|
|
|
| daily menu » rate the banner | guess the city | one on one |
|
|||||||
| Countdown to 2020 Project/Construction news and updates |
| Global Announcement |
|
SkyscraperCity needs your help to do some house cleaning! please click here for more info! |
![]() |
|
|
Thread Tools | Display Modes |
|
|
#2361 |
|
Registered User
Join Date: Nov 2005
Posts: 1,109
Likes (Received): 0
|
so hard rock cafe coming to melaka?
MELAKA, June 3 (Bernama) -- The physical structure of the Hang Jebat Stadium Complex in Kerubong here, main venue of the 2010 Malaysia Games (Sukma), is strong, Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said Wednesday. He said the RM105-million stadium, constructed by a local contractor, had been in use since September 2004 and had been the venue of several international sports events. "The stadium has been in use for five years," he told reporters after chairing the weekly state executive council meeting, here. He was commenting on fears of whether the stadium would face a similar fate as the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium in Gong Badak, Terengganu, where a section of the roof collapsed yesterday. The Terengganu stadium was the main venue of last year's Sukma. On another matter, Mohd Ali said Melaka would introduce helicopter rides on July 1 as another tourism product. He said tourists would be taken on helicopter rides for 10 to 15 minutes above the Bandar Hilir tourist area. The rides would be operated by the Casa Del Rio Group of Tan Sri Syed Yusuf Tun Syed Nasir which is building a six-star luxury boutique hotel, Casa Del Rio, at the mouth of the Melaka River, he said. He also said that the same company was also keen to open a Hard Rock Cafe at a suitable location by the river |
|
|
|
|
|
#2362 |
|
Registered User
Join Date: Nov 2005
Posts: 1,109
Likes (Received): 0
|
Sentral: Hard Rock Cafe di Melaka 2010
MELAKA: Hard Rock Cafe di Melaka. Ia akan menjadi kenyataan tahun depan selepas pemegang lesen rangkaian restoran antarabangsa itu meluluskan pembinaannya di sini sekali gus melengkapkan pelaburan RM120 juta oleh kumpulan Casa Del Rio (M) Sdn Bhd yang sedang membangunkan hotel butik dan apartmen berhampiran Dataran Sungai Melaka. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kerajaan negeri gembira kerana kehadiran Hard Rock Cafe di bandar raya ini akan membantu mempopularkan lagi Melaka sebagai destinasi percutian dan kota berhibur sebaris kota antarabangsa lain. "Kita menerima baik kelulusan itu dan berterima kasih kepada Hard Rock Cafe yang sudi menjadikan Melaka sebagai rangkaian terbaru restoran mereka,” katanya ketika melawat tapak Hotel Casa del Rio, di Kota Laksamana, di sini. Beliau diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Casa Del Rio (M) Sdn Bhd, Tan Sri Syed Yusof Nasir dan meluangkan masa 45 minit berbincang mengenai projek itu. Casa del Rio yang bermaksud ‘rumah di tepi sungai’ membabitkan bangunan hotel empat tingkat 64 bilik suit dan 32 pangsapuri dengan rekaan seni bina berkonsepkan Mediterranean dan Kesultanan Melayu Melaka. Sementara itu, Syed Yusof berkata, restoran terbaru yang diuruskannya akan menggunakan nama rasmi sebagai Hard Rock Cafe Malacca sesuai dengan imej antarabangsa yang dibawanya tetapi tetap mengekalkan penggunaan bahasa Melayu di restoran berkenaan. "Kami ingin menjual Melaka sebagai destinasi percutian hebat di serata dunia dan kini hasrat itu sudah tercapai dan dalam proses mengenal pasti lokasi sesuai untuk memulakan projek itu,'' katanya. Sebelum ini, kerajaan negeri ada menawarkan bangunan Cathay di Jalan Hang Tuah untuk dijadikan Hard Rock Cafe kedua di Malaysia kerana kedudukannya di tengah-tengah pusat bandar serta berhampiran Sungai Melaka yang kini menjadi lokasi kunjungan tetap pelancong. |
|
|
|
|
|
#2363 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
![]() some on ali almaktum ask for a hard rock hotel lah
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2364 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,634
Likes (Received): 199
|
Melaka Planning To Set Up Batik Village
MELAKA, June 11 (Bernama) -- The Melaka government is planning on establishing a batik village in the state as part of its efforts to further develop the country's batik industry. Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the village will be equipped with various facilities including batik printing workshop, research and development centre and sales centre. "I have asked Noor Arfa Batek Sdn Bhd to prepare a working paper for the establishment of such a batik village," he told reporters after launching the Melaka Batik House owned by Noor Arfa Batek at the Melaka International Trading Centre in Ayer Keroh here Thursday. Mohd Ali said the state government was prepared to allocate an 8-hectare area for the development of the batik village. He hoped that the village would become Malaysia's popular centre for the production of batik. The chief minister also suggested that the Melaka Institute of Biotechnology carried out research to produce colourings from natural sources like flowers for the production of batik. Meanwhile, the Executive Chairman of Noor Arfa Batek, Wan Mohd Ariffin Wan Long said the Melaka Batik House was a sales and showroom centre for batik products of batik entrepreneurs from all over the country. "Anyone who visits Melaka Batik House will be able to see and assess for themselves the quality of batik produced by local entrepreneurs, and all the famous brands of batik from Malaysian producers can be also found here," he said. He said the company was aiming at an annual sales of RM12 million from Melaka Batik House and expected the centre to become a popular tourist spot as well. A Bumiputera owned company, Noor Arfa Batek is the leading producer of batik in the country. It began its operations in Kuala Terengganu almost 30 years ago and currently has 14 sales centres nationwide. -- BERNAMA |
|
|
|
|
|
#2365 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
Sentral: Penempatan khas pendatang asing ikut zon industri
Oleh Saadiah Ismail bhnews@bharian.com.my Mudah kawal keselamatan atasi gejala sosial MELAKA: Kerajaan negeri bercadang menempatkan kira-kira 133,407 pekerja asing yang bekerja di negeri ini di lokasi sesuai mengikut zon perindustrian bagi memudahkan pengusaha kilang dan masyarakat sekitar bekerjasama menangani masalah sosial yang mungkin ditimbulkan pekerja terbabit. Antara kaedah penempatan yang sesuai ialah menyewa apartmen atau membina asrama pekerja di kawasan berhampiran kompleks kilang masing-masing bagi memudahkan kawalan keselamatan dan kebersihan. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin, berkata cadangan itu sudah disuarakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada pekilang tidak lama dulu selaras hasrat kerajaan yang mahu Melaka dikenali sebagai negeri yang selamat untuk bekerja dan dilawati. Pada masa ini, katanya, pekerja asing di sektor industri di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin kebanyakannya tinggal di penempatan yang berselerak. Malah, beliau berkata, penempatan pekerja asing seperti di Bachang, Batu Berendam dan juga di beberapa apartmen di hadapan Kilang Teac didapati kurang sesuai kerana kebanjiran mereka menimbulkan banyak masalah sosial di kawasan terbabit sehingga mencetuskan konflik keselamatan. "Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah lain kerana jika mereka tidak dipantau, kumpulan ini akan menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya ketika mempengerusikan majlis dialog dengan pekilang Kawasan Cheng dan Krubong, di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (Misdec), di Batu Berendam, dekat sini, semalam. Majlis itu dianjurkan Invest Melaka (IM) bertujuan mendengar permasalahan yang dihadapi pekilang Kawasan Cheng dan Krubong dalam menangani kelakuan negatif pekerja warga asing sama ada wanita atau lelaki yang kini didakwa biadap terhadap masyarakat setempat. Hadir sama Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd Ali.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2366 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
Dianggarkan Berharga RM3.8 Bilion
Terminal Petrokimia Dibina Di Serkam AYER KEROH, 15 Jun - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyaksikan Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi pembinaan Terminal Petrokimia di Serkam, yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun. Majlis menandatangani MoU berkenaan berlansung di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, pagi semalam. MoU itu adalah berkaitan pembinaan Terminal Petrokimia yang menelan belanja RM3.8 bilion (1 bilion US) bagi fasa satu merupakan antara Konsortium Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Yayasan Bukit Katil Pembangunan Hang Tuah Sdn Bhd, Ranven-Dalian Hope (M) Sdn Bhd dan Sinopec Engineering Incoperated yang berpengkalan di Beijing, China. Yayasan Bukit Katil Pembangunan Hang Tuah Sdn Bhd, diwakili Pengarahnya, Ali Mat manakala Ranven-Dalian Hope (M) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Steven Lee Seng On. Hadir sama, Pengerusi Yayasan Bukit Katil Pembangunan Hang Tuah Sdn Bhd, Datuk Jahya Mat; Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Zainal Husin dan Pengarah Eksekutif Pelaburan Antarabangsa Sinopec Engineering Incoporated, Beijing, June Qin Yajun. Turut serta, Pengerusi Persatuan Tionghua Muslim Melaka (PERTIM), Mohd Mansor Yap Abdullah; Ahli Perniagaan, Siow Cheng Lock dan C.H Tan yang bertanggungjawab membawa syarikat Sinopec Engineering Incoperated membuat pelaburan di Melaka. Mohd Ali berkata, dengan siapnya nanti Terminal Petrokimia di Serkam ini, ianya akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 10,000 penduduk tempatan, sekaligus akan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negeri Melaka. "Ianya juga dapat menambah sosio-ekonomi negeri, selain mampu menarik lebih ramai syarikat-syarikat luar untuk membuat pelaburan di negeri ini," katanya.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2367 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
Semua Lokasi Tumpuan Dibanjiri Pelancong
HAMPIR 3 JUTA KUNJUNGI MELAKA SEPANJANG 14 HARI BANDARAYA MELAKA, 15 Jun - Melaka telah menerima limpahan pengunjung yang begitu luar biasa sepanjang cuti musim persekolahan kali ini dengan mencatatkan lebih 2.6 juta orang memasuki negeri ini menerusi ketiga-tiga plaza tol dan laluan utama pintu masuk di sempadan Johor serta Negeri Sembilan. Statistik yang diperolehi dari pihak Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menunjukkan Plaza Tol Ayer Keroh mencatatkan jumlah kemasukan kenderaan terbesar iaitu sebanyak 208,579 bagi tempoh 1 hingga 14 Jun. Diikuti oleh Plaza Tol Simpang Ampat yang mencatatkan sejumlah 132,029 dan di Plaza Tol Jasin sebanyak 20,324. Manakala kenderaan yang memasuki Melaka menerusi laluan utama di pintu masuk Sungai Rambai, Chohong, Tampin, Pulau Sebang, Linggi dan Lubok China dianggarkan melebihi 280,000 buah. Sumber PLUS juga memberitahu, pihaknya menerima kemasukan jumlah kenderaan yang agak luar biasa pada 6 Jun iaitu sebanyak 23,360 buah di Plaza Tol Ayer Keroh, 16,001 di Plaza Tol Simpang Ampat dan sejumlah 2,944 di Plaza Tol Jasin. Sumber dari Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) pula memaklumkan bahawa seramai 189,975 orang pelancong telah menginap di 197 hotel di seluruh Melaka sepanjang tempoh berkenaan. Kemasukan jumlah pengunjung yang disifatkan sebagai amat memberangsangkan ini sebenarnya adalah hasil dari usaha berterusan Kerajaan Negeri mempromosikan kesemua 12 sub-pelancongan yang terdapat di Melaka. Selain mengekalkan khazanah warisan yang dimiliki, kemunculan beberapa produk baru ternyata telah memberi kekuatan baru kepada Melaka untuk muncul sebagai destinasi pelancongan popular bukan sahaja kepada pelancong domestik, bahkan dari luar yang mula mengenali Melaka berikutan pengiktirafannya sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO, 7 Julai tahun lepas. Penganjuran beberapa program besar seperti Pesta Sungai Melaka 2009; Melaka Tourism Street Carnival (MITSC) 2009; Perkhemahan Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia Ke-7; Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai di samping beberapa acara lain ternyata telah menggamit jumlah pengunjung yang begitu ramai ke negeri ini. Sepanjang tempoh 14 hari musim cuti persekolahan kali ini, fenomena kesesakan bukan sahaja dapat dilihat di jalan-jalan utama menuju ke pusat Bandaraya, tetapi hampir kesemua kawasan tumpuan pelancong juga padat dengan pengunjung. Sumber Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka selaku pengendali Melaka River Cruise pula memberitahu, sejumlah 55,176 pengunjung telah menyusuri Sungai Melaka yang bersejarah sepanjang tempoh berkenaan iaitu 37,046 penumpang dewasa dan 18,130 kanak-kanak, sekaligus menjana pendapatan sebanyak RM450,599.60. Menara Taming Sari (MTS) mencatatkan jumlah pengunjung kira-kira 60,000 orang. Sementara Eye On Malaysia menerima sejumlah 30,383 pengunjung. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pula mencatatkan jumlah pengunjung seramai 65,746 orang ke Kompleks Muzium Miritim; Muzium Islam Melaka; Istana Kesultanan Melaka; Muzium Belia Malaysia; Muzium Adat Istidat; Muzium Rakyat/Kecantikan dan Layang-Layang; Muzium Orang Asli; Muzium Chetty; Muzium Setem; Muzium DMDI; Kompleks Pemuziuman Stadhyus; Muzium Al-Quran dan Galeri Melaka/Galeri Ketua Menteri sepanjang musim cuti persekolahan kali ini. Zoo Melaka juga turut menerima kemasukan pengunjung yang agak besar sepanjang tempoh berkenaan iaitu seramai 63,045 orang dengan kutipan sebanyak RM393,580.00. Hakikatnya, industri pelancongan Melaka telah memberi impak yang cukup besar terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi rakyat negeri ini. Jumlah pelancong yang kian meningkat saban hari ke negeri ini ternyata turut memberi limpahan manfaat yang amat bererti sekali bukan sahaja kepada pemilik gedung membeli-belah, penarik beca, peniaga kraftangan, pengusaha warung dan restoran, pemandu teksi, pemandu pelancong, pengusaha hotel dan resort serta seluruh rakyat yang bijak menerokai bidang-bidang baru yang ada hubung kait secara langsung dengan kepesatan industri pelancongan di negeri ini. Amat jelas sekali, Melaka kini bukan sahaja sedang merintis jalan menjadi sebuah negeri maju menjelang 2010, malah pelbagai rentetan kejayaan yang dicipta mutakhir ini makin mendekatkan Melaka menghampiri era kegemilangannya sebagaimana sejarah yang pernah terpahat kira-kira 600 tahun lalu iaitu agenda besar yang sewajarnya kita realisasikan bersama.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2368 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
UMP mula operasi tahun depan
KOTA BHARU 14 Jun – Pengambilan pertama pelajar Universiti Malaysia Perancis (UMP) yang ditubuhkan Kolej Yayasan Melaka akan dilakukan pada pertengahan tahun depan. Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar kolej berkenaan, Sahban Md. Ismail berkata, universiti itu akan beroperasi di kampus sementara di Bukit Sebukor, Melaka. Menurutnya, tiga kursus ditawarkan iaitu aeroangkasa, tekstil dan peruncitan dengan melibatkan pengajian asas selama setahun diikuti pengajian peringkat ijazah. ‘‘Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan telah diadakan antara kepimpinan kolej dan pengurusan di Perancis awal tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Gegar Belia anjuran Sekretariat Rakan Muda Kolej Yayasan Melaka dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan di pekarangan Pasar Raya TESCO di sini semalam. Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan, Che Hassin Che Mud menyempurnakan perasmian program itu.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2369 |
|
1Malaysia
Join Date: Nov 2007
Location: KL & KK
Posts: 396
Likes (Received): 0
|
Any new/ photo about the LRT at Melaka?
|
|
|
|
|
|
#2370 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,634
Likes (Received): 199
|
Hotel guests' tax to pay for amenities
By : Jason Gerald John MALACCA: In a move to provide the best public facilities for visitors to the Historical City, the state government is considering imposing a RM2 tax on all guests staying in hotels here. However, before this could be done, Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said it would have to study the Local Government Act and see if there was a clause to allow for it. "The money collected would be for the benefit of the visitors as we would use the funds to build amenities such as more public toilets, plant more trees to provide shade, and hire more staff to ensure cleanliness. "We want to ensure visitors to the state enjoy first class public facilities and services and this is why we have mooted this idea," he said, after visiting the Durian Tunggal Dam, here, yesterday. Ali said that with the hotel occupancy rate in the state hitting the two million mark monthly, the state would be able to make RM4 million if it was able to impose the RM2 tax on every hotel guest. "The state's legal adviser is looking into the matter now and we will be able to table the findings in the next executive council meeting. "If everything goes well, we could implement this in the next one or two months." In a related matter, Ali called on all hotel operators, amusement park operators and restaurant owners to offer a free drink to their customers on July 7, to usher in the one-year anniversary of the World Heritage City status. "It could be like a welcome drink and to thank the visitors for their support. "I also call on Malaccans to don their traditional costumes on July 7 as it would make the atmosphere merrier. "The state leaders and I would also wear our traditional costumes on that day," he said. On the current dry spell in the state, Ali assured Malaccans that water supply would not be affected as water was now being pumped in from the Muar river to ensure ample supply. "We have enough water stored at a few storage facilities in the state," he said. |
|
|
|
|
|
#2371 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
better makes IT A 2% instead of 2 ringgit
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2372 |
|
Registered User
Join Date: Nov 2005
Posts: 1,109
Likes (Received): 0
|
KYM to sign RM300m medical hub deal soon
By Francis Fernandez Published: 2009/06/17 The medical complex project in Malacca is expected to see KYM back in the black as early as next year, says KYM group managing director Property developer KYM Holdings Bhd (8362)is expected to sign an agreement as early as next week to help build a RM300 million medical complex in Malacca, its group managing director Datuk Raymond Chong Thin Choy said. "Construction of the medical hub should start by early next year," Chong told Business Times in an interview. The federal government-funded project, under the Ministry of Health, will include construction of a state health administration centre, nursing institute and public health laboratory. KYM, controlled by Datuk Lim Kheng Yew, will have 70 per cent stake, while its partner in the venture, Yayasan Melaka, a state government agency, will hold the remaining 30 per cent. The project is expected to see KYM back in the black as early as next year, said Chong. "We are targeting to break even in the financial year ending January 31 2010 and rake in sustainable profits from 2011 onwards." KYM last reported a profit of RM28.7 million in 2006. Its return to profitability and planned transformation from property developer to infrastructure player hinge largely on the sale of its landbank in Perak to Brazil's Vale SA, the world's biggest iron ore producer. Completion of the multi-million-ringgit deal will help KYM degear itself, bringing its gearing ratio to as low as 0.41 time, or RM29.08 million, from the current 8.94 times, or RM209.73 million, while its net tangible asset is poised to rise to 89 sen a share from 29 sen. The metal producer, which intends to pump in as much as RM9 billion into the Perak economy, has agreed to buy land in the silver state from KYM for RM101.9 million. Vale also has an option to buy more land from KYM for RM93.7 million. "It's truly a godsend," said Chong, adding that KYM is hoping to get as much as 10 per cent, or RM900 million worth, of the construction contracts on offer by Vale. Securing RM900 million worth of jobs could help keep KYM busy for the next three years. Vale is expected to start developing the land as early as next year. Chong also said that KYM in-tends to venture into quarrying in Perak to complement Vale's operational needs. |
|
|
|
|
|
#2373 |
|
Registered User
Join Date: Apr 2009
Posts: 25
Likes (Received): 0
|
19th. June 2009
NOTICE RAILWAY SCHEME FOR PROPOSED CONSTRUCTION OF MELAKA AERORAIL TRANSIT SYSTEM FOR PUBLIC INSPECTION Pyramid Express Sdn. Bhd. (Registration No. 793279-P) hereby gives notice of its intention to construct a public transport system with suspended guide way know as the Melaka Aerorail Transit System covering a distance of approx. 14.3 km from Jalan Tun Ali – Zoo Ayer Keroh, Melaka. In accordance to Section 8 of the Railway Act 1991, we have deposited the relevant documents to Department of Railways for public inspection as follows:- a) Route plan, land acquisition plan, elevation views and sections of the Proposed Aerorail Transit System. b) Reference Book containing names of proprietors and lessees of the lands required for the proposed project. Place and Duration of Exhibition : The said documents shall be exhibited for public inspection from 23rd. June 2009 to 22nd. September 2009 at the following venues:- a) Department of Railways, Level 13, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur. b) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Lobby Ground Floor, Graha Makmur, No.1, Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. The exhibition will be held during the working period from Monday to Friday at 8.00 am to 5.00pm. During the duration of the exhibition, the public can also inspect the proposed project at Department of Railways’ web site at www.dor.gov.my. The exhibition at Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah shall include the model of the proposed project. Brief Description of Scheme The scheme entails the supply of communication system, signaling system and rolling stock with 5 modules per train and also construction of suspension guide ways, pylons, stations , depot, control centre, traction power supply systems and other facilities such as pedestrian bridges, car parks which located between Jalan Tun Ali and Zoo Ayer Keroh, Melaka. Invitation to Inspect Pyramid Express Sdn. Bhd hereby invites all parties and members of the public to inspect the above said plans, sections and reference book and if there is any objection to the proposed project, statement shall be send to Director General of Department of Railways at the above address before 22nd. September 2009. Last edited by TW Kang; June 19th, 2009 at 09:01 AM. |
|
|
|
|
|
#2374 |
|
Registered User
Join Date: Apr 2009
Posts: 42
Likes (Received): 3
|
|
|
|
|
|
|
#2375 |
|
Registered User
Join Date: Nov 2005
Posts: 1,109
Likes (Received): 0
|
heard tat tune hotel wil b built on d land beside mahkota parade
|
|
|
|
|
|
#2376 |
|
1Malaysia
Join Date: Nov 2007
Location: KL & KK
Posts: 396
Likes (Received): 0
|
|
|
|
|
|
|
#2377 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
Delegasi Pelaburan China
Kunjung Hormat Mohd Khalil AYER KEROH, 14 Jun - Pengarah Eksekutif Pelaburan Antarabangsa Sinopec Engineering Incoporated, Beijing, June Qin Yajun telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di sini, petang semalam. Turut sama mengiringi June Qin, Ketua Projek Antarabangsanya, Wang Bin, Timbalannya, Mao Kaitian; Presiden Bahagian Shanghai, Shanghai Zuoran Technical Engeering Co. Ltd, Zhang Jinhong dan Naib Presidennya, Mah Liping. Hadir sama Pengerusi Yayasan Bukit Katil, Hang Tuah Sdn. Bhd, Datuk Wira Jahaya Mat Antara lain tujuan rombongan delegasi pelaburan dari negeri China tersebut mengunjungi Mohd Khalil adalah berkaitan pembinaan kilang petrokimia yang akan dibina di Serkam dengan pelaburan sebanyak RM3 bilion. Rombongan juga turut mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara pagi ini.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2378 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,019
Likes (Received): 388
|
Arab City raih RM1b setahun
20 Jun 2009 / 26 Jamadil Akhir 1430 Oleh CYNTHIA YEOH ![]() HESHAM Fathi (kiri) bersama-sama Saleh Al Mansour menunjukkan gambaran artis projek pembangunan Arab City, semalam. KUALA LUMPUR 19 Jun - Golden Corporate Heritage Sdn. Bhd. (GCH) dijangka meraih pendapatan tahunan melebihi RM1 bilion menerusi projek pembangunan Arab City di Melaka. Projek yang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.2 bilion merangkumi tiga fasa. Pengarah Urusannya, Hesham Fathi berkata, sasaran itu bersandarkan kemasukan pelancong berjumlah 5 juta orang setahun ke Melaka. "Kami yakin mampu menguasai kesemua 5 juta pelancong tersebut setelah fasa pertama siap sepenuhnya pada Mac tahun depan dan menjangka bilangan pelancong akan melebihi jumlah itu. "Walaupun lebih 1.2 juta penduduk Arab berkunjung ke Malaysia setiap tahun, namun kami turut menyasarkan pelancong dari negara-negara Asia seperti Singapura, Indonesia dan China," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Hesham juga berkata, projek tersebut akan mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri itu yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. "Fasa pertama sahaja dijangka mampu mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan yang mana 75 peratus terdiri daripada rakyat Malaysia manakala bakinya, ekspatriat," katanya. Fasa pertama seluas 1.84 hektar di Pulau Melaka akan dibangunkan sebagai kawasan perdagangan dengan 240 bazar. Bazar-bazar yang menjual barangan, kraftangan dan makanan itu ditempatkan di 20 jalan yang diberikan nama berdasarkan 20 negara Arab. Fasa pertama dengan GDV bernilai RM250 juta akan menyaksikan pembinaan sebuah muzium Mesir, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab. Fasa kedua yang bernilai RM750 juta dengan keluasan 13.6 hektar di Klembang pula terdiri daripada pusat penjagaan kesihatan dengan dua bangunan perubatan masing-masing untuk golongan lelaki dan wanita dengan 400 katil, 40 buah vila berserta pantai persendirian dan hotel dengan 240 bilik. Sementara itu, fasa ketiga seluas 1.84 hektar akan dibangunkan sebagai kawasan komersial di Kampung Jawa. Presiden GCH, Saleh Al Mansour pula berkata, pihaknya memilih untuk melabur di Melaka kerana ia merupakan bandar warisan dan warga Arab adalah antara pedagang pertama ke Melaka sejak abad ke-15. "Arab City pertama di dunia ini dijangka dapat mempromosikan Melaka di lebih 20 buah negara Arab," jelasnya. Tambah Saleh, Malaysia mempunyai tarikan istimewa kepada dunia Arab kerana budayanya yang mirip dengan penduduk Arab. Selain dianggap sebagai negara Islam yang progresif, ujar beliau, Malaysia memiliki infrastruktur dan sistem kewangan yang baik menjadikan pelaburan di sini lebih selamat. Beliau menjelaskan, sebelum ini, pihaknya merancang untuk mengembangkan operasi ke Eropah tetapi lebih gemar meluaskan perniagaan di negara Islam. "Terdapat beberapa projek dalam perancangan di Malaysia bagi tahun ini," katanya tetapi enggan mendedahkan lanjut projek- projek tersebut. GCH adalah syarikat usaha sama antara Dubai, Arab Saudi dan rakan usaha sama Malaysia. Syarikat mempunyai pejabat cawangan di Dubai, Arab Saudi dan Mesir dengan melibatkan diri dalam aktiviti hartanah, dagangan dan perniagaan minyak dan gas. |
|
|
|
|
|
#2379 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,827
Likes (Received): 113
|
200,000 peluang pekerjaan? biar betul
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#2380 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,019
Likes (Received): 388
|
Arab City In Melaka Will Be Successful: Developer
June 21, 2009 17:50 PM ![]() GCH President Sheikh Saleh Al Mansour (right) with Managing Director of GCH (second, left) during a site visit to the Arab City project at Pulau Melaka, Sunday. The construction of the Arab is expected to be completed in the first quarter of 2010. Phase one of the project; which will exhibit historical Arabic items, will included shopping bazaars, Arabic-themed restaurants, cafes and museum. Pic: Shaharim MELAKA, June 21 (Bernama) -- The developer of Arab City Melaka, the integrated commercial project in the state, is confident the RM1 billion investment will be successful, especially with tourists arriving from Arab countries. Golden Heritage Sdn Bhd (GCH) president Sheikh Saleh Al Mansour said the project had been marketed in the countries, especially for those planning to make a visit here. "Construction of the Arab City in Pulau Melaka here is expected to be completed in the first quarter next year. We have begun marketing our project, which is the first Arab City project, in this part of the world," he said at a press conference here Sunday. Today marks the near-completion of piling work, with construction of building due to start next month. The first phase of the project in Pulau Melaka costing RM250 million on a 1.68ha site, involves shopping bazaars, Arabic-themed restaurants, cafes and a museum parading historic Arabic items. He said Klebang, the second phase of the Arab City project, would be a mixed development comprising a five-star hotel, health resort and water sports club. The third phase in Kampung Jawa is to be turned into wholesale trading but GCH had yet to finalise the development plan with the authorities here. Sheikh Saleh said about 800 local workers would be employed by CGH and recruitments were expected by early August, for hands-on job training. -- BERNAMA Source: http://bernama.com.my/bernama/v5/new....php?id=419610 |
|
|
|
![]() |
| Thread Tools | |
| Display Modes | |
|
|