daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Architecture

Architecture architecture news, historical buildings and structures, places of worship, iconic buildings and structures, and famous architects & architecture



Reply

 
Thread Tools
Old August 23rd, 2007, 11:00 AM   #1
pedang
One Malaysia
 
pedang's Avatar
 
Join Date: Dec 2005
Location: Lembah Klang
Posts: 3,022
Likes (Received): 6

Stesen kereta api KL terbiar

Stesen kereta api KL terbiar

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Apa sudah jadi dengan bangunan Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin - bangunan warisan kebangsaan yang kini tinggal terbiar?

Bangunan yang dibina pada 1885 berdasarkan seni bina ‘Moorish’ dan menjadi tumpuan orang ramai ekoran seni binanya yang unik itu, kini sepi berbanding enam tahun lalu.

Bangunan yang dianggap sebagai khazanah negara itu dikatakan semakin diabaikan sejak tahun 2001 apabila pusat operasi utama stesen kereta api dipindahkan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur, yang lebih canggih dan moden.

Jika sebelum ini bangunan yang menempatkan restoran dan kedai-kedai menjual pelbagai barangan itu menjadi tumpuan orang ramai, ia kini sekadar menjadi tempat persinggahan pengguna perkhidmatan komuter.

Tinjauan Utusan Malaysia di stesen itu hari ini mendapati ia tidak dijaga dan diselenggara dengan baik.

Terdapat banyak cermin bangunan yang pecah, besi buruk diletakkan di tempat laluan orang ramai malah lebih menyedihkan terdapat juga najis manusia di kawasan pejalan kaki.

Orang ramai yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan keadaan stesen itu dan mahu langkah segera diambil untuk memelihara serta menjaga bangunan tersebut seperti yang dilakukan ke atas Stadium Negara dan Stadium Merdeka.

Seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Nurarima Suardi, 22, terkejut dengan keadaan dalam bangunan itu yang kelihatan seperti bangunan terbengkalai dan bukannya stesen kereta api lama yang penuh dengan nilai sejarah.

“Sudah lama saya tidak datang ke sini dan tidak menyangka sama sekali ia (stesen) menjadi seperti ini, sekali gus menyebabkan pelancong yang mengunjunginya mempunyai persepsi tidak baik terhadap aspek kebersihan di negara ini,” katanya di sini, hari ini.

Bangunan yang dibina semasa zaman British dan diubah suai mencontohi konsep stesen kereta api Victoria Station di Britain itu mula beroperasi sebagai stesen kereta api pada 1910.

Ketika itu, ia dikenali sebagai Stesen Residensi kerana terletak dalam kawasan Residen British.

Selepas era British, stesen itu kekal menjadi nadi kepada sistem pengangkutan negara terutama untuk membawa barang dagangan seperti getah sebelum digunakan sebagai pengangkutan awam yang menghubungkan destinasi tertentu dan menjadi pusat rangkaian kereta api utama.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Nik Mohd. Fadli Nik Mat, 24, berkata, pihak yang berwajib perlu melakukan sesuatu agar bangunan itu kembali dikunjungi orang ramai sama ada untuk menggunakan perkhidmatannya atau melawat bangunan warisan tersebut.

“Pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) boleh menyediakan sebuah ruang pameran mengenai sejarah kereta api di negara ini serta menganjurkan aktiviti untuk menarik perhatian orang ramai termasuk pelancong,’’ ujarnya.

Seorang kakitangan swasta yang sering menggunakan stesen itu, Rosli Ismail, 43, turut kesal kerana tiada perubahan dilakukan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengubah keadaan di stesen yang semakin suram itu.

“Pengurusan KTMB diharap dapat membuat sesuatu bagi menarik kembali pengunjung seperti menyewakan kedai-kedai sedia ada dengan kadar sewa yang murah,” katanya.

Sementara itu, pelajar bidang Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Wan Yuneeza Wan Mohd. Yusof, 28, berkata, stesen itu tidak lagi menjadi tumpuan pengunjung ekoran keadaannya yang kotor selain ketiadaan kedai- kedai kraf tangan dan cenderamata.

“Saya juga kesal kerana tidak ada pejabat pengurusan di dalam bangunan untuk memberi maklumat dan perkhidmatan yang mungkin diperlukan orang ramai, menunjukkan pihak pengurusan tidak begitu peka terhadap kepentingan pengguna stesen itu,” ujarnya.
__________________
ONE MALAYSIA
pedang no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old August 24th, 2007, 03:40 AM   #2
pedang
One Malaysia
 
pedang's Avatar
 
Join Date: Dec 2005
Location: Lembah Klang
Posts: 3,022
Likes (Received): 6

Jangan sampai stesen KTM terbiar


KUALA PILAH 23 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kesal bangunan Stesen Kereta Api Tanah Melayu di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur ditinggalkan terbiar sejak enam tahun lalu.


Sehubungan itu, beliau mahu pihak pengurusan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) melakukan sesuatu supaya bangunan warisan kebangsaan itu kembali menjadi tumpuan orang ramai.

‘‘Mereka perlulah jaga, jangan sampai tinggal begitu,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai nasib stesen kereta api yang dibina pada 1885 dan menjadi tumpuan orang ramai ekoran seni binanya yang unik itu.

Bangunan yang disenaraikan sebagai warisan negara tersebut dikatakan semakin terabai sejak 2001 apabila pusat operasi utama stesen kereta api dipindahkan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, stesen itu boleh digunakan untuk tujuan yang memberikan pulangan dan bernilai komersial.
__________________
ONE MALAYSIA
pedang no está en línea   Reply With Quote
Old August 24th, 2007, 03:40 AM   #3
pedang
One Malaysia
 
pedang's Avatar
 
Join Date: Dec 2005
Location: Lembah Klang
Posts: 3,022
Likes (Received): 6

KTMB boleh didakwa – Rais

Oleh: ZABRY MOHAMAD

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jika masih gagal menyenggara dengan baik bangunan miliknya, sebelum Disember ini.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, KTMB boleh didenda sehingga RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, sebagai pemilik bangunan yang diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan, KTMB bertanggungjawab menyenggara bangunan itu dengan baik dan memuaskan.

Menurut Rais, kementeriannya telah mengarahkan syarikat tersebut mengambil tindakan sewajarnya sebelum akhir tahun ini.

‘‘Pesuruhjaya Warisan telah mengeluarkan notis baru-baru ini mengarahkan KTMB mengambil tindakan mengembalikan stesen tersebut kepada keadaan asalnya dalam tempoh enam bulan.

‘‘Saya sendiri akan meninjau keadaan stesen itu pada Disember ini. Jika masih tidak memuaskan, maka tindakan undang-undang wajar dikenakan terhadap mereka,’’ kata Rais ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai bangunan Stesen Kereta Api Tanah Melayu di Jalan Hishamuddin di sini yang didapati terbiar dan tidak diurus dengan baik.

Tinjauan di bangunan yang dibina pada 1885 itu mendapati banyak cermin bangunan telah pecah, besi buruk diletakkan di tempat laluan orang ramai malah lebih menjijikkan terdapat juga najis manusia di laluan pejalan kaki.

Bangunan tersebut dikatakan semakin diabaikan sejak 2001 apabila pusat operasi utama stesen kereta api dipindahkan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur yang lebih canggih dan moden.

Rais memberitahu, selain stesen kereta api, bangunan ibu pejabat KTMB yang terletak bertentangan juga didapati tidak disenggara dengan baik.

Katanya, tindakan yang sama juga boleh diambil jika KTMB tidak mengambil langkah-langkah sepatutnya terhadap bangunan berkenaan.

‘‘Kerajaan mempunyai hak untuk memaksa KTMB menyenggara dengan baik bangunan-bangunan miliknya yang kini dikategorikan sebagai warisan kebangsaan,’’ tegasnya.
__________________
ONE MALAYSIA
pedang no está en línea   Reply With Quote
Old August 24th, 2007, 06:17 AM   #4
OshHisham
BANNED
 
Join Date: Nov 2005
Location: Damansara Kim
Posts: 3,908
Likes (Received): 0

jangan kata Stesen KTM, Hotel Majestic also faces the same situation too....left decayed. very disappointing the owner doesn't know how to make money with those things....stupid i should say...

but still we have many options to save those buildings. why KeKKWa didn't set up a company(let say...KeKKWa Incorporated) to do renovation/refurbishment works? or at least make a policy of 'adopt building' where a big corporate will bid to have ownership on the old buildings. and they are free to do any modification/renovation as long as the original exterior kept intact....

maybe one day we will see a Raffles' style boutique hotel if a hotel company won the bid...?
OshHisham no está en línea   Reply With Quote
Old September 28th, 2007, 01:19 PM   #5
Parrot
Registered User
 
Join Date: Mar 2007
Posts: 16
Likes (Received): 0

Meh, I didn't take those Utusan reports very seriously, seeing how a certain group with more knowledge of the place suspect the correctness of the articles.

A KTM fanclub's take on the Utusan reports.

There were already plans to have the station used as a railway museum. In fact, some railway artifacts were transfered from the Klang railway warehouse to the station shortly before the end of August. It's based on my understanding that the main hall and central platform are housing a few exhibits. The exhibition was supposed to end on September 23, but a guard in the place says the exhibits could be in the station for as long as they want.

Announcement on an exhibition in the station.

As for the Majestic Hotel, I share your pain, oshkoshbgood. The hotel was once used as temporary space for the National Arts Museum during the 1990s and early 2000s, but the building has since been abandoned (with a homeless person staying at the front entrance the last time I've been there). The time when the Majestic was a hotel ended somewhere during the 1980s.



Any form of reopening of the place should be good compensation to the demolition of the Eastern Hotel in 1990. Doubt a new hotel would be viable there though. The railway station already has a hotel of its own.

Parrot no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 09:13 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu