi. Kalau salah minta maaf.

KucingGemuk
June 22nd, 2011, 08:55 AM
Rasanya plet Kedah ni agak laju jugak kalau dibandingkan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Saya agak plet ketiga-tiga negeri ini belum mencecah 'D' lagi. Kalau salah minta maaf.

tulah yg saya cakap, plet kedah tu kira lajulah tu, walau org selatan kedah guna plet penang, P. Plet kelantan, ganu, pahang bleum bleh kejar pun lagi plet kedah

tuan_wu
June 22nd, 2011, 09:13 AM
tulah yg saya cakap, plet kedah tu kira lajulah tu, walau org selatan kedah guna plet penang, P. Plet kelantan, ganu, pahang bleum bleh kejar pun lagi plet kedah

plet Pahang xde la jauh sgt beza ngan plet Kedah.....Pahang skang CCV......Kedah KCY.....Kelantan DBV dan paling terkebelakang antara tiga negeri ni ialah Terengganu baru plet TBD.......

mmg betul ckp kucinggemuk tu......org belah selatan TRG cam daerah kemaman byk amik plet Pahang......dan yg utara daerah besut amik plet Kelantan......yg amik plet T ni cuma org dari Daerah KT,Marang,Hulu Trg,dungun dan setiu.....

sory off topik skit....huhu...

emjay
June 22nd, 2011, 10:25 AM
^^
Dalam pengamatan saya, Negeri2 yg penduduknya majoriti melayu spt, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu n Johor yg dahulunya Negeri Melayu Tak Bersekutu dulunya memang tak menjadi idaman orang putih untuk ditadbir sebabnya hasil bumi negeri2 ni tak banyak yg boleh diambil oleh mereka. (kecuali Johor, yg lain sikit) Negeri yg dulunya ditadbir oleh orang Inggeris spt negeri P.Pinang, Melaka dan Singapura (Strait Settlement) dan Negeri2 Melayu Bersekutu spt Perak, Selangor, N9 n Pahang banyak diberi tumpuan pembangunan infrastruktur dan ini menyebabkan ramai orang pendalaman bertumpu ke sini dan secara faktor ekonomi pun berkembang dengan pesatnya meninggalkan negei2 tak bersekutu ni.

So, adalah tak adil kalau kerajaan pusat mengatakan negeri2 yg byk melayu ni tak maju atas dasar politik sahaja. Sejarah dahulu mestilah dirujuk dan dari fakta2 spt. inilah yg menunjukkan bahawa, pembangunan di negeri2 lain drp negeri tak bersekutu telah lama ke depan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat utk menumpukan pembangunan di negeri2 ini daripada negeri2 lain yg sudahpun kedepan diatas faktor tadi.

Secara tidak langsung ini bermana dasar penjajah yg diamalkan dahulu masih lagi diamalkan oleh kerajaan sekarang ini dimana, negeri2 yg majoritinya penduduk melayu di pinggirkan.:ohno:

Ini hanyalah nukilan peribadi yang saban hari melihat penindasan kerajaan terhadap negeri2 melayu seolah2 negeri2 melayu ni macam peminta sedekah aje.

Zulhelmi
June 22nd, 2011, 01:07 PM
hmm...boleh tahan kompleks haji dgn hotel 8 tgkat
Kalau betul siap hotel ni, mmg officially Anak Bukit jadi full features suburb. By the time dah ada hotel, rasanya sangatlah wajar kalau bukak satu pasaraya besar Tesco or Giant. Tak perlu besar sgt, tapi enough to cater the local demand sebab sekarang ni pun aku rasa jauh jgak nk pi mergong or town..

dean87
June 22nd, 2011, 01:21 PM
^^
apa kata kalo try boh mydin (hypermarket) @ econsave kt suburb plak. Tesco n giant dah ada kt pekan, cukup la tu... mydin kalo ikutkan sesuai jugak buka kt area2 suburb mcm kt kuala kedah, anak bukit, pokok sena n jitra...kalo nk shopping sakan baru p pekan...

pathoboy
June 22nd, 2011, 01:54 PM
^^

kalo kata bkk carrefour market ka xpn carrefour express lawa jugak kt tmpt suburb cm ni..nmpk la mcm moden sikit ada mcm2 kt AS ni.. :lol:

johan is
June 22nd, 2011, 03:06 PM
aku rasa carrefour, mydin, econsave pun okey jugak
biar smua ada kat alor staq ni
hahahah

ben_23
June 22nd, 2011, 03:46 PM
New hotel and new convention center for alor star?wow!that was a good news!

manman
June 22nd, 2011, 04:06 PM
apa kata pasaraya SAKAN...buka kt suburb ala2 tesco gitu....owner dia pak yatim pun asai org aloq setaq...mungkin boleh bagi cadangan kt dia...

pathoboy
June 22nd, 2011, 04:39 PM
apa kata pasaraya SAKAN...buka kt suburb ala2 tesco gitu....owner dia pak yatim pun asai org aloq setaq...mungkin boleh bagi cadangan kt dia...

pasaraya sakan pn pasaraya sakan lah ! hehe :lol:

pathoboy
June 22nd, 2011, 04:42 PM
aku rasa carrefour, mydin, econsave pun okey jugak
biar smua ada kat alor staq ni
hahahah

aku rasa lmbt lg la bro utk ada sume2 ni..econsave pn takdak kt AS ni.. :nuts:

Zulhelmi
June 22nd, 2011, 06:32 PM
Tak kisah la bukak apa pun... Actually TSB ada kat Pumpong tu tapi mahal nk mampus la.

johan is
June 23rd, 2011, 05:22 AM
pasaraya sakan pn pasaraya sakan lah ! hehe :lol:

ada lagi ke sakan kat as?
macam x dak lagi dah aku tgk~

manman
June 23rd, 2011, 09:46 AM
ada lagi ke sakan kat as?
macam x dak lagi dah aku tgk~

ada lagi kt simpang kuala...cawangan dia 1 malaysia gak....

http://sakan.com.my/

emzeti
June 23rd, 2011, 10:31 AM
harap org a.setar kongsi lg pics yg ada kaitan dgn construction..

maafcakap
June 23rd, 2011, 01:12 PM
kalu ade kedai 1malaysia lagi better...khabarnye barang kat sane murah2

dean87
June 23rd, 2011, 01:37 PM
ada lagi kt simpang kuala...cawangan dia 1 malaysia gak....

ow..kat situ ka, dulu pasaraya tangtu, sblm tu market smpang kola...haha

btw, cmna cer dgn p'kembangan hotel kat starcity? Any news?

Jamis
June 23rd, 2011, 05:17 PM
Dengar citer Hotel Regent depan Regency Hotel tu tgh buat renovation...ada pelabur Jepun beli utk buat budget hotel...dia beli semua floor tingkat 1 dan 2...kalau lalu jln Sultan Badlishah boleh nampak kerja2 renovation tu...

Zulhelmi
June 23rd, 2011, 05:29 PM
Dengar citer Hotel Regent depan Regency Hotel tu tgh buat renovation...ada pelabur Jepun beli utk buat budget hotel...dia beli semua floor tingkat 1 dan 2...kalau lalu jln Sultan Badlishah boleh nampak kerja2 renovation tu...
Ye ka? Nanti aku pi lalu kat situ... I'm in Alor Setar this weekend!

othmanaroff
June 24th, 2011, 02:56 AM
Cetak . Emel Rakan . Melayu gila plat kereta cantik
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2011/06/24
Sembilan daripada 10 tender KDY 8, KDY 88, KDY 888, KDY 8888

ALOR SETAR: Minat orang Melayu di negeri ini menggunakan nombor plat kenderaan yang menarik dan istimewa meningkat dengan ketara apabila jumlah mereka yang menyertai tender terbuka untuk mendapatkan nombor itu semakin ramai.

Ini menunjukkan golongan itu kini sanggup menghabiskan sehingga berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan nombor plat kenderaan menarik, yang selama ini kebanyakannya lebih diminati bangsa Cina. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman (kanan), berkata kajian pihaknya mendapati dalam kes nombor tertentu, sembilan daripada 10 yang menyertai tender adalah Melayu dan mereka sanggup membayar harga tinggi untuk mendapat nombor plat digemari. Sebagai contoh, katanya, bagi nombor plat siri KDY 8, KDY 88, KDY 888 dan KDY 8888, sembilan daripada 10 pembida setiap nombor berkenaan adalah orang Melayu.

“Selain individu, pembida berkenaan adalah syarikat milik orang Melayu yang mana ia menunjukkan aliran golongan itu semakin meminati nombor plat menarik dan istimewa yang mana selama ini lebih diminati kaum bukan Melayu," katanya di sini.

Beliau berkata, selain nombor 8 yang biasanya diminati kaum Cina kerana kepercayaan mereka bahawa nombor itu membawa tuah atau `ong', nombor lain yang diminati Melayu yang memiliki kereta mewah ialah nombor 1 hingga 10.

JPJ mengkategorikan nombor plat kenderaan 1 hingga 10 sebagai nombor bernilai utama yang mana harga tendernya bermula dengan minimum RM10,000, manakala nombor menarik minimum RM2,000 dan nombor popular RM300.
Mengikut rekod JPJ, antara kutipan tertinggi bagi nombor bernilai utama ialah KCT 1 bernilai RM66,500, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000) yang mana pemenang bidaan beberapa nombor berkenaan terdiri daripada individu atau syarikat Melayu.

Difahamkan, selain terikut-ikut dengan minat masyarakat Cina yang memilih sesuatu nombor kerana percaya ia membawa tuah, minat orang Melayu terhadap nombor menarik dan bernilai tinggi itu dipercayai ada kaitan dengan taraf ekonomi mereka yang semakin baik sehingga mampu memiliki kereta mewah.

Ahmad Musadad berkata, aliran terbaru itu membawa faedah kepada JPJ dan kerajaan khususnya, kerana secara tidak langsung kutipan hasil juga meningkat yang mana ia dapat disalurkan untuk faedah rakyat bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

Difahamkan, tahun lalu JPJ seluruh negara mengutip hasil RM2.9 bilion daripada pendaftaran nombor plat kenderaan dan bagi Kedah pula untuk siri KCX saja kutipannya ialah RM485, 534.

skyscraperboy
June 24th, 2011, 03:27 AM

Membazir duit ja. Banyak lagi orang kat Malaysia ni xckup makan, kalau sedekah duit kt org2/masjid, banyak gak dpt pahala.

BTW, can someone snap some AS City pics? Rindu plak rsa kt AS..

Jamis
June 24th, 2011, 05:15 AM
Plat Kedah dah KDY ke?
Rasa mcm baru nak masuk KDA jer...

Zulhelmi
June 24th, 2011, 07:11 AM
Tapi memang la plet K mmg laju gila.... Banyak kot bwak kuar keta.

In terms of morality, mmg nampak membazir. In terms of economic, purchasing power dan general level of income dah meningkat :) which is a good thing kan?

othmanaroff
June 24th, 2011, 08:39 AM
Plat Kedah dah KDY ke?
Rasa mcm baru nak masuk KDA jer...

Depa book in advance kut......KDY tu memang cantique....macam KCT ngan KCX..................betul cakap Zulhelmi tu, business plet no di Kedah ni meriah jugak

adzmierzboy
June 25th, 2011, 09:43 AM
Cetak . Emel Rakan . Melayu gila plat kereta cantik
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2011/06/24
Sembilan daripada 10 tender KDY 8, KDY 88, KDY 888, KDY 8888

ALOR SETAR: Minat orang Melayu di negeri ini menggunakan nombor plat kenderaan yang menarik dan istimewa meningkat dengan ketara apabila jumlah mereka yang menyertai tender terbuka untuk mendapatkan nombor itu semakin ramai.

Ini menunjukkan golongan itu kini sanggup menghabiskan sehingga berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan nombor plat kenderaan menarik, yang selama ini kebanyakannya lebih diminati bangsa Cina. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman (kanan), berkata kajian pihaknya mendapati dalam kes nombor tertentu, sembilan daripada 10 yang menyertai tender adalah Melayu dan mereka sanggup membayar harga tinggi untuk mendapat nombor plat digemari. Sebagai contoh, katanya, bagi nombor plat siri KDY 8, KDY 88, KDY 888 dan KDY 8888, sembilan daripada 10 pembida setiap nombor berkenaan adalah orang Melayu.

“Selain individu, pembida berkenaan adalah syarikat milik orang Melayu yang mana ia menunjukkan aliran golongan itu semakin meminati nombor plat menarik dan istimewa yang mana selama ini lebih diminati kaum bukan Melayu," katanya di sini.

Beliau berkata, selain nombor 8 yang biasanya diminati kaum Cina kerana kepercayaan mereka bahawa nombor itu membawa tuah atau `ong', nombor lain yang diminati Melayu yang memiliki kereta mewah ialah nombor 1 hingga 10.

JPJ mengkategorikan nombor plat kenderaan 1 hingga 10 sebagai nombor bernilai utama yang mana harga tendernya bermula dengan minimum RM10,000, manakala nombor menarik minimum RM2,000 dan nombor popular RM300.
Mengikut rekod JPJ, antara kutipan tertinggi bagi nombor bernilai utama ialah KCT 1 bernilai RM66,500, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000) yang mana pemenang bidaan beberapa nombor berkenaan terdiri daripada individu atau syarikat Melayu.

Difahamkan, selain terikut-ikut dengan minat masyarakat Cina yang memilih sesuatu nombor kerana percaya ia membawa tuah, minat orang Melayu terhadap nombor menarik dan bernilai tinggi itu dipercayai ada kaitan dengan taraf ekonomi mereka yang semakin baik sehingga mampu memiliki kereta mewah.

Ahmad Musadad berkata, aliran terbaru itu membawa faedah kepada JPJ dan kerajaan khususnya, kerana secara tidak langsung kutipan hasil juga meningkat yang mana ia dapat disalurkan untuk faedah rakyat bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

Difahamkan, tahun lalu JPJ seluruh negara mengutip hasil RM2.9 bilion daripada pendaftaran nombor plat kenderaan dan bagi Kedah pula untuk siri KCX saja kutipannya ialah RM485, 534.

Setuju...orang melayu yang kaya memang sanggup berhabis duit untuk no cantik,org melayu kedah n kelantan terutamanya suka no cantik.

pathoboy
June 25th, 2011, 06:41 PM
Ye ka? Nanti aku pi lalu kat situ... I'm in Alor Setar this weekend!

zul mcm mana dgn gambaq2?dah balik AS lom? :cheers:

pathoboy
June 25th, 2011, 06:43 PM
Depa book in advance kut......KDY tu memang cantique....macam KCT ngan KCX..................betul cakap Zulhelmi tu, business plet no di Kedah ni meriah jugak

KDA = Kedah Darul Aman

KDN = Kelantan Darul Naim

pakat2 la mai beli plet ni.. :banana:

Zulhelmi
June 26th, 2011, 01:39 AM
zul mcm mana dgn gambaq2?dah balik AS lom? :cheers:
Aku dah balik.. tapi x sempat nk snap2. aha.

Israk mikraj ni aku balik plak, 4 day weekend. Uhuhu

manman
June 26th, 2011, 04:10 AM
banyak betulla melayu pakai kereta mewah kat aloq setaq dan jitra....yg x tak tahan porche ngan audi r8 tu..ari 2 nampak lambo sebiji kt as

emjay
June 28th, 2011, 06:59 AM
New shop lot projects coming up at Pekan Simpang Kuala located right in the middle of current shop lots open spaces.

http://static.panoramio.com/photos/large/54878238.jpg
http://static.panoramio.com/photos/large/54878270.jpg
http://static.panoramio.com/photos/large/54878260.jpg
http://static.panoramio.com/photos/large/54878248.jpg

pathoboy
June 28th, 2011, 03:12 PM
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

Utusan Malaysia
CNI buka pusat jualan di Alor Setar

ALOR SETAR 27 Jun - Syarikat jualan langsung, CNI Holdings Bhd. membuka pusat jualan runcit ketiganya di bandar ini selepas Puchong, Selangor dan Perai, Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutifnya, Chan Kok Liang berkata, pembukaan pusat sehenti itu mampu memberi kemudahan kepada rakan niaga dan pelanggan berurusan dengan CNI.

"Sebagai satu langkah yang sentiasa ke hadapan, CNI harus menyediakan kemudahan bersifat lebih mesra kepada pelanggan mahupun orang awam bagi membolehkan mereka mendekati produk yang disediakan.

"Diibaratkan sebagai pusat sehenti, pusat jualan ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk di negeri ini termasuk sebagai pusat edaran untuk rakan niaga CNI di Alor Setar," katanya selepas majlis perasmian pusat tersebut di Jalan Pegawai di sini, baru-baru ini.

Menurut Kok Liang, selain itu, pihaknya berhasrat untuk membuka tiga lagi pusat jualan seperti itu di Pulau Pinang, Sarawak dan Brunei tidak lama lagi.

"Sejak 1989, CNI sudah menjadi sebahagian daripada seisi keluarga melalui rangkaian produknya yang kini berjumlah 200 jenis.

"CNI berhasrat untuk terus menyediakan kemudahan terbaik kepada rakan niaga, pelanggan mahupun orang awam," katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut memperkenalkan rangkaian produk wangian terbaru daripada CNI, Mon Amour yang formulanya dibangunkan daripada pakar minyak wangi dari Perancis.

Katanya, produk yang berada di pasaran sejak awal Jun lepas itu meraih sambutan menggalakkan kerana harumannya yang menawan.

CNI kini mempunyai lebih 66 pusat edaran, 103 pusat khidmat jualan dan kira-kira 108,000 pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

pathoboy
June 28th, 2011, 04:26 PM
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
KOSMO! Online - 28 Jun 2011

Bahang Zon Utara mula terasa
ALOR SETAR - Setelah Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 menamatkan saingan di Zon Timur dan Tengah, tiba pula giliran peserta di Zon Utara menunjukkan bakat mereka pada cabaran tersebut Sabtu ini.

Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharudin berkata, kehangatan cabaran itu makin dirasai menerusi penyertaan yang diterima bukan sahaja dari negeri tuan rumah iaitu Kedah malah turut menarik minat peserta dari negeri jiran, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Katanya, peserta dari utara begitu teruja untuk menyertai pertandingan itu setelah melihat kemeriahan cabaran tersebut bagi Zon Timur di Kuala Terengganu minggu lalu dan Zon Tengah di Kuala Lumpur kelmarin.

"Selain peserta Kedah, penganjur turut menerima penyertaan dari sebelah utara Perak, Pulau Pinang dan Perlis yang semata-mata mahu menyahut cabaran Daisy," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberitahu, bagi menjayakan pertandingan itu, penganjur mendapat kerjasama baik daripada pengurusan pusat beli-belah Star Parade menerusi penyediaan lokasi.

nybyster
June 28th, 2011, 04:52 PM
New shop lot projects coming up at Pekan Simpang Kuala located right in the middle of current shop lots open spaces.

http://static.panoramio.com/photos/large/54878238.jpg
http://static.panoramio.com/photos/large/54878270.jpg
http://static.panoramio.com/photos/large/54878260.jpg
http://static.panoramio.com/photos/large/54878248.jpg

kalo tgkkan dekat lot kosong depan STAR Jalan Putra pun tgh ada construction...tp aku tatau laaa apa yg dibina kat situ.......

pathoboy
June 28th, 2011, 07:38 PM
^^

yeke..sapa ada apa2 info psl tmpt tu post la kt sini.. :)

nybyster
June 29th, 2011, 01:10 AM
^^

yeke..sapa ada apa2 info psl tmpt tu post la kt sini.. :)

aku dok lalu situ hari2 tp langsung xdak apa2 papan tanda pasal construction apa yg sedang dibina kat situ....

dean87
June 29th, 2011, 03:35 AM
2 hari lepas baru balik AS...ada lalu kat certain area, mcm ada byk lot kosong tgh wat 'site clearance' n tambun tanah:
- sebelah grand jubilee hotel depan samilla hotel n wisma persekutuan, tgh wat site clearance (mgkin nk wat hotel kot)
- lot kosong kat kompleks perniagaan sultanah hamimah, kat area tmn rakyat mergong tgh wat 'piling'

btw, hotel progress kat starcity pun tgh rancak wat piling, dan nampak gaya tak sampai sebulan lg mgkin tesco stargate akan stat grand opening kot (mcm 90% dah complete)

tapi tak sempat nak snap gmbr2 ni, insyaAllah next tym lak balik AS :)

Zulhelmi
June 29th, 2011, 04:35 AM
^^ Haaa.. Aku bru smpai AS smlam lalu turun kot tol selatan. Tak dinafikan, Tesco Stargate sebulan dua mesti bukak pny. Cepat gila depa buat. Ya la, tepi Grand Jubilee tu kan nk buat mall. Mungkin dah nk start kot.. Lagi satu tanah lapang yg naik siap; blakang Bee Garden Motel depan Starcity Hotel, 60% complete kot. Yang leh nampak sbb last week pi PMC.

Lalu kt Starcity plak, Zen Hotel pun dah nk siap (http://www.zenhotel.com.my) Bawah hotel tu ada restoran ala2 upscale jugak.. Either Japanese or Thai sebab nama blakang dia ada Grill and Shabu Shabu Restaurant...

Tiba2 Alor Setar tengah boom dengan project hotel kan? Ex-Regent Hotel lagi tu dan ex-Southern Bank.

dean87
June 29th, 2011, 05:04 AM
^^
rasanya yg kat tepi tu bkan nak mall, i meant the site was right in between grand jubilee hotel n hindu temple, most probably new hotel kot...situ mmg sesuai

another one new shoplots behind alor star mall pun tgh under construction...mcm bleh tahan, ala kompleks perniagaan utama sultanah sambungan (kpuss)

very pleased to hear all those news, finally AS dah mula temui rentak...and very surprising, under new state govt

JIAYOU...JIAYOU...

manman
June 30th, 2011, 04:20 AM
jalan ke menara zakat pun banyak bagunan di renovation..dan dicat semula

Zulhelmi
June 30th, 2011, 04:30 AM
MBAS To Build Multi-Level Carpark At Kuala Kedah Jetty

ALOR SETAR, June 28 (Bernama) -- The Alor Setar City Council (MBAS) will build a multi-level carpark at Kuala Kedah Jetty to ease the problems of the lack of parking lots in the area.

City Mayor Datuk Khazali Din said the project had been planned long ago but its allocation had been delayed.

"We will use our funds and start construction very soon and try to complete it by end of this year for the convenience of tourists to Langkawi," he said.

The estimated RM7 million structure will be built on the existing carpark in front of the jetty with a 500-lot capacity, he told reporters after the MBAS monthly meeting here today.

He also disclosed that there were 35 lots available for traders during the Ramadhan month at RM680 rental per month at the MBAS complex.

-- BERNAMA

It's about time... Kuala Kedah patut upgrade bagi nampak lawa sikit. I hope by the time project ni siap, yang lain2 pun akan turut jadi elok.

manman
June 30th, 2011, 08:35 AM

project kuala kedah waterfront dicanang sejak zaman syed razak jadi mb lagi...tapi sampai la apa pun tarak....
sepatutnya kuala kedah dibangunkan macam gurney drive or padang kota di peneng...petang2 menjadi tempat rekreasi warga as baru la lengkap as..

dean87
June 30th, 2011, 11:26 AM
^^
takpa la...biar kerajaan yg ada skg buat yg mana necessary dulu sikit2 bdasarkan sumber kewangan yg ada... at least ada effort gak...

btw, pantai kat marina harbour tu ada p'kembngan x? dengar kata mcm ada plan nk develop tmpat tu...

Zulhelmi
June 30th, 2011, 11:33 AM
Haaa... td keta aku msuk workshop. Workshop tu kat area Limbong Kapal. Pomen tu dah dok situ 50 tahun. So aku tanya la dia kerajaan ada nk amik tanah tu dak. Dia cakap memang ada tapi susah kot nak amik. Situ byk penduduk tetap, tanah orang lagi so mmg susah la kalau nak develop kat situ.

So aku rasa by 2015, we will still have nothing dekat Limbong Kapal.

dean87
June 30th, 2011, 12:12 PM
Parkir bertingkat di Kuala Kedah siap hujung tahun
Khamis, 30 Jun 2011 15:33 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 28 Jun - Kekurangan tempat parkir kenderaan di Kuala Kedah akan dapat diatasi apabila sebuah bangunan parkir kereta lima tingkat siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Bangunan itu akan dibina di tapak tempat letak kereta di hadapan jeti Kuala Kedah berharga RM7 juta mampu memuatkan 500 kenderaan.

Menurut Datuk Bandar Alor Setar (MBAS) Dato’ Khazali Din, bangunan yang dijangka siap pada hujung tahun ini sekaligus dapat mengurangkan operasi ulat membabitkan parkir kereta haram yang berleluasa di kawasan itu yang menjadi tumpuan pelancong ke Langkawi.

“Projek itu akan dibangunkan melalui Kementerian Pelancongan di bawah program Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi mengatasi masalah kekurangan tempat meletak kereta di jeti itu.

“Pembinaan ini dijangka dapat mengurangkan operasi syarikat parkir kenderaan swasta yang kebanyakan menjalankan operasi tanpa lesen dan seboleh-bolehnya MBAS mahu mengurangkan operasi syarikat parkir berkenaan di kawasan itu,” katanya pada sidang media berkenaan.

Beliau juga memberitahu parkir kereta yang ada sekarang disediakan oleh MBAS hanya muat untuk 150 kenderaan dan ini tidak cukup untuk menampung jumlah kenderaan terutama ketika musim cuti sekolah.

pathoboy
June 30th, 2011, 12:23 PM
project kuala kedah waterfront dicanang sejak zaman syed razak jadi mb lagi...tapi sampai la apa pun tarak....
sepatutnya kuala kedah dibangunkan macam gurney drive or padang kota di peneng...petang2 menjadi tempat rekreasi warga as baru la lengkap as..

mcm mana pulak dgn prkembangan waterfront kt anak bkt?ada apa2 prkembangan x?aku rasa dlu ada propose nk wt waterfront kt situ..dan aku rasa kuala perlis lg bersih dan cantik kalau nk bndng dgn kuala kedah..buat la satu waterfront dan medan selera tepi pntai tu.. :bash:

Haaa... td keta aku msuk workshop. Workshop tu kat area Limbong Kapal. Pomen tu dah dok situ 50 tahun. So aku tanya la dia kerajaan ada nk amik tanah tu dak. Dia cakap memang ada tapi susah kot nak amik. Situ byk penduduk tetap, tanah orang lagi so mmg susah la kalau nak develop kat situ.

So aku rasa by 2015, we will still have nothing dekat Limbong Kapal.

adoi..mcm tu pulak dah?kalau cmtu ssah la nk wt kompeks pengangkutan bersepadu..tmpt dah mmg strategik..takkan nk buat kt stesen KTMB kt anak bukit kot..gila jauh dri pusat bndr.. :lol:

pathoboy
June 30th, 2011, 12:25 PM
anyway ada thread baru utk anak2 kedah..
http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=1369015

dean87
June 30th, 2011, 12:34 PM
deleted...

Zulhelmi
June 30th, 2011, 02:02 PM
Jeng jeng jeng... Latest from me.

http://img37.imageshack.us/img37/9972/dataranusahawan.png
Dataran usahawan.

http://img861.imageshack.us/img861/7705/upload1of23.jpg
http://img269.imageshack.us/img269/8219/upload2of23.jpg
http://img221.imageshack.us/img221/2684/upload3of23.jpg
Ibu pejabat PDRM Kedah, Jalan Stadium. Nampak dak mcm ada nk buat ala2 dataran depan bangunan?

http://img851.imageshack.us/img851/9272/upload4of23.jpg
http://img845.imageshack.us/img845/5007/upload5of23.jpg
http://img89.imageshack.us/img89/8628/upload6of23.jpg
Jalan Telok Wanjah masa waktu lunch. Memang sesak.

http://img811.imageshack.us/img811/5973/upload10of23.jpg
Baru kat menara peladang. Ni bru 1st time nampak.

http://img607.imageshack.us/img607/5290/upload15of23.jpg
http://img97.imageshack.us/img97/4481/upload16of23.jpg
Ex-southern bank berhad. Unknown project.

http://img692.imageshack.us/img692/7866/upload17of23.jpg
Suka 3 bangunan ni dok sekali.

http://img593.imageshack.us/img593/1749/upload18of23.jpg
Suka nama restoran ni.

http://img824.imageshack.us/img824/7427/upload19of23.jpg
Depan Kedah Supermarket, xtau nak buat apa.

http://img199.imageshack.us/img199/433/upload20of23.jpg
Ex-Hotel Regent.. Ada poster kat sini cakap nk buat hotel jugak.

http://img651.imageshack.us/img651/8674/upload21of23.jpg
Mungkin nk buat kedai kot. Tapi mmg ok la sbb tempat tu consider sbg tempat busuk, now ada upgrade.

http://img694.imageshack.us/img694/4653/upload22of23.jpg
Tak nampak naik lagi signboard besar tapi aku perasan ni kt corner lot Starcity Mergong, Maybank Business Centre.

http://img143.imageshack.us/img143/5991/upload23of23.jpg
Red Village Grill and Shabu Shabu Restaurant @ Starcity Mergong. Bawah Zen Hotel yang under construction. Ada letak iklan lagi utk restoran utk disewa Zen Hotel pny.

So jom discuss lagi...

pathoboy
July 1st, 2011, 04:35 PM
^^

aduhai..habis pokok2 ditarahnya..apa2 pn utk pembangunan trpaksala dikorbankan pokok2 tu.. :ohno:

Maybank bkk cwngan dia kt AS lg ka?bagus2..rasanya dah ada maybank business center kt jln seberang perak..bkk la Al-Rajhi Bank pulak ka..bank islam tu.. :bash:

Zulhelmi
July 1st, 2011, 05:26 PM
Business centre kt seberang perak tu dah tutup lama... Ni bukak pulak.

Kt jitra nk bukak Affin Islamic.

Jamis
July 1st, 2011, 05:38 PM
Maybank ASBC tak pernah tutup...cuma berpindah ke tempat yg lebih selesa sj...kat Sbrg Perak masih beroperasi utk 2 minggu lagi sebelum kerja2 renovation di starcity siap...

Zulhelmi
July 1st, 2011, 05:46 PM
Maybank ASBC tak pernah tutup...cuma berpindah ke tempat yg lebih selesa sj...kat Sbrg Perak masih beroperasi utk 2 minggu lagi sebelum kerja2 renovation di starcity siap...
TQ bg info... Tapi apsal yg seberang perak tu mcm dah x nmpak bayang walaupun belum tutup?

pathoboy
July 1st, 2011, 05:48 PM
Business centre kt seberang perak tu dah tutup lama... Ni bukak pulak.

Kt jitra nk bukak Affin Islamic.

yaka..haha sori xperasan la pulak.. :lol:

jejambat kt teluk wanjah tu agak2 bila siap?gambaq stesen KTM AS n anak bkit ada x?depa dah buat belum?

Jamis
July 1st, 2011, 05:56 PM
TQ bg info... Tapi apsal yg seberang perak tu mcm dah x nmpak bayang walaupun belum tutup?

Dia operasi di tingkat atas jer...so sesiapa yg ada urusan pasal business loan jer yg tahu kewujudan MBB ASBC nie...Kalau pi area situ masih boleh nampak signboard...

Zulhelmi
July 1st, 2011, 05:59 PM
yaka..haha sori xperasan la pulak.. :lol:

jejambat kt teluk wanjah tu agak2 bila siap?gambaq stesen KTM AS n anak bkit ada x?depa dah buat belum?
Nnt aku try snap.. Memang tengah dok buat pun.

Jamis - Xda business loan kt MBB... Ada kt CIMB and recently kat OCBC.

pathoboy
July 1st, 2011, 06:09 PM
Nnt aku try snap.. Memang tengah dok buat pun.

Jamis - Xda business loan kt MBB... Ada kt CIMB and recently kat OCBC.

Lawa lah ! snap byk2..haha :banana:

anyway nice smlm punya pic ! :cheers:

Jamis
July 1st, 2011, 06:14 PM
Bro,

Sori kalau tersalah...
MBB ASBC mmg ada dan khusus dlm business loan sbb hari2 sy berurusan dgn depa...
Nature of business diorang pun mmg utk loan business...
MBB Finance kt bulatan Maal Hijrah tu utk Hire Purchase...
MBB AS Main kat depan Mydin tu khusus utk General Finance...

Zulhelmi
July 2nd, 2011, 02:17 AM
MBB Jalan Kota tu aku tau utk hire purchase. Hmmm... Aku rasa kena bukak sattu lagi Maybank kt Jalan Pegawai. Senang nk urusan sebab semua bank ada kt situ.

dean87
July 3rd, 2011, 05:43 AM
1,322 tapak bazar disediakan

ALOR SETAR 1 Julai - Majlis Bandaraya Alor Setar menyediakan 1,322 tapak bazar Ramadan di 14 lokasi di sekitar pusat bandar termasuk Pokok Sena dan Langgar pada tahun ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, bagi penjualan pakaian pula, sebanyak 239 tapak telah disediakan kepada mereka yang mahu menjalankan perniagaan tersebut.

"Waktu menjalankan perniagaan makanan bermula pukul 3 petang dan ia tidak hanya tertumpu kepada bazar Ramadan tetapi premis makanan yang lain juga perlu mematuhi peraturan tersebut.

"Hanya lima premis makanan yang dibenarkan untuk beroperasi sebelum pukul tiga petang iaitu restoran makanan segera seperti McDonald's, Kentucky Fried Chicken (KFC), Kenny Rogers, Pizza Hut dan A&W," katanya di sini baru-baru ini.

Zulhelmi
July 3rd, 2011, 05:52 AM
LOL mcm la ada A&W kat alor setar...

dean87
July 3rd, 2011, 06:11 AM
^^
kenny rogers pun ada ka? tang mana?
marrybrown tak t'kecuali?

Zulhelmi
July 3rd, 2011, 09:44 AM
Kenny Rogers kt Hotel Royale, Jalan Putra.

amantpeace
July 3rd, 2011, 09:54 AM
Salah tu...A&W xdak kat aloq staq, kat s.p ada la....

chicarito
July 3rd, 2011, 09:58 AM
ada sesapa perasan projek kat taman saga kat alor mgkudu nmpk mcm pasaraya ajer,projek pon dah nak pasang bumbung......tgk sign board dari teguh harian.

dean87
July 3rd, 2011, 10:07 AM
http://img825.imageshack.us/img825/9152/58734226723bd8dc2020b.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/825/58734226723bd8dc2020b.jpg/)

dean87
July 3rd, 2011, 10:17 AM
progress of double-track railway project near to AS station

http://img708.imageshack.us/img708/3020/58813507392de1eb45d3b.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/708/58813507392de1eb45d3b.jpg/)

http://img534.imageshack.us/img534/8013/58813495079d79da6d6db.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/534/58813495079d79da6d6db.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

dean87
July 3rd, 2011, 11:12 AM
LATEST PANORAMA OF ALOR SETAR (TAKEN FROM AS TOWER)

http://img62.imageshack.us/img62/4748/54725334.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/62/54725334.jpg/)

- alangkah indah pemandangan kalo souq aman, amansuri residences n 4-star hotel siap nnti...
- kaw industri mergong pun bleh tahan nmpk mcm padat gak

dean87
July 3rd, 2011, 11:20 AM
LATEST PANORAMA OF ALOR SETAR (TAKEN FROM AS TOWER)
http://img69.imageshack.us/img69/7282/54728369.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/69/54728369.jpg/)

- tanah kosong dkt dgn simpang ni takde nak propose projek pape ke? mmg strategik...
- nun jauh di sana, penampakan kompleks perniagaan sultan abd hamid (fasa 2) yg dah siap sepenuhnya, nmpak semakin padat...

dean87
July 3rd, 2011, 11:26 AM
LATEST PANORAMA OF ALOR SETAR (TAKEN FROM AS TOWER)

http://img97.imageshack.us/img97/7555/54728430.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/97/54728430.jpg/)

- bilangan tingkat police hq mcm bertambah, supposed to be 12-storeys, tp nmpk mcm 14-15...

dean87
July 3rd, 2011, 11:37 AM
LATEST PANORAMA OF ALOR SETAR (TAKEN FROM AS TOWER)

http://img43.imageshack.us/img43/2696/54728488.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/43/54728488.jpg/)

smpai bila la bgunan dpmk nak jadi ini mcm....

Zulhelmi
July 3rd, 2011, 02:46 PM
^^ Nice post!

Kat corner lot lepas bangunan DPMK tu kena ada tower lagi satu. Baru dia akan complement. Atau pun clearkan pokok2 tu buat F&B outlets.. Mcm KFC/Pizza Hut Limbong Kapal. Buat mcm kat Klang Valley, Maybank with Starbucks or any other drive thru F&B outlets.

Area Kanchut rasanya kalau tambah 6-10 retail and F&B outlets, boleh jd pedestrian friendly area.

arock_staq
July 4th, 2011, 11:30 AM
guys..post la pic tesco stargate..

KucingGemuk
July 5th, 2011, 06:03 AM
skyscraper aloq staq terlalu berselerak, tak tertum[u kat satu2 area, diselang seli dgn perumahan. nampak mcm tersebar luas, tp skyscraper tak menonjol

othmanaroff
July 5th, 2011, 08:45 AM
http://http://kedah2u.com.my/malaysia/02-kedah-darul-aman/bandaraya-alor-setar/balai-besar.jpg

johan is
July 5th, 2011, 10:13 AM
skyscraper aloq staq terlalu berselerak, tak tertum[u kat satu2 area, diselang seli dgn perumahan. nampak mcm tersebar luas, tp skyscraper tak menonjol

biasalah. ok dah tu.:bash:

Zulhelmi
July 5th, 2011, 11:19 AM
skyscraper aloq staq terlalu berselerak, tak tertum[u kat satu2 area, diselang seli dgn perumahan. nampak mcm tersebar luas, tp skyscraper tak menonjol
Bkn CBD alor setar dah ckup pack ke?

At least we have a proper CBD.

pathoboy
July 5th, 2011, 01:04 PM
aku nk tanya 1 soalan ni..ada sapa2 bole bg gambaran x mcm mna flyover kt jln langgar kt dpn bgnn HBR tu?depa nk maintain 2 lane ke nk buat 4 lane hah?mcm kecik la pulak kalau nk besarkn smpai 4 lane..

Zulhelmi
July 5th, 2011, 05:29 PM
Tak sure la.. tapi memang depa demolish buat baru..

pathoboy
July 6th, 2011, 02:50 AM
vote untuk petronas twin tower..

http://xl.skyscrapercity.com/?page=oneonone&otherday=20110705

dean87
July 6th, 2011, 04:08 AM
Projek tebatan banjir di Anak Bukit elak banjir berulang
Rabu, 06 Julai 2011 09:33 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR: Projek tebatan banjir akan dilaksanakan di kawasan Anak Bukit bagi mengelak daripada kejadian banjir berulang seperti tahun 2010.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, reka bentuk tebatan banjir yang akan dibina itu juga telah pun dibincangkan bersama dengan pihak yang terlibat.

Amiruddin memberitahu, tambatan banjir itu dapat mengelak daripada air mengalir terus ke pusat bandar Alor Setar.

“Pembinaan ini juga dapat mempercepatkan proses pengaliran air yang sememangnya mampu mengelak daripada berlakunya kejadian banjir,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga berkata, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga akan berjumpa dengan penduduk bagi membincangkan mengenai pengambilan tanah di kawasan yang terlibat.

Tambahnya, ia merupakan projek terbaru yang dilakukan bagi mengurangkan kesan banjir yang berlaku pada tahun lalu.

“Setelah tebatan banjir itu siap dibina, ia mampu mengelak daripada sebahagian air daripada daerah lain termasuk Kubang Pasu, Padang Terap dan Pendang daripada mengalir ke kawasan Anak Bukit,” jelasnya.

Beliau berkata, projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan penduduk di kawasan itu yang sebelum ini terpaksa berdepan dengan masalah banjir.

“Kita berharap setelah projek ini siap dibina, penduduk tidak lagi perlu bimbang atau khuatir dengan keselamatan dan keadaan rumah mereka apabila berlakunya musim banjir,” ujarnya.

maafcakap
July 6th, 2011, 04:01 PM
LOL mcm la ada A&W kat alor setar...

biar btul xdek a&w kat alor setar..kalu kate xdek burger king okey la jugak

emjay
July 6th, 2011, 04:11 PM
^^
memang tak dak dah. dulu ada tapi dah tutup. nearest place adalah di SP dan Kulim. Mcm ipoh jugak la, just recently baru ada balik.

pathoboy
July 6th, 2011, 05:50 PM
^^

agak laa..awat la depa tutup a&w kt aloq staq ni..pdahal dlu ak slalu singgah kot kt a&w.. :ohno:

emjay
July 7th, 2011, 02:27 AM
^^
Lokasi bro! Dulu masa buka A&W tu tahun 1985 or 1986, dan tutup tahun berapa pun sy dah tak ingat. kat situ parking susah sikit walaupun berdepan pasaraya City Point. Orang malas nak cross jalan bila dah berada di dlm shopping complex tu.

Satu lagi sy ingat, mungkinada masalah cash flow mgmt kot. Kalau dibuat perbandingan Kenny Rogers di Jln Putra tu pun jauh dari kompleks perniagaan, tapi still surviving sampai sekarang.

Anyway mungkin A&W akan making comeback ke AS sebab Kedah SEDC telah offer bangunan lama stesen bas Jln Sultan Badlishah utk buat fast food outlet kat A&W, McD dan other fast food operators to operate there in order to create business mood kat Komplek Dataran Usahawan yg akan dibuka nanti.

McD memang interested kat bangunan tu dan conter offer nak sewa the whole complex and will turn it into 24 hrs outlet dan mereka sebenarnya memang tengah mencari tapak utk buka first 24hr outlet kat AS. Baru2 ni McD telah melawat 3 potential tapak iaitu 1. di sebelah Dataran Usahawan 2. di Starcity Mergong 3. di Kepala Batas. Decision wise tak tau lagi.

Dengan pembangunan yg nampak semakin rancak kat AS ni, sy rasa within 2-3 years AS akan jadi happening la sikit kot! :banana:

Zulhelmi
July 7th, 2011, 07:51 AM
Fuuyooo... Best best... Burger King mungkin tak leh survive. I mean seriously, BK is not that appealing walaupun Big Whopper tu mmg sedap.

F&B outlet kat Dataran Usahawan? Terbaik! Aku penah cakap jgak dulu, kt Dataran Usahawan tu patut bukak bank sebijik, bru la meriah area tuh.. Bank + fast food outlet = terbaik! Boleh la Kompleks Peruda tu leh tumpang naik balik.

dean87
July 7th, 2011, 11:43 AM
Menara Alor Setar lokasi Kejohanan Tomoi Antarabangsa

MENARA Alor Setar dengan kerjasama Zee One International Sdn Bhd dan kerajaan negeri akan menganjurkan Kejohanan Tomoi Antarabangsa Z1-Menara Alor Setar selama dua hari mulai 16 Julai ini.

Selain peserta tempatan, kejohanan ini turut disertai 24 tomoi dari Thailand, Amerika Syarikat, Croatia, Iran, Afrika Selatan dan England.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir berkata, kejohanan akan berlangsung di perkarangan Menara Alor Setar dan orang ramai boleh menyaksikan pertandingan ini secara percuma.

“Tujuan penganjuran pertandingan adalah untuk mempromosikan Menara Alor Setar dan negeri Kedah sebagai lokasi kejohanan tomoi bertaraf dunia.

“Ia mendapat pengiktirafan Persatuan Muay Thai Malaysia dan Persatuan Tomoi Negeri Kedah dalam penganjuran pertandingan antarabangsa ” katanya.

Bagi memeriahkan kejohanan, Menara Alor Setar mengadakan promosi besar-besaran selama tujuh hari dengan pelbagai aktiviti bermula 11 hingga 17 Julai seperti demonstrasi tomoi, silat, pameran dan kebudayaan.

Irwan
July 7th, 2011, 12:52 PM
Fuuyooo... Best best... Burger King mungkin tak leh survive. I mean seriously, BK is not that appealing walaupun Big Whopper tu mmg sedap.

F&B outlet kat Dataran Usahawan? Terbaik! Aku penah cakap jgak dulu, kt Dataran Usahawan tu patut bukak bank sebijik, bru la meriah area tuh.. Bank + fast food outlet = terbaik! Boleh la Kompleks Peruda tu leh tumpang naik balik.

Kalau jadi la plan tu, mmg best la area tu..tapi McD dah ada kat Star Parade kan? Silap2 diorg tutup situ then bukak kat stesen bas lama tu..Mungkin org lebih prefer McD rather than A&W (mahal skit)..Kompleks Peruda tu pun patut renovate lain ataupun ranap je..buat yg lebih moden..then tapak kuarters polis lama kat situ pun ada potential utk dibngnkan..kawasan tu luas kan..saper penyewa utama dataran usahawan tu? Apa2 pun area ni mmg gempak kalau dibgnkan dgn teratur & cara yg betul.:banana:

emjay
July 7th, 2011, 01:03 PM
Yg I dengar dah comfirm nak masuk dataran usahawan tu adalah celcom yg akan pindah drp menara BDB ke situ. Yg lain2 adalah peniaga2 yg lain yg kecik2 aje. Manakala Kopitiam yg skrg kat former Sekolah Convent akan pindah kat bangunan terminal lama stesen bas tapi sebelah dalam. Kat main road nak reserve kpd fast food operator.

Taklah menarik sgt tenant kat dataran tu, cuma kalau boleh ada anchor tenant yg mampu menghidupkan kawasan tu baru lah menarik sikit kawasan tu.

Dalam komplek dataran tu ada juga dewan pelbagaiguna yg boleh memuatkan lebihkurang 600 pax yg boleh digunakan utk mcm2 aktiviti

dean87
July 7th, 2011, 01:08 PM
pasaraya gm sebelah dataran usahawan tu takde plan nak demolish/redevelop ke? agak spoil la di situ...sebelum ni dengar citer nak wat hotel gak kat area2 tuh...

McD kt dlm dataran usahawan ke plan nak wat kt sebelah ek?

Zulhelmi
July 7th, 2011, 01:20 PM
Yg I dengar dah comfirm nak masuk dataran usahawan tu adalah celcom yg akan pindah drp menara BDB ke situ. Yg lain2 adalah peniaga2 yg lain yg kecik2 aje. Manakala Kopitiam yg skrg kat former Sekolah Convent akan pindah kat bangunan terminal lama stesen bas tapi sebelah dalam. Kat main road nak reserve kpd fast food operator.

Taklah menarik sgt tenant kat dataran tu, cuma kalau boleh ada anchor tenant yg mampu menghidupkan kawasan tu baru lah menarik sikit kawasan tu.

Dalam komplek dataran tu ada juga dewan pelbagaiguna yg boleh memuatkan lebihkurang 600 pax yg boleh digunakan utk mcm2 aktiviti
Main road mana? X paham ar bro... Kopitiam pi stesen bas lama? Kat Kamdar tu ke?

emjay
July 7th, 2011, 01:23 PM
McD or fast food operator kat sebelah dataran. Dulu memang plan nak buat bajet hotel kat pasaraya GM tu. Tapi bila market survey dibuat, a new hotel mungkin tak feasible 4 the time being.

Zulhelmi
July 7th, 2011, 01:33 PM
Kalau jadi la plan tu, mmg best la area tu..tapi McD dah ada kat Star Parade kan? Silap2 diorg tutup situ then bukak kat stesen bas lama tu..Mungkin org lebih prefer McD rather than A&W (mahal skit)..Kompleks Peruda tu pun patut renovate lain ataupun ranap je..buat yg lebih moden..then tapak kuarters polis lama kat situ pun ada potential utk dibngnkan..kawasan tu luas kan..saper penyewa utama dataran usahawan tu? Apa2 pun area ni mmg gempak kalau dibgnkan dgn teratur & cara yg betul.:banana:
Nama ja area PKNK tapi hampeh tak meriah.. Mcm bengong plak.. ahahaha

Now sekarang kita leh nampak CBD Alor Setar dah makin besar... Dulu area Pekan Rabu tu ja la.. Now extend sampai Jalan Pegawai, Jalan Teluk Wanjah, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Stadium dan Jalan Putra.

Lepas ni, dah Jalan Teluk Wanjah dielevate, bawah dia nanti still ada roundabout ke? Alor Setar makin pack, sesak dan panas... Best la!

johan is
July 7th, 2011, 04:40 PM

mcd kt star parade tu ok dah. ramai gak org time lunch n hujung minggu
maybe mcd nak tambah cawangan kot

mungkin lmbt lg kawasan kuarters tu nak dibangunkan..kalo buat ala2 kl sentral best la. ada condominium, hotel, shopping complex, stesen kereta api....gempaq r:banana:

johan is
July 7th, 2011, 04:42 PM
suka tgk ibu negeri ku membangun...
ada skyline yg cantik r jugak

guy4versa4
July 7th, 2011, 04:53 PM
i hope mcd will open its own building like kfc stadium/pekan rabu..but with more daring design and santai concept that allowed people hangout 24 with wifi service
http://i1083.photobucket.com/albums/j388/afiqnadzir1/15572215567986447825410.jpg
mcd madano indonesia

dean87
July 8th, 2011, 01:16 PM
Kali pertama Hari Muzium Antarabangsa disambut di Kedah
Jumaat, 08 Julai 2011 14:26 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 7 Julai: Muzium memain peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan sumbangan dizahirkan melalui aktiviti sebagai penyebar maklumat, mendidik masyarakat serta memupuk kesedaran terhadap sejarah dan budaya sendiri.

Selain itu, muzium berperanan sebagai tempat menyimpan khazanah, institusi pendidikan dan pembelajaran yang menyemai semangat kekitaan dan negarawan, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam ucapan perasmian sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2011.

Katanya, inilah kali pertama sambutan ini diadakan di Kedah walaupun sambutan Hari Muzium Antarabangsa disambut di negara ini sejak tahun 1992 lagi.

Menurutnya, rakyat sepatutnya berbangga kerana negeri Kedah merupakan negeri tertua tamadunnya di Nusantara berdasarkan sistem beraja semenjak awal abad dan Sejarah Kesultanan Melayu sudah berusia 875 tahun setelah bertapaknya Islam di negeri ini pada tahun 1136.

Pertembungan antara pengarah Hindu dan Islam berlaku di sini dan rakyat Kedah juga berhadapan dengan pengaruh dan kerenah pendatang seperti Acheh, Bugis, Portugis Belanda, Inggeris, Siam dan Jepun.

Berikutan rentetan sejarah yang panjang ini telah meninggalkan kesan peninggalan sejarah dan budaya pada setiap zaman yang dapat dikesan, diselidiki, dikumpul dan didokumentasikan untuk tatapan umum dalam bentuk pameran dan pembacaan.

“Muzium mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha menyelamat dan memelihara warisan sejarah manusia serta pesekitarannya,” katanya.

Beliau juga memberitahu aktiviti menyelamat, memelihara dan memulihara ini adalah sebagai pelengkap maklumat dan dokumentasi sebelum dibukukan dan diterbitkan untuk sebaran kepada masyarakat.

Selain itu, katanya, dalam memperkatakan bahan-bahan peninggalan sejarah Kedah, terdapat artifak-artifak sejarah Kedah yang berada di luar negara seperti Thailand.

“Pokok Bunga emas dan perak yang dihantar oleh Kedah ke Thailand dahulu adalah artifak yang sangat bernilai termasuklah meriam tembaga yang disimpan di sebuah wat Siam di Nakhonsithamarat.

“Pada muka meriam itu terpahat nama Kedah Darul Aman, nama penjualnya dan tarikh hijrah meriam itu dibeli.

“Kita hanya ada replikanya sahaja yang dipamerkan di hadapan muzium untuk tatapan generasi hari ini,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu Speaker Dewan Undangan Negeri YB Dato’ Dr Abdul Isa Ismail, Pengrusi Lembagai Muzium Negeri Kedah YB Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalib, Pengarah Muzium Encik Suhaidi Shukri dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri.

dean87
July 9th, 2011, 09:43 AM
Kedah gagal dapatkan kembali bunga emas

ALOR SETAR - Kerajaan Thailand menolak permohonan Kerajaan Kedah untuk mendapatkan semula satu daripada bunga emas yang dijadikan ufti pada zaman dahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Thailand bertegas untuk tidak membenarkan bunga emas itu dikembalikan ke Kedah walaupun untuk tujuan warisan sejarahnya.

“Memandangkan permintaan itu ditolak, anak cucu kita hanya dapat melihat replika bunga emas. Agak sukar untuk kita dapatkan kembali artifak itu dalam bentuk asal.

“Difahamkan cuma dua artifak yang dipamerkan dalam bentuk replika iaitu sepasang pohon bunga emas dan bunga perak,” katanya selepas sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri di pekarangan Muzium Negeri Kedah, semalam.

Hadir sama, Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri.

Azizan berkata, selain bunga emas dan perak, terdapat satu lagi replika artifak yang tidak kurang pentingnya iaitu satu daripada dua pasang meriam tembaga yang diabadikan di sebuah Wat Siam di bandar Nakhonsithammarat, Thailand.

Menurutnya, meriam ini tertera nama ‘Kedah Darul Aman’, nama penjualnya dan tarikh hijrah tahun meriam itu dibeli.

“Difahamkan replika meriam itu kini dipamerkan di hadapan pintu masuk ke bangunan muzium,” katanya.

Azizan berkata walaupun sedikit terkilan kerana masih ada bahan peninggalan sejarah Kedah berada di luar negara seperti di Thailand akibat diserang dan ditawan oleh Ligor pada 1821, namun sukar untuknya menuntut semula artifak berkenaan kerana sudah menjadi hak negara itu ketika dijadikan harta rampasan perang.

Menurutnya, jika ada peminat sejarah yang menyimpan atau memiliki artifak atau barangan lama yang bernilai dari sudut sejarah dan budaya, beliau memohon mereka dapat menyumbangkan kepada muzium untuk dipamer kepada seluruh rakyat negeri ini.

Sehubungan itu, semua pegawai dan kakitangan muzium perlu lebih berhati-hati menyediakan sesebuah kapsyen kerana maklumat terbaik mampu memberi pengetahuan yang mudah difahami dan dimanfaatkan pelawat.

“Muzium adalah sebuah pusat sumber informasi. Oleh itu kapsyen antara sumber rujukan penting dalam memberi informasi kepada pelawat,” katanya.

Azizan berharap semua pihak bersatu tenaga dan berfikiran terbuka bagi mendukung tanggungjawab yang diamanahkan agar sejarah dan budaya negara dapat terus dipertahankan sebagai satu identiti kebangsaan.

“Semua pihak perlu mempelbagaikan peranan muzium bukan sahaja sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara tetapi penyebar maklumat, mendidik masyarakat, memupuk semangat kesedaran terhadap sejarah dan budaya,” katanya.

dean87
July 9th, 2011, 10:57 AM
Pertandingan Fotografi Menara Alor Setar

Menara Alor Setar mempelawa peminat fotografi di seluruh negara menyertai pertandingan fotografi bertemakan ”Menara Alor Setar Di Tengah Bandar Warisan.”

Penolong Pengurusnya, Nur Shazana Abdul Rani berkata, pertandingan dibahagikan kepada kategori kamera SLR dan telefon bimbit.

Hadiah pertama kategori kamera SLR berupa wang tunai RM1,000 dan barangan Canon bernilai RM800, kedua RM800 dan ketiga RM500 manakala hadiah pertama kategori telefon bimbit RM500 dan barangan HP bernilai RM800 manakala hadiah kedua dan ketiga masing-masing menerima RM300 dan RM200, katanya.

Menurut Nur Shazana, peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar kepada Sekretariat Pertandingan Foto ”Menara Alor Setar Di Tengah Bandar Warisan,” Menara Alor Setar, Lot 99, Lebuh Raya Darulaman, 05100 Alor Setar.

Katanya, maklumat lanjut mengenai terma dan syarat atau pertanyaan boleh diajukan kepada Zaidi Aziz dengan menghubungi nombor +604 720 2902 atau +6013 666 5878

Tarikh tutup penyertaan pada 1 September 2011.

othmanaroff
July 9th, 2011, 02:49 PM
suka tgk ibu negeri ku membangun...
ada skyline yg cantik r jugak

Inilah semangat yang kita mahu......

manman
July 11th, 2011, 02:45 AM
banyak "unknown project" kat as ni....kot sepedia yg boleh bagi tau antara project ni...
-projek kat sebelah sekolah star..
-projek kat sebelah tan chong motor
-projek kat ex-restoran rain forest

manman
July 11th, 2011, 03:25 AM
as cbd area
http://img69.imageshack.us/img69/2236/dsc02132v.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/69/dsc02132v.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

cbd area2
http://img84.imageshack.us/img84/2124/dsc02135jt.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/84/dsc02135jt.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)
cbd area2..
http://img577.imageshack.us/img577/9198/dsc02136y.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/577/dsc02136y.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)
menara as dari arah bee motel
http://img638.imageshack.us/img638/635/dsc02142e.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/638/dsc02142e.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

manman
July 11th, 2011, 06:35 AM
antara project tgh dok jalan..
bagunan kolej tudm kepala batas
http://img135.imageshack.us/img135/2244/dsc02129i.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/135/dsc02129i.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

shop lot...belakang komplek tunku yaakob
http://img546.imageshack.us/img546/9038/dsc02141n.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/546/dsc02141n.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

othmanaroff
July 11th, 2011, 09:05 AM
http://img715.imageshack.us/img715/1641/4march044.th.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/715/4march044.jpg/)

othmanaroff
July 11th, 2011, 09:16 AM
http://img715.imageshack.us/img715/1641/4march044.th.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/715/4march044.jpg/)

Sorry guys...setelah lama mencuba, barulah dapat upload gambar...berdasarkan tips yg dibagi oleh Dean87 (thread no. 1515, TQ Dean)...anyway gambar diatas utk hiasan saja, kecik pulak tu (gambaq Batu Ferringhi Penang). Next time saya post gambaq Alor Setar

othmanaroff
July 11th, 2011, 09:20 AM
Nama ja area PKNK tapi hampeh tak meriah.. Mcm bengong plak.. ahahaha

Now sekarang kita leh nampak CBD Alor Setar dah makin besar... Dulu area Pekan Rabu tu ja la.. Now extend sampai Jalan Pegawai, Jalan Teluk Wanjah, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Stadium dan Jalan Putra.

Lepas ni, dah Jalan Teluk Wanjah dielevate, bawah dia nanti still ada roundabout ke? Alor Setar makin pack, sesak dan panas... Best la!

Cakap fasal stesen bas lama, teringat tahun 80an, naik bas Tunjang Express pi KL. Sekarang syarikat tu dah tak ada dah!

dean87
July 11th, 2011, 10:18 AM
Sorry guys...setelah lama mencuba, barulah dapat upload gambar...berdasarkan tips yg dibagi oleh Dean87 (thread no. 1515, TQ Dean)...anyway gambar diatas utk hiasan saja, kecik pulak tu (gambaq Batu Ferringhi Penang). Next time saya post gambaq Alor Setar

aik, awat jd kecik? ada silap tang mn2 tuu.. mgkin silap amek link lain. Supposed to be 'forum code' link...mgkin sedara othmanaroff teramek 'link' atau 'forum thumbnail'...

Zulhelmi
July 11th, 2011, 10:21 AM
Info pasal future project kat AS mmg susah nk dapat, slalu melalui bualan orang saja.

Tau2, tupp dah siap naik.. ahahahaha

dean87
July 11th, 2011, 10:39 AM
aik, awat jd kecik? ada silap tang mn2 tuu.. mgkin silap amek link lain. Supposed to be 'forum code' link...mgkin sedara othmanaroff teramek 'link' atau 'forum thumbnail'...

http://img841.imageshack.us/img841/5527/ewterter.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/841/ewterter.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

dean87
July 11th, 2011, 11:02 AM
Info pasal future project kat AS mmg susah nk dapat, slalu melalui bualan orang saja.

Tau2, tupp dah siap naik.. ahahahaha

kalo nak tgk projek2 yg bru msuk utk permohonan cadangan pembangunan kat authority, buleh check kat webpage 'portal osc'. Tapi tak suma projek kena masuk osc, ada yang direct masuk 'jbt bangunan' utk approval. Akan tetapi yg ni depa x wat kemudahan online...

guy4versa4
July 11th, 2011, 11:13 AM
othmanaroff-dont forget to vote petronas twin tower!

othmanaroff
July 11th, 2011, 11:35 AM
aik, awat jd kecik? ada silap tang mn2 tuu.. mgkin silap amek link lain. Supposed to be 'forum code' link...mgkin sedara othmanaroff teramek 'link' atau 'forum thumbnail'...

'Link' tu betul, tapi gambaq dlm imageshack tu memang dah kecik pun, saya tak adjust jadi besaq masa upload.....

dean87
July 11th, 2011, 11:53 AM
^^
ow..dia ka...haha

othmanaroff
July 12th, 2011, 10:41 AM
http://img152.imageshack.us/img152/2826/imag0112copy0qo.jpg (http://img152.imageshack.us/i/imag0112copy0qo.jpg/)

From imageshack

othmanaroff
July 12th, 2011, 11:17 AM
http://i818.photobucket.com/albums/zz105/khosim7/3766109682_596008623c_o.jpg

From photobucket

manman
July 13th, 2011, 03:11 AM
panorama as
http://img651.imageshack.us/img651/1395/arahjbtan.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/651/arahjbtan.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)
http://img585.imageshack.us/img585/5487/arahjbtan3.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/585/arahjbtan3.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

http://img35.imageshack.us/img35/581/arahmsjd2.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/35/arahmsjd2.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)
http://img849.imageshack.us/img849/4497/arahmsjd3v.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/849/arahmsjd3v.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

Zulhelmi
July 13th, 2011, 03:15 AM
Hmm.. project yang kat Jalan Pintu Sepuluh tu apa ya? Makin naik plak, dulu mcm terbengkalai..

manman
July 13th, 2011, 03:26 AM
Hmm.. project yang kat Jalan Pintu Sepuluh tu apa ya? Makin naik plak, dulu mcm terbengkalai..

ni gambaq dia baru snap kemarin...dah sambung balik..nak buat apatah...mungkin apartment...or hotel
http://img155.imageshack.us/img155/10/dsc02146l.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/155/dsc02146l.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

dean87
July 13th, 2011, 04:10 AM
^^
kalo x silap projek ni mmg sambung balik (dah 15 tahun t'bengkalai)... mmg good news n boleh tahan besar gak

Agensi: Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek: MBAS/OSC/KM/35/10
Nama Projek: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN PINDAAN TERHADAP PELAN YANG TELAH DILULUSKAN MPKS/B/34/96 KEPADA 1 BLOK HOTEL 7 TINGKAT (249 BILIK) DI ATAS LOT 797 DAN 798 (PT.72 H.S.D 796), BANDAR ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan: TET. BARTER FORTUNE SDN BHD
Kategori Projek: A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan: A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT): Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot: 797

dean87
July 13th, 2011, 06:58 AM
Exco jumpa penduduk untuk selesai isu setinggan
Rabu, 13 Julai 2011 09:47 | Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus bagi mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah setinggan yang dialami oleh penduduk.

Adalah menjadi dasar kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai sifar setinggan terutamanya di Bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani.

“Kerajaan buat satu dasar, bagi penduduk di Kedah tinggal dalam keadaan selesa, dapat rumah dan kemudahan yang sepatutnya.

“Pembangunan banyak berlaku, tetapi ada yang duduk dalam keadaan tak sempurna, tak ada saliran dan perparitan yang baik, jadi bila berlaku sesuatu bencana, seperti kebakaran, amat membahayakan, terutama mereka yang tinggal dalam kawasan setinggan, kerana susunan rumah yang terlalu rapat,” ujar beliau kepada penduduk.

YB Dato’ Ir Phahrolrazi menyatakan bahawa rancangan pembangunan Kampung Telok Yan dan Kampung Seberang Terus memerlukan persetujuan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat.

Justeru, beliau menyarankan kepada penduduk agar menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk mencari satu kata putus bagaimanakah untuk membangunkan kawasan tersebut.

“Dalam kampung ini kita ada pelbagai golongan penduduk, pelbagai kaum, jadi saya minta kepada penduduk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mencari keputusan bagi membantu kerajaan untuk membangunkan Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus.

“Saya harap penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana kita (kerajaan) nak rakyat dalam keadaan tersusun,” ujar beliau.

Hadir sama pada dialog tersebut adalah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Tanah Kota Setar, Bahagian Perumahan dan pemaju perumahan, Seri Temin Development Corporation.

Irwan
July 13th, 2011, 07:33 AM

emm..bagus la..tapi projek ni pun on off je..jalan jap, pastu terbiar balik..byk kali dok tgk camtu..signboard pun xde..kalau buat hotel 4 or 5 star, mesti ada tulis situ kan..apa2 pun harap lepas ni siap la hotel tu..:banana:

manman
July 13th, 2011, 07:52 AM
another unknown project...at jln gangsa
http://img202.imageshack.us/img202/2874/jlngangsa.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/202/jlngangsa.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

Zulhelmi
July 13th, 2011, 08:28 AM
^^
kalo x silap projek ni mmg sambung balik (dah 15 tahun t'bengkalai)... mmg good news n boleh tahan besar gak

Agensi: Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek: MBAS/OSC/KM/35/10
Nama Projek: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN PINDAAN TERHADAP PELAN YANG TELAH DILULUSKAN MPKS/B/34/96 KEPADA 1 BLOK HOTEL 7 TINGKAT (249 BILIK) DI ATAS LOT 797 DAN 798 (PT.72 H.S.D 796), BANDAR ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan: TET. BARTER FORTUNE SDN BHD
Kategori Projek: A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan: A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT): Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot: 797
Kalau boleh siap, meriah la sikit area tu. Potensi tinggi kt area Jalan Putra sebab hotel banyak. Sentosa Plaza tu kalau refurbish lain interior memang gempak.

dean87
July 13th, 2011, 09:38 AM
another unknown project...at jln gangsa
http://img202.imageshack.us/img202/2874/jlngangsa.jpg (http://imageshack.us/photo/my-images/202/jlngangsa.jpg/)

Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

^^
that one might be a commercial-office building, the way how its looks...near to proton edar n emum business centre

sbnarnya AS mmg ada byk unknown projects...from low-rises to midrises, n might be few highrises in planning, mana tahu... :)

emzeti
July 13th, 2011, 12:27 PM
i hope mcd will open its own building like kfc stadium/pekan rabu..but with more daring design and santai concept that allowed people hangout 24 with wifi service
http://i1083.photobucket.com/albums/j388/afiqnadzir1/15572215567986447825410.jpg
mcd madano indonesia

dahsyat design ni kt indonesia

chicarito
July 13th, 2011, 04:47 PM
projek tepi sek STAR ialah stesen mnyk...

KucingGemuk
July 13th, 2011, 05:29 PM
sungai kat alor setar tu kalu dibersihkan dan diindahkan tebing dia seropa sungai melaka baru cantik, menarik tertarik ehehe

kedahan
July 13th, 2011, 06:18 PM
hey, any one got tesco stargate photos? how is the progress?

ra_ace
July 13th, 2011, 06:34 PM
Senarai beberapa projek yang sedang dan mungkin akan di bina di Alor Setar...

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/106/11
Nama Projek:PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI PEMBANGUNAN RESORT SUNGAI KEDAH DI ATAS LOT 278 (GM 14813) LOT 279 (GM 14814) DAN LOT 282 (GM 14815), BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan:TET. SENTOSA CLUB LEISURE SDN BHD
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :278,279,282
Tarikh Permohonan :22 Jun 2011

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/116/11
Nama Projek:PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA "GATED & GUARDED COMMUNITY" BAGI CADANGAN 132 UNIT RUMAH TERES 3 TINGKAT, 12 UNIT RUMAH KEDAI 3 TINGKAT DAN 1 UNIT RUMAH KELAB 2 TINGKAT, DI ATAS PT 7154-PT7194, PT7325-PT7432 & TANAH KERAJAAN, BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan:TET. HARTA SENTOSA SDN BHD
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :PT7154-PT7194,PT7325-PT7432
Tarikh Permohonan :10 Jul 2011

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/PB/1/11/PK
Nama Projek:CADANGAN MEREKABENTUK, MEMBINA & MENYIAPKAN PEMBANGUNAN KUARTERS KAKITANGAN ALOR SETAR YANG MENGANDUNGI: A) 2 UNIT RUMAH BERKEMBAR 2 TINGKAT KELAS E (B) 1 BLOK APARTMENT 5 TINGKAT KELAS F (20 UNIT) (C) 1 BLOK DEWAN SERBAGUNA & SURAU 1 TINGKAT (D) 1 BLOK PENCAWANG ELEKTRIK (SINGLE CHAMBER) (E) 1 BLOK RUMAH SAMPAH 1 TINGKAT DIATAS TANAH KERETAPI SEBAHAGIAN LOT 2667(LOT LAMA 3964), BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan:KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :2667

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/171/10/PK
Nama Projek:PROJEK STESEN KERETAPI ANAK BUKIT DIA TAS LOT 768, SEBAHAGIAN LOT 220 & 3144, BANDAR ANAK BUKIT, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH
Untuk Tetuan:KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
Kategori Projek:C - Projek Kerajaan
Jenis Pemajuan:F - Lain-Lain
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :768, SEBAHAGIAN LOT 220 & 3144
Mukim:BANDAR ANAK BUKIT

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/156/10/PK
Nama Projek:PEMBANGUNAN STESEN KERETAPI ALOR SETAR DI ATAS TANAH KERETAPI TANAH MELAYU SEDIADA LOT 2667 DAN SEBAHAGIAN REZAB JALAN BANDAR ALOR SETAR
Untuk Tetuan :KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
Kategori Projek:C - Projek Kerajaan
Jenis Pemajuan:F - Lain-Lain
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :2667
Mukim:DERGA

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/134/10
Nama Projek:Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 'kondotel' 24 Tingkat Di Atas Lot 6194, 6195, 6196, 6197, 6198, 6199, 6200, 6201, 6202, 6203, dan 6204, Jalan Stadium, Mukim Alor Malai, Alor Setar, Kedah.
Untuk Tetuan:Tetuan Johawaki Development Sdn Bhd
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :Lot 6194 - 6204
Mukim :Alor Malai

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/41/11
Nama Projek:PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK CADANGAN 32 UNIT KEDAI 3 TINGKAT DAN 1 PUSAT KOMERSIAL 4 TINGKAT YANG MENGANDUNGI:- i) 2 TINGKAT PUSAT KOMERSIAL DI TINGKAT BAWAH DAN SATU ii) 2 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA DI TINGKAT DUA DAN TIGA DI ATAS LOT 8722 (PT 4310), SEKSYEN 53, MUKIM PUMPUNG, BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR,KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan:TET. ROARING WEALTH SDN BHD
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :8722

Zulhelmi
July 13th, 2011, 06:49 PM
Ermmm... Tak tau la lot lot tu kat mana... :(

pathoboy
July 14th, 2011, 01:07 AM
kondotel 24 tingkat?bunyi mcm best..mnx2 jd la..yang pusat komersial 4 tingkat kt area pumpung tu depa nk wt apa?ada hypermarket baru ka?? :-?

Zulhelmi
July 14th, 2011, 03:00 AM
Not related I guess.. But still :)

ALOR SETAR: Entertainment outlets in Kedah, including karaoke centres and discotheques, will not be allowed to operate during the month of Ramadan.

Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said live band performances with singers at bars, hotels, restaurants and eatery outlets and areas easily accessed by the public were also not allowed.

He said the regulation under the state Entertainment Enactment 1997 which listed these places, however, excluded cybercafes, bowling and snooker centres.

Azizan also said that all Chinese eateriess and outlets that catered for international customers were allowed to operate as normal.

They include fast food restaurants such as Kentucy Fried Chicken, McDonald's and Pizza Hut, he said.

Azizan also said cultural and religious performances would be allowed during Ramadan as long as they did not cause disturbance to others.

"This regulation is already in the enactment and it was enforced each Ramadan but due to poor enforcement, there were those who did not abide by the regulation," he said after chairing the state executive council meeting here Wednesday.

He said the regulation would be fully enforced this year following complaints by the state Islamic Religious Councils during a meeting with district officers to prevent immoral activities during Ramadan.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/14/nation/9096647&sec=nation

Even now pun entertainment outlets tak boleh operate hari Khamis malam Jumaat. I think these are actually good moves. Unlike Kelantan yang memang tak boleh langsung ada wayang, at least kat Kedah ada tapi di kadar berpada-pada :)

dean87
July 14th, 2011, 03:32 AM
Senarai beberapa projek yang sedang dan mungkin akan di bina di Alor Setar...

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/134/10
Nama Projek:Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 'kondotel' 24 Tingkat Di Atas Lot 6194, 6195, 6196, 6197, 6198, 6199, 6200, 6201, 6202, 6203, dan 6204, Jalan Stadium, Mukim Alor Malai, Alor Setar, Kedah.
Untuk Tetuan:Tetuan Johawaki Development Sdn Bhd
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :Lot 6194 - 6204
Mukim :Alor Malai

Agensi:Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
No. Rujukan Projek:MBAS/OSC/KM/41/11
Nama Projek:PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK CADANGAN 32 UNIT KEDAI 3 TINGKAT DAN 1 PUSAT KOMERSIAL 4 TINGKAT YANG MENGANDUNGI:- i) 2 TINGKAT PUSAT KOMERSIAL DI TINGKAT BAWAH DAN SATU ii) 2 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA DI TINGKAT DUA DAN TIGA DI ATAS LOT 8722 (PT 4310), SEKSYEN 53, MUKIM PUMPUNG, BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR,KEDAH DARUL AMAN
Untuk Tetuan:TET. ROARING WEALTH SDN BHD
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:A - Perumahan
Rancangan Tempatan (RT):Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot :8722

^^
thanks for the updates, btw, why r b4 this, these 2 projects den tak perasan r....hairan bin ajaib

Condotel 24 tgkat? WOW!!! really great news....as i expected b4, mmg ade highrises in planning, but yg ni da masuk utk approval....:banana:

pusat komersial 4 tgkat in pumpong? might be somewhere at jln suka menanti area or kedah medical centre area....

othmanaroff
July 14th, 2011, 04:56 AM
Exco jumpa penduduk untuk selesai isu setinggan
Rabu, 13 Julai 2011 09:47 | Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus bagi mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah setinggan yang dialami oleh penduduk.

Adalah menjadi dasar kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai sifar setinggan terutamanya di Bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani.

“Kerajaan buat satu dasar, bagi penduduk di Kedah tinggal dalam keadaan selesa, dapat rumah dan kemudahan yang sepatutnya.

“Pembangunan banyak berlaku, tetapi ada yang duduk dalam keadaan tak sempurna, tak ada saliran dan perparitan yang baik, jadi bila berlaku sesuatu bencana, seperti kebakaran, amat membahayakan, terutama mereka yang tinggal dalam kawasan setinggan, kerana susunan rumah yang terlalu rapat,” ujar beliau kepada penduduk.

YB Dato’ Ir Phahrolrazi menyatakan bahawa rancangan pembangunan Kampung Telok Yan dan Kampung Seberang Terus memerlukan persetujuan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat.

Justeru, beliau menyarankan kepada penduduk agar menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk mencari satu kata putus bagaimanakah untuk membangunkan kawasan tersebut.

“Dalam kampung ini kita ada pelbagai golongan penduduk, pelbagai kaum, jadi saya minta kepada penduduk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mencari keputusan bagi membantu kerajaan untuk membangunkan Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus.

“Saya harap penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana kita (kerajaan) nak rakyat dalam keadaan tersusun,” ujar beliau.

Hadir sama pada dialog tersebut adalah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Tanah Kota Setar, Bahagian Perumahan dan pemaju perumahan, Seri Temin Development Corporation.

Dean, Kg Teluk Yan dan Seberang Terus dekat area mana ya? (Tandop, Mergong, Jln Datuk Kumbar etc...)

dean87
July 14th, 2011, 05:17 AM
Dean, Kg Teluk Yan dan Seberang Terus dekat area mana ya? (Tandop, Mergong, Jln Datuk Kumbar etc...)

teluk yan kat kg berjaya (belakang medan putra)....seberang terus belah tongkang yard/ kota tanah...:)

myf282828
July 14th, 2011, 08:50 AM
Hi all, sorry for this off topic subject.

Would all of you please click this link and vote Petronas Towers in this "Supertalls World Cup" final and make our ptt the world champion. Thank you.

http://xl.skyscrapercity.com/?page=oneonone#whovoted

pathoboy
July 15th, 2011, 01:28 AM
^^
thanks for the updates, btw, why r b4 this, these 2 projects den tak perasan r....hairan bin ajaib

Condotel 24 tgkat? WOW!!! really great news....as i expected b4, mmg ade highrises in planning, but yg ni da masuk utk approval....:banana:

pusat komersial 4 tgkat in pumpong? might be somewhere at jln suka menanti area or kedah medical centre area....

apa la agaknya pusat komersial tuu??2 floor utk kedai n 2 floor lg tmpt letak kreta..sapa2 yg ada kt alor setar skrg bole la tlg carikn apa bnda projek tuu..mna la nk taw depa dah bubuh gambaq kaa.. :banana:

ra_ace
July 15th, 2011, 02:16 AM
Menerokai zaman ais purba

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
http://www.utusan.com.my/pix/2011/0715/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
Kanak-kanak Tabika Kemas terpegun melihat replika makhluk yang telah pupus pada pameran Pengalaman Zaman Ais di Pusat Sains Negara, Gunung Keriang, Kedah. – UTUSAN/Halim Khalid

ALOR SETAR 14 Julai – Pameran yang ditunggu-tunggu ramai. Barangkali itu boleh digambarkan tentang pameran Pengalaman Zaman Ais yang berlangsung di Pusat Sains Negara cawangan Wilayah Utara di sini sejak 5 Jun lalu dan dijangka berakhir 30 November ini.
Lebih menarik apabila pameran yang julung kali diadakan itu membolehkan pengunjung terutama di kalangan pelajar dan kanak-kanak mengembara jauh sehingga ke alam sejuta tahun dahulu.
Pameran ini turut memukau pengunjung apabila mereka berpeluang bertemu haiwan purba termasuk dinosaur, gajah mamot dan hidupan marin zaman purba yang ‘dihidupkan’ kembali melalui penggunaan teknologi animatronik.
Demikian kelebihan sains yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menambah pengetahuan berkaitan zaman tersebut dan wajar diambil kesempatan oleh orang ramai terutama para pelajar untuk menerokai zaman silam.
Menurut Pengurus Cawangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Mohamad Nazrin Yahaya, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan pameran tersebut dalam usaha menyalurkan maklumat berhubung zaman ais yang penuh keunikan itu.
“Orang ramai pasti terpesona dengan pameran yang memberikan pandangan yang mengujakan berkisar tentang zaman ais sekitar 1,000,000 tahun dahulu.
“Ia secara tidak langsung menambah pengetahuan mereka tentang zaman Pleistosene itu,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, apa yang lebih istimewa adalah penduduk di negeri ini dan di utara tanah air tidak perlu lagi berjalan jauh sehingga ke ibu kota untuk menyaksikan sendiri pameran seperti itu.
“Pameran ini diharapkan dapat memanfaatkan penduduk. Jadi janganlah ketinggalan untuk menyaksikan sendiri makhluk mega fauna ini,” katanya lagi.
Selain dinosaur yang cukup sinonim dengan zaman ais, katanya, turut dipamerkan ialah makhluk mega fauna lain yang telah pupus seperti kucing purba, ‘giant ground sloth’ dan ‘mastodon’.
Dalam pada itu, katanya, pameran itu turut mengujakan 80 kanak-kanak dua buah pusat bimbingan kanak-kanak (Tabika) iaitu Tabika Kemas Kubur Panjang dan Tabika Kemas Padang Terap yang hadir ke pameran itu, baru-baru ini.
Lawatan tersebut adalah inisiatif daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, Suraya Yaacob, demi memberi peluang kepada kumpulan itu menimba pengalaman baru.
Menurut Suraya, lawatan tersebut mendedahkan kanak-kanak terbabit dengan pelbagai maklumat mengenai zaman air.
“Sebelum ini mereka hanya melihat dalam filem dan televisyen serta membacanya dalam buku sahaja tetapi kali ini mereka boleh melihat di depan mata sendiri.
“Suasana pameran juga sangat kondusif. Memberi gambaran tentang zaman tersebut melalui penggunaan teknologi memang cukup berkesan. Jika saya sebagai orang dewasa juga teruja, apatah lagi kanak-kanak,” katanya yang turut serta dalam lawatan tersebut.
Kata beliau, pihaknya akan memperbanyakkan lagi aktiviti seumpama itu dalam memastikan kanak-kanak terutama di kawasan luar bandar berpeluang menimba pelbagai bidang ilmu.
Pameran tersebut beroperasi setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Bayaran masuk dikenakan adalah RM2 untuk dewasa, kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas) RM1, manakala kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun dan orang kurang upaya (OKU) pula percuma.

adzmierzboy
July 15th, 2011, 05:26 AM
from http://www.btimes.com.my/articles/20110714224255/Article/

Tradewinds to build rubber city in Kedah

Tradewinds Plantation Bhd (TPB) which today proposed to acquire Mardec Bhd, plans to build an integrated rubber city in Kota Putra in Kedah, possibly a year from now.

Chief Executive Officer Chan Seng Fatt said the integrated rubber city, which is set to provide a free trade rubber area would attract foreign investors to the country.

"We're now in the stage of drawing the masterplan. It will probably take a year to get approval from the authorities," he said after TPB's extraordinary general meeting today.

The 11,000-hectare piece of land, bought by the company about two years ago, is located next to its rubber plantation.

"We have approached some government agencies and they are very supportive. We are quite confident that this project will be successful," Chan said, adding that the company had the advantage of having both the land and facilities.

Group Managing Director Bakry Hamzah said the project had high potential for business as it would be the only integrated rubber city in the country.

"It has potential to attract foreign investors if it is well positioned. The response from investors is encouraging," Bakry added.--Bernama

Read more: Tradewinds to build rubber city in Kedah http://www.btimes.com.my/articles/20110714224255/Article/#ixzz1S8nV2IaX

Zulhelmi
July 15th, 2011, 06:07 AM
By EMBUN MAJID
embun@thestar.com.my
Photos by G.C. TAN | Jul 14, 2011
Kedah’s RM6.4mil tourism project fallen into disrepair due to neglect after completion

The opening of the traditional Malay village complex at the foot of Gunung Keriang in Kedah, which was completed two years ago, was delayed due to the high cost involved for the repair of the complex.

The RM6.4mil complex built by the state government had gradually deteriorated upon its completion and it was only in September last year that the state appointed Keriang Hill Resort Sdn Bhd to carry out repair works.

Keriang Hill’s manager Wan Muazzam Wan Ismail said the company would have to fork out RM2mil to repair some of the facilities and amenities at the complex.

“About 14% of the complex’s facilities such as the toilets in all the chalets, hall, restaurant and other amenities need to be repaired.

“We also need to change the wiring and build a proper road inside the complex’s compound,” he said when contacted recently.

Wan Muazzam also said that the complex comprised 16 traditional wooden houses which needed constant maintenance.

He said he would be meeting with contractors in a few weeks’ time and the repair work was expected to be completed within five months.

“Once completed, the complex will be given a new name — Keriang Hill Resort and would be open early next year.

“We will open the complex in stages, starting with the main hall, restaurant and chalets,” he said.

The complex is located opposite the Padi Museum and the chalets can be rented on a daily basis.

State Tourism, Indian and Siamese Community Affairs Committee chairman S. Manikumar said he planned to meet with Keriang Hill next week to discuss the matter.

“The complex has a great potential to become a major tourist attraction in the state,” he said.

Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, who visited the complex in October 2009, had said it could not be included in tourism promotions due to its poor condition.

Ng said the traditional village was among 18 tourism development projects in Kedah under the Ninth Malaysia Plan.

http://www.starproperty.my/PropertyScene/TheStarOnlineHighlightBox/13284/0/0

dean87
July 15th, 2011, 10:01 AM
^^
kaw sekitar gunung keriang sbnarnya mmg ada high potential utk dibangunkan sbg new tourism product in AS. Sekarang ni pun dah ada tarikan pelancongan such as muzium padi, pusat sains n resorts selain tmpat peniaga2 menjual batu2 kristal.

But, i can imagine this so-called area macam ada 'sesuatu' yg boleh dimanfaatkan/dimajukan utk pelancongan yg lebih menarik berdasarkan historical n natural values, n panoramic views as well. For examples, theme park (crystal-based or water-based), observation deck, 'jln2 msuk dlm gua' (haha if logical) etc.... i believe it can be a new attraction to AS one day (just like 'lost world of tambun' in ipoh somehow)

guy4versa4
July 15th, 2011, 10:29 AM
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1994.jpg

dean87
July 15th, 2011, 10:39 AM
from http://www.btimes.com.my/articles/20110714224255/Article/

Tradewinds to build rubber city in Kedah

Tradewinds Plantation Bhd (TPB) which today proposed to acquire Mardec Bhd, plans to build an integrated rubber city in Kota Putra in Kedah, possibly a year from now.

Chief Executive Officer Chan Seng Fatt said the integrated rubber city, which is set to provide a free trade rubber area would attract foreign investors to the country.

"We're now in the stage of drawing the masterplan. It will probably take a year to get approval from the authorities," he said after TPB's extraordinary general meeting today.

The 11,000-hectare piece of land, bought by the company about two years ago, is located next to its rubber plantation.

"We have approached some government agencies and they are very supportive. We are quite confident that this project will be successful," Chan said, adding that the company had the advantage of having both the land and facilities.

Group Managing Director Bakry Hamzah said the project had high potential for business as it would be the only integrated rubber city in the country.

"It has potential to attract foreign investors if it is well positioned. The response from investors is encouraging," Bakry added.--Bernama

Read more: Tradewinds to build rubber city in Kedah http://www.btimes.com.my/articles/20110714224255/Article/#ixzz1S8nV2IaX

its very rare to hear this kind of news especially from such big investor/developer plans to develop townships in rural kedah, yet, very confident on their investment....thanks :cheers:

btw, the neighbour side actually boleh dikatakan langsung tak bangunkan kaw bandar berdekatan, i meant the nearest town is Ban Prakop, approx 10km from the border, just a very small town like kuala nerang (sorry if anyone from the said area, just for comparison only) with poor road conditions. Do they (Thailand) already berpakat2 nak bgunkan bandar sempadan t'sebut, with Msia?... I heard this news few years b4 during Syed Razak's, currently MB pun cakap camtu, tapi suruh proceed je sbb alang2 da wat...:nuts:

hopefully, everything is going to be ok...mgkin baru sekarang Thai govt dah ada planning....and recently, FRIM will open (not sure their branch or hq) there :)

dean87
July 15th, 2011, 10:42 AM
its good actually in order to boost pokok sena n kuala nerang development as well as tasik pedu tourism activities due to the integrated rubber city development...hehe

dean87
July 15th, 2011, 10:44 AM
http://i1230.photobucket.com/albums/ee482/aismanggo1/IMG_1994.jpg

tak sabar den dok nunggu kondo naik kat sini...:)

dean87
July 15th, 2011, 01:01 PM
MID-RISE TO HIGH-RISE PROJECTS IN AS

u/c or abandoned:
- kedah police hq: 12
- apartment bandar sri ampang: 16 (on hold)
- hotel in starcity: 18
- hotel at jalan pintu sepuluh: 7-10
- wisma dpmk: 8 (on hold)

coming soon/future/proposed:
- amansuri residences: 22 & 25 (begin in nov)
- 4-star hotel in jln tambang badak: 15 (proposed)
- 4 hotel blocks in seberang perak: 14 & 18 (RKK AS 2011-2015)(proposed)
- sentosa regency hotel extension: 35 (proposed)
- sentosa hotels next to menara sentosa: 10 & 20+ (proposed)
- condotel in jln stadium: 24 (authority's approval)NEW
- kompleks haji in anak bukit: 8 (authority's approval)
- souq aman: 6 (authority's approval)

pathoboy
July 15th, 2011, 02:54 PM
tak sabar den dok nunggu kondo naik kat sini...:)

dean muat ka nk buat kondo kt situ??ka depa nk robohkn bgnn BDB tu..haha :nuts:

pathoboy
July 15th, 2011, 02:59 PM
banyaknya hotel nk binaa??bole jd ka projek hotel2 tuu??ntah2 depa propose n bila tgk dh byk hotel nk bina depa cancel..adoi..mnx2 la xjd cm2..kalau semua hotel ni dibina mmg meriah la skyline kt AS ni..dan sekurang2nya buat la 1 hotel taraf 5 bntng..baru pelancong luar trtarik..

othmanaroff
July 15th, 2011, 03:38 PM
http://img12.imageshack.us/img12/9163/2941212583fc5fb63fffbtz4.jpg (http://img12.imageshack.us/i/2941212583fc5fb63fffbtz4.jpg/) Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

Macam pemandangan kat Masjid Jamek KL

chicarito
July 15th, 2011, 05:05 PM
kalau sesaper lalu kat jln gangsa tu perasan x kawasan bendang sebelah titi baru tu dah nak dipagar macam ada projek baru nak dibangunkan,projek apa agaknya?

Zulhelmi
July 15th, 2011, 05:57 PM
kalau sesaper lalu kat jln gangsa tu perasan x kawasan bendang sebelah titi baru tu dah nak dipagar macam ada projek baru nak dibangunkan,projek apa agaknya?
Hmmm... Bendang area Jalan Gangsa/Tambang Badak dah tak feasible nak buat nampak gayanya sebab kecik sgt pun..

Zulhelmi
July 15th, 2011, 05:58 PM
http://img12.imageshack.us/img12/9163/2941212583fc5fb63fffbtz4.jpg (http://img12.imageshack.us/i/2941212583fc5fb63fffbtz4.jpg/) Uploaded with ImageShack.us (http://imageshack.us)

Macam pemandangan kat Masjid Jamek KL
Pic lama ni.. Sebab Wisma Perkeso tak siap lagi dan Galeria still u/c :D

nybyster
July 16th, 2011, 07:33 AM
MID-RISE TO HIGH-RISE PROJECTS IN AS

u/c or abandoned:
- kedah police hq: 12
- apartment bandar sri ampang: 16 (on hold)
- hotel in starcity: 18
- hotel at jalan pintu sepuluh: 7-10
- wisma dpmk: 8 (on hold)

coming soon/future/proposed:
- amansuri residences: 22 & 25 (begin in nov)
- 4-star hotel in jln tambang badak: 15 (proposed)
- 4 hotel blocks in seberang perak: 14 & 18 (RKK AS 2011-2015)(proposed)
- sentosa regency hotel extension: 35 (proposed)
- sentosa hotels next to menara sentosa: 10 & 20+ (proposed)
- condotel in jln stadium: 24 (authority's approval)NEW
- kompleks haji in anak bukit: 8 (authority's approval)
- souq aman: 6 (authority's approval)

wah, kalau semua yg dilistkan di atas menjadi realiti aku rasa kita dah leh beat skyline Ipoh.....n maybe nak menghampiri skyline2 elit seperti Kuching, KK, n Jaybe...but put aside KL n Penang laaa...hehehehe

tp kalau half of the listed project nih siap pun aku dah bersyukur....hehehehe

Zulhelmi
July 16th, 2011, 07:36 AM
Kita memang dah ada skyline pun.... Huhuhu..

nybyster
July 16th, 2011, 07:53 AM
Kita memang dah ada skyline pun.... Huhuhu..

memang kita dah ada skyline but pada aku AS nih terlalu renggang rebakan perbandaran dia.....berbanding Ipoh walaupun skyline agak mendatar tp padat....

dean87
July 16th, 2011, 08:03 AM
dean muat ka nk buat kondo kt situ??ka depa nk robohkn bgnn BDB tu..haha :nuts:

mmg muat, 2 ekar lebih luas dia.... siap ada 2 blok lg dlm proposal :)

BDB tu depa tak kacau...jiran dia:lol:

dean87
July 16th, 2011, 08:17 AM
kalau sesaper lalu kat jln gangsa tu perasan x kawasan bendang sebelah titi baru tu dah nak dipagar macam ada projek baru nak dibangunkan,projek apa agaknya?

bendang kat belakang shoplots baru siap ka kat bendang seberang jalan lg satu?
kalo yg seberang jalan dulu carrefour beli tanah kat situ...skg tatau depa da jual ka nak wat 'something' kat situ...

Zulhelmi
July 16th, 2011, 08:24 AM
bendang kat belakang shoplots baru siap ka kat bendang seberang jalan lg satu?
kalo yg seberang jalan dulu carrefour beli tanah kat situ...skg tatau depa da jual ka nak wat 'something' kat situ...
Carrefour ada jgak beli tanah kat Alor Setar?

chicarito
July 16th, 2011, 08:56 AM
bendang kat belakang shoplots baru siap ka kat bendang seberang jalan lg satu?
kalo yg seberang jalan dulu carrefour beli tanah kat situ...skg tatau depa da jual ka nak wat 'something' kat situ...

ya memang betul tanah bendang yg seberang shoplot yg baru tu luas juga nmpknya.........masa lalu kat KSAH td baru perasan ada qrtrs ktmb dah nak siap dah.....

pathoboy
July 16th, 2011, 02:53 PM
bendang kat belakang shoplots baru siap ka kat bendang seberang jalan lg satu?
kalo yg seberang jalan dulu carrefour beli tanah kat situ...skg tatau depa da jual ka nak wat 'something' kat situ...

area tu area pumpung ka area bndr alor setar?kalau tmpt tu dlm mukim pumpung ntah2 tu la projek pusat komersial 4 tingkat tu..ntah2 carrefour apa..haha :banana:

pathoboy
July 16th, 2011, 02:54 PM
mmg muat, 2 ekar lebih luas dia.... siap ada 2 blok lg dlm proposal :)

BDB tu depa tak kacau...jiran dia:lol:

ada 2 block lg dlm proposal??perkhh..trbaik tuuh.. :banana:

johan is
July 16th, 2011, 02:59 PM
dalam proposal tu kan ada 2 blok kondo~

pathoboy
July 16th, 2011, 03:34 PM
^^

laa..ingatkn ada 2 block tambahan lg selain 2 block kondo tuu..adoi

dean87
July 16th, 2011, 05:03 PM
^^
haha... pathoboy salah faham la tu, sblm ni pun mmg ada gambar proposal tu kat previous posts :)

dean87
July 16th, 2011, 05:17 PM
area tu area pumpung ka area bndr alor setar?kalau tmpt tu dlm mukim pumpung ntah2 tu la projek pusat komersial 4 tingkat tu..ntah2 carrefour apa..haha :banana:

tak sure pulak mukim mana, mungkin gak:?, sebab bendang tu mmg luas, mmg muat utk development macam tu... kalo mukim pumpong termasuk area wisma darulaman, stadium sultan abd halim n surroundings nearby

kalo sesapa ada tahu-menahu bab sempadan2 mukim kat AS ni mgkin boleh cerita sikit..hehe

i was thinking the site must be whether the empty land kat intersection simpang empat lebuhraya sultanah bahiyah n lebuhraya darulaman (next to lawnbowl field); or sebelah kolej polytech mara jln suka menanti...n perhaps, kat tanah carrefour gak...haha

johan is
July 16th, 2011, 06:07 PM
kalau kata tanah carrefour kat jalan gangsa tu mukim mergong~

pathoboy
July 16th, 2011, 07:42 PM
^^
haha... pathoboy salah faham la tu, sblm ni pun mmg ada gambar proposal tu kat previous posts :)

yaka?sori2..xprasan la plak..haha

kalau kata tanah carrefour kat jalan gangsa tu mukim mergong~

kalau mukim mergong maknanya pusat komersial tu wt kt tmpt lain laa.. :nuts:

dean87
July 18th, 2011, 11:48 AM
Empat jalan sekitar Stadium Darul Aman ditutup sempena Cub Prix

ALOR SETAR - Empat jalan di sekitar Stadium Darulaman di sini ditutup selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu ini sempena Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan keenam 2011 pada Jumaat hingga Sabtu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar Supt Mohd Sham Abdullah berkata, jalan-jalan yang ditutup ialah persimpangan lampu isyarat Jalan Sultanah hingga Jalan Bakar Bata, Jalan Tun Razak (bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Alor Semadom), persimpangan lampu isyarat Kompleks Pendidikan (Jalan Stadium) dan Lebuhraya Darulaman dari arah Anak Bukit ke Pusat Bandar.

"Laluan dari Pusat Bandar ke Anak Bukit Lebuhraya Darulaman dibuka seperti biasa," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jalan-jalan berkenaan akan ditutup bermula pukul 7 pagi Khamis hingga pukul 12 tengah malam Sabtu.

"Jika tidak sempat untuk membuka semula jalan pada 12 tengah malam Sabtu, kita akan lanjutkan hingga pukul 7 pagi hari berikutnya," katanya.

Mohd Sham berkata, beliau meminta pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif untuk ke Pusat Bandar.

"Pengguna jalan raya juga perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas-petugas trafik yang berada di semua jalan yang ditutup," katanya. - Bernama

othmanaroff
July 19th, 2011, 02:54 AM

Dean, TQ for the info

Zulhelmi
July 19th, 2011, 03:11 AM
Mohd Sham berkata, beliau meminta pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif untuk ke Pusat Bandar.

Ahaha... bajet macam sesak dan besar sgt nak masuk town area...

othmanaroff
July 19th, 2011, 03:21 AM
Ahaha... bajet macam sesak dan besar sgt nak masuk town area...

Ye lah, setiap kali Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di adakan di Alor Setar, ianya mendapat sambutan hangat, sehingga ianya mendapat pujian dari penganjur...

dean87
July 19th, 2011, 05:55 AM
Isu bas percuma hangat sidang DUN
Isnin, 18 Julai 2011 17:12 | Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 18 Julai 2011 – Suasana Sidang DUN ke-12 menjadi agak riuh apabila Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB Tan Chow Kang menjawab secara spontan bahawa kerajaan negeri bersedia menawarkan perkhidmatan bas percuma dari Kuala Kedah ke Alor Setar, sekiranya diberi mandat sekali lagi dalam pilihanraya ke-13 yang akan datang.

Jawapan diberikan bagi menjawab soalan dari ADUN Bukit Pinang, YB Dato’ Md Rohsidi Osman yang inginkan penjelasan berhubung aduan orang ramai mengenai pengangkutan awam terutama bas yang sangat kurang di Bandaraya Alor Setar.

Selain itu, ADUN Bukit Kayu Hitam, YB Dato’ Ahmad Zaini Jaafar juga mengutarakan soalan tambahan inginkan penjelasan apakah usaha untuk mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam terutama bas di tempat-tempat tertentu selain di Bandaraya Alor Setar.

Tan menjawab, sebenarnya permintaan kepada perkhidmatan bas dan teksi semakin berkurangan ekoran orang ramai kini lebih suka menggunakan kenderaan sendiri seperti kereta dan motorsikal. Bagaimana pun di laluan yang berhampiran dengan Bandaraya Alor Setar, tindakan susulan akan diambil untuk mempastikan kaedah terbaik mengatasinya.

Sementara itu Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam siding medianya memberitahu perkhidmatan bas percuma dari Kuala Kedah dan Alor Setar akan dikaji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat sekali lagi untuk pilihanraya yang akan datang.

“Itu tadi cuma jawapan spontan dari YB Tan, apa pun kalau ianya akan dilaksanakan, kerajaan negeri akan membuat kajian terlebih dahulu…kalau kita menang lagi,” kata Azizan sambil tersenyum.

Mesyuarat DUN kali ini adalah kali yang ketiga bagi penggal persidangan yang ketiga bagi mesyuarat DUN yang ke 12.

johan is
July 19th, 2011, 05:56 AM
hari tu ramai org nak p tengok. lagipun lebuhraya darul aman yg kat stadium tu kan jalan utama p pusat bandar, mesti la kena guna jalan lain!

ra_ace
July 19th, 2011, 01:09 PM
Peniaga bantah lokasi acara

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0719/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
Jafree Don (kanan) bersama peniaga yang beroperasi di sekitar Stadium Darul Aman membantah penganjuran kejohanan lumba motosikal Cup Prix berhampiran stadium berkenaan yang didakwa merugikan mereka di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 18 Julai - Peniaga gerai dan bazar malam di Stadium Darul Aman di sini membantah tindakan kerajaan negeri membenarkan kejohanan motosikal di kawasan itu pada 22 dan 23 Julai ini yang didakwa menjejaskan perniagaan mereka.
Pengerusi Persatuan Penyewa Gerai Stadium Darul Aman, Jafree Don yang mewakili lebih 123 peniaga mendakwa mereka menanggung kerugian keseluruhan RM1 juta disebabkan laluan masuk ke situ ditutup dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas acara.
Kata Jafree, sebagai tanda rasa tidak puas hati mereka sepakat menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri selaku penganjur bersama kejohanan itu bagi mencadangkan ia dipindahkan ke kawasan lain.
“Kami mendapat maklumat tentang kejohanan tersebut sejak Mac lalu dan seterusnya menghantar surat kepada kerajaan negeri termasuk pejabat Menteri Besar, Majlis Bandaraya Alor Setar dan pihak pengurusan stadium.
“Rasional tindakan kami wajar kerana ini bukan kali pertama kami berdepan dengan masalah yang sama tetapi sudah tiga kali di mana perniagaan kami memang terjejas teruk kerana tiada pelanggan memandangkan jalan sekitar stadium ini ditutup,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, surat tersebut bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak terbabit.
“Jadi kami tidak mempunyai jalan lain selain ingin bersemuka dengan kerajaan negeri bagi menjelaskan masalah kami selain menuntut supaya pihak penganjur membayar pampasan pada kadar munasabah kepada semua peniaga terbabit,” katanya.
Selain itu, jelasnya, penutupan beberapa jalan utama di sekitar stadium seperti Jalan Stadium, Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Bakar Bata itu telah menjejaskan pergerakan lalu lintas selain kesesakan teruk yang menyusahkan orang ramai.
“Kita berharap kerajaan negeri bersikap prihatin dalam perkara ini bukan saja kepada peniaga tetapi orang ramai.
“Masih terdapat lokasi lain yang lebih sesuai untuk dijadikan venue acara seperti Stadium Suka Menanti dan kawasan Jubli Intan,” katanya yang memiliki perniagaan agensi pelancongan di kawasan itu.
Dalam pada itu, seorang peniaga, Syed Abdullah Syed Hussein, 57, berharap, kerajaan negeri membantu kebajikan peniaga di kawasan tersebut memandangkan kerugian yang bakal ditanggung mereka.
“Jika tidak berniaga sehari saya akan rugi lebih RM1,000 tetapi kalau buka perniagaan pun apa gunanya kerana pelanggan susah untuk datang memandangkan laluan ke sini ditutup.
“Walaupun acara cuma dua hari namun, kesannya akan dirasai hampir seminggu memandangkan persediaan akan berlangsung beberapa hari tarikh itu lagi,” katanya yang berniaga di premis makanan di kawasan tersebut sejak 20 tahun lalu.

Zulhelmi
July 19th, 2011, 01:22 PM
Adoi tolong la...!

guy4versa4
July 19th, 2011, 01:30 PM
knape zul?

Zulhelmi
July 19th, 2011, 01:39 PM
Tu pasal bantahan tu... Tak boleh belah. Org yang pegi makan kedai depa tu org yg sama nak mai tengok Cub Prix.. So cust nk tgok Cub Prix pun suka hati la..

emjay
July 19th, 2011, 02:35 PM
^^
Susahlah nak cakap, buat program pun tak kena, tak buat apa2 program pun tak kena. Sabarlah abang2 n kakak2 peniaga. Hanya beberapa hari aje! Bukannya soru miss langsung!

nybyster
July 19th, 2011, 03:00 PM
uik, nih bukan acara saban tahun ker???apsal baru sekarang nak kecoh2 plak??sebelum nih x terganggu ker keuntungan yg diam menyepi jer......ke ada orang2 tertentu cucuk2 dari belakang??

alibolehfly
July 19th, 2011, 03:09 PM
segala banner semua itu ditaja. tak kan sampai sanggup nak kuaq duit ber banner bagai. duit daripada siapa kita tak tahu.

Jamis
July 19th, 2011, 04:42 PM
Tak faham betullah dgn tindakan depa nie...sejak dulu lagi Cub Prix(bukan Cub PRIK naaaa...hehe) buat kt situ...tk pernah dgr pun bantahan...Lagi pun depa kena fhm kws stadium adalah kws sukan dan rekreasi...so risikonya mcm nielah...Time game bola aku tgk lagilah depa tak dak customer...lagi haru kalau esok lusa depa minta pulak jgn adakan game bola kt stadium...kereta penonton penuh hingga menyekat pelanggan dtg menjamu selera...Patutnya depa nie bersyukur...kerajaan negeri tk ambik tindakan depa pasang khemah kekal hingga ke kawasan jalan...Lagipun aku dok perati tahun lepas depa kaut untung gila pasai ramai penonton yg dok pi menjamu selera di kedai depa sepanjang CUB PRIKKKK diadakan...tp betul ke dlm 7 hari pendapatan depa RM1 juta??? ...sebulan dh RM4 juta...Purata sebulan pendapatan kesemua 123 peniaga ialah RM32,520!!! Perghhh kaya tu...123 peniaga? betul ke gerai2 mkn kt situ ada 123 buah?....Rasanya polis cuma tutup jalan utk 3 hari saja...khamis, jumaat dan sabtu...mana mai yg sampai 7 hari tu?

Bukanlah nak menyebelahi sesiapa...tetapi ni satu tindakan yg amat pelik...