daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy (aug.2, 2013) | DMCA policy | flipboard magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.



Reply

 
Thread Tools
Old November 21st, 2010, 04:42 PM   #21
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir selamat - Kastam

21/11/2010

KUALA TERENGGANU — Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan menempatkan antara 45 dan 50 anggotanya di kawasan bebas cukai Tasik Kenyir apabila kawasan bebas cukai itu mula beroperasi pada Ogos 2012 nanti.

Pengarah KDRM negeri Terengganu, Datuk Azis Yaacob berkata penempatan anggota itu adalah bagi kerja-kerja percukaian dan segala urusan berkaitan di kawasan berkenaan.

"Kastam juga akan menempatkan tiga buah bot laju bagi meronda kawasan-kawasan difikirkan berisiko iaitu jika ada ruang-ruang penyeludupan di dalam tasik seluas 65,417 hektar itu.

"Kita jamin kebocoran hasil negara tidak akan berlaku di kawasan bebas cukai Tasik Kenyir kerana kita juga akan membina pagar di tempat-tempat tertentu di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada ruang untuk menyeludup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir bersama pemimpin masyarakat kawasan Hulu Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. — Bernama
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old November 22nd, 2010, 04:00 AM   #22
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

10 juta pelancong di Terengganu

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

HULU TERENGGANU 21 Nov. – Kerajaan negeri yakin Terengganu akan mengalami limpahan pelancong sehingga mencecah 10 juta orang setahun apabila Tasik Kenyir mula berfungsi sebagai zon bebas cukai menjelang akhir tahun 2012.

Tasik buatan manusia terbesar di Asia yang dijadikan zon berkenaan bakal menjadi pemangkin cukup kuat bagi melonjakkan industri pelancongan dan ekonomi negeri malah mengurangkan pergantungan kepada hasil petroleum.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat khususnya di sekitar daerah ini bersiap sedia untuk turut serta dalam pelbagai kegiatan bagi menjana ekonomi dan tidak sekadar menjadi pemerhati.

Katanya, keutamaan akan tetap diberikan kepada rakyat negeri ini untuk turut serta, namun melalui peluang yang terbuka kelak, mereka perlulah meneroka secara kreatif penglibatan dalam industri pelancongan.

Beliau juga menasihatkan mereka yang tinggal berhampiran tidak ghairah menjual tanah-tanah mereka, sebaliknya memanfaatkan sebagai asas perniagaan termasuk membangunkan premis penginapan.

“Kita menyasarkan ia akan mula beroperasi pada Ogos 2012 dan berharap pelbagai jabatan dan agensi berkaitan mengurangkan kerenah birokrasi bagi menjayakannya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Dengan Pemimpin Masyarakat Setempat dan Taklimat Mengenai Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai di Dewan Majlis Daerah, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang. Taklimat disampaikan Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub.

Tasik Kenyir seluas 65,417 hektar dan mempunyai 340 pulau dengan pelbagai daya tarikan tersendiri mendapat kelulusan Kerajaan Pusat pada September lalu untuk dijadikan zon berkenaan.

Ahmad berkata, selain menjadi destinasi membeli belah utama, ia akan menjadi pusat rekreasi keluarga dengan pelbagai tarikan seperti taman tema air, taman bunga, herba dan taman haiwan di samping syurga bagi pemancing antarabangsa.

Bagaimanapun, menurutnya, di kalangan pemimpin pembangkang di sini, mereka cuba memberi gambaran mengelirukan kepada masyarakat berhubung usaha menjana ekonomi negeri dan rakyat.

Malah, katanya, gelaran bandar Kuala Berang sebagai ‘bandar di bawah air’ yang bakal dimajukan seiring dengan perkembangan itu dijadikan bahan momokan dalam ceramah mereka.

“Usaha kerajaan negeri cuba memperlekehkan dengan kenyataan kononnya tidak beri sebarang manfaat kepada rakyat dengan dakwaan kononnya ia gimik politik,” katanya.

Beliau menarik perhatian usaha awal ke arah pelaksanaan telah bermula dan kerajaan menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta pada tahun depan untuk menyediakan prasarana lengkap.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata, peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan bagi penyaluran kabel elektrik sepanjang 23 kilometer dalam waktu yang singkat untuk menyegerakan pelaksanaan projek.

Di samping itu, katanya, jalan masuk dari simpang jalan utama dari Kampung Teris ke Empangan Gawi sejauh 15 kilometer dijadikan laluan empat lorong.

Sementara itu, Azis dalam taklimatnya menyatakan, pihaknya akan menempatkan 50 pegawai penguat kuasa bagi melakukan pengawasan dan mengelak kebocoran hasil.

“Tiga bot peronda bersama bot penguat kuasa lain akan ditempatkan di tasik itu. Beberapa kawasan yang mudah dibolosi akan di pagar,” katanya.



- perghh!!!.....jangkaan siap Ogos 2012......lebih kurang je dgn jangka masa LPT Fasa 2 dijangka siap.........hopefully impian jd kenyataan...jgn hangat2 tahi ayam aje...huhu...

- siap jln 4 lorong 2 hala lg tu.....dari Kg Teris ke Pengkalan Gawi....ini sudah bagus.....baik wat link terus dari jln simpang pulai-Lojing-Gua Musang-tasik Kenyir terus dgn LPT 2....hehe...
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old November 28th, 2010, 07:33 AM   #23
kaskas
Registered User
 
kaskas's Avatar
 
Join Date: Apr 2010
Posts: 730
Likes (Received): 98

Dam Hidro Kenyir di Jenagor, Kuala Berang




kaskas no está en línea   Reply With Quote
Old November 30th, 2010, 04:40 AM   #24
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

PMINT Disaran Main Peranan Majukan Kawasan Bebas Cukai Di Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU, 30 Nov (Bernama) -- Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) disaran supaya memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan mewujudkan kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata PMINT yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti hartanah, pelancongan dan pertanian diharap dapat membantu kerajaan dalam usaha memajukan tasik yang mempunyai 340 buah pulau itu.

"Kita yakin mereka boleh membantu mempercepatkan pembangunan di kawasan berkenaan seperti mewujudkan rangkaian hotel dan lot-lot perkedaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam PMINT dan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan perbadanan itu di sini Isnin malam.

Ahmad, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PMINT berkata tempoh untuk memajukan kawasan bebas cukai itu agak singkat iaitu 18 bulan hingga dua tahun.

"Terserah kepada PMINT untuk memajukan kawasan berkenaan sama ada dia hendak mendirikan hotel atau rangkaian perkedaian secara sendiri atau kerjasama dengan pelabur dari luar," katanya.

-- BERNAMA
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old December 19th, 2010, 03:54 PM   #25
hallufila
peace
 
hallufila's Avatar
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 259
Likes (Received): 12

Terengganu has tasked Eastern Pacific Industrial to turn the largest man-made lake in Southeast Asia into a duty-free shoppers paradise.


Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (Epic) has revealed that it will handle an ambitious plan to turn Terengganu's Tasik Kenyir, the largest man-made lake in Southeast Asia, into a duty-free shoppers paradise.

"The state government has tasked Epic to develop some 20ha of land on one of the islands located within Tasik Kenyir into a shopping complex.

"This is part of the redevelopment plan to turn Tasik Kenyir, which will attain a duty-free status by the end of 2012, into a major tourist spot," Epic chief executive officer Ramli Shahul Hameed told Business Times in Kuala Lumpur recently.

In September, the Terengganu government announced that Tasik Kenyir had been accorded the duty-free status, joining the ranks of other islands such as Labuan, Langkawi and Tioman.
Ramli said a consultant had been hired to look into the detail design for the proposed shopping complex.

"Hopefully, we would be able to complete (the detail design) by the end of the year and start construction next year. The infrastructure has to be ready before the end of 2012," he said.

The infrastructure will include shopping lots as well as a godown for traders to stock their goods.

"We will build the facilities in phases. We have yet to determine the quantum of our investment for the whole project but definitely, this would provide an additional income to the group," he said.

Epic is a state government-linked corporation via Terengganu Inc Sdn Bhd, the investment arm of Terengganu state government.

Ramli dismissed a suggestion that the Tasik Kenyir project would be a deviation from Epic's core business of providing ancillary services to the oil and gas sector,

He said the business concept will be similar to the existing one, namely its supply base business.

"At Tasik Kenyir, we will lease the shopping facilities to traders. It is almost similar to what we are doing at our supply base where we rent our warehouses to customers. The only different is curently our clients are those in the oil and gas industry," he said.

Besides, he said Epic had also previously been involved in property development, such as the development of Paka township, through its property division.

"Since then, our property division has not been active. So we are going to rejuvenate the division to carry out our project in Tasik Kenyir," he said.

Kenyir was created in 1985 by the damming of Sungai Kenyir to create the Sultan Mahmud Power Station. The lake covers 260 sq km and has 340 small islands, once the tops of hills and highlands, more than 14 waterfalls, numerous rapids and rivers.

However, other than fishing enthusiasts and nature lovers, the area had not been aggressively promoted until the past few years.

It was reported that the state government wanted to build a duty-free complex in Pulau Bayas. An initial budget of RM100 million had been allocated for basic infrastructure and amenities such as electricity supply, communications and jetties.

The integrated development plan may also include the development of five-, four- and three-star resorts on some of the 340 islands in Kenyir.

Others include a cable car ride from Pengkalan Gawi, houseboat cruises, water theme parks and golf courses. All these projects are expected to be operational by April 2012.
__________________
Terengganu.. The Malaysian's Sweetheart..
hallufila no está en línea   Reply With Quote
Old December 24th, 2010, 07:22 AM   #26
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Model Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir










http://terengganuhebat.blogspot.com
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old December 28th, 2010, 06:36 AM   #27
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

T-Mall mercu tanda Kuala Berang

KUALA BERANG - Pembinaan Pasar Raya Rakyat (T-Mall) yang kini rancak dilaksanakan diharap mampu menjadi pemangkin bagi membolehkan penduduk atau usahawan tempatan memasarkan produk masing-masing sekali gus merancakkan lagi sosio ekonomi di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berkata, pembinaan pasar raya dua tingkat di Jalan Besar Kuala Berang itu juga menjadi mercu tanda perniagaan baru sekali gus mengubah tahap ekonomi penduduk di daerah Hulu Terengganu khususnya Kuala Berang.

“Kuala Berang menjadi lokasi pertama bagi pembinaan T-Mall yang bernilai lebih RM4 juta ini dikendalikan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).

“Kemudahan disediakan pihak kerajaan sememangnya dapat membantu rakyat memasarkan pelbagai hasil keluaran seperti pertanian, makanan dan produk kraf sekali gus menjadi platform mempromosikan hasil jualan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, pasar raya itu juga turut dilihat mampu menjana sumber ekonomi masyarakat di sini malah barangan makanan dan keperluan harian juga dijual pada harga berpatutan.

“Saya menjangkakan pasar raya ini boleh beroperasi sekitar tahun depan berikutan kerja awal termasuk pembersihan tapak rancak dijalankan,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, lokasi pembinaan T-Mall juga begitu strategik dan mudah dikunjungi.

Sementara itu, pembinaan pasar raya rakyat itu secara tidak langsung mengatasi masalah ruang niaga yang kini masih belum dapat diatasi sepenuhnya di bandar Kuala Berang berikutan permintaannya yang melebihi penawaran.


-Sinar Harian Online-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old December 28th, 2010, 09:27 AM   #28
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Sektor pembinaan dijangka rancak 2011

SEKTOR pembinaan dijangka menarik tahun depan dengan projek mega kembali dalam senario dipacu pelaksanaan pelbagai projek dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) serta menerusi Program Transformasi Kerajaan (ETP).
MIDF Investment Research berkata, belum pernah berlaku sebelum ini pelbagai projek berskala besar diumumkan bertumpu dalam satu jangka waktu tertentu.
Katanya, sebanyak 53 projek kerjasama awam-swasta (PPP) bernilai RM63 bilion diumumkan dalam RMKe-10, yang mana pelaksanaannya dijangkakan meraih momentum tahun depan.

Menerusi ETP pula, firma penyelidikan itu berkata, inisiatif Greater KL saja boleh menampung kontraktor tempatan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, merangkumi projek sistem transit rapid (MRT) yang bernilai RM36 bilion, pembinaan tujuh lebuh raya bertol bernilai RM19 bilion, pembangunan tanah seluas 1,320 hektar milik Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bernilai RM10 bilion dan dua loji penjanaan kuasa arang batu bernilai RM7 bilion.

“Sektor pembinaan juga meraih manfaat terbesar dalam Bajet 2011, dengan kejutan terbesar daripada projek Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, manakala pembangunan empat koridor, termasuk Greater KL juga mendapat peruntukan sebanyak RM853 juta.

“Pastinya, kontraktor tempatan bakal meraih manfaat besar daripada perbelanjaan ini,” kata firma penyelidikan itu.
Setakat ini, katanya, projek bernilai lebih RM4 bilion sudah diberikan kepada kontraktor tempatan, antaranya pakej II pembinaan lapangan terbang tambang murah (LCCT) yang dianugerahkan kepada Gadang bernilai RM291 juta; Kompleks Bersepadu LCCT kepada WCT (RM486 juta); Empangan Hulu Terengganu kepada Loh & Loh-Sinohydro (RM828 juta); dan Empangan Paya Beda kepada JAKS (RM333 juta).

IJM pula dianugerah tiga kontrak iaitu projek penambahan lebuh raya Besraya (RM600 juta); jalan akses Empangan Murum (RM247 juta); dan Lebuh Raya Batu Kawan untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua (RM350 juta).

MIDF Investment Research menjangkakan lebih banyak projek akan dianugerahkan pada 2011, termasuk baki pakej pembinaan LCCT baru, laluan tambahan LRT (Kelana Jaya) dan kerja huluan projek air mentah Pahang-Selangor, selain beberapa kerja infrastruktur di Sarawak.

Selain itu, katanya, ia adalah tahun pilihan raya di Sarawak dan kebiasaannya saham syarikat berkaitan pembinaan akan mencatat prestasi memberangsangkan, sementara Kerajaan Pusat memberikan tumpuan di negeri itu dengan memberi habuan kerana sokongan padu rakyat negeri itu pada pilihan raya umum sebelum ini.

Antara projek infrastruktur di Sarawak ialah pembinaan jalan raya, pelabuhan, serta koridor ekonomi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.


-Berita Harian Online-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old December 28th, 2010, 01:59 PM   #29
ajt2
Registered User
 
Join Date: Oct 2010
Posts: 64
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by tuan_wu View Post
T-Mall mercu tanda Kuala Berang

KUALA BERANG - Pembinaan Pasar Raya Rakyat (T-Mall) yang kini rancak dilaksanakan diharap mampu menjadi pemangkin bagi membolehkan penduduk atau usahawan tempatan memasarkan produk masing-masing sekali gus merancakkan lagi sosio ekonomi di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berkata, pembinaan pasar raya dua tingkat di Jalan Besar Kuala Berang itu juga menjadi mercu tanda perniagaan baru sekali gus mengubah tahap ekonomi penduduk di daerah Hulu Terengganu khususnya Kuala Berang.

“Kuala Berang menjadi lokasi pertama bagi pembinaan T-Mall yang bernilai lebih RM4 juta ini dikendalikan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).

“Kemudahan disediakan pihak kerajaan sememangnya dapat membantu rakyat memasarkan pelbagai hasil keluaran seperti pertanian, makanan dan produk kraf sekali gus menjadi platform mempromosikan hasil jualan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, pasar raya itu juga turut dilihat mampu menjana sumber ekonomi masyarakat di sini malah barangan makanan dan keperluan harian juga dijual pada harga berpatutan.

“Saya menjangkakan pasar raya ini boleh beroperasi sekitar tahun depan berikutan kerja awal termasuk pembersihan tapak rancak dijalankan,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, lokasi pembinaan T-Mall juga begitu strategik dan mudah dikunjungi.

Sementara itu, pembinaan pasar raya rakyat itu secara tidak langsung mengatasi masalah ruang niaga yang kini masih belum dapat diatasi sepenuhnya di bandar Kuala Berang berikutan permintaannya yang melebihi penawaran.


-Sinar Harian Online-

Lebih elok dipanggil saja bazar rakyat saja....tak perlu nak panggil mall kalau setakat pasaraya bersekala kecil dan memasarkan hasil keluaran usahawan tempatan..... ideanya bagus utk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat namun nama tak sesuai. Boleh juga namakan bazar dgn tokoh2 terengganu. Kalau nak buat Mall....biar betul2 setaraf dgnnya. Kadang2 dia org ni obses dgn perkataan Mall.
....that's my 20 cents opinion.
ajt2 no está en línea   Reply With Quote
Old January 7th, 2011, 03:52 AM   #30
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Jalan Kuala Berang - Wakaf Tapai



simpang masuk ke kiri adalah Exit LPT 2 Persimpangan Ajil





http://exploreterengganu.blogspot.com
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old January 7th, 2011, 05:27 AM   #31
Seri Jaten
Registered User
 
Seri Jaten's Avatar
 
Join Date: Oct 2009
Location: Singapore
Posts: 386
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by ajt2 View Post
Lebih elok dipanggil saja bazar rakyat saja....tak perlu nak panggil mall kalau setakat pasaraya bersekala kecil dan memasarkan hasil keluaran usahawan tempatan..... ideanya bagus utk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat namun nama tak sesuai. Boleh juga namakan bazar dgn tokoh2 terengganu. Kalau nak buat Mall....biar betul2 setaraf dgnnya. Kadang2 dia org ni obses dgn perkataan Mall.
....that's my 20 cents opinion.
Cari notable tenant anchor mcam Tunas Manja, Giant, PKT buat kat situ. Peniaga kecil boleh sewa kat ruang niaga kat tepi tepi. Cara ni lebih sesuai..
Konsep bazar dh lapok. Orang sekarang nak cari semua barang keperluan dalam satu tempat.
__________________
MakmurlahMalaysia!:)
Seri Jaten no está en línea   Reply With Quote
Old May 6th, 2011, 12:32 PM   #32
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

06 Mei 2011
Pasar baru Kuala Berang dibuka Jun


Pemasaran produk seperti hasil tani tempatan akan saling membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.


Pasar baru pekan Kuala Berang yang berharga kira-kira RM10 juta akan mula dibuka sepenuhnya pada bulan Jun ini.

Pada masa ini sebahagian peniaga ikan, ayam dan daging sudah mula menggunakan pasar basah manakala peniaga lain akan dipindahkan sepenuhnya bulan depan.

Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said, berkata kerja-kerja penambahbaikan pasar berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan pasar tersebut dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

Mengikut perancangan awal, semua peniaga di pasar lama akan dipindahkan pada awal tahun ini, tetapi disebabklan beberapa masalah yang timbul pemindahan itu terpaksa ditangguhkan.

“Kita akan pindahkan semua peniaga ke pasar baru itu setelah kerja-kerja penambahbaikan siap dilakukan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke beberapa projek di Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Pasar berkenaan mula dibina pada tahun 2006 bagi menggantikan pasar lama yang sudah uzur, dalam usaha kerajaan menyediakan proemis perniagaan lebih selesa kepada para peniaga.


-Teganukita Blogspot-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old May 6th, 2011, 12:37 PM   #33
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

06 Mei 2011
Projek kereta kabel akan diteruskan


Kerajaan negeri akan meneruskan rancangan membina kereta kabel dari Pangkalan Gawi ke Taman Tema Air di Pulau Poh, Tasik Kenyir seperti yang dihebahkan sebelum ini, bagi menambah tarikan pelancong ke tasik buatan terbesar Asia Tenggara itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya akan melantik syarikat perunding bagi merumuskan reka bentuk dan menilai kos pelaksanaan projek itu.

Katanya, walaupun projek kereta kabel itu tidak secanggih di Pulau Langkawi sekali gus membabitkan kos yang lebih rendah, tetapi ia memadai untuk mencapai matlamat bagi memudahkan perhubungan antara daratan dan kawasan menarik di beberapa pulau yang sedang dibangunkan.

"Pembinaan kereta kabel itu adalah sebahagian daripada perancangan besar yang sudah dirangka kerajaan negeri yang dijangka membabitkan peruntukan RM500 juta untuk membangunkan keseluruhan Tasik Kenyir.

"Selain kereta kabel, turut termasuk dalam perancangan menyeluruh itu adalah pembinaan 20 chalet tambahan di Pulau Petang membabitkan peruntukan RM50 juta, pembinaan dua bot aluminium baru dan pembangunan pulau tema khas merangkumi taman burung, taman air, taman haiwan dan orkid," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir 2011, Hulu Terengganu, hari ini (6 Mei).

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pembinaan taman burung di sebuah pulau di tasik itu sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama kepakaran pengusaha zoo mini Burung Kuang di pekan Ajil, manakala taman orkid akan menempatkan 1,800 spesies bagi menarik kunjungan peminat bunga eksotik itu.


-Teganukita Blogspot-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old May 6th, 2011, 12:39 PM   #34
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

06 Mei 2011
Tender pembangunan Pulau Bebas Cukai keluar minggu depan


Kerajaan negeri akan mengeluarkan tender dan sebut harga bagi lima pakej pembangunan Pulau Bebas Cukai, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu, bermula minggu depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi merealisasikan sebuah kawasan bebas cukai yang serba lengkap, pihak berkaitan sedang giat melaksanakan pembangunan prasarana termasuk Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Kastam yang dirancang dibina di Pulau Bayas, selain mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsepkan Factory Outlet.

Katanya, pada masa sama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang giat menjalankan kerja-kerja memasang kabel elektrik sejauh 23 kilometer (km) iaitu bermula dari Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu ke Pulau Bayas, Tasik Kenyir membabitkan kos RM33juta.

Status Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai akan membantu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri dan rakyatnya, terutama penduduk setempat.

“Kita harap ini akan menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan Terengganu. Selama ini kita anggap Tasik Kenyir sebagai sebuah tasik yang 'tidur'. Hampir 30 tahun tidak ada kegiatan dan pembangunan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir 2011, Hulu Terengganu, hari ini (6 Mei).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, YB Haji Rozi Mamat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Haji Mat Razali Kassim.

Tetamu kehormat lain, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Haji Mohd Nor Othman; Pengurus Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Encik Hamzah Ngah; beberapa pemimpin masyarakat dan pegawai kanan kerajaan.

Lebih 170 gerai pameran dan jualan daripada agensi kerajaan dan swasta di samping usahawan dari wilayah Ketengah mengambil bahagian dalam program itu.

Pelbagai aktiviti air diadakan menarik minat pengunjung katanya, seperti pertandingan jet ski, triathlon Kenyir, bot berhias, pertunjukan perahu naga Putrajaya dan permainan bot kawalan jauh.

"Selain pertunjukan belon udara panas yang bakal mewarnai langit Tasik Kenyir, festival turut dimeriahkan dengan penampilan krew produksi dan pelakon siri kartun terkenal, Upin dan Ipin," katanya.

Sementara itu, pihak penganjur turut memberi kemudahan kepada orang ramai dengan menyediakan pengangkutan bas dan van dari Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu ke Pengkalan Gawi.

Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu sebanyak RM100 juta diperuntukan untuk pembangunan prasarana pelancongan di tasik buatan manusia itu, antara lain menempatkan taman tema air di Pulau Besar, Taman Orkid, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Taman Herba, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan Taman Anggur.


-Teganukita Blogspot-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old May 6th, 2011, 03:43 PM   #35
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Pemasangan Kabel Elektrik Di Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir Bermula


HULU TERENGGANU, 6 April (Bernama) -- Usaha awal menjadikan Tasik Kenyir kawasan bebas cukai sudah dimulakan dengan pelaksanaan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik dari Kampung Kuala Ping ke Pulau Bayas di kawasan tasik berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerja-kerja pemasangan kabel sepanjang 23 kilometer yang melibatkan peruntukan kira-kira RM33 juta itu sedang dijalankan dan ia dijangka siap akhir tahun ini.

"Bekalan elektrik perlu disediakan terlebih dahulu di Pulau Bayas sebelum memulakan kerja-kerja membina rangkaian kedai dan lot-lot perniagaan, jeti persinggahan, hotel dan rumah-rumah penginapan yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Festival Kenyir 2011 selama tiga hari mulai Jumaat anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di pangkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini, dan majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar Ketengah Hamzah Ngah.

Festival tahunan itu diadakan untuk mempromosi Tasik Kenyir yang merupakan antara destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.

Ahmad berkata walaupun kawasan bebas cukai Tasik Kenyir dijangka dapat disiapkan pada Ogos tahun depan, tetapi pembangunan beberapa pulau di sekitar kawasan bebas cukai itu sudah siap dan ada yang sudah dibuka.

Katanya antara pulau yang sudah dibuka kepada orang ramai ialah pulau burung yang menempatkan pelbagai spesis burung dan itik daripada luar negara manakala pulau yang dijadikan taman orkid dan taman rama-rama pula dijangka siap secara berperingkat Julai ini.

"Kami juga menyediakan sebuah pulau yang dengan tanaman pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang hampir pupus dan pokok-pokok berkenaan ada yang dah mula berbuah," katanya.

Ahmad berkata bagi menarik pelabur supaya menanam modal seperti mendirikan hotel dan rumah-rumah rehat, kerajaan perlu memulakan dahulu pembangunan di kawasan berkenaan.

"Sebab itu untuk melengkapkan kawasan bebas cukai itu, kami juga akan mewujudkan taman tema khas untuk kanak-kanak, manakala untuk wanita pula disediakan taman orkid selain barang-barang menarik yang boleh didapati di kawasan bebas cukai," katanya.

Sementara itu katanya ketibaan pelancong ke Tasik Kenyir sejak dua tahun lepas didapati meningkat dengan ketara, di mana pada tahun 2009, 160,000 pelancong berkunjung ke tasik itu, dan jumlahnya meningkat kepada 200,000 tahun lepas.

"Kita sasarkan kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir tahun ini sehingga 350,000 dan apabila kawasan bebas cukai siap kelak, tidak mustahil kawasan itu menjadi antara destinasi pelancongan yang unik lagi menarik dalam negara," katanya.


-BERNAMA-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old May 7th, 2011, 09:09 AM   #36
kekgi
mean Later
 
kekgi's Avatar
 
Join Date: Feb 2010
Location: Kuala Lumpur
Posts: 122
Likes (Received): 1

Buat keta kabel, ada pulau bebas cukai dan promosi cukup pasti orang datang. satu lagi buat satu bajet motel di tepi tasik 1000 bilik contohnya baru ada orang datang ke sana.

Selain itu pastikan dan jadikan Tasik Kenyir adalah 'must visit place' bila sesiapa pun datang Terengganu. Serta tiap kali musim raya/cuti sekolah ratusan ribu anak2 Terengganu yg menetap di luar Trg bila balik kg pasti akan singgah di Tasik Kenyir termasuk aku jika begini tarikannya. huhu
kekgi no está en línea   Reply With Quote
Old May 7th, 2011, 09:19 AM   #37
aim11086
Registered User
 
Join Date: Oct 2010
Posts: 523
Likes (Received): 1

huhu...sblum ni dtg Kenyir, xtaw nk wt pe. juz lepak tgk tasik jew.
tu yg mmbuatkn program ke Kenyir x brape mnarik lebih2 kalo mase terhad.
Bile dh de attraction mcm ni, confirm la 'must visit site' jdny..hehehe
aim11086 no está en línea   Reply With Quote
Old May 7th, 2011, 12:51 PM   #38
kekgi
mean Later
 
kekgi's Avatar
 
Join Date: Feb 2010
Location: Kuala Lumpur
Posts: 122
Likes (Received): 1

Quote:
aim11086
aa tul tuh. aku sampai situ yang sambut aku ulat tiket round pulau pujuk ajak naik bot. lain-lain takda apa..tapi jika ada projek terbaru ni nak lah pegi lagi.. hehe

ni contoh contoh kabel car murahan (chairlift) boleh dibina di Tasik Kenyir. biar kaki atas sikit pada air je, baru la pengalaman baru..









image hosted on flickr

Last edited by kekgi; May 7th, 2011 at 12:58 PM.
kekgi no está en línea   Reply With Quote
Old May 10th, 2011, 12:24 PM   #39
kekgi
mean Later
 
kekgi's Avatar
 
Join Date: Feb 2010
Location: Kuala Lumpur
Posts: 122
Likes (Received): 1






sumber: http://smp.townplan.gov.my/blog/?p=2226
kekgi no está en línea   Reply With Quote
Old July 20th, 2011, 01:27 PM   #40
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Sasar 470,000 graduan politeknik sedekad



Md. Nor Yusof (dua dari kanan) melawat gerai pameran yang diadakan sempena Seminar Teknologi Hijau 2011 di Primula Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 19 Julai – Beberapa lagi politeknik akan dibuka di seluruh negara dengan sasaran institusi tersebut dapat mengeluarkan sehingga 470,000 graduan sepanjang tempoh satu dekad akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi, Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, prasarana yang ada ketika ini cuma dapat mengeluarkan 300,000 graduan dengan kadar pengambilan 30,000 pelajar setahun.

Namun begitu katanya, JPP sentiasa berusaha untuk mencapai hasrat tersebut dengan menambahkan bilangan institusi di samping menawarkan bidang kursus yang selari dengan kehendak pasaran semasa.

Menurut beliau, ini termasuklah rancangan pembinaan lima lagi politeknik dalam tempoh terdekat termasuk dua politeknik Metro yang hampir siap.

‘‘Pada masa ini seramai 90,000 pelajar sedang menuntut di 28 buah politeknik di seluruh negara yang membabitkan 24 politeknik konvensional, tiga buah politeknik Premier dan sebuah politeknik Metro,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Teknologi Hijau 2011 anjuran JPP di Hotel Primula di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Lestari, Sektor Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Ke TTHA), Badriyah Abd. Malek.

Seramai 120 pensyarah JPP daripada 28 politeknik seluruh negara menyertai seminar tiga hari itu. Sebanyak 11 kertas kerja dibentangkan.

Beliau menjelaskan, tiga politeknik Premier itu membabitkan politeknik Ungku Omar, Shah Alam dan Johor Bharu mempunyai kemudahan asas yang lengkap di samping bidang kursus yang pelbagai.

Manakala, politeknik Metro merupakan konsep pusat pengajian dibina di kawasan bandar yang tidak mempunyai asrama dengan memberi keutamaan kepada pelajar di kawasan sekitar.

‘‘Politeknik Metro di Setiawangsa, Kuala Lumpur telah mengambil pelajar pada tahun lalu dan dua buah lagi politeknik seumpama itu kini telah hampir siap dan dijangka akan memulakan pengambilan pelajar pada tahun depan,” ujar.

Menurut Md. Nor, kerajaan juga bersetuju untuk membina tiga lagi politeknik iaitu di Bagan Datoh, Perak, Pagoh di Johor dan Hulu Terengganu yang setiap satu menelan kos kira-kira RM200 juta.


-Utusan Online-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 10:22 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu