daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine | posting guidelines

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Countdown to 2020

Countdown to 2020 new projects, proposals, under-construction updates and news of developments & construction projects.



Global Announcement

As a general reminder, please respect others and respect copyrights. Go here to familiarize yourself with our posting policy.


Reply

 
Thread Tools
Old March 11th, 2009, 07:13 PM   #2221
gordonv612
Registered User
 
Join Date: Sep 2005
Location: Malacca
Posts: 904
Likes (Received): 7

Quote:
Originally Posted by daeng_jal View Post
^

got picture?
dun have yet ~~~~
gordonv612 no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old March 12th, 2009, 07:35 AM   #2222
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,314
Likes (Received): 1022

Melaka River Cruise tawar hadiah bernilai RM10,000

MELAKA 11 Mac - Pengunjung yang menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM10,000 yang ditawarkan menerusi cabutan bertuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PSPM), Baharom Majid berkata, antara hadiah yang ditawarkan ialah penginapan hotel, barangan elektrik dan tiket percuma melawat tempat-tempat pelancongan di negeri ini.

Menurut beliau, cabutan bertuah itu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise.

Beliau berkata, cabutan bertuah itu akan dilakukan untuk bulan April, Ogos dan Disember.

"Syarat-syaratnya cukup mudah kerana ia terbuka kepada semua pengunjung yang menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise. Dengan memiliki tiket mereka boleh mendapatkan borang untuk cabutan bertuah yang akan dilakukan di dalam bot.

''Setiap pengunjung boleh menyertai pertandingan ini seberapa banyak yang mereka inginkan tetapi perlu disertakan tiket Melaka River Cruise," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak 4 Mac lalu pihaknya telah menerima banyak borang penyertaan bagi cabutan bulan April.

Katanya, pengunjung yang ingin menyertai cabutan itu hanya perlu melengkapkan borang yang disediakan termasuk menyertakan tiket Melaka River Cruise bagi melayakkan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old March 12th, 2009, 06:17 PM   #2223
D_Y2k.2^
Registered User
 
D_Y2k.2^'s Avatar
 
Join Date: Sep 2002
Location: Melaka
Posts: 3,893
Likes (Received): 96

Quote:
Originally Posted by gordonv612 View Post


Latest Aeon Malacca
Wau nice pic. Taken from Avillion?
Lots of land are still being filled in
__________________
Multi Cultural + Harmony + Excitement = Malaysia!!!
D_Y2k.2^ no está en línea   Reply With Quote
Old March 13th, 2009, 05:45 AM   #2224
dengilo
Registered User
 
dengilo's Avatar
 
Join Date: Oct 2005
Posts: 8,037
Likes (Received): 824

Thanks for the photos gordon,What is post 2194?
dengilo no está en línea   Reply With Quote
Old March 13th, 2009, 07:36 AM   #2225
gordonv612
Registered User
 
Join Date: Sep 2005
Location: Malacca
Posts: 904
Likes (Received): 7

Quote:
Originally Posted by dengilo View Post
Thanks for the photos gordon,What is post 2194?

it is located bhind Avillion hotel. IF I am not mistaken, it is a project by government which consist of a food court and 3 blocks of 17 storey flat/ apartment.
gordonv612 no está en línea   Reply With Quote
Old March 13th, 2009, 07:37 AM   #2226
gordonv612
Registered User
 
Join Date: Sep 2005
Location: Malacca
Posts: 904
Likes (Received): 7

Quote:
Originally Posted by D_Y2k.2^ View Post
Wau nice pic. Taken from Avillion?
Lots of land are still being filled in
yupe. Maybe the empty land next to it will be Ikea in 4 years time
gordonv612 no está en línea   Reply With Quote
Old March 13th, 2009, 09:36 AM   #2227
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,314
Likes (Received): 1022

Pusat boling bertaraf dunia

Oleh Amran Mulup
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 12 Mac - Impian Melaka untuk memiliki pusat boling 52 lorong yang terbesar di Asia Tenggara menjadi kenyataan apabila kompleks serba moden bernilai RM25 juta itu dijangka siap sepenuhnya Jun tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, antara objektif utama pembinaan kompleks ini adalah untuk mempromosikan Melaka sebagai pusat boling utama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Katanya, Melaka kini sudah berupaya menganjurkan sebarang kejohanan boling bertaraf dunia termasuk Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica AMF ke-45 pada November ini dan menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan.

''Acara boling boleh menjadi produk baru berasaskan sukan di Melaka dengan adanya pusat boling 52 lorong yang diiktiraf terbesar bukan sahaja di negara ini malah juga di Asia Tenggara sudah tentu ia mampu menjadi produk baru kedatangan pelancong di negeri ini.

''Dengan adanya pusat boling ini, kerajaan negeri berharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan boling," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan Benua Aspirasi Sdn. Bhd. di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara di sini hari ini.

Kerajaan negeri diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan, Datuk Karim Sulaiman manakala syarikat terbabit diwakili Pengurus Besarnya, Mohd. Safuan Mohamad Saad.

Benua Aspirasi Sdn. Bhd. dipilih untuk menguruskan operasi harian pusat boling terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai 52 lorong itu berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam bidang pengurusan sukan terutama boling dan kemudahan acara yang lain.

Mohd. Ali berkata, pusat boling terbesar di negara ini wajar diuruskan oleh syarikat yang benar-benar berkelayakan bagi memastikan Melaka dikenali dalam sukan pelancongan.

Kompleks MITC Bowlplex dibina di atas tanah seluas 2.5 ekar adalah yang terbesar di Asia Tenggara kerana mempunyai 52 lorong.


Pembinaan kompleks itu bermula pada awal tahun 2008, kini sudah siap 90 peratus dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

''Kompleks boling ini menggunakan peralatan terkini serta konsep operasinya menggunakan Qubica AMF.

''Selain ada 52 lorong boling yang berada di tingkat atas, kompleks ini juga akan menawarkan pelbagai kemudahan lain kepada para pengunjung seperti ruang perniagaan, aktiviti riadah dan ruang menjamu selera," katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old March 13th, 2009, 09:46 AM   #2228
teckkang
Architect at KL
 
teckkang's Avatar
 
Join Date: Apr 2006
Location: Historic Melaka City, Cardiff (Wales), Zürich, KL
Posts: 1,596
Likes (Received): 82

Quote:
Originally Posted by gordonv612 View Post
yupe. Maybe the empty land next to it will be Ikea in 4 years time
no, hopefully it will be melaka next CBD with 30+storey towers!
__________________
MELAKA CITY IS STRIVING IN REGAINING ITS PRIDE!!!

My Fotki Photo Page
http://www.fotki.com/alvinpoh

My Flickr Photo Page
http://www.flickr.com/photos/alvinpoh/
teckkang no está en línea   Reply With Quote
Old March 14th, 2009, 05:55 AM   #2229
D_Y2k.2^
Registered User
 
D_Y2k.2^'s Avatar
 
Join Date: Sep 2002
Location: Melaka
Posts: 3,893
Likes (Received): 96

Quote:
Originally Posted by teckkang View Post
no, hopefully it will be melaka next CBD with 30+storey towers!
I've been imagining that area as Mutiara Damansara already. Hahahahaha
__________________
Multi Cultural + Harmony + Excitement = Malaysia!!!
D_Y2k.2^ no está en línea   Reply With Quote
Old March 16th, 2009, 05:03 AM   #2230
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,408
Likes (Received): 278

Sentral: 500 kecewa projek terbengkalai
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhnews@bharian.com.my
MELAKA: Kepesatan pembangunan sekitar Bandar Hilir yang dikelilingi beberapa taman perumahan dan bangunan komersial belum dapat dinikmati kira-kira 500 pembeli projek perumahan dan lot bangunan di Pulau Melaka.

Ia berikutan projek yang dilancarkan pada 1998 itu masih terbengkalai sejak empat tahun lalu, sekali gus merunsingkan dan beban berganda kepada pembeli apabila sesetengahnya bukan saja terpaksa membayar ansuran pinjaman bank, malah sewa rumah.

Selepas lebih 10 tahun, pembeli hanya mampu memandang beberapa blok rumah usang dan terbengkalai. Jika dipandang dari dekat kebanyakannya sudah lompong di sana sini selepas pelbagai komponen seperti wayar, besi dan batu blok hilang, dipercayai dicuri.

Masalah membabitkan kira-kira 500 pembeli malang itu bermula apabila pemaju asal menghadapi masalah kewangan yang serius sehingga gagal menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual pada 2004.

Selepas beberapa perbincangan, masalah itu tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini. Ini termasuklah menerusi campur tangan kerajaan negeri yang dimulakan sejak hampir setahun lalu.

Seorang pembeli, Ishak Hashim, 52, berkata beliau sangat kecewa kerana terpaksa menjelaskan RM300 setiap bulan sejak 12 tahun lalu walaupun rumah masih terbengkalai.

Katanya, beliau sudah menghabiskan RM40,000 untuk membayar bulanan, selain deposit rumah RM10,000.

"Apa yang mengecewakan, tiada satu tindakan diambil untuk menyiapkan rumah itu walaupun sudah beberapa pertemuan diadakan. Sudah tentu selepas melabur begitu banyak, saya mengharapkan rumah disiapkan segera," katanya.

Liyackat Ali Mohd Sultan, 57, dari Ampang, Selangor pula berkata beliau sudah tidak tahan lagi menanggung masalah itu dan mahu keputusan muktamad dibuat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Kita bimbang jika terus berlarutan, kos pemulihan pula akan meningkat dan tentunya pembeli terpaksa membayar lebih. Saya mahu ada jaminan pembeli tidak akan membayar lebih daripada yang sepatutnya," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh, ketika mengulas berkata projek terbengkalai di Pulau Melaka itu dibina di bawah projek swasta dan kerajaan negeri hanya meluluskan pelan pembangunan.

Katanya, proses mengambil alih projek berkenaan akan mengambil masa kerana kerajaan negeri perlu mengikut proses perundangan sebelum kerja lanjutan dapat dilaksanakan.

"Sebagai negeri yang pesat membangun, sektor perumahan khususnya projek terbengkalai sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri, seiring hasrat melihat setiap rakyat mempunyai kediaman selesa. Namun ini adalah projek swasta, jadi kita perlu meneliti aspek perundangan sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Kerajaan negeri berhasrat mengambil alih projek ini, tetapi perlu menunggu berikutan masalah itu masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemuliharaan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan pula berkata, kerajaan bersedia bekerjasama dengan syarikat yang dilantik mahkamah, Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd jika ia menunjukkan kesungguhan.

Katanya, boleh bekerjasama kerana secara tidak langsung ia dapat memudahkan kerja ,namun berdasarkan rekod lampau, syarikat terbabit gagal melaksanakan projek berkenaan meskipun sudah diberi peluang sejak 2006.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old March 17th, 2009, 01:02 PM   #2231
achkeen10
Registered User
 
Join Date: Oct 2007
Location: MELAKA, Petaling Jaya
Posts: 540
Likes (Received): 0

Arab City Antara Projek Terbaru
MELAKA TEROKAI PELANCONGAN ISLAM

BUKIT PALAH, 16 Mac- Melaka terus melakar kejayaan berganda dalam memartabatkan industri pelancongannya dan hasrat Kementerian Pelancongan membuka pejabat cawangan Pusat Pelancongan Islam (Islamic Tourism Centre- ITC) bakal mengukuhkan lagi kedudukan sektor pelancongan negeri ini di peta pelancongan antarabangsa, khususnya negara-negara Islam.

Komitmen Kerajaan Melaka memajukan industri pelancongannya dan menerokai bidang-bidang baru dilihat menjadi antara faktor yang mendorong Kementerian Pelancongan memilih negeri ini sebagai tempat pelancaran majlis berprestij ini yang menjadi titik tolak penting untuk menjadikan Malaysia antara destinasi pelancongan utama dunia.

Melaka bukan sahaja kaya dengan khazanah warisan silam yang amat berharga sehingga mendapat pengiktirafan UNESCO, bahkan turut mengambil beberapa langkah pro-aktif termasuk mewujudkan Arab City iaitu yang pertama di dunia serta menjadikan negeri ini sebagai hub promosi dan jualan produk-produk keluaran negara-negara anggota Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerusi pembukaan DMDI Shoppe.

Majlis penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Yaakub Md Amin dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pelancongan.

ITC akan bertindak sebagai 'think tank' atau pusat kecemerlangan untuk penyelidikan pelancongan yang akan menumpukan kepada pasaran pelancongan negara-negara Islam.

Pusat yang kini berpengkalan di Kuala Lumpur dijangka akan membuka pejabat operasinya di Melaka.

ITC sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pelancongan Komanwel (CTC), tetapi kabinet meluluskan CTC ditukar kepada ITC berdasarkan permohonan banyak negara Islam yang mahukan Malaysia berkongsi pengalaman dalam aspek pelancongan.

Sementara itu, Azalina ketika berucap di majlis tersebut berkata, ITC merupakan satu inisiatif Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk membantu Kementerian Pelancongan dan badan-badan yang berkaitan dalam usaha menggalakkan aktiviti pelancongan dari kalangan negara dan komuniti Islam ke negara ini.

"Penubuhan ITC adalah sejajar dengan langkah Kerajaan untuk menjadikan Malaysia antara destinasi pelancongan utama dunia. Kita berharap penubuhan ITC bukan hanya dapat memberi manfaat kepada Malaysia dari segi peluang untuk mempromosi destinasi pelancongan yang sedia ada, tetapi kita juga berharap ia akan dapat membuka mata dan memperkenalkan kepada dunia tentang keunikan tinggalan seni serta sejarah Islam di Malaysia," ujar Azalina.

Katanya lagi, pengertian pelancongan Islam amat meluas, ia bukan semata-mata melibatkan negara-negara Islam atau umat Islam, tetapi ia juga secara tidak langsung melibatkan orang-orang bukan Islam untuk mengenali warisan tinggalan sejarah Islam.

Dari aspek ekonomi pula kata Azalina, pelancongan Islam bermatlamat untuk mengembangkan pelancongan dalam dunia Islam, membangunkan destinasi-destinasi pelancongan yang baru serta mengukuhkan kerjasama antara institusi Kerajaan dan institusi dalam kelompok negara-negara Islam.

"Dari aspek kesenian, pelancongan Islam memberi tumpuan kepada penyusunan program dan acara yang berlandaskan Islam serta tempat-tempat yang mempunyai warisan Islam yang boleh dilawati oleh pelancong. Kesinambungan dari konsep-konsep ini mewujudkan pasaran pelancongan Islam yang semakin berkembang.

"Ia boleh dilihat sebagai satu pasaran yang khusus (niche market) yang semakin penting dan berpotensi. Kita lihat potensi pelancongan Islam amatlah besar dan untuk itu usaha harus dijalankan untuk menembusi pasaran unik ini," kata Azalina.

Menteri Pelancongan itu juga optimis bahawa Malaysia sudah mempunyai asas-asas yang kukuh untuk menembusi pasaran pelancongan Islam dan penubuhan ITC mampu membantu menjana industri pelancongan negara terutama kepada pelancongan Islam.
achkeen10 no está en línea   Reply With Quote
Old March 18th, 2009, 06:43 AM   #2232
brain_failure
Registered User
 
Join Date: Nov 2005
Posts: 1,252
Likes (Received): 30

Quote:
Originally Posted by rizalhakim View Post

and wat hapnd 2 Empayar Muzaffar Hotel Ayer Keroh???
Construction juz started. Saw piling work being carried out yesterday
brain_failure no está en línea   Reply With Quote
Old March 18th, 2009, 11:51 AM   #2233
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,408
Likes (Received): 278

out of topic,but



kesian tok ali
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old March 18th, 2009, 02:31 PM   #2234
OshHisham
BANNED
 
Join Date: Nov 2005
Location: Damansara Kim
Posts: 3,908
Likes (Received): 0

dulu dia rasuah 'Datukship', sekarang kantoi lah plak sebab terang2 kasik duit....
OshHisham no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2009, 04:22 AM   #2235
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,314
Likes (Received): 1022

dia banggakan melaka jadikan melaka bandar sarkas kemudian malukan melaka hehe..... another telenovela.....
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2009, 04:22 AM   #2236
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,314
Likes (Received): 1022

Bowling centre with 52 lanes to open in Malacca soon


MALACCA: One of the largest bowling centres in the region is set to open its lanes for business here this coming June.

Tipped to be the largest of its kind in South East Asia, the RM23mil Bowlplex is located on a 2.5ha site at the MITC and boast of 52 bowling lanes, shop lots, food court and also a landscaped park.

Benua Aspirasi Sdn Bhd director Mohd Safuan Mohamad said that construction was at the final stages with the official opening scheduled in three months time.

“Once completed, the complex will be equipped with state of the art bowling facilities.

“We will adopt the management and operating concept provided by Qubica AMF, a global leader in bowling and entertainment products,” he told reporters after signing a memorandum of understanding between Benua Aspirasi Sdn Bhd and Malacca state government in Ayer Keroh recently.

He said one of the objectives were to promote Malacca as the country’s primary bowling centre and also scout for new and young talents through competitions to represent the country in the future.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the bowling complex would help promote Malacca as the new bowling hub in the country and also in the world.

“This would further promote the world heritage city apart from the states tourism sector,” said Mohd Ali.

Mohd Safuan added that the company was in talks with Qubica AMF to organize the 45th Qubica AMF World Bowling Championship at MITC Bowlplex in November.

“The last time Malaysia hosted the World Bowling Championship was in 1987 at the Mirama Bowl in Kuala Lumpur,” he added.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2009, 07:50 AM   #2237
dengilo
Registered User
 
dengilo's Avatar
 
Join Date: Oct 2005
Posts: 8,037
Likes (Received): 824

Yahoooo Ali bolehhhhhhhhhh
dengilo no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2009, 07:52 AM   #2238
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,314
Likes (Received): 1022

Lubok China bakal berubah

Oleh Nur Farisha Faiz
utusanmelaka@utusan.com.my



Sebahagian daripada rumah kedai yang masih lagi beroperasi di pekan Lubok China Melaka.

--------------------------------------------------------------------------------



MELAKA 18 Mac - Lubok China antara salah sebuah daerah termundur bagaikan ketika arus perkembangan pembangunan pesat membangun di daerah- daerah lain di negeri ini.

Sedih melihat rumah kedai usang yang menanti roboh masih terus didiami dan aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa tidak seperti daerah lain yang menikmati kemudahan infrastruktur moden.

Terdapat 30 buah kedai usang di pekan ini yang terletak berhampiran sempadan Negeri Sembilan.

Di samping keadaan yang menyedihkan, pekan ini juga kerap kali dilanda banjir besar setiap kali hujan lebat mengakibatkan Sungai Rembau melimpah dan menenggelamkan sebahagian besar pekan itu.

Suasana muram di Lubok China tanpa ada peluang pekerjaan menyebabkan ramai golongan remaja mengambil keputusan berhijrah ke bandar Melaka semata- mata ingin mencari pekerjaan.

Alasan cukup mudah, pekan Lubok China tidak menjanjikan peluang pekerjaan bagi menjamin masa depan.

Terbaru, sebahagian besar kawasan pekan itu juga ditengelami air yang turut mengakibatkan 44 keluarga daripada empat buah kampung sekitar menjadi mangsa.

Namun, pekan Lubok China bakal berubah wajah apabila kerajaan negeri telah bersetuju untuk membangunkan semula daerah ini menjadi sebuah pekan yang dilengkapi dengan rumah kedai baru dan pelbagai infrastruktur termoden.

Khabar gembira itu sudah diketahui penduduk daerah ini sejak tiga tahun lalu yang membayangkan kehidupan mereka bakal berubah jika benar kerajaan negeri berhasrat untuk membangunkan semula pekan Lubok China.

Malah, ada beberapa pemilik rumah kedai merobohkan premis masing-masing bagi memberi laluan kepada pembinaan kedai baru.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd. Nizam Ismail berkata, seluruh penduduk di sini memang mengharapkan pembangunan yang lebih maju setanding dengan pekan-pekan lain di sekitar negeri Melaka.

Menurut beliau, dengan pelbagai kemudahan moden yang akan dibangunkan di sini taraf kehidupan penduduk kampung dapat berubah dari segi sosial dan ekonomi.

''Sudah lama penduduk kampung menantikan perubahan di pekan Lubok China kita mahukan pembangunan yang serba moden bagi memudahkan segala aktiviti harian berjalan dengan sempurna dan selesa.

''Lihat beberapa daerah di Melaka kebanyakannya menikmati pembangunan moden dan mengapa tidak kami juga turut menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Apa yang dijanjikan oleh kerajaan negeri amat kita hargai," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pembangunan di pekan tersebut perlu memandangkan lokasinya terletak antara sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.

"Kebanyakan penduduk dari Negeri Sembilan terutamanya daerah Rembau akan melalui pekan ini untuk ke bandar Melaka selain menggunakan laluan alternatif yang lain seperti Lebuh Raya Utara- Selatan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau menambah, pembangunan yang dirancang akan menukar imej pekan tersebut dan memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk menjalankan aktiviti harian dengan lebih sempurna.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri wajar mengambil tindakan dengan segera supaya pekan tersebut dinaik taraf pembangunannya sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-12 tahun depan.

"Bagi langkah pertama, sebahagian rumah kedai lama sudah dirobohkan dan perlu didirikan bangunan yang baru supaya tidak mencacatkan lagi pemandangan di pekan ini.

"Dulu, sebahagian daripada bekas tapak rumah kedai yang dirobohkan sudah dibersihkan oleh pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bagi tujuan pembinaan jalan raya, tetapi sekarang kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan semak," katanya.

Mohd. Nizam berkata, rata-rata penduduk melahirkan perasaan kurang senang tentang kelewatan kerajaan negeri mendirikan rumah kedai baru seperti yang dijanjikan.

"Hanya tinggal beberapa buah premis perniagaan sahaja yang masih beroperasi, manakala yang selebihnya sudah berpindah ke kedai baru.

"Ada pemilik kedai masih menjalankan operasi mereka di kedai lama kerana enggan berpindah ke kedai baru kerana tempat yang begitu terhad," katanya.

Menurut beliau, selain itu, pemilik premis menyifatkan harga sebuah unit lot kedai yang ditawarkan agak mahal sehingga membebankan peniaga yang ingin berpindah ke situ.

"Harganya yang ditawarkan sangat tinggi dan peniaga tidak mampu membeli rumah kedai tersebut kerana perniagaan yang dijalankan di sini hanyalah perniagaan secara kecil-kecilan," katanya.

Mohd. Nizam berkata, kerajaan negeri juga berjanji untuk membina benteng penahan banjir Sungai Jerneh ke Teluk Palembang bagi mengelakkan kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di pekan itu.

"Kami amat berharap binaan benteng itu dapat dipercepatkan kerana sekarang musim hujan dan tidak mustahil banjir kilat akan melanda pekan ini pada masa terdekat," katanya.

Seorang peniaga, Soon Chong Boon, 45, berkata, beliau hanya akan berpindah daripada rumah kedainya sekiranya bangunan baru siap dibina kelak.

"Macam mana saya hendak berpindah ke tempat lain sekiranya lot kedai di pekan ini sangat terhad dan saya terpaksa menunggu masa lebih lama untuk berpindah," katanya.

Seorang penduduk, Ali Rahmad, 52, berkata, kerajaan negeri harus melaksanakan janji mereka secepat yang mungkin kerana penduduk ingin melihat perubahan pekan tersebut.

"Tidak nampak keistimewaan pekan ini sekiranya ia dikaburi dengan bangunan-bangunan usang dan uzur seolah-olah tiada penghuni yang menguruskannya," katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2009, 07:53 AM   #2239
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,314
Likes (Received): 1022

Melaka janji bangunkan Lubok China
MELAKA 18 Mac - Pekan Lubok Cina akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan yang serba moden dan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur bagi kemudahan dan keselesaan penduduk di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, perkara itu sudah lama dirancang oleh kerajaan negeri kerana melihat sebahagian besar rumah kedai di pekan itu sudah terlalu usang.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan bagi membina semula beberapa infrastruktur serba moden di pekan tersebut.

Beliau berkata, keadaan bangunan di pekan itu sudah terlalu uzur dan boleh mendatangkan bahaya kepada penghuninya kerana struktur binaan yang sudah tidak kukuh dan rapuh.

''Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membangunkan semula pekan Lubok China. Cuma apa yang kita hadapi ialah soal pampasan tanah yang masih belum dapat diselesaikan," katanya di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberi jaminan kerajaan negeri akan memastikan pembangunan di pekan Lubok China akan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang sebelum ini.

Dalam lawatan beliau ke Lubok China yang dilanda banjir kilat baru-baru ini beliau berkata, soal pampasan yang dibangkitkan oleh pemilik premis akan diselesaikan dengan segera.

Mengulas lanjut, Abdul Ghafaar berkata, jika masalah pampasan dapat diselesaikan segera segala perancangan pembangunan di pekan tersebut akan dapat dijalankan dengan sempurna.

Beliau tidak menafikan sudah tiba masanya penduduk di sekitar pekan tersebut menikmati pembangunan yang lebih selesa.

"Keadaan kedai yang sudah terlalu usang perlu dirobohkan segera kerana saya bimbang akan berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2009, 05:55 PM   #2240
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,408
Likes (Received): 278

BN Councilors on working visit

BANDA HILIR – Motorists using Jalan Tun Syed Abdul Aziz can now make u-turns at Mahkota Junction into the inner (service) road and at Pulau Melaka junction, they (motorists) can now make u-turn back into the other side of Jalan Syed Abdul Aziz towards Holiday Inn Melaka.

Another good news for ambulances as there will be special ‘access’ lane be drawn to enable the ambulances to get Mahkota Medical Centre in an emergency.

MCA City Councilors Lim Siew Wan, Ronald Gan, Lau Ah Kew and Ng Soon in a press conference



yesterday said that they were happy with the decision of traffic committee open up the two U-turns. Sidelined to the announcement, the MCA city councilors and Gerakan City councilor, Rick Tan in Barisan Nasional (BN) spirit went on a working visit to the ferry departure depot near here.

According to Lim as a result of complaints that the place was not well kept, she decided to call Councilors go on a working visit to that area.

“Much needed to be done here in terms of cleanliness and the City Council will give the tenant one month to get its act together including removal of the skid tank,” she added.

According to Lim, City Council would issue warning letter to its tenant to clean up the place and do whatever it is necessary to get the place more conducive for tourists’ especially medical tourists from Indonesia.

The councilors would also inform Tenaga Nasional Berhad (TNB) about ELCB fused box that has been ‘dismantled’ and looked terribly unsafe.

Rick Tan also suggested said a more permanent structure to replace existing makeshift canopies hence, making the departure more tourists friendly.

“I hope tenant will heed the advice and get maintenance staff to clean up departure more regularly,” he added.

State Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Secretary, Chung Choe Hin, State PGRM committee member Melvinn Tan and a representative from Municipal Council Customer Service, Noor A were among those present at the working visit yesterday.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote


Reply

Tags
melaka

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 10:51 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu