pedang
August 29th, 2007, 04:17 AM
DRB-HICOM rancang keluar kenderaan sendiri
Oleh AMRAN AHMAD
SHAH ALAM 28 Ogos - Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB- HICOM) sedang menjalani proses transformasi perniagaan dan bakal mengeluarkan kenderaan penumpang berjenama sendiri selewat-lewatnya pada tahun 2012.
Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Khamil Jamil berkata, peranan DRB-HICOM akan berubah bukan sahaja mengedarkan kenderaan buatan luar negara tetapi mengeluar serta memasarkan kenderaan jenama sendiri.
“Justeru, usaha sama antara DRB-HICOM dengan General Motor Asia Pacific Holdings LLC (GMAPH) (GM) yang termeterai hari ini menjadi pemangkin kepada pengeluaran kenderaan berjenama sendiri untuk pasaran tempatan dan global,” jelasnya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian usaha sama antara DRB-HICOM dan GMAPH yang melibatkan pembentukan syarikat usaha sama, HICOM-Chevrolet Sdn. Bhd. (HICOM-Chevrolet) dengan GMAPH menguasai 51 kepentingan, manakala selebihnya oleh DRB.
Pada majlis yang sama, DRB-HICOM melancarkan modal terbaru kenderaan penumpang berjenama Chevrolet, Aveo Sedan 1.4 SE dan 1.4 SX yang dikeluarkan berasaskan model daripada GM Daewoo Auto & Technology dan ditawarkan pada harga RM71,891.20 bagi 1.4 SE dan RM74,969.20 untuk 1.4 SX.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail, Presiden GM bagi operasi Asia Tenggara serta GM Thailand dan Jualan Chevrolet Thailand, Steve Carlisle.
Mohd. Khamil berkata, syarikat usaha sama tersebut, HICOM-Chevrolet dijangka memulakan proses pengeluaran unit komponen terurai (CKD) kenderaan Chevrolet itu antara 18 bulan hingga 24 bulan akan datang.
Jelasnya, HICOM-Chevrolet akan menggunakan kilang pemasaran kenderaan milik DRB-HICOM di Pekan, Pahang untuk melaksanakan hasrat itu, selain membelanjakan sekitar RM50 juta sebagai perbelanjaan modal bagi aktiviti perniagaan syarikat usaha sama tersebut.
Pada dasarnya, GMAPH telah bersetuju untuk menjadikan kilang pemasaran kenderaan milik DRB-HICOM di Pahang itu sebagai pusat pengeluaran kenderaan berjenama Chevrolet untuk pasaran serantau, tambahnya.
Kerjasama
Carlisle pula berkata, sudah tiba masanya bagi General Motor (GM) untuk meningkatkan tahap kerjasama dengan DRB-HICOM berdasarkan banyak kejayaan yang dicapai hasil hubungan antara kedua-dua syarikat berkenaan yang terjalin sejak tahun 2002.
“Sebagai pasaran terbesar bagi kenderaan penumpang di rantau Asia Tenggara, GM mahu bertapak di Malaysia dalam skala yang besar menerusi usaha sama dengan salah sebuah syarikat ternama tempatan seperti DRB-HICOM,” jelas Carlisle.
Mohd. Khamil juga menjelaskan bahawa usaha sama antara Kumpulan DRB-HICOM dan GMAPH menerusi HICOM-Chevrolet tidak mempunyai sebarang kaitan dalam bidaan firma konglomerat tempatan itu dalam Proton Holdings Bhd. (Proton).
Menurutnya, kerjasama antara DRB-HICOM dan General Motors (GM) telah terjalin sejak tahun 2002 dan kedua-dua syarikat tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai pakatan untuk membid kepentingan dalam Proton.
Selain GM dan DRB-HICOM, tiga firma lain yang turut membida pembelian kepentingan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) sebagai pemegang kepentingan terbesar Proton ialah Volkswagen AG (VW) dari Jerman, Kumpulan Naza dan Kumpulan Mofaz.
Proton pada masa ini, sedang giat mengadakan rundingan dengan pengeluar kereta Jerman, Volkswagen AG untuk menjadi rakan strategik jangka panjangnya.