daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.

Reply

Thread Tools
Old January 5th, 2010, 03:38 AM   #1041
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by koghey View Post
projet ni dh lama terbengkalai...naseb baik dulu x beli 1 lot..
skybird no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old January 5th, 2010, 03:41 AM   #1042
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by Sampak View Post
from flickr...

PERKESO

CITY CENTER

agak menghairankan kbnyakkan bangunan baru dikota bharu terlalu mengutamakan seni bina moorish...seni bina klate mcm mane?? adakah seni bina klate tidak seislamic seni bina moorish??
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 03:45 AM   #1043
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

kota bharu 10 thn dulu ngan skrg mcm tu je lah...xde perubahan lansung...bangunan pun mcm x brape siap..contohnye...kb mall, kbtc and ktc yg x berkubah...sian2
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 05:23 AM   #1044
koghey
Registered User
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 395
Likes (Received): 12

UTUSAN MALAYSIA 5 JANUARI 2010
Projek tebatan mesti diberi keutamaan

KOTA BHARU 4 Jan. - Sungai Golok sepanjang 95 kilometer menjadi sebahagian besar daripada sempadan yang memisahkan Kelantan dan Thailand dari sudut geografi dan politik, selain daratan dan laut.

Dua jambatan di Bukit Bunga-Buketa dan Rantau Panjang-Sungai Golok menjadi penghubung bagi laluan secara sah dan agak terkawal di samping khidmat feri di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Sungai sempit yang mengalir pekat itu dengan penempatan di sepanjang dua tebingnya masih menjadi penghubung pertalian masyarakat di pinggir sempadan dan membantu menjana sosioekonomi setempat.

Namun, ia juga mengheret kebimbangan berterusan terhadap kegiatan penyeludupan yang menjejaskan hasil negara dan mengancam rakyat seperti dadah dan juga jenayah.

Setiap kali banjir pula, sungai yang kerap melimpah itu turut menenggelamkan kawasan pinggir, melumpuhkan beberapa kawasan termasuk pekan Rantau Panjang dan memusnahkan banyak kawasan tanaman.

Justeru, isu keselamatan, apabila sempadan sungai itu mudah dibolosi dan banjir melanda setiap tahun menjadi persoalan yang seolah-olah tiada kesudahannya.

Timbul juga tanggapan bahawa sempadan negara semakin susut ekoran hakisan tebing yang dikatakan kian ketara.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Mohamed Rosle Mamat berkata, isu sempadan negara tercetus di mana-mana sahaja.

Katanya, di Kelantan, isu ia mudah dibolosi disebabkan kawasan sempadan yang luas selain kegiatan sindiket yang mempunyai kaitan dengan penduduk tempatan.

''Masalah seumpama ini timbul di mana-mana negara bersempadan dan sukar dibanteras sepenuhnya, malah oleh negara-negara kuasa besar apabila membabitkan sempadan mereka," ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya bersama 12 agensi penguatkuasaan di sempadan sentiasa mengambil langkah perlu dari semasa ke semasa termasuk mengadakan program kesedaran kepada masyarakat setempat bagi menanganinya.

Namun, katanya, projek tebatan banjir sungai yang menjadi keutamaan untuk disegerakan kini bukan sahaja dapat turut membantu mengurangkan kesan bencana alam tetapi juga menangani keselamatan sempadan.

Dalam taklimatnya kepada media baru-baru ini, beliau percaya, projek bernilai RM1.2 billion ini akan diberikan keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menjelaskan projek itu lebih lanjut, Pengarah Pelaksana Projek Persekutuan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Mat Rahim Ismail berkata, projek berkenaan sudah dicadangkan sekian lama.

Ia turut merangkumi pembinaan lencongan sungai, tembok (ban) banjir, kunci air, jalan baru serta meninggikan laluan keselamatan.

Katanya, pelaksanaan projek tebatan banjir di sepanjang 95 kilometer sungai terbabit dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan peruntukan sebanyak RM500 juta diperlukan bagi menjayakan fasa pertama.

"Reka bentuk projek yang bermula dari Pengkalan Kubor di Tumpat hingga Kampung Jenob, Jeli ini hampir siap dan bergantung kepada kelulusan kerajaan menerusi RMK-10.

"Pelaksanaan fasa satu projek terbabit memberi tumpuan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku setiap kali musim tengkujuh di pekan Rantau Panjang dan beberapa penempatan di Tumpat.

''Projek ini adalah keutamaan kami dan termasuk dalam kategori mesti dilakukan," katanya.

Mat Rahim berkata, selain sistem perparitan dalam pekan, lencongan sungai dicadangkan dibuat di Kampung Kubang Rambutan bagi mengurangkan paras Sungai Golok setiap kali banjir.

''Air sungai akan dilencongkan ke Sungai Lanchang sebelum masuk semula ke Sungai Golok selepas melepasi Pekan Rantau Panjang.

''Malah tembok penghalang banjir akan dibangunkan sekitar pinggir tebing pekan itu dan juga ban yang boleh turut membantu pemantauan dari segi penyeludupan.

''Keperluannya amat mendesak demi kepentingan masyarakat. Jika hujan lebat di selatan Thai atau Jeli, air sungai Golok akan melimpah ke kawasan tebing sebelah kelantan kerana ban di negara jiran adalah tinggi," ujarnya.

Katanya, pembinaan ban-ban akan menjadi benteng limpahan air Sungai Golok yang akan dibina pada paras seimbang dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand.

Ban-ban ini juga akan menjadi sebahagian daripada jalan-jalan keselamatan yang ditingkatkan sepanjang pinggir sempadan.

''Kawasan yang sering ditakungi air semasa banjir seperti di beberapa penempatan di Tumpat akan disediakan parit pengumpul yang membolehkan air dipam keluar ke Sungai Golok apabila parasnya tinggi," ujarnya.

Dari segi kawalan hakisan pula, beliau berkata, di bawah projek menstabilkan tebing, ia telah turut dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak RMK-6 lagi di 13 lokasi strategik sepanjang sungai itu berdasarkan peruntukan yang ada.

''Kita menggunakan kaedah menambak dengan batu-batu besar yang memberi ruang kepada tumbuh-tumbuhan kecil untuk terus menghijaukan persekitaran di samping dapat mengelak tujahan air di dasar sungai.

''Kaedah kita menyebabkan projek membenteng sungai di beberapa lokasi di tebing negara jiran di kawasan penempatan penduduknya lebih terserlah di beberapa lokasi.

''Selain longgokan batu biasa, kita juga menyediakan struktur batu dalam raga (gapion), di samping kepingan konkrit.

''Kita telah menyelesaikan 80 peratus proses penstabilan tebing di kawasan tumpuan melalui kaedah-kaedah itu," katanya.
koghey no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 07:34 AM   #1045
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by skybird View Post
kota bharu 10 thn dulu ngan skrg mcm tu je lah...xde perubahan lansung...bangunan pun mcm x brape siap..contohnye...kb mall, kbtc and ktc yg x berkubah...sian2
xde perubahan pun tak kesah la, tak fully siap pun lantak dia la...janji boleh guna dan jgn terbengkalai langsung atau yg paling penting kalau cantik pun tapi RUNTUH pun tak guna juga...
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 07:42 AM   #1046

Projek tebatan ni dah berkurun dlm planning...mula2 nak buat tebatan kat delta sg kelantan...begitu juga projek tebatan utk hakisan pantai yg menunggu berkurun sampai byk kampung dah tinggal nama...skrg ni sebab banjir teruk kat rantau panjang..planning pulak kat situ...rancangan tebatan yg lama pun tak nampak btg hidung..ni planning yg baru pulak...hurm kita tengok lah hasilnya kalau panjang umur...
tapi tengok la projek hakisan pantai kat PEKAN/Kuantan...alih2 laju aja dpt peruntukan...hurm tempat PM la katakan: tak sampai sepenggal mcm2 projek buat..
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 10:20 AM   #1047
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

yg klaka sume bende krajaan negeri slhkan org laen....psl kene saman pun slhkan pihak lain...
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 10:22 AM   #1048
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

xtau la psl la korang bangga sgt ngan kb mall n kbtc?? padahal peniage mlayu gak yg rugi...yg bisnes kat padng bus pindah k tmpat ntah ape2...ksiean diorng...yg untung tokey luar..
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 10:40 AM   #1049
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by skybird View Post
xtau la psl la korang bangga sgt ngan kb mall n kbtc?? padahal peniage mlayu gak yg rugi...yg bisnes kat padng bus pindah k tmpat ntah ape2...ksiean diorng...yg untung tokey luar..
abis nak tunggu konglomerat melayu dari kl ke nak membangunkan tempat tu...alah dia org pun sibuk camna nak top up untung dgn mengali baba projek..brp kerat aja yg berjaya tu pun sbb bantuan politik...yg lain2 tu sibuk nak kahwin artis..
for yr info...byk pelabur luar terutamanya dari penang bukan dari KL yg melabur di sini...dan mereka pandai mencari peluang..
so bukan salah sesapa..tapi salah org melayu sendiri yg kaya raya tu tak nak tolong org melayu sendiri..
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 10:43 AM   #1050
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by skybird View Post
xtau la psl la korang bangga sgt ngan kb mall n kbtc?? padahal peniage mlayu gak yg rugi...yg bisnes kat padng bus pindah k tmpat ntah ape2...ksiean diorng...yg untung tokey luar..
sapa yg bangga sangat ngan kb mall n kbtc...who said so?
so far i tak da baca kat sini forumer yg bangga bangat kat mall tu..ko yg syiok sendiri agaknya..
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 10:51 AM   #1051
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by skybird View Post
yg klaka sume bende krajaan negeri slhkan org laen....psl kene saman pun slhkan pihak lain...
simply comment...hurm lain kali buat research betul2..jgn tembak sembrono saja..tak semua org akan setuju dgn kenyataan u....
say no to sensitive issue here....biarkan org yg lebih mengetahui selesaikan issu2 ini.
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 11:17 AM   #1052
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by Sampak View Post
abis nak tunggu konglomerat melayu dari kl ke nak membangunkan tempat tu...alah dia org pun sibuk camna nak top up untung dgn mengali baba projek..brp kerat aja yg berjaya tu pun sbb bantuan politik...yg lain2 tu sibuk nak kahwin artis..
for yr info...byk pelabur luar terutamanya dari penang bukan dari KL yg melabur di sini...dan mereka pandai mencari peluang..
so bukan salah sesapa..tapi salah org melayu sendiri yg kaya raya tu tak nak tolong org melayu sendiri..
boleh saudara jelaskan berape klate terima pelaburan stakat ini?
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 11:19 AM   #1053
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

pluang pekerjaan di klate kurang...sebab tu ramai hijrah..
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 04:07 PM   #1054
arief_malaysia96
hostel life
 
Join Date: Aug 2009
Location: perak
Posts: 1,268
Likes (Received): 3

kBTc fROm LAmAn sITI kHADIJAh.........

sOrRy,bAd pix.......jUst uSe nOrmAl dIgITAL cAMERa.......
__________________
i know what have i said . but it was a long time ago . now , i'm getting older .

Last edited by arief_malaysia96; January 5th, 2010 at 04:14 PM.
arief_malaysia96 no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 04:41 PM   #1055
KucingGemuk
Registered User
 
Join Date: Oct 2009
Posts: 1,223
Likes (Received): 113

Quote:
Originally Posted by skybird View Post
kota bharu 10 thn dulu ngan skrg mcm tu je lah...xde perubahan lansung...bangunan pun mcm x brape siap..contohnye...kb mall, kbtc and ktc yg x berkubah...sian2
10 tahun dulu? wcy takde lagi, kbtc, ktc, kb mall, tesco. berbanding 10 tahun lepas, kb sekarang jauh labih baik, malah 10 tahun lepas, kota mutiara baru je siap. tahun2 masa bn memerintah, dekat persimpangan kb mall hanya ada bangsal2 org menjual ikan saja
KucingGemuk no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 05:45 PM   #1056
arief_malaysia96
hostel life
 
Join Date: Aug 2009
Location: perak
Posts: 1,268
Likes (Received): 3

pElaNGi cONdOMINIUm

sORRy fOr tHe bAd pIX.....

__________________
i know what have i said . but it was a long time ago . now , i'm getting older .
arief_malaysia96 no está en línea   Reply With Quote
Old January 5th, 2010, 05:59 PM   #1057
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

aku x tgk shopping komples tu sume...kene tgk facts
GDP for klate during MP 8 hanya 3.3 %.. the lowest
the poverty remain high at klate 10.4 %..antara yg tertinggi
Klate attracted least investment at rm479 million only..2nd lowest after perlis

sume ni aku amik kat Malaysia Plan 9..utk baca sile pergi ke laman web unit perancangan ekonomi..

bnyk shopping komplex x semestinye penduduk berpendapatan tinggi..klate antare the lowest..

jika jumlah tesco mahu diamik sbg penanda aras pendapatan penduduk,, tmpat lain tesco lg byk...so ianya xleh dijadikan penanda aras

dari segi pluang kerja profesional klate masih kurang...ini menyumbang kpd brain drain,,bny pemegang degree spt engineer, accountant berhijrah ke negeri lain
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 6th, 2010, 01:26 AM   #1058
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by Sampak View Post
xde perubahan pun tak kesah la, tak fully siap pun lantak dia la...janji boleh guna dan jgn terbengkalai langsung atau yg paling penting kalau cantik pun tapi RUNTUH pun tak guna juga...
kb mall tu br phase 1,,phase 2 ctau kurun bile...kbtc mcm x siap n nak naik parking atas mcm ape ntah....ktc sparuh siap...bumbung xde
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 6th, 2010, 01:28 AM   #1059
skybird
Registered User
 
Join Date: Jan 2010
Posts: 542
Likes (Received): 0

sampak,,ko ckp ni dgn facts ke? mcm hentam jea...bape org dari penang tu melabur kat klate?? 10 billion?
skybird no está en línea   Reply With Quote
Old January 6th, 2010, 03:57 AM   #1060
koghey
Registered User
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 395
Likes (Received): 12

Quote:
Originally Posted by skybird View Post
aku x tgk shopping komples tu sume...kene tgk facts
GDP for klate during MP 8 hanya 3.3 %.. the lowest
the poverty remain high at klate 10.4 %..antara yg tertinggi
Klate attracted least investment at rm479 million only..2nd lowest after perlis

sume ni aku amik kat Malaysia Plan 9..utk baca sile pergi ke laman web unit perancangan ekonomi..

bnyk shopping komplex x semestinye penduduk berpendapatan tinggi..klate antare the lowest..

jika jumlah tesco mahu diamik sbg penanda aras pendapatan penduduk,, tmpat lain tesco lg byk...so ianya xleh dijadikan penanda aras

dari segi pluang kerja profesional klate masih kurang...ini menyumbang kpd brain drain,,bny pemegang degree spt engineer, accountant berhijrah ke negeri lain
Memang kita akui kelantan merupakan antara negeri yang tak maju disebabkan banyak faktor seperti faktor sejarah di samping faktor politik. tetapi faktor politik banyak mempengaruhi negeri ini untuk maju setanding negeri lain. Seperti yang kita maklum, kelantan diperintah oleh parti pembangkang dalam tempoh yang agak lama. Bila jadi negeri pembangkang, sudah tentu negeri ini dianaktirikan, dan prinsip double standard diamalkan dalam agihan peruntukan dan agihan pembangunan. Memang kerajaan pusat membina pembangunan asas seperti sekolah dan hospital, tetapi infrastruktur yang berkos tinggi tidak dibina seperti pelabuhan, highway, lapangan terbang antarabangsa. Perkara ini tidak boleh dinafikan. Malah kerajaan kelantan tidak dijemput semasa lawatan ke luar negara untuk promosi pelaburan. Macam mana nak tarik pelaburan dari negara luar? Bila tidak ada infrastruktur asas seperti pelabuhan dan highway, pelabur akan tawar hati untuk masuk. mereka akan pilih negeri-negeri lain yang ada kemudahan tersebut. Masalah birokrasi daripada MITI semasa Rafidah Aziz, sedidkit sebanyak menyekat pelabur masuk ke kelantan.

Kalau kita tengok institusi pengajian tinggi, Kelantan adalah negeri yang akhir sekali mendapat sebuah Universiti yang berjenama negeri iaitu UMK (masih menumpang, kampus tetap belum mula pembinaan). Itu pun setelah terdesak dek kerana promosi politik selain memenuhi keperluan rakyat. Kelantan hanya ada universiti cawangan seperti UM, USM dan ITM. Negeri ini tidak ada pusat matrikulasi, kolej komuniti, kolej universiti. Semalam ada berita mengenai tiga buah politeknik akan dinaikkan taraf kepada universiti. Tak tahu politeknik mana yang terlibat. Apa yang pasti politeknik KB tidak termasuk.

Jika dibandingkan dengan Terengganu, ada UMT dan U Darul Iman. Sedangkan
jumlah penduduk Terengganu kurang daripada penduduk Kelantan. Negeri berkenaan ada lapangan terbang antarabangsa. Sedangkan jumlah penerbangan di airport KB jauh lebih banyak dari KT. Semalam, ada berita yang sebuah Hospital jantung akan dibina di Kemaman. kemaman juga ada pelabuhan, sedangkan pelabuhan Kuantan terletak hanya beberapa kilometer sahaja. Buat apa pelabuhan sampai dua buah yang terletak berhampiran anatara satu sama lain. Johor ada tiga buah pelabuhan. Tanjung langsat, tg pelepas dan pasir gudang. Perak ada pelabuhan Lumut.

Banyak lagi perkara-perkara yang ada kaitan dengan amalan diskriminasi oleh Kerajaan pusat seperti royalti minyak, pembinaan pusat pemprosesan minyak di Bachok yang dibawa ke Yan Kedah. Benda-benda macam ni lah yang boleh mempengaruhi kemajuan sesebuah negeri.

JADI KITA KENA TERIMA HAKIKAT BAHAWA NEGERI KELANTAN TIDAK MAJU BERBANDING NEGERI LAIN KERANA ADA KAITAN DENGAN AMALAN DISKRIMINASI. JADI SAYA RASA LEBIH BAIK KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA LEPASKAN KELANTAN, SUPAYA MENJADI NEGARA KELANTAN MERDEKA. DGN INI SEGALA HASIL MINYAK YANG ADA DI PERAIRAN NEGERI INI AKAN MENJADI HAK MILIK NEGARA KELANTAN. SUDAH TENTU NEGARA KELANTAN AKAN LEBIH MAJU DARI NEGERI SELANGOR DAN JOHOR, INSYA ALLAH.
koghey no está en línea   Reply With Quote

Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

All times are GMT +2. The time now is 08:56 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu