SkyscraperCity Forum banner

ALOR SETAR (الور ستار) | Kedah | State Capital City

5M views 21K replies 349 participants last post by  IwanLoqStar89 
#1 · (Edited)
City status for Alor Star from Dec 21

ALOR STAR: Alor Star will be declared a city on Dec 21 in a ceremony starting at 8pm at Dataran Tunku here.

The proclamation will be made by the Sultan of Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

The programme for the ceremony includes a choir performance, float procession, cultural performance and a fireworks display.

A state government official said guests would include former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Housing and Local Government Minister Datuk Seri Ong Ka Ting will also attend the event.

The mayor will be appointed the next day at the Balai Besar here.

On Nov 28, Ong is scheduled to hand over the declaration scroll to Sultan Abdul Halim at the Audience Hall in Istana Anak Bukit.
 
See less See more
#3,984 ·
btw just ter'PING' in my mind..kita yang dalam forum ne..tak boleh ka buat apa2 selain giving opinion n suggestion in this forum sahaja...contoh bagi memorendum kat sapa-sapa yang berkenaan ka macam tu..sebagai kuasa pendesak hehehe..mana la tau at least mereka tau yang penduduk alor setar ambil peduli. sebagai contohla...awal tahun lalu ada satu petition yang dibuat oleh seorang mat salleh untuk mempertahankan hutan2 simpan di Langkawi...dan terus mendapat perhatian pihak2 yang berkaitan..kot-kot la kita boleh buat macam tu..just my2cent.
 
#3,986 ·

Kena tubuh NGOlah khusus utk memperjuangkan benda-benda tentang Alor Setar...........
 
#3,987 ·
haha. entah2 nak renovate pun tak buat.
inikan pula robohkan dan bina baru.
dengar cerita UDA Holdings tengah tenat. projek Bukit Bintang City Centre kat tapak penjara Pudu pun tak start smpai hari ni
Projek Bukit Bintang tu bukan tak boleh start...cuma disebabkan campurtangan politik yakni cadangan sebelum ini nampaknya tidak melibatkan penyertaan Bumiputra...

Baru-baru ini pun, Uda Holdings telah mengumumkan projek kerjasama dengan PKNP (Perlis) utk membangunkan kompleks pejabat dan perniagaan di Kangar...
 
#3,989 ·
Kena tubuh NGOlah khusus utk memperjuangkan benda-benda tentang Alor Setar...........
kalau nak tubuh NGO smua mmg jenuh jugak la...apa yang mat salleh tu buat..dia just create online petition sahaja..dan petition tu disebarkan meluas ke laman2 forum yang memperjuangkan langkawi n forum alam sekitar n forum tourism n forum pembangunan. bukan takat orang malaysia saja yang sokong bahkan orang luar dari malaysia..<<contoh sahaja ya..hehe alor setar belum sampai peringkat dunia lagi hehe..
 
#3,992 ·
MB: Pemaju bina bangunan baru Madrasah Sahiliah
7:22PM Dis 21, 2011
Pemaju projek Aman Central di Jalan Tambang Badak di Alor Star bersetuju supaya bangunan paling akhir dirobohkan ialah Madrasah Sahiliah dan diganti dengan bangunan baru, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, surau itu - antara bangunan yang terjejas dalam pembangunan projek tersebut - akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru, lapor Bernama.

Projek Aman Central yang termasuk pembinaan sebuah hotel lima bintang akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Kita dan pihak pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir sekali dirobohkan ialah surau itu," katanya kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Katanya, beliau telah melawat tapak pembinaan dua hari lepas dan Ketua Pegawai Eksekutif Belleview Group (pemaju) telah mengesahkan tidak ada sebarang masalah dari segi undang-undang.

"Insya-Allah dalam masa 32 bulan kita akan siapkan projek tersebut. Mereka (pemaju) juga akan mulakan kerja-kerja pembinaan hotel lima bintang di sebelah itu dan ia tidak melibatkan kerja-kerja perobohan yang banyak," katanya.

Azizan berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

"Pada masa hadapan, kalau kawasan itu dah maju mungkin kita boleh tunaikan Solat Jumaat di surau itu," katanya.
 
#3,993 ·

robohkan yang lama dan bina surau baru di tapak yang sama?
mesti yg lebih chantek dan moden
dah capai kata sepakat senang lah
 
#3,995 ·

ALOR STAR: For 40 years, the Rukun Negara fountain has been a famous landmark here. Sitting tall at the Jalan Teluk Wanjah roundabout, the fountain carries a replica of Sultan Kedah's crown and is supported by five pillars.

Each pillar has inscriptions of the country's Rukun Negara on it.

Fondly known as the Air Pancut Jalan Teluk Wanjah among the locals, the concrete monument was built in 1970 to commemorate Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah's appointment as the fifth Yang di-Pertuan Agong.

It was said to be the first modern fountain built in the country.

Historian Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusoff said the Rukun Negara elements were of great significance as the country had just recovered from the communal clashes of May 13, 1969.

During the golden jubilee celebrations in 2008 to mark the Sultan's 50th anniversary of ruling in the state, the fountain was "immortalised" on a 50 sen stamp.

However, the fountain was demolished a year later to make way for the Ipoh-Padang Besar electrified double track project.

It is learnt that the sultan was sentimental about the monument and had requested for it to be rebuilt elsewhere as a pre-requisite before the project was given a green light.

The fountain was relocated to the Sultan Abdul Halim Airport in Kepala Batas, about 12km away from its original spot.

The new fountain was given an edgier look with colourful lights and a beautifully-landscaped surrounding.

Read more: Sultan fond of fountain - Northern - New Straits Times http://www.nst.com.my/streets/northern/sultan-fond-of-fountain-1.22032#ixzz1hAkIxD3u
 
#3,997 ·
Alor Setar dalam sejarah

Wisma Negeri

Wisma Negeri dahulunya merupakan nadi pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ianya telah dirasmikan oleh pemangku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Malik pada 9 September 1973. Kini setelah segala urusan pentadbiran Negeri dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Wisma Darul Aman, bangunan ini kini telah ditukar sebagai Pejabat Tanah dan Galian. Sesungguhnya bangunan ini banyak menyimpan sejarah Negeri Kedah terutama dari segi pentadbiran Kerajaan Negeri.

Padang Court

Keunikan Padang Court ialah terakamnya beberapa peristiwa bersejarah bagi Negeri Kedah seperti bermulanya penentangan terhadap gagasan Malayan Union di Kedah, upacara menyambut hari kemerdekaan serta tempat mengadakan kempen pilihanraya. Kini Padang Court telah diperindahkan dan menjadi salah satu mercu tanda bagi Negeri Kedah sebagai lambang yang menyimpan sejarah Kedah di samping menjadi satu tempat bagi rakyat Kedah beriadah dan menjadi tarikan utama pelancong.
 
#3,998 ·
Alor Setar dalam sejarah

Kolej Sultan Abdul Hamid

Sebuah institusi pengajian yang telah banyak melahirkan tokoh negarawan yang telah mengharumkan nama negara termasuklah 2 orang tokoh Perdana Menteri iaitu YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadikan kolej ini sebagai salah sebuah institusi pengajian yang terkenal di negara ini. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1908.

Wisma Darul Aman

Wisma Darul Aman merupakan pusat dan nadi pentadbiran yang baru bagi Negeri Kedah Darul Aman setelah berpindah daripada Wisma Negeri. Ianya telah mula beroperasi pada 1 April 1993 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 15 April 1993. Bangunan ini terdiri daripada 4 blok pejabat kerajaan berangkai yang menempatkan beberapa jabatan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri termasuklah pejabat Tuanku Sultan Kedah.
 
#3,999 ·
Alor Setar dalam sejarah

Hotel Holiday Villa

Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang terdapat di Kota Setar. Holiday Villa terletak bersebelahan dengan pusat utama membeli belah City Plaza. Hotel ini merupakan satu-satunya hotel yang bertaraf 4 bintang di Alor Setar yang mempunyai sebanyak 161 bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain dan telah dibuka pada bulan Mei 1997.

Balai Seni Negeri

Bangunan ini asalnya dibina khusus untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 yang dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1923. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri yang menempatkan hasil karya dan koleksi seni yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Kini Balai Seni Negeri ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang sering dilawati bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga oleh pelancong-pelancong asing.
 
#4,000 ·
Alor Setar dalam sejarah

Balai Besar

Balai Besar asalnya dibina dengan kayu pada tahun 1898 tetapi telah rosak akibat peperangan dan terbiar. Seni binaannya banyak dipengaruhi oleh seni binaan dari Thailand. Bangunan ini dirobohkan dan dibina semula pada tahun 1904, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada tahun 1958, Bangunan Balai Besar ditambah bahagian anjung kiri dan kanan sebelah belakang dan digunakan sebagai Balai Penghadapan dan Pusat Kegiatan Rasmi negeri.

Balai Nobat

Bangunan Balai Nobat yang terdapat sekarang ini dibina pada tahun 1907 menggantikan Balai Nobat yang lama. Dengan ketinggian setinggi 40 kaki, di sinilah tersimpannya alat bagi permainan nobat Kedah yang dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu seperti pertabalan, kemangkatan serta upacara-upacara tertentu. Nobat Kedah dianggap nobat paling tua dan bersejarah.
 
Top