daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine | posting guidelines

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Countdown to 2020

Countdown to 2020 new projects, proposals, under-construction updates and news of developments & construction projects.



Global Announcement

As a general reminder, please respect others and respect copyrights. Go here to familiarize yourself with our posting policy.


Reply

 
Thread Tools
Old October 25th, 2009, 10:17 AM   #2721
hangjebat
Registered User
 
hangjebat's Avatar
 
Join Date: Oct 2009
Location: Melaka
Posts: 36
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by chuakz View Post
anybody has any idea about what retailers are gonna open at aeon?
comfirm retailers:
KFC
A&W
PADINI
1 cinema (gsc or ....)
1 KARAOKE
hangjebat no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old October 25th, 2009, 04:03 PM   #2722
chuakz
Registered User
 
Join Date: Dec 2007
Location: Malacca
Posts: 329
Likes (Received): 17

no other foreign mid range brands? esprit? zara?
chuakz no está en línea   Reply With Quote
Old October 26th, 2009, 09:27 AM   #2723
achkeen10
Registered User
 
Join Date: Oct 2007
Location: MELAKA, Petaling Jaya
Posts: 540
Likes (Received): 0

universal traveller also.
Official opening date is 15dec while 16 dec will be the opening ceremony.
achkeen10 no está en línea   Reply With Quote
Old October 26th, 2009, 09:27 AM   #2724
achkeen10
Registered User
 
Join Date: Oct 2007
Location: MELAKA, Petaling Jaya
Posts: 540
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by hangjebat View Post
comfirm retailers:
KFC
A&W
PADINI
1 cinema (gsc or ....)
1 KARAOKE
padini is concept store?
achkeen10 no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 06:09 AM   #2725
achkeen10
Registered User
 
Join Date: Oct 2007
Location: MELAKA, Petaling Jaya
Posts: 540
Likes (Received): 0

RM500mil shopping complex to provide jobs too
By MARTIN CARVALHO

MALACCA: The opening of the RM500mil AEON Jusco in Peringgit will help create 1,500 new jobs for locals while boosting tourism by making the state one of the country’s top shoppers heaven.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the shopping complex would be opened for business on Dec 15 and would be the largest such shopping facility in the region.

The complex will accommodate some 300 lots covering about 18,600 sqm of commercial space.


Its entire business operations is expected to help create some 1,500 jobs for locals, he said when visiting the construction site here recently.

He noted that about RM300mil was invested to build the complex while another RM200mil would be spend by tenants to begin operations before the Christmas holidays.

“The large amount of investment by investors shows that they are confident of the country’s steady economic recovery,” he said, adding that the complex’s 2,000 parking bays and dual-carriage road would help ease weekend traffic congestion in the area.

Mohd Ali said the establishment of the new Jusco would complement existing hypermarkets in the state.

He also said that the variety of shopping complexes here would help position Malacca as one of the country’s top shopping heaven.

He said this would lead to more tourists visiting the state and help the tourism sector surpass the 7.4 million tourist arrivals target set for this year.
achkeen10 no está en línea   Reply With Quote
Old November 2nd, 2009, 10:26 AM   #2726
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

Pelabuhan Tanjung Kling Jadi Lokasi Baru
'RO-RO' MELAKA-DUMAI BANTU JANA EKONOMI

BANDARAYA MELAKA, 14 Okt - Perkhidmatan feri atau Ro-Ro yang bakal menghubungkan Tanjung Kling di Melaka dengan Pelabuhan Dumai di Sumatera Selatan dijangka menjadi katalis yang boleh membantu menjana pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah berjiran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Kerajaan Melaka dan Riau bersetuju untuk memperkenalkan perkhidmatan feri atau Ro-Ro bagi mengangkut kenderaan antara kedua-dua pelabuhan berkenaan, bermula selewat-lewatanya penghujung tahun depan selepas ia tertangguh selama dua tahun.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat antara Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Gabenor Sumatera Selatan, Alex Noerdin dan Gabenor Riau, Rosli Zainal sempena mesyuarat Kawasan Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di sini, hari ini.

Mohd Ali ketika mengumumkan perkembangan itu berkata, persetujuan dicapai selepas kedua-dua pihak menerima cadangan untuk menggunakan Pelabuhan Tanjung Keling bagi mengantikan Pelabuhan Kuala Linggi yang berdepan masalah untuk feri berlabuh.

"Perkhidmatan itu sepatutnya diperkenalkan pada penghujung tahun ini tetapi tertangguh selepas Pelabuhan Kuala Linggi yang dicadangkan tidak mampu melabuhkan feri akibat cetek. Mulanya ada cadangan untuk mendalamkannya sehingga lima meter tapi ia membabitkan kos tambahan RM5 juta.

"Bagaimanapun jumlah itu agak besar dan tidak dipersetujui.Jadi selepas berbincang lanjut pada hari ini, kita mencadangkan Pelabuhan Tanjung Kling kerana ia mempunyai kedalaman sesuai, manakala kos penyediaan bagi tujuan ini juga rendah.

"Selepas menimbangkan semua perkara berkaitan, kerajaan Melaka dan Riau akhirnya bersetuju untuk memulakan perkhidmatan feri atau Ro-Ro ini dalam tempoh setahun dari sekarang," katanya selepas menandatangani perjanjian memperkenalkan perkhidmatan Roro ini, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Melaka diwakili Mohd Ali dan Pengarah Pembangunan Wilayah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Razali Che Mat manakala Riau diwakili Rosli dan Alex. Ia turut disaksikan oleh Naib Gabenor Wilayah Songkhla, Vitaya Panihpong.

Cadangan memperkenalkan perkhidmatan feri antara Melaka dan Dumai ini dicetuskan Mohd Ali dua tahun lalu, dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi khususnya dari segi pelancongan antara kedua-dua wilayah terbabit.

Ia kemudian mendapat sokongan kerajaan kedua-dua negara.

Jarak antara Dumai dan Melaka dianggarkan 37 kilometer dan bagi perkhidmatan Ro-Ro mengangkut kenderaan ini, ia dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat jam. Bagi penggunaan bot laju, ia lazimnya mengambil masa kurang daripada sejam.

Pada masa ini, perkhidmatan feri mengangkut penumpang diadakan antara Melaka dan Dumai setiap hari.

Mohd Ali berharap perkhidmatan Ro-Ro ini dapat dilaksanakan seperti dirancang bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi di Melaka, khususnya berkaitan pelancongan.

Katanya, perkhidmatan feri dari Melaka akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan dengan membabitkan kos pembinaan lebih RM10 juta.

Sementara itu, Rosli berkata, Pelabuhan Dumai di Riau sudah bersedia untuk memperkenalkan perkhidmatan berkenaan pada bila-bila masa kerana segala kemudahan berkaitan sudah wujud di situ.

Katanya, feri yang bakal digunakan bagi perkhidmatan berkenaan sedang dibangunkan dengan kos dianggarkan bernilai RM25 juta dan akan disiap tidak lama lagi.

"Kami sangat gembira dengan pengenalan perkhidmatan ini dan berharap ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali mengesahkan cadangan bagi pembinaan jambatan menghubungkan Melaka dan Dumai akan dibincangkan pada mesyuarat IMT-GT akan datang di Phuket tahun depan.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 2nd, 2009, 03:59 PM   #2727
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

Panduan Tahap Negeri Maju 2010
27 Daripada 32 Indikator Berjaya Dicapai - KM

AYER KEROH, 10 Okt - Sebanyak 27 daripada 32 indikator yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai berjaya dicapai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ianya termasuklah akses kepada bekalan elektrik dan air yang telah mencapai 100 peratus.

"Dari segi kadar inflasi, skor negeri Melaka adalah 5.9 peratus berbanding skor terendah negara-negara 'Organization For Economic Corporation And Development' (OECD) sebanyak 10.2 peratus.

"Manakala kadar pengangguran setakat ini, Melaka mencatatkan skor yang memuaskan iaitu 1.1 peratus berbanding negara OECD sebanyak 5.8 peratus," katanya.

Mohd Ali berkata demikian semasa menyampaikan ucapan taat setia pada majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-71 di Dewan Seri Negeri pagi tadi.

Hadir sama, Isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim; Isteri Mohd Ali, Datin Seri Asmah Abd. Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan isteri, Datin Halimah Baba, ahli-Ahli Exco, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta 296 penerima anugerah.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd Kadir yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri, sekaligus mengetuai 296 penerima pada majlis itu Seramai 412 penerima lagi akan menerima anugerah masing-masing pada istiadat esok (hari ini) manakala 522 penerima lain akan menerimanya pada satu sesi yang belum ditetapkan tarikhnya.

Mohd Ali memberitahu, secara purata tahun ini, ekonomi Melaka berada pada tahap yang membanggakan walaupun menerima tempias kemerosoton ekonomi dunia.

"Kerajaan negeri akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan membawa masuk lebih ramai pelabur untuk datang ke negeri Melaka serta menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan bagi menjana ekonomi negeri, di samping membuka peluang-peluang pelaburan bagi pelabur tempatan dan asing untuk terus melabur di negeri ini," katanya.

Beliau juga juga mahukan rakyat berbilang kaum di negeri ini terus memperkukuhkan perpaduan yang menjadi tunjang utama kemakmuran dan kesejahteraan negara.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 3rd, 2009, 08:54 PM   #2728
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

Melaka&Negeri Sembilan: Melaka bina Perkampungan Artis
Oleh Muhammad Hatim Ab Manan
bhnews@bharian.com.my

Projek bermula akhir tahun beri peluang penggiat seni miliki lot kediaman

MELAKA: Kerajaan negeri akan membangunkan Perkampungan Artis berkeluasan 25.2 hektar di Melaka Pindah, Alor Gajah, dekat sini, sebagai tapak pusat kegiatan artis yang merangkumi tapak pentas terbuka, studio latihan dan penggambaran serta auditorium.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pembangunan perkampungan itu yang dilaksanakan menerusi Yayasan Melaka akan memberi peluang kepada semua penggiat seni untuk memiliki tanah sebanyak 217 lot, di samping menjalankan pelbagai aktiviti sebagai artis di situ.

Katanya, pembangunan perkampungan berkenaan akan mula dilaksanakan penghujung tahun ini dan diharap dapat menarik lebih ramai lagi artis tempatan untuk memiliki sebuah lot kediaman di kawasan berkenaan.

"Lot tanah yang dijual di kawasan ini berukuran antara 5,000 hingga 10,000 kaki persegi dengan harga RM5 bagi sekaki persegi. Setakat ini, 16 artis sudah menjelaskan bayaran deposit dan wang proses berjumlah RM4,200 sebagai tempahan kepada lot di perkampungan itu," katanya selepas melihat pelan Perkampungan Artis itu bersama Datuk Aziz Satar dan Zainurdin Ismail di Kafe Taman Botanikal, Ayer Keroh, dekat sini.

Perkampungan Artis yang akan dibangunkan adalah Kampung Tersusun Melaka Pindah Fasa kedua di bawah Pembangunan Kampung Tersusun Melaka Pindah. Ia akan dilaksanakan bersama-sama dengan Kampung Tersusun Melaka Pindah Fasa ketiga.

Antara artis yang sudah membuat tempahan adalah bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Rosli Hassan, Aziz dan Zainurdin Ismail.

Yayasan Melaka sebelum ini sudah mengeluarkan surat tawaran kepada 27 persatuan membabitkan golongan seni di negara ini, selain 27 syarikat berkaitan dengan pengeluaran filem Malaysia. Projek pembangunan itu dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Penyanyi Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita).

Sementara itu, Aziz ketika ditemui berkata, usaha membangunkan perkampungan artis itu menjadi simbolik perpaduan artis Malaysia dalam satu perkampungan dengan mendirikan rumah berkonsep reka bentuk tradisional.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 3rd, 2009, 08:56 PM   #2729
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

Melaka&Negeri Sembilan: Syor perpustakaan di Planetarium
Oleh Nasir Abd Wahab
anasir@bharian.com.my

Penuhi keperluan sebagai pengunjung pusat rujukan bidang sains angkasa

MELAKA: Planetarium Melaka Sdn Bhd bercadang menempatkan sebuah perpustakaan di kompleks berkenaan dalam tempoh terdekat bagi memastikan pengunjung terutama pelajar sekolah menjadikannya sebagai pusat rujukan bidang angkasa.

Pengerusinya, Datuk Yaakub Md Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri berkata, perbincangan sudah dilakukan dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka (Perpustam) bagi menempatkan 1,000 judul buku berkaitan sains angkasa di situ.

"Kos awal untuk tujuan itu dianggarkan sekitar RM250,000 dan apabila siap kelak, saya berharap kemudahan perpustakaan di planetarium ini akan menampung keperluan pengunjung yang didapati semakin bertambah setiap hari terutama pada musim cuti persekolahan,” katanya kepada media selepas merasmikan program ‘School Break Mania 2009’ di Teater Planetarium Pusat Dagangan Melaka Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.

Program selama sebulan itu mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah yang mengambil bahagian dalam usaha mengisi masa terluang pelajar yang sudah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pada majlis itu, kira-kira 500 pelajar dari beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar negeri ini mengambil bahagian dalam aktiviti lawatan sambil belajar, mencari harta karun, acara sukaneka dan menonton filem tiga dimensi mengenai pembentukan sistem cakerawala.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Planetarium Melaka Sdn Bhd, Dr Mohd Aluwi Sari.

Yaakub berkata, pihaknya juga sedang berusaha menambah filem tayangan kedua yang dihasilkan penerbit tempatan serta menempatkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Invest Melaka Berhad di kompleks berkenaan tahun depan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sudah setuju mengenakan caj tiket seragam RM4 kepada semua pelajar sekolah beruniform pada musim cuti persekolahan manakala tiket dewasa kekal RM10.

Caj seragam itu, katanya, bertujuan menggalakkan pelajar sekolah menjadikan planetarium sebagai pusat pembelajaran utama selain bilik darjah di luar sesi persekolahan.

Sementara itu, Dr Aluwi berkata, banyak lagi kemudahan sedang dirancang ditempatkan di situ tetapi ia perlu dilakukan dengan teliti kerana membabitkan kos tinggi.

Sementara itu, sumber memberitahu, sebuah syarikat juga sudah menyiapkan kertas cadangan untuk menempatkan sebuah kebuh sifar graviti di kompleks bernilai RM20 juta itu sebagai nilai tambah produk sedia ada.

Katanya, jika diluluskan kerajaan negeri, kemudahan itu pasti disukai banyak pihak terutama anggota tentera yang boleh dimanfaatkan sebagai pusat pendedahan awal latihan lasak terapung di udara tanpa tarikan graviti.

...........................................................................................................................................................................................

kebub 0 gravity tu macam kat genting tu ker (genting skyventure)
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday

Last edited by daeng_jal; November 4th, 2009 at 12:39 AM.
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 3rd, 2009, 08:57 PM   #2730
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

elaka&Negeri Sembilan: Galeri Melaka di Kota Sawahlunto
Oleh Saadiah Ismail
bhnews@bharian.com.my

Pusat maklumat dibina dalam usaha kerajaan negeri promosi pelancongan

MELAKA: Sebuah lagi Galeri Melaka dibangunkan di Kota Sawahlunto, Sumatera Barat, Indonesia menerusi kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dalam usaha kerajaan negeri menggandakan promosi Melaka sebagai destinasi pelancongan utama buat penduduk di negara jiran itu.

Galeri keempat itu ditempatkan di Muzium Ransum di kota berkenaan dan bakal menempatkan bahan pameran berkaitan sejarah Melaka sama seperti tiga galeri iaitu di Jambi, Palembang dan Pekan Baru.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata Galeri Melaka keempat itu berfungsi sebagai pusat untuk pengunjung mendapatkan maklumat mengenai negeri ini selain mendapatkan bahan penyelidikan sejarah.

Katanya, Melaka dan Indonesia masing-masing mempunyai sejarah kemerdekaan dan juga sejarah serumpun lain yang boleh dijadikan bahan penyelidikan, pembelajaran, kebudayaan mahupun sosioekonomi yang jika dapat dikongsi mampu menarik minat pelancong Sumatera Barat datang ke negeri ini.

Mohd Ali yang juga Presiden DMDI berkata, statistik menunjukkan kedatangan pelancong daripada Indonesia meningkat saban tahun dan tahun ini saja ia meningkat kepada 79,940 pengunjung berbanding 64,260 pelancong tahun lalu.

"Saya berharap dengan adanya galeri ini, ia akan menambah minat pelancong yang datang dari rumpun yang sama dengan negara kita untuk berkunjung ke Melaka," katanya ketika merasmikan galeri berkenaan, di Sawahlunto, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Tamby Chik.

Hadir sama, Naib Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin; Timbalan Pengerusi Perzim, Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani dan Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas.

Sementara itu, Khamis berkata, menerusi jalinan kerjasama DMDI itu, Perzim juga menempatkan sebuah galeri mewakili Indonesia iaitu Galeri Sawahlunto di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Banda Hilir.

Katanya, semua muzium yang ada di dua buah negara itu adalah hasil kerjasama yang terjalin sejak sekian lama selain membantu Kota Sawahlunto mendapatkan pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia berikutan memiliki banyak tapak tinggalan sejarah zaman penjajahan Belanda.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 3rd, 2009, 09:02 PM   #2731
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

Melaka&Negeri Sembilan: Replika 1Malaysia lambang perpaduan
Oleh Shukor Kasim dan Jaapar Neemat
bhnews@bharian.com.my

Mercu tanda gergasi dibina pupuk semangat cintakan negara

ALOR GAJAH: Kerajaan Melaka akan membina sebuah replika gergasi '1Malaysia' di negeri ini sebagai mercu tanda baru dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pembinaan mercu tanda baru itu adalah satu langkah terbaik ke arah merealisasikan gagasan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, lokasi bagi pembinaan mercu tanda itu sudah ditetapkan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir dan bakal dibangunkan secepat mungkin.

“Saya berasakan pembinaan mercu tanda terbabit amat penting supaya rakyat dapat menghayati hasrat Perdana Menteri itu yang meletakkan kepentingan rakyat terlebih dulu menerusi konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sepetang bersama pemimpin anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal (SMKDT) di perkarangan sekolah berkenaan, dekat sini, baru-baru ini.

Program itu dihadiri kira-kira 2,000 orang. Pada majlis berkenaan, Mohd Ali turut melancarkan replika 1Malaysia setinggi 8.8 meter dan tiga meter lebar.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Yaakub Md Amin; Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia, Datuk Ab Latif Ab Wahab.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Isa Abu; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Nordin Ali; Pengetua SMKDT, Jamil Jaamat dan Yang Dipertua PIBG, Roslan Ahmad.

Mohd Ali turut meminta semua pejabat kerajaan di negeri ini mendirikan mercu tanda 1Malaysia di kawasan masing-masing selain memasang lagu 1Malaysia pada setiap program rasmi seperti pada perhimpunan pagi dan perhimpunan sekolah.

Katanya, langkah itu sudah pasti akan dapat memperkukuhkan lagi hasrat kerajaan menerapkan hubungan silaturahim dan nilai murni ke arah meningkatkan semangat perpaduan supaya rakyat berbilang kaum dapat hidup dengan aman dan sejahtera.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada warga SMKDT dan PIBG sekolah itu kerana berjaya membina mercu tanda 1Malaysia yang mungkin tertinggi di negeri ini.

"Usaha seperti ini sudah pasti mampu memupuk semangat perpaduan dan sayangkan negara pada usia muda,” katanya.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 4th, 2009, 12:37 AM   #2732
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

some new project that i see last week.

there a minor renovation at the renainces

the UITM in lendu had begin earthwork, maybe to allowed for 12,000 student to be based there

and there is a fencing off some land in jalan taming sari overlooking the river near putra hospital.anybody know what will the built there?
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 4th, 2009, 12:38 AM   #2733
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

some new project that i see last week.

there a minor renovation at the renainces

the UITM in lendu had begin earthwork, maybe to allowed for 12,000 student to be based there

and there is a fencing off some land in jalan taming sari overlooking the river near putra hospital.anybody know what will the built there?
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 5th, 2009, 03:52 AM   #2734
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,301
Likes (Received): 1017

Malacca's Wonderland Theme Park officially open next month... any pics???
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old November 5th, 2009, 03:23 PM   #2735
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

pai Matlamat Negeri Berpendapatan Tinggi
Melaka Mohon Peruntukan Pasang Broadband

JASIN, 4 Nov- Bajet 2010 telah memperuntukan sejumlah RM2 bilion untuk pembangunan jalur lebar (Broadband) dinegara ini bagi menjana ekonomi termasuk memberi kemudahan yang lebih besar kepada rakyat.

Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan dicadang menyalurkan peruntukan berjumlah RM10 juta untuk tujuan pemasangan Broadband dinegeri- negeri yang diiktiraf sebagai Pusat Cyber (Cybercentre) oleh Multimedia Super Coridor (MSC).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata langkah itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri dan sekaligus menjadikan Melaka sebagai negeri berpendapatan tinggi.

Mohd Ali berkata negeri ini masih menggunakan Streamix berkelajuan 2MB dan kelajuan ini tidak dapat menampung jumlah pengguna yang bertambah.

"Baru-baru ini kita ada memasang Hot Zone, tetapi ia tidak dipasang dengan banyak kerana jika ada keperluan baru akan pasang. Saya fikir elok dipasang dahulu kemudahaan ini khususnya dipusat-pusat bandar dan kawasan tumpuan pelancong.

"Begitu juga dengan fiber optic yang hanya dipasang dibeberapa bangunan, itu pun kalau diminta dan tidak melibatkan semua bangunan utama dinegeri ini,"katanya.

Mohd Ali berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media selepas merasmikan Penutup Program Homestay 3C di Taman Air Merbau, disini, semalam.

Ketua Menteri berkata, 'Broadband wireless' yang digunakan kini berkelajuan rendah dan Kerajaan Negeri pernah meminta Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk memasang broadband berkelajuan tinggi.

"Kerajaan Persekutuan sebelum ini pernah memberi peruntukan RM130 juta kepada Telekom (TM) dan Jaring, tetapi malangnya ia dipasang mengikut kehendak TM dan Jaring dan bukan kehendak kita,"katanya.

Mohd Ali berkata Melaka memerlukan Wifi berkelajuan 10MB berbanding kelajuan 2MB yang digunakan kini bagi menampung keperluan yang semakin bertambah ekoran Melaka merupakan negeri yang menjadi tumpuan pelabur dan pelancong.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri, Ketua Menteri berkata pertemuan itu merupakan mesyuarat berjadual diantara Perdana Menteri dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri sebelum persidangan raja-raja.

Pada pertemuan itu, Ketua Menteri berkata Perdana Menteri mahu ketua-ketua kerajaan negeri membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Ekonomi dijangka berkembang 2 peratus pada tahun depan dan strategi perlu diatur supaya pertumbuhan ekonomi dapat dipercepatkan.

"Perdana Menteri berkata pendekatan yang digunakan ialah menyegerakan projek- projek yang dapat memberi impak kepada rakyat selain Kerajaan Negeri diseru membantu mempercepatkan urusan pengambilan tanah untuk tujuan itu.

"Perdana Menteri juga mahu pemasangan jaringan jalur lebar (broadband) dipercepatkan bagi meningkatkan kemampuan negara bersaing dalam Multimedia Super Coridor (MSC),"katanya.

Selain itu, Mohd Ali berkata perbincangan dengan Perdana Menteri turut menyentuh mengenai peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kebajikan, Pendidikan dan Saintifik Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) didalam menguruskan bandar-bandar warisan di Melaka dan Georgetown.

Mohd Ali berkata Kerajaan Negeri akan mematuhi peraturan dan panduan yang dikeluarkan UNESCO didalam mengendalikan kawasan warisan supaya pengiktirafan dapat dikekalkan.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 8th, 2009, 10:18 AM   #2736
samson
Registered User
 
samson's Avatar
 
Join Date: Apr 2004
Location: Construction Site
Posts: 192
Likes (Received): 1

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

Partly photos uploaded
finally I have time to upload it and post it here
hope u guys enjoy













samson no está en línea   Reply With Quote
Old November 9th, 2009, 07:03 AM   #2737
nazrey
Registered User
 
nazrey's Avatar
 
Join Date: Sep 2003
Posts: 78,916
Likes (Received): 2083

Artistes Village to be developed on a 25.5ha site in Alor Gajah
Monday November 9, 2009 By CHEN PELF YEEN



For your contribution: Mohd Ali (middle) showing the plans for the ‘Artistes
Village’ to veteran artistes Datuk Aziz Sattar (right) and Zainudin Ismail.


MALACCA: The nation’s thespians and musicians can now build their dream homes in the Artistes Village to be developed on a 25.5ha site in Melaka Pindah, Alor Gajah.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Ruslam said the village would be developed by Yayasan Melaka and would include 217 lots, a 1.8ha open-air stage, training and film studio, and an auditorium.

“We hope to create a new attraction for the state and give those in the film and music industries the opportunity to buy land here to build their dream home, he said when met after a briefing on the Artistes Village here recently.

Response so far had been encouraging, he said, with Yayasan Melaka receiving 121 applications from the Malaysian Singers Association (Papita), of which 16 had already placed the RM4,200 deposit for their plots.

Among the more well-known personalities who have shown keen interest in the project are Tan Sri Jin Shamsudin, Datuk Haji Sattar and Datuk Rosli Hasan.

Mohd Ali said the village would boost Malacca’s effort to develop the local film and music industries here.

He said roads leading to the village were due for completion within the next three months, before other amenities were built.

On the RM32mil Malacca Wonderland Water Theme Park project in Ayer Keroh, he said it was expected to open partially for business middle of December. He added that the theme park would provide an alternative recreational spot for tourists who wish to avoid the usually congested roads in the heart of the city when visiting the state.

The theme park, spanning 12.94ha, will include 28 dry and wet rides.
__________________
Malaysia Photo Gallery - Click Here for Malaysia Galleries
City & Town - | Kuala Lumpur | Penang | Malacca | Putrajaya | Cyberjaya | Langkawi
Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Seremban, Shah Alam, etc!
nazrey no está en línea   Reply With Quote
Old November 9th, 2009, 06:17 PM   #2738
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

Bukti Kecekapan Pengurusan Perbelanjaan Berhemah
MELAKA TERUS KEKAL REKOD BAJET 'SURPLUS'

AYER KEROH, 9 Nov - Melaka berjaya mengekalkan rekod bajet lebihan atau 'surplus budget' selama enam tahun berturut-turut sejak tahun 2005, sekaligus membuktikan kecekapan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar perbelanjaan berhemah yang menjadi teras pentadbirannya selama ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kejayaan tersebut jelas mencerminkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan dasar perbelanjaan berhemah yang dilakukan dengan teliti, cekap, berkesan, mempunyai 'value for money', berjimat dan berpegang kepada amalan-amalan terbaik supaya pengurusan kewangan berada pada tahap terkawal serta telus.

"Justeru itu, kita memperolehi sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara ke atas Akaun Awam Kerajaan Negeri Melaka bagi tahun 2008," kata Mohd Ali ketika membentangkan Bajet 2010 Negeri Melaka pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-12, di Dewan Undangan Negeri Melaka, hari ini.

Ketua Menteri memberitahu Dewan, Bajet 2010 Negeri Melaka mencatatkan bajet lebihan berjumlah RM0.2 juta dengan mengambilkira anggaran hasil dan perbelanjaan.

"Dasar bajet surplus ini telah mula dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2005 yang berjumlah RM0.4 juta; tahun 2006 berjumlah RM0.8 juta; tahun 2007 berjumlah RM0.6 juta; tahun 2008 dan 2009 masing-masing berjumlah RM0.2 juta," jelas Mohd Ali.

Katanya, sejumlah RM375 juta diperuntukan dalam Bajet 2010 Negeri Melaka bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM127.4 juta lagi bagi peruntukan pembangunan.

Ketika membentangkan Bajet 2010 Negeri Melaka, Mohd Ali turut menggariskan empat strategi utama yang menjadi teras terpenting kepada terakhir dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang disifatkan amat penting sebagai teras pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Bajet ini juga merupakan bajet pertama bagi Melaka Maju 2010 yang hanya tinggal 53 hari lagi," jelas Ketua Menteri.

Kata Mohd Ali, usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dalam bajet kali ini.

"Agenda bagi meningkatkan taraf hidup rakyat akan sentiasa diberi keutamaan menerusi penyaluran bantuan bagi membantu golongan berpendapatan rendah, menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar, meningkatkan modal insan berkemahiran serta menambahbaik kemudahan awam," ujarnya.

Selain itu katanya, Kerajaan Negeri juga terus berusaha merealisasikan visi dan misi Melaka Maju 2010 berteraskan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dengan memberi fokus kepada usaha mempergiatkan program kebersihan, keceriaan dan lanskap; memperkasakan infrastruktur; memajukan sektor pertanian dan penternakan; menggalakkan sektor perindustrian; menjadikan Melaka sebagai Negeri K-Ekonomi, ICT dan Bioteknologi di samping memantapkan kemudahan sukan dan belia.

"Bajet 2010 Negeri Melaka juga turut memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan lagi Melaka sebagai destinasi pelancongan terulung serta berusaha merevolusikan pengurusan Perkhidmatan Awam Kerajaan untuk mencapai prestasi Perkhidmatan Awam yang berintegriti tinggi," jelas Mohd Ali.

Ketua Menteri seterusnya mengajak semua pihak untuk bersama berganding bahu, tenaga dan fikiran dalam semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan untuk bergerak seiring membangunkan Melaka ke arah kegemilangan 1Malaysia, Melaka Maju 2010.

-------------------------------------------------------------------------------------

Kutipan Hasil Dijangka Meningkat 20.1 Peratus
RM375 JUTA BELANJA MENGURUS, RM127.4 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN

AYER KEROH, 9 Nov - Sejumlah RM375 juta diperuntukan bagi Bajet 2010 Negeri Melaka perbelanjaan mengurus, manakala sebanyak RM 127.4 juta pula bagi peruntukan pembangunan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika membentangkan Bajet 2010 Negeri Melaka di Dewan Undangan Negeri, hari ini berkata, peruntukan bagi perbelanjaan mengurus mencatatkan penambahan 20.1 peratus , berbanding bajet sebanyak RM312.3 juta bagi tahun 2009.

Katanya, di bawah peruntukan mengurus , sejumlah RM68.9 juta adalah bagi emolumen dan RM96.8 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan, manakala RM1.5 juta lagi diperuntukan untuk pembelian aset serta RM192.2 juta bagi pemberian kenaan bayaran tetap serta sejumlah RM15.6 juta lagi disediakan untuk perbelanjaan lain.

"Bagi peruntukan pembangunan pula diperuntukan sejumlah RM127.4 juta iaitu bagi menampung keperluan infrastruktur berjumlah RM91.8 juta; pertanian sebanyak RM4.6 juta; perumahan sebanyak RM10.5 juta ; sosial berjumlah RM12.1 juta dan RM8.4 juta lagi bagi pembangunan masyarakat," kata Mohd Ali.

Ketua Menteri juga memberitahu Dewan bahawa pada tahun 2010, kutipan hasil Kerajaan Negeri Melaka dianggarkan meningkat 20.1 peratus kepada RM372.2 juta berbanding RM312.4 juta pada tahun 2009.
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old November 10th, 2009, 11:29 AM   #2739
achkeen10
Registered User
 
Join Date: Oct 2007
Location: MELAKA, Petaling Jaya
Posts: 540
Likes (Received): 0

no other news beside those in newspaper??
any pics of AEON Bandaraya Melaka? Hatten Square? Mahkota Parade??
achkeen10 no está en línea   Reply With Quote
Old November 10th, 2009, 04:07 PM   #2740
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,406
Likes (Received): 277

errmm, the only thing i notice is that they are finally installing street light along SAS expressway...and except for a 4 story of what seems to be a hotel i do not see any kind of structure that was suppose to be the indoor and aquatic stadium neat hang jebat stadium

on the shopping mall development,
tesco xtra had started earthwork
MP is still renovating
arab city is still in the piling stages
no movement on UDA street mall
AEON had already finish exteriorly
hatten square had already started it phase 2
auto city macam dah terbengkalai ajer
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote


Reply

Tags
melaka

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 02:26 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu