daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine | posting guidelines

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.



Global Announcement

As a general reminder, please respect others and respect copyrights. Go here to familiarize yourself with our posting policy.


Reply

 
Thread Tools
Old November 17th, 2008, 09:17 AM   #21
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Air Terjun Kota Tinggi memikat pengunjung

Oleh sahbulah darwi



para pelajar sekolah menikmati keindahan di Air Terjun Kota Tinggi, baru-baru ini. - Gambar RAJA JAAFAR ALI

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 16 Nov. - Musim cuti sekolah yang menjelang tiba menyebabkan banyak keluarga mencari destinasi riadah bagi merehatkan minda dan mengisi masa terluang.

Bagi daerah ini, antara destinasi popular ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terkenal di kalangan pelancong di dalam dan luar negara.

Destinasi percutian air terjun dengan konsep hiburan keluarga itu menampilkan air terjun dengan keindahan alam untuk pelancong dalam dan luar negara.

Ia terletak kira-kira 16 kilometer (km) dari pekan Kota Tinggi atau 80km dari Johor Bahru dan pengunjung pastinya terpesona sebaik sahaja memasuki kawasan air terjun yang sekitarnya diwarnai kehijauan Hutan Simpan Panti dan keindahan puncak Gunung Muntahak.

Udara segar yang menyapa pengunjung dengan desiran bunyi air terjun pastinya tidak boleh dilupakan semasa mandi manda bersama keluarga atau melakukan pelbagai aktiviti di tempat itu.

Lebih menarik, pengunjung boleh membuat pilihan sama ada ingin bermalam atau sekadar singgah untuk melepaskan penat dengan bercuti bersama keluarga dan rakan di sini.

Resort di destinasi popular itu dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 7 malam dengan pelbagai kemudahan disediakan dan ia bukan hanya tempat mandi manda.

Aktiviti rekreasi menarik, kemudahan bersantai, bersukan, pakej percutian menarik dengan kemudahan seperti calet, bilik hotel, caravan disediakan untuk disewa.

Pengunjung boleh memilih untuk mandi di tiga jenis kedalaman kolam iaitu sedalam 7.3 meter, 1.2 meter dan 0.9 meter.

Begitupun, bagi ketiga-tiga kolam itu, kesejukan airnya tetap sama tetapi di kolam ketiga pengunjung berpeluang merasai permainan gelongsor air sepanjang 58 meter.

Bagi mereka yang memilih untuk bermalam, kawasan yang dikelilingi hutan dan air terjun itu menyediakan suasana nyaman dengan bunyi unggas, burung dan cengkerik.

Selain itu, resort yang diuruskan oleh Onlu World Group Sdn. Bhd. turut menyediakan perkhidmatan melihat ribuan kunang-kunang di sekitar sungai air terjun itu.

Jurucakap syarikat itu berkata, pihaknya mengambil alih pengurusan air terjun itu sejak tahun 1997 dan sejak daripada itu pelbagai kemudahan dan perubahan diperkenalkan bagi keselesaan dan keselamatan pengunjung.

Justeru, bayaran masuk dikenakan iaitu RM7.50 seorang bagi dewasa, kanak-kanak RM3.50 seorang; manakala warga Singapura dikenakan bayaran RM10 seorang bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak.

Kadar sewa bagi calet pula ialah antara RM130 hingga RM150 sebilik; bilik hotel RM110 hingga RM130 sebilik dan caravan RM380 bagi satu malam.

Apapun, kunjungan ke air terjun itu pasti tidak mengecewakan dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi syarikat tersebut di talian 07-8829222 atau 07-8829111.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old November 17th, 2008, 09:18 AM   #22
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Pelawat puas hati keindahan alam tidak dicemari

KOTA TINGGI 16 Nov. - "Sungguh puas hati." Demikianlah kata-kata pengunjung Air Terjun Kota Tinggi apabila ditanya mengenai keindahan alam dan panorama di air terjun itu yang tidak dicemari sampah-sarap.

Rata-rata pengunjung berpendapat, keindahan air terjun dengan udara nyaman dan suasana tidak tercemar merupakan tarikan utama untuk mereka datang ke kawasan itu.

Pelancong dari Singapura, Sam Phun, 42, berkata, keistimewaan itu menyebabkan dia menjadi 'pelawat tetap' iaitu berkunjung sekali dalam setiap dua bulan.

"Ia cukup indah dan menyegarkan untuk semua orang, lebih-lebih lagi ia diselenggara dan dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Phun berkata, lazimnya dia datang bersama rakan dan ahli keluarga ke air terjun itu dan kadangkala bermalam di calet yang disediakan.

Menurutnya, air terjun itu menjadi tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran selepas sibuk dengan tugas harian di sebuah sekolah swasta di negara republik itu.

Murid Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Puteri Nurliayana Mohamad Zin, 10, berkata, pemandangan alam sekeliling air terjun itu cukup mengkagumkan kerana curahan airnya amat unik.

"Air yang mengalir sungguh bersih, sejuk dan segar," katanya yang datang ke air terjun itu bersama rombongan sekolah itu.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota, Wong Zi Qi, 11, berkata, dia sudah dua kali berkunjung ke air terjun itu dan tidak pernah berasa jemu untuk datang semula.

"Selain mandi-manda, banyak aktiviti boleh dilakukan sambil menghirup udara segar," katanya.

Turut bersetuju dengan pendapat itu adalah murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Tajul, M. Prasad, 11, yang berkata, masa terluang semasa cuti sekolah merupakan kesempatan terbaik untuk menikmati keindahan alam itu.

Prasad dan rakannya, M. Puvanesvary, 10, berkata, berkunjung ke air terjun itu membolehkan mereka menghargai keindahan alam terutama sumber air bersih dari sungai.

Muhamad Halim Jamil, 10, pula berkata, air terjun itu membuktikan bahawa negara mempunyai banyak lokasi destinasi pelancongan dari dalam dan luar negara.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old November 25th, 2008, 09:42 AM   #23
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Desaru Resort dinaik taraf




Mohd. Jamal Salleh (kiri) menunjukkan bilik Hotel Golden Beach Resort, Desaru, Kota Tinggi yang dinaik taraf, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 24 Nov. - Desaru Resort bakal menjadi pusat peranginan bertaraf empat bintang apabila pihak pengurusannya memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi kerja-kerja menaik taraf pusat itu.

Pengurus Besarnya, Kolonel (B) Mohd. Jamal Salleh berkata, kerja-kerja berkenaan yang merangkumi Golden Beach Hotel dan Golf & Country Club Holiday Chalet akan dimulakan awal tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya hujung 2009.

Katanya, antara kerja-kerja utama yang dilakukan di pusat peranginan yang berusia 30 tahun itu termasuk menaik taraf 220 bilik penginapan, bilik mesyuarat dan dewan makan yang mampu menampung sekitar 300 orang.

''Kerja menaik taraf itu dilakukan secara berperingkat, ini bermakna pada waktu yang sama para tetamu masih boleh berkunjung dan menginap di pusat peranginan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Selain itu, kata Mohd. Jamal, pihaknya turut memberikan perhatian di kawasan lobi, restoran dan kaunter penyambut tetamu dengan mengubah suai supaya lebih ceria, indah dan selesa.

Katanya, satu lagi kolam renang juga akan dibina, menjadikan dua buah kolam yang boleh menampung antara 100 hingga 120 orang pada satu masa.

Beliau berkata, Golf & Country Club yang bertaraf 18 lubang pula akan memperbaiki kawasan padangnya dan kemudahan lain.

''Kami yakin dengan usaha yang dilakukan itu mampu meletakkan Desaru Resort sebagai satu pusat peranginan pelancongan berkeluarga malah menjadi pusat peranginan sukan antarabangsa," katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old November 26th, 2008, 04:48 AM   #24
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Bridges of Kota Tinggi
Sim Bak Heng

The Kota Tinggi bridge started as a metal bridge. After the bridge was destroyed by the British, the Japanese replaced it with a floating bridge. Later, a wooden bridge was built in its place, before it was replaced by the concrete bridge that we see today.


SUBMERGED: This was what the town centre looked like during the 1969 floods.


BIG FLOOD: The floods of 1969 is one of the major events in the town’s history.


NEW BRIDGE: The concrete Kota Tinggi bridge was built in 1963.

There are stories related to each of these transformations, from the humble beginnings of the town to colonisation by the British, Japanese occupation and independence. Most, however, are sad stories.

The lives of Kota Tinggi folks have been closely tied to the bridge, for without it the town would not be as prosperous as it is today.

From the earliest days, the metal bridge served as an important link between the town and Johor Baru.


The bridge area was prosperous, with a public market and ferries berthing at a small dockyard.

Iron ore, sundry goods and passengers were ferried on Sungai Johor between Kota Tinggi and Sisek. Sisek was once a major producer of iron ore.

In the early days, there were only two major roads which intersected in the town centre — Jalan Mawai and Jalan Lombong. Jalan Lombong (Mine Road) got its name because there was a rich deposit of iron ore in the area.

The first bus and taxi stand was located in Jalan Tepi Sungai, next to the river, before it was shifted to Jalan Tambatan.

The Chinese, who comprised 80 per cent of the town’s population, mainly operated textile, jewellery, sundry shops and coffeeshops, while the Malays sold food. Most of the Indians worked in the estates.

Just before the Japanese invasion in 1941, the British built forts from Mersing in the east coast down to Kota Tinggi.

It was a serious miscalculation as the Japanese came through Johor Baru.

By the time the British saw the Japanese soldiers advancing from the other side of the Kota Tinggi bridge, they had no choice but to bomb the bridge.

They were hoping to cut off the only passageway to the town from the other side of the river. Unfortunately, that didn’t stop the Japanese from seizing the town.

Later, the Japanese conscripted local men in their 20s to build a temporary floating bridge at the spot where the metal bridge had stood.

In 1942, a wooden bridge was built which lasted until 1962.

“The Japanese killed many people, including those young people who had helped to build the bridges,” said Sam Koon Fook, 78, who lived in the town centre. His father ran a tailor’s shop at Jalan Tambatan.

Sam remembers the riverbank area near the bridge as a favourite children’s playground.

“The river water was clear and rich with fish. Many kids, including me, love to take a dip every afternoon.

“We found a bomb measuring about two feet in the river, believed to have been dropped by the Japanese army. All the kids ran for their lives.”

Kota Tinggi enjoyed its greatest prosperity during the 1960s. There was a regular influx of Singaporeans who would stop over to refill petrol and have their meals before continuing to the Kota Tinggi waterfall and Jason Bay in Tanjung Sedili.

One of the major events in the history of Kota Tinggi was the major floods of 1969 which swallowed up the entire town.

One may be curious to know how this low-lying town came to be known as Kota Tinggi.

According to historical records, Johor Lama, the old capital of Johor, was protected by several forts located on hills next to Sungai Johor. As the forts were sited on hilltops, they were called kota tinggi.

As the Portuguese invaders made their way up the river, the Johor Sultanate was forced to retreat to the site of present day Kota Tinggi town. For some reason, they named this new site Kota Tinggi.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2009, 08:41 AM   #25
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Johor Looking At Oil Refinery Proposal


MUAR, Jan 3 (Bernama) -- The Johor state government is looking at a proposal by an international company to invest RM17 billion to construct an oil refinery at Teluk Ramunia, Kota Tinggi.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the state government was assessing the effects of the project on the lives of fishermen and tourist centres in the area before giving approval.

He was informed of the investment proposal through a letter from the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) three days ago.

"The state government does not have any problem in preparing a site for the purpose because we have about 1,200 hectares for the industrial sector at Teluk Ramunia," Abdul Ghani said.

He was speaking to reporters after a gathering with leaders of Umno Cawangan Zon Kesang at Kesang Batu 7 here yesterday evening.

Abdul Ghani said an industrial impact study was needed because oil refining could affect the livelihood of the fishermen and the tourism industry if there was pollution.

He also said that Johor was still being favoured by foreign investors although the world was facing an economic downturn due to the financial crisis in the United States.

According to him, statistics showed that 28 percent or almost one-third of the overall investment value in the country went to Johor.

Abdul Ghani said he hoped that the federal government will give attention to small projects in the second economic stimulus package to be announced by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak soon.

He said small projects were important for Class F contractors to get jobs, thus activating downstream economic activities at the grassroots level, similar to the measure taken by Malaysia during the 1997-1998 economic crisis.

-- BERNAMA
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 6th, 2009, 07:00 AM   #26
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Tiada batang, tiada daun, hanya bunga


CUCU Mohd. Ali, Harun Abdullah menunjukkan bunga pelik yang ditemui di Kampung
Sungai Telor, Kota Tinggi semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


PELIK. Seorang warga emas mengalami pengalaman pelik apabila berpeluang melihat sekuntum bunga besar yang dianggapnya aneh kerana tumbuh tanpa batang dan daun.

"Pokok sebesar kuali ini tiba-tiba ditemui tumbuh dan kembang di tepi rumah saya baru-baru ini," kata Mohd. Ali Koyakutty, 68, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi semalam.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangka ia merupakan pokok keladi berdasarkan pada rupa tangkai yang keluar dari tanah berserta kelopak bunga berbentuk kon atau ia bunga tulip berwarna hijau kekuningan.

Bagaimanapun, tambahnya, selang seminggu selepas itu, beliau mendapati bunga yang berbau busuk itu semakin membesar di atas tanah sehinggalah kelopaknya mula mekar pada minggu kedua.

Bentuk isi di dalamnya seperti kobis bunga berwarna merah hati.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 7th, 2009, 05:55 AM   #27
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Peluncur 'menggila' di Desaru

Oleh SAHBULAH DARWI



Antara aksi peserta yang menyertai Sukan Luncur Ombak di Desaru Golden Beach Resort, Johor Bahru, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 6 Jan. - Keadaan laut yang bergelora dan berombak kuat akibat tiupan angin monsun pada Disember lalu dan Januari ini membawa tuah dan nikmat besar kepada ahli sukan peluncur ombak.

Ini kerana, keadaan itu menyebabkan pesisiran pantai sepanjang 17 kilometer di Desaru yang sentiasa dipukul oleh ombak tinggi bertukar menjadi gelanggang peluncur tempatan dan antarabangsa dalam sukan berkenaan.

Selama dua hari bermula Sabtu lalu, sebanyak 70 peluncur berentap dalam pertandingan sukan luncur ombak Mayhem Monsoon 2009 di Desaru Golden Beach Resort di sini.

Walaupun sukan tersebut boleh dianggap baru di negara ini berbanding sukan lain, namun sambutan peminat sukan berkenaan amat menggalakkan khususnya dari Indonesia, Thailand, Singapura, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.

Para peserta yang berusia 14 hingga 35 tahun, berentap dalam lima kategori pada pertandingan bertaraf separuh profesional itu.

Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Johor (MTPJ), A. Jabar Mohd. Tahir berkata, kategori yang dipertandingkan ialah lelaki terbuka, wanita terbuka, remaja, long board dan body board.

"Pertandingan yang merupakan acara tahunan sejak tiga tahun lalu itu merupakan anjuran Bigfoot Industries dengan kerjasama MTPJ bagi merebut hadiah keseluruhan RM10,000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Penganjuran sukan berkenaan bertujuan mempromosikan sukan tersebut termasuk menggalakkan kemasukan pelancong ke negara dan negeri ini.

A. Jabar berkata, selain pantai Desaru, lokasi lain tempat pertandingan berkenaan adalah di Cherating dan Pulau Tioman, Pahang.

Berbeza dengan tahun lalu yang menyaksikan seramai 120 peserta, beliau berkata, pertandingan kali ini memperlihatkan para peluncur yang lebih berkualiti dalam saingan yang lebih sengit walaupun jumlah penyertaan hanya 70 orang.

Bagaimanapun, hadiah dan ganjaran bukan menjadi pendorong utama kepada keghairahan peluncur-peluncur terbabit bermain dengan ombak.

Sebaliknya, kepuasan meniti dan meluncur di atas arus ombak yang menggulung serta membuat pelbagai aksi dan gaya merupakan 'kegilaan' yang menjanjikan keseronokan kepada mereka.

Menurut A. Jabar, nama Desaru dan Cherating kini bukan lagi asing di kalangan peluncur luar negara yang sebelum ini hanya tertumpu di Bali, Indonesia bagi kawasan Asia Tenggara.

Menurutnya, sukan tersebut juga mengubah landskap pelancongan pantai di Johor yang sebelum ini didapati agak suram setiap kali menjelang akhir dan awal tahun akibat ombak monsun yang tinggi.

"Disebabkan faktor cuaca dan ombak, tempoh monsun menyebabkan orang ramai tidak berkunjung ke Desaru tetapi dengan sukan ini maka sepanjang tahun kawasan ini dilawati pengunjung," katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 14th, 2009, 07:02 AM   #28
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Surfer’s paradise
Syed Umar Ariff
THE sun-kissed lass gazed with contentment upon a greyish blue yonder, off a beach facing the South China Sea.


PARTING COMPANY: A surfer falls off his surfboard in Desaru as the roiling waters get the better of him. — Pictures by Hairul Abd Rahim


CHECKING OUT THE COMPETITION: Folks on the beach have their eyes on the action.


NORHAWANI NORRIZAN: The long-time surfer is happy that such an extreme sport is catching on in Malaysia
Norhawani Norrizan was comfortable on the sand of Johor’s Desaru beach. It was like home to her.

Sitting in the shade cast by many coconut trees, she smiled to see the boys lining up to greet the breaking waves of the sea with evident glee.

One by one, with surfboard in hand, each jumped straight into the mildly raging waters, with a cheer only the joyful and carefree could muster.


Lying on their surfboards, they drifted, waiting for a wave to pick them up. Part of the skill was judging which was the right wave. When they spotted one, they paddled furiously to greet it, then eased back as the wave came to them and gently carried their board.

They braced themselves. The next moment, their surfboards rose with the gathering strength of the roiling waves. Part of the fun was judging the right moment to stand on the boards as strength and speed came together.

Then they were off, riding down the waves and having the time of their lives as they tried to keep their balance for as long as they could to return in triumph to shore.

“I have been surfing for more than 10 years now,” said Norhawani. “There was a time when such extreme sport was rare, even alien, in the country.

“But, now, I see that it is catching up with Malaysians, especially the younger ones.”

Oblivious to many, surfing has become a scene in Malaysia, particularly in Desaru, on the east coast.

It’s a development welcomed by resort operators, who traditionally had meagre earnings during the monsoon season. Now, the sport is helping tide them over.

Johor Tourism Action Council general manager A. Jabar Md Tahir said that up to three years ago, the resorts in Desaru had suffered a significant drop in the number of guests.

“People usually come here to take a dip in the sea. But, since the monsoon poses a danger to swimmers, the number of tourists, especially resort guests, drops during that time,” he said.

What to do? The resort operators put heads together and decided to let the monsoon-induced waves work for them.

Through the council, they got together with a local extreme sports company. A surfing competition was mooted and put to the test.

Encouraged, a series of small-scale surfing events followed, and within three years the extreme sport had gained popularity and taken a foot-hold among local folk and other Malaysians.

Norhawani, an advertising executive, has been surfing since 1997, when she completed her Sijil Pelajaran Malaysia.

“My first experience with the sport took place at the Sunway Lagoon water-theme park in Selangor. I taught myself bit by bit, until I was good enough to take part in competitions,” Norhawani said.

To date, she has participated in more than 10 surfing competitions and has emerged champion in various categories.

When met at the Desaru beach recently, humble Norhawani choose not to say much about those victories, but preferred, instead, to speak on the growth of the sport in the country.

“It is good that we are beginning to accept this form of sport, which is already a favoured past-time in other countries.”

Today, Desaru is a destination of choice for avid surfers even from outside the country.

Since 2007, Desaru has played host to the Monsoon Mayhem International Surf Challenge, which gathers together surfers from the corners of the globe including Hawaii, Japan, Thailand, Australia and Singapore.

“I participate in this event but I am mostly here to have fun,” Norhawani said.

One of the judges of the event, Ian Seymour of England, said warm Malaysian waters were one of the best to surf in and the waters off Desaru beach could be considered to be the best place to surf in the country.

The colder waters back home, he said, were a let down to avid surfers because they cut short surfing time.

“Here in Malaysia, avid surfers can surf as many times as they want as the temperature is optimal for the sport,” said Seymour, who resides in Singapore.

“I can see that surfing has a future in Malaysia. The interest for the sport is growing rapidly among the local people,” he said.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 19th, 2009, 04:40 AM   #29
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Multi-billion ringgit plan for Johor isles


TANGKAK: The state government is considering several multi-billion ringgit tourism projects, including luxury resorts in Mersing and Pulau Tengah, and Pulau Sibu.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the resort project near Mersing alone costs several billion ringgit.

Another project was a RM200mil coastal road linking Sedili in Kota Tinggi to Mersing.

He was speaking to reporters after accompanying his wife Datin Paduka Prof Jamilah Arrifin who was presenting Chinese New Year gifts to the underprivileged in Ledang district yesterday.

Abdul Ghani said thorough environmental impact studies would be carried out for the projects.

He said the state also planned to upgrade the Mersing-Nitar-Kluang road and a proposal had been included in the 10th Malaysia Plan.

On a RM17bil petroleum refinery project proposed by an international company in Teluk Ramunia in Kota Tinggi, Abdul Ghani said it was still being studied.

He said although the state had ample land in Teluk Ramunia and was suitable to cater to such a project, the surrounding areas had been earmarked for tourism.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 19th, 2009, 07:53 AM   #30
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

'Bantu kami, pantai kian terhakis'

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR



KESAN hakisan ombak mengakibatkan pokok-pokok tumbang di pantai Sea View Resort, Tanjung Sepang, Kota Tinggi, Johor.
- Gambar ISHAK RAHMAD

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 16 Jan. - Para pengusaha calet di pesisir pantai Tanjung Sepang, dekat sini berhadapan risiko gulung tikar ekoran hakisan pantai yang semakin kritikal.

Seorang pengusaha, Syed Hood Syed Salleh, 44, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dan semakin serius sejak kebelakangan ini.

Katanya, setiap tahun hampir tiga meter kawasan pantai berkenaan terhakis dan pada awal tahun ini sahaja enam meter kawasan pantai Tanjung Sepang telah 'ditelan'.

''Kesan daripada hakisan itu, kawasan pantai yang ada di kawasan ini semakin hilang dan kemudahan yang kami sediakan di sini turut musnah akibat dipukul ombak besar.

''Bukan itu sahaja, malah pokok-pokok yang ditanam di kawasan pusat peranginan ini turut musnah. Tahun ini sahaja hampir 10 batang pokok telah tumbang akibat hakisan pantai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar pusat peranginan tersebut mendapati, kemudahan yang disediakan pihak pengusaha calet seperti kawasan rekreasi, pondok berehat dan bilik mandi turut musnah akibat dipukul ombak besar.

Selain itu, jarak antara calet dan laut menjadi semakin hampir kerana kawasan pantai kian terhakis.

Syed Hood berkata, hakisan itu tidak terhad kepada pantai itu sahaja, sebaliknya ia 'merebak'sehingga ke pantai Teluk Ramunia dan memberi kesan negatif tehadap industri pelancongan di pesisir pantai tersebut.

Menurutnya, kesan hakisan itu turut menyebabkan lima pengusaha calet di kawasan itu terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membina tembok di pantai berkenaan bagi mengelakkan calet mereka musnah.

''Saya terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk membina tembok penghadang laut bagi mengelakkan calet saya musnah, tetapi pada awal tahun ini tembok itu telah roboh akibat hakisan yang semakin serius," katanya.

Beliau berharap pihak berwajib membantu mereka untuk meneruskan perniagaan berkenaan.

Katanya, pemantauan berterusan daripada pihak berkuasa harus dilakukan di kawasan tersebut bagi membantu para pengusaha calet di sini untuk meneruskan perniagaan mereka.

''Saya telah menerima tempahan untuk sambutan Tahun Baru Cina tetapi saya takut kemungkinan pelanggan akan lari apabila melihat tempat ini .

''Sekiranya terus dibiarkan, kawasan peranginan ini akan lenyap dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya.

Seorang lagi pengusaha calet, T. Sivakumar, 55, berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu bagi menyelamatkan kawasan pantai itu kerana hakisan semakin serius.

Sekiranya dibiarkan berlarutan, kawasan pelancongan di Tanjung Sepang akan musnah dan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan negara.

"Setiap hari pantai ini semakin terhakis, sekiranya terus dibiarkan, Tanjung Sepang ini tidak akan ada pantai lagi dan industri pelancongan di sini akan musnah," katanya.

Katanya, pihak berkuasa seharusnya membina satu tembok penghadang yang kukuh bagi membantu mengurangkan kesan hakisan terhadap pantai atau mencari alternatif baru untuk menangani masalah ini.

''Saya berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menyelamatkan industri pelancongan di sini bagi membantu para pengusaha pusat perangin di sini agar dapat terus menjalankan perniagaan pada masa akan datang," katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 20th, 2009, 07:56 AM   #31
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Pontian, Kota Tinggi destinasi pelancongan baru


KOTA TINGGI: Kerajaan negeri mahu memperkenalkan daerah Pontian dan Kota Tinggi yang berhampiran dengan bandaraya Johor Bahru sebagai destinasi pelancongan baru berikutan ia mempunyai banyak produk pelancongan menarik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chan, berkata beliau sudah mengemukakan cadangan berkenaan kepada Majlis Tindakan Pelancongan Daerah (MTPD) berkenaan berhubung pakej yang akan ditawarkan.

"Hasil kajian, pelancong yang datang ke Johor Bahru tidak akan menetap lama. Oleh itu, dengan produk pelancongan yang menarik di Kota Tinggi dan Pontian, mereka boleh dibawa melancong di dua bandar ini sekurang-kurangnya dua hari satu malam lagi.

"Kedua-dua daerah ini, sekurang-kurangnya mempunyai sembilan produk pelancongan yang berpotensi besar untuk dimajukan," katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dan mengadakan Lawatan Kerja Pelancongan ke daerah Kota Tinggi.

Hadir sama, Pengurur Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN), Abdul Jabar Tahir; Pegawai Daerah, Norizan Kulob dan Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi, Mohd Zahid Abdul Rahman.

Hoo berkata, sembilan produk yang sudah dikenal pasti ialah produk sejarah, budaya dan warisan; taman tema, agropelancongan dan homestay; ekopelancongan; pulau dan pantai; pusat membeli belah; pusat konvensyen dan pameran; sukan pelancongan dan hotel.

Sementara itu, Mohd Zahid berkata, sehingga kini MDKT sudah membuat beberapa perancangan untuk menaik taraf semula kawasan pusat bandar Kota Tinggi dan kawasan dalam pentadbirannya.

Beliau berkata, beberapa fokus pembangunan pelancongan sudah dilakukan dengan sebahagiannya sudah mendapat peruntukan daripada kerajaan, manakala beberapa projek lain sedang dalam pertimbangan.

“Kerajaan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta untuk membangunkan kawasan dalam bandar Kota Tinggi yang dinamakan Susur Kota, mirip Bintang Walk di Kuala Lumpur.

"Selain itu, MDKT juga sudah menyiapkan kertas cadangan menaik taraf Kompleks Laksmana Bentan, siap dengan kemudahan prasarana seperti bazar, laman budaya, taman rekreasi, laluan sejarah dan medan selera,” katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 30th, 2009, 08:54 AM   #32
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Bantu usahawan lain pasarkan produk


BAHAGIAN depan Chocolate House yang menjual pelbagai jenis coklat di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 29 Jan. - Chocolate House milik Brely's Secret di sini bukan hanya menjual pelbagai jenis coklat tetapi turut menyediakan ruang bagi para usahawan baru mencuba nasib dalam bidang perniagaan.

Sehingga kini, seramai 30 usahawan daripada kalangan penduduk setempat telah menyertai pakej yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

Selain coklat, antara produk lain yang terdapat di Chocolate House itu ialah rempeyek, tumpi dan kuih sepit.

Para usahawan yang menjual barangan di situ hanya dikenakan sewa rendah dan mampu dibayar oleh mereka.

Setiap usahawan akan diberikan tempoh kira-kira sebulan untuk menjual produk mereka dan selepas tempoh itu mereka perlu membuat pengubahsuaian dari segi pembungkusan atau reka bentuknya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Brely's Secret tidak membiarkan usahawan berkenaan membuat pengubahsuaian dan mereka akan membantu memberikan pandangan.

Pihak pengurusan turut bercadang menambah satu ruang dikenali sebagai kafe luar yang berkonsepkan jualan 24 jam sebagai tempat bersantai dan perbincangan yang lebih selesa.

Kafe berkenaan dijangka mampu disiapkan pada Mac ini dan pembukaannya dijangka mampu melonjakkan jumlah pelanggan yang berkunjung ke Chocolate House.

Bagi menimbulkan minat dan keseronokan semasa berkunjung ke situ, pelancong boleh membuat sendiri coklat dengan resipi serta bahan yang diingini mereka.

Brely's Secret berharap dengan pendekatan baru dan kehadiran lebih ramai pelancong ke kawasan berkenaan, secara tidak langsung ia turut memberi kebaikan kepada penduduk setempat.

Malah, ia sememangnya salah satu tujuan syarikat tersebut untuk membantu usahawan dan penduduk setempat.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 30th, 2009, 08:57 AM   #33
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Rahsia Chocolate House Azizi

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my



MOHD. Hairul Azizi menunjukkan sebahagian jenis coklat yang dijual di Chocolate House, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 29 Jan. - Apabila bercerita mengenai coklat, baik lelaki atau wanita, pasti terbayang tentang keenakan dan aroma makanan kegemaran ramai itu.

Malah, terasa enak tatkala coklat cair di dalam mulut ditambah pula dengan campuran kepingan badam, kismis dan pelbagai jenis bahan tambahan.

Kini, coklat bukanlah satu 'makanan mahal' seperti yang pernah 'berlegar' dalam minda penggemarnya suatu ketika dahulu kerana ia merupakan makanan yang cukup digemari segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia.

Mengimbau kenangan dahulu, coklat hanya dihidangkan ketika majlis-majlis tertentu seperti jamuan makan malam korporat atau majlis perkahwinan, itu pun hanya diberikan sebagai hantaran kepada pasangan masing-masing.

Namun kini, pendekatan tersebut telah mengalami sedikit perubahan apabila coklat mula dihidangkan kepada umum tidak kira majlis malah ada yang menjadikannya sebagai makanan ringan.

Lebih mengujakan, coklat turut dilihat mampu untuk menceriakan hati pasangan masing-masing apabila dijadikan hadiah untuk hari bahagia.

Tetapi, jarang sekali kita mendengar terdapat coklat buatan Malaysia terutama 'buah tangan' anak Melayu berada di pasaran.

Tercabar untuk merealisasikan impian itu, Mohd. Hairul Azizi Amat Tokimin, 29, merasa terpanggil untuk menceburi bidang perniagaan pemerosesan makanan berasaskan coklat.

Bernaung di bawah syarikat Brely's Secret, jejaka yang lebih selesa dipanggil Azizi itu mempertaruhkan resipi rahsia coklatnya untuk dinikmati oleh penggemar coklat.

Mungkin jenama coklat seperti Dark Chocolate, Marble Chocolate, Milk Chocolate dan Mix Chocolate agak asing kepada penggemar coklat di Malaysia, namun bagi Azizi itulah cabaran yang paling besar harus ditempuhinya bagi memastikan coklat jenamanya itu mampu bersaing dengan coklat jenama luar negara yang lain.

Bercerita berkenaan syarikatnya, kata Azizi, Brely's Secret telah ditubuhkan pada 31 Januari 2008 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Brely's Secret merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan khususnya dalam bidang pemakanan yang berasaskan coklat.

Syarikat tersebut turut menawarkan perkhidmatan pembungkusan produk makanan ringan dan cenderamata untuk majlis eksklusif.

"Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah pembungkusan makanan untuk majlis perkahwinan dan makanan ringan daripada usahawan dan peniaga setempat," katanya.

Biarpun hanya berusia 'setahun jagung', Brely's Secret mampu berbangga apabila syarikat tersebut berjaya menghasilkan pelbagai produk coklat sehingga 60 jenis.

Misi bagi menjayakan perniagaannya dimulakan dengan membuka sebuah bilik pameran yang dinamakan sebagai Chocolate House di Bandar Penawar, di sini awal bulan ini.

Biarpun 'rumah coklat' itu hanya berusia tidak sampai sebulan, mereka tidak 'sunyi' apabila saban hari menerima kunjungan daripada pelancong dan masyarakat setempat.

"Boleh dikatakan setiap hari kami akan menerima kunjungan yang kebanyakan adalah pelancong. Mengikut rekod yang kami buat sehingga kini lebih 20 buah bas membawa pelancong datang melawat ke Chocolate House kami," katanya.

Ditanya mengenai resipi coklatnya, beliau hanya tersenyum sambil menjawab: "Itu rahsia. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan resipi tersendiri. Itu sebabnya nama syarikat saya dan juga jenama produk ada perkataan secret (rahsia).

"Semua coklat dibuat di sebuah kilang di Bandar Tenggara dengan jumlah pekerja seramai empat orang. Bahan mentah utama yang digunakan adalah koko yang diperoleh dari Sabah," katanya sambil memberitahu bahawa produk coklatnya dijual antara 80 sen sehingga RM290.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old February 3rd, 2009, 05:44 AM   #34
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Potential seen for Kota Tinggi to lure more visitors
By BEH YUEN HUI


KOTA TINGGI: Kota Tinggi, an area gifted with natural resources and scenic settings, is set to become a major tourist attraction in Johor.

Located just over 40km from Johor Baru, the district exudes a fresh, calm and relaxing ambience.

The stunning beaches of Desaru make it a popular international destination.


More attractions: hoo (right) looking through information pamphlets at the tourist information centre in Kota Tinggi recently.

The attractions include the Kota Tinggi waterfall, Johor Lama Fort, theme museums, seafood villages and historical sites.

Johor Tourism, Domestic Trade and Consumer Affairs Committee chairman Hoo Seong Chang said that Kota Tinggi had everything for a perfect holiday.

“We see potential in Kota Tinggi as it is near Johor Baru, the southern gateway to Peninsular Malaysia.

“Tourists arriving at Senai International Airport will have easier access into Desaru when the Senai-Desaru Expressway is opened this year,’’ he said.

Hoo said the state had re-structured travel packages and tourism attractions in Johor.

He said the attractions had been divided into nine categories – eco-tourism, culture and heritage, islands and beaches, shopping, food and entertainment, health and education, sports and recreation, homestay and agro-tourism, golfing and accommodation, meetings, conventions and exhibitions.

Hoo told reporters this after meeting Kota Tinggi district officer Norizan Kulob and local council representatives from the relevant departments at the district recently.

“We must make changes and repackage our products from time to time to attract tourists,’’ he said.

Later, Hoo toured the tourist information centre and several sites in the district.

The tour was part of a state-wide visit to make sure the places were good for tourism.

For more information on Johor tourism, visit www.tourismjohor.com
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old February 4th, 2009, 02:27 PM   #35
nazrey
Registered User
 
nazrey's Avatar
 
Join Date: Sep 2003
Posts: 79,303
Likes (Received): 2149

by qureyoon

image hosted on flickr
nazrey no está en línea   Reply With Quote
Old February 5th, 2009, 06:28 AM   #36
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Pieces of history in ruins

VARIOUS programmes had been hatched to attract tourists to Johor but none had touched on the state's unique position as the last stop of Japanese General Tomoyuki Yamashita in the Malayan Peninsular during World War II before his troops overran Singapore.


The Weeping Rock near the Syahbandar Jetty carries the name of soldiers who had died.


The granite slab which was erected by the Japanese after they took control of Johor Baru. — Pictures by Satiman Jamin


The pillbox is part of the neglected Tanjung Pengelih Coastal Gun Battery Complex.

War relics like the Tanjung Pengelih Coastal Gun Battery Complex in Pengerang, Kota Tinggi, and the Malayan Peninsular Victory Commemoration Stone in Johor Baru, had been left to rot although they have the potential of attracting visitors from all over the world.

Talk of turning the Tanjung Pengelih Coastal Gun Battery Complex into a tourist attraction had died down although the idea was once mooted by Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said.

A vast complex complete with underground facilities and tunnels, it has the potential to become as famous as the Cu Chi Tunnels in Vietnam which attracts thousands.


The Cu Chi Tunnels was once the battleground much feared by American soldiers.

Built by the British in 1936 and completed in 1939, Tanjung Pengelih had three large guns as a defence measure against naval attacks.

The historical prominence of these places have not been taken advantage of by those in charge of tourism in the state.

The granite slab that was erected by the Japanese after they took control of Johor Baru signifying their victory in the Malayan Peninsular on Jan 31, 1942, was defaced and thrown into the Tebrau Straits by the Communist Party of Malaya at the end of the Japanese Occupation.

It had since been recovered and placed at the Japanese Cemetery in Jalan Kebun Teh.

It has been there since the '80s, its historical importance lost even on Japanese visitors as the writings on it are no longer decipherable.

The Lido Beach was the launching point of General Yamashita's assault on the Kranji and Sarimbun beaches of Singapore, which are on the opposite side of the Tebrau Straits.

A large wooden column inscribed with the names of soldiers who had died during the assault was erected on a square concrete base at Lido Beach near the Syahbandar Jetty. It is known as the Weeping Rock (Batu Menangis).

Johor Historical Society committee member Zaaba Abdul Samad said renowned Johor historian, the late Shahrum Hussien, had broached the idea of making the war relics more prominent in the state's tourism promotion.

"It is such a pity that the idea was not realised although the relics were obviously a great asset for Johor," he said.

The concrete base of the Weeping Rock now lay in ruins as the ground around it had succumbed to erosion and parts of the railings had tumbled into the Tebrau Straits.

Hopefully, the relics will not go the way of the engine of a Mitsubishi Zero One fighter plane that had been left to languish behind the Johor Arts Gallery without even an acknowledgement that it was part of the state's colourful history.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old February 6th, 2009, 05:48 AM   #37
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

RM34m to develop historical tourist spots
Ahmad Bahri Mardi
HISTORICAL sites along Sungai Johor in Kota Tinggi will be developed into proper tourist attractions by the state government at a cost of RM34 million.


Rural Development, Culture, Arts and Heritage committee chairman Asiah Md Ariff (fourth from left) sticking the ‘10km sign’ on the signboard at Kota Tinggi.
Rural Development, Culture, Arts and Heritage committee chairman Asiah Md Ariff said a proposal had been submitted to Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

She said the project, dubbed Kembara Wangsa, would be carried out in stages at the 13 sites earmarked as the most significant along Sungai Johor and its tributaries.

She said the project starts from Kota Sayong in upper Sungai Johor to Teluk Penyabung near Teluk Sengat where the river flows out to the sea.


Asiah said the project has the potential to make Kota Tinggi a popular historical tourism site that could rival other well known towns in the world.

Asiah was speaking at a gotong royong to put road signages organised by the Kota Tinggi Malaysian Historical Society (PSMKT) recently.

The main signboard was put up at Km14 at Kota Tinggi-Desaru road while seven smaller ones were put up to guide visitors through a palm oil plantation road to get to Kota Seluyut.

Kota Tinggi Museum curator Mohd Azlan Hafiz Mokti said the effort by PSMKT was commendable as Kota Seluyut was the administration centre of the Johor kingdom during the reign of Sultan Muzaffar Shah II from 1564 to 1571.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old February 23rd, 2009, 09:14 AM   #38
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Muzium Kota Tinggi



http://ywj.gov.my/utama/muzium_kota_tinggi.htm

http://www.johordt.gov.my/mdkt/rekre...KotaTinggi.htm
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old March 20th, 2009, 10:08 AM   #39
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Pembangunan Kota Tinggi pesat
Oleh Amad Bahri Mardi
bhnews@bharian.com.my


KOTA TINGGI: Pembangunan bandar Kota Tinggi semakin pesat tetapi keadaan lalu lintas pula semakin sesak ekoran sistem aliran trafik yang kurang lancar dan tempat letak kereta terhad.

Orang ramai juga didapati kurang selesa untuk berbelanja, sekali gus membawa kesan kepada penutupan beberapa buah pasar raya sejak beberapa tahun lalu.

Pembinaan banyak bangunan premis dalam bandar sedangkan masih banyak bangunan sedia ada yang kosong dan belum menjalankan perniagaan, pula membuatkan aliran perniagaan semakin lesu.


Sehubungan itu, pelbagai pihak menggesa supaya kajian semula dilakukan terhadap perancangan pembangunan bandar ini supaya menjadi bandar yang maju lagi menguntungkan.

Beberapa orang yang ditemui menyatakan, mereka bukan menolak pembangunan, tetapi mahu kerajaan tempatan mengadakan perbincangan dan mendapatkan pandangan peniaga sebelum merancang pembangunan dalam bandar.

Tinjauan Berita Harian, mendapati beberapa blok bangunan sedang rancak dibina di beberapa kawasan dalam pusat bandar, yang dipercayai menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang teruk pada satu-satu masa.

Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Kota Tinggi (PPPKM), Muhammad Mahmud, berkata jumlah premis yang semakin bertambah akan menyebabkan lebih banyak bangunan itu bakal ditinggalkan menjadi kosong, dan menggalakkan pembinaan rumah burung.

Sambil menyifatkannya sebagai pembangunan yang tidak terancang, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan seolah-olah tidak membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

"Kita bukan menolak pembangunan, sepatutnya kerajaan tempatan mengadakan perbincangan secara kerap bagi mendapatkan pandangan peniaga sebelum merancang pembangunan dalam bandar.

"Dalam kawasan pusat bandar yang tidak besar ini, mereka sepatutnya kena kaji dulu jumlah penduduk sebagai pembeli dan menyokong perniagaan dalam bandar ini,” katanya.

Beliau mendakwa sejak kawasan pusat perniagaan baru di Jalan Niaga dibuka, kawasan bandar lama seperti tertinggal sehinggakan ramai peniaga mengeluh kerana kurang pelanggan.

Bangunan Pekan Rabu pula, gagal menarik peniaga untuk berniaga di situ dan banyak ruang kedai-kedai lama terus ditutup selepas banjir besar Januari 2007.

Peniaga, Mohd Isa Harun, mengakui suasana perniagaan dalam bandar Kota Tinggi agak malap sejak beberapa tahun lalu dan ramai peniaga mengeluh, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ekonomi global sekarang.

Beliau berkata, pada masa sama bagi peniaga-peniaga yang memiliki bangunan, mereka beralih dan mencuba nasib membuat rumah burung.

"Saya menyokong jika Majlis Daerah Kota Tinggi membuat kajian semula berkaitan perancangan bandar ini untuk sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

"Saya difahamkan Deraf Perancangan Pembangunan bandar ini sudah pun dibuat, dan penduduk bandar ini berhak memberi pandangan mengenai bentuk pembangunan yang akan dibawa dan dicorakkan 10 tahun akan datang” katanya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi, Persatuan Burung Walit Kota Tinggi, mahu supaya kerajaan membuat keputusan dan tindakan lebih adil dan tidak terus memberi tekanan kepada pengusaha-pengusaha burung dalam bandar ini.

Katanya, operasi mereka bukan saja mengikut syarat dan mencari pendapatan ketika krisis ekonomi kerana pendapatan mereka turut terjejas.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Mohd Zahid A Rahman, berkata orang ramai dan peniaga tidak wajar menyalahkan kerajaan tempatan semata-mata dalam isu itu.

Katanya, soal pembinaan premis bermula daripada pemberian hak milik tanah kepada pihak tertentu, dan pemilik berkenaan berhak mendirikan premis jika mereka mampu dan berkelayakan.

Beliau berkata, MDKT tidak boleh menyekat individu atau pihak swasta yang sudah memiliki tanah dan mahu membina seberapa banyak premis dalam bandar ini.

"Pada masa sama, peniaga serta penduduk bandar ini harus positif terhadap pembangunan dan pelaburan yang masuk ke bandar ini.

"Daripada segi jangka panjang, perkembangan yang berlaku itu adalah positif kerana pelabur luar memandang positif kepada potensi bandar ini. Mereka tetap mahu membuat pelaburan di sini walaupun kita baru dilanda banjir dua tahun lalu.

"Untuk bandar Kota Tinggi, kita mensasarkan ia dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran menjelang 2015. Pelan Perancangan Strategik ke arah itu sudah siap seiring dengan Draf Rancangan Tempatan Daerah tahun 2020,” katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old May 14th, 2009, 07:10 AM   #40
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,478
Likes (Received): 1068

Chocolate discovery down south
Story and Photos by ZAZALI MUSA


THOSE travelling down the Kota Tinggi-Desaru trunk road and feeling peckish might want to make a pit stop at a local chocolate house for a treat.

Brely’s Secret House of Chocolate showroom at Agromart Desaru, Hentian Penawar in Bandar Penawar adds to the charm of Desaru.

Motorists and holiday makers heading to the beaches and the holiday resorts in Desaru might miss the chocolate shop unless you stop over at the Agromart Desaru for a drink or two.


Sweet invitation: Brely’s Secret House of Chocolate.

The writer accidentally discovered the chocolate shop while on assignment to Pengerang to cover the annual general meeting of Ramunia Holdings Bhd recently.

It could be described as a sweet surprise to find a a chocolate shop in one of Johor’s remotest parts.

The exterior walls of the outlet, painted in mocha and dark brown is similar to familiar chocolate hues.

“The outlet was opened about four months ago and we chose Desaru as we believed the place has potential and is popular,” managing director Nurul Hafifah Amat Tokimin said.

Desaru with its 26km of sandy beaches in the Kota Tinggi district was a popular holiday destination among locals and Singaporeans in the 70s and 80s.

However, Desaru lost some of its appeal and efforts are being made now to popularise the area again.

Accessibility is one of the problems for holiday makers as it takes about two-and-a-half hours from Johor Baru city to Desaru and one-and-a-half hours from Senai to Desaru.


Many varieties:Nurul Hafifah Amat Tokimin (left) with business partner Faiz Iqbal showing some of the chocolates available their store.

The RM1.7bil Senai-Desaru highway which is expected to be completed next year will reduce travelling time to 45 minutes from Johor Baru to Desaru.

The 77km highway project will be built in three sections - from Senai Airport in Senai to Ulu Tiram; from Ulu Tiram to Cahaya Baru and all the way to Pasir Gudang and the four-kilometre bridge across Sungai Johor from Cahaya Baru to Desaru.

“When the new highway is ready next year and with its multi-tiered interchange at Bandar Penawar just at the back of Agromart Desaru, we believe more people will stop over at our place,’’ Nurul said.

She said although the outlet was new it has regular customers include hotels, holiday resorts and companies in Desaru.

Nurul said the chocolates were also getting popular with Felda settlers within Kota Tinggi who used the chocolates instead of hard boiled eggs as bunga telur for weddings.

The outlet sells over 60 types of chocolates under the brand name Brely’s and the chocolates are produced at Innovative Cocoprint factory in Bandar Tenggara in Kulai.

Nurul said the factory belonged to Brely’s and it has been in operations since 2006; the chocolates are also exported to Los Angeles, Jeddah, Dubai and Tokyo.

Apart from chocolates, the outlet also sells snacks and tidbits such as fish crackers, mini spring rolls, bahulu, rempeyek, dodol and others made by housewives in rural areas.

The outlet opens from 9am until 9pm daily; from next month it will start a steamboat dinner in the evening.

For details contact Nurul Hafifah at 012-3395720 or e-mail at brelyssecret@yahoo.com
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 03:34 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu