daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy (aug.2, 2013) | DMCA policy | flipboard magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.



Reply

 
Thread Tools
Old May 30th, 2010, 10:09 PM   #1
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

POKOK SENA | Kedah

Pokok Sena is a town in Kedah, Malaysia. It is the 12th district of Kedah which was formerly a subdistrict of Kota Setar. The declaration of the 24,000ha district with a population of 50,000 was made by the Sultan of Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah in conjunction with his 81st birthday.

Pokok Sena is a Malay Name for Angsana(Androcarpus indicus) which a common shade tree in Kedah.This plant usually found along the river traditional route before road are developed. Now most of the trees are found along the road and office compound.

The district is divided into 6 sub-districts: Gajah Mati, Jabi, Tualang, Lesong, Bukit Lada dan Derang, and consists of 122 villages and 21 residential areas.

The district, was poised for rapid development with ongoing infrastructure projects such as road expansion spanning from Hutan Kampung, Pokok Sena and Kuala Nerang to Sungai Burung to spur new growth areas. Pokok Sena’s landscape will undergo rapid changes. Many housing projects are in the pipeline. A lot of opportunities will open up with construction projects and manufacturing facilities.
dean87 no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old May 30th, 2010, 10:17 PM   #2
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

Pokok Sena dibangunkan
Oleh SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

POKOK SENA 9 Feb. - Terletak kira-kira 15 kilometer dari timur laut Bandaraya Alor Setar, Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.

Majlis bersejarah pengisytiharan daerah baru itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena pada 5 Februari lalu.

Selain Pokok Sena, daerah-daerah lain di negeri ini ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Padang Terap, Kulim, Yan, Langkawi, Sik, Baling, Pendang serta Bandar Baharu.

Mengikut kedudukan geografinya, daerah 'bongsu' itu terletak bersempadan dengan daerah Kubang Pasu di sebelah utara, Kota Setar (barat), Pendang (selatan) dan Padang Terap di sebelah timur.

Ia berkeluasan 24,240 hektar dan terbahagi kepada enam buah mukim iaitu Gajah Mati, Jabi, Tualang, Lesong, Bukit Lada serta Derang dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 50,000 orang.

Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena.

Justeru, pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat.

Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ.

Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena.

Kata beliau, kerajaan negeri dengan sokongan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan beriltizam untuk membangunkan segala potensi yang sedia ada di daerah tersebut supaya kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan daerah-daerah lain.

''Iltizam ini memerlukan kerjasama semua pihak. Inilah sebenarnya cabaran utama dan prasyarat pada usaha mengisi pembangunan Pokok Sena sebagai sebuah daerah penuh," katanya dalam perutusan di dalam buku cenderamata sempena majlis pengisytiharan daerah itu baru-baru ini.

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar).

Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis Perisytiharan Daerah Pokok Sena, Azizan memberitahu, sebuah bandar baru yang diberi nama Bandar Baru Tunku Putri akan dibangunkan di tanah seluas dua hektar di mukim Gajah Mati.

Ia bagi menjana perkembangan ekonomi di daerah berkenaan termasuk di kawasan Padang Terap dan Pendang.

''Tuanku Sultan telah memberi perkenan baginda untuk menjalankan projek bandar baru ini yang akan menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Pokok Sena.

''Rumah-rumah akan dibina di kawasan tersebut dan kerajaan negeri akan memberi tumpuan bagi memastikan pembangunan di kawasan ini seimbang dengan daerah-daerah lain," katanya.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menandatangani plak pengisytiharan daerah Pokok Sena, baru-baru ini.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old May 30th, 2010, 10:22 PM   #3
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

STDC Bangunkan Bandar Sejahtera Pokok Sena Bernilai RM230 Juta

ALOR SETAR, 14 Jan (Bernama) -- Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) akan membangunkan sepenuhnya Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 yang dijangka siap pada 2017.

Projek perumahan bercampur berasaskan mampu milik untuk kesejahteraan rakyat di kawasan 200 ekar di Pokok Sena, kira-kira 15 kilometer dari sini, dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Khamis.

Menurut Azizan projek itu dilancarkan bagi menampung permintaan terhadap rumah mampu milik dan bermatlamat setinggan sifar di kawasan pinggiran dan bandar di Kedah.

"Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena ialah yang pertama, mengandungi 1,811 unit pelbagai jenis rumah dan dibangunkan mengikut fasa," katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek itu.

Harga rumah teres dua tingkat fasa pertama yang ditawarkan serendah RM140,000. Sebanyak 128 unit fasa itu bagaimanapun telah habis ditempah.

Projek itu mengandungi 785 unit rumah teres dua tingkat, rumah teres kos rendah (579 unit), rumah berkembar setingkat (246 unit), rumah teres satu setengah tingkat (192 unit) dan rumah banglo (9 unit).

Azizan yang juga pengerusi PKNK berkata: "STDC komited menyediakan persekitaran kediaman yang sihat dan berkepadatan rendah untuk memenuhi permintaan manakala reka bentuknya menerapkan ciri-ciri tempatan."

STDC dalam kenyataannya pula berkata perancangan teliti dibuat supaya harga rumah yang ditawarkan mampu dimiliki setiap lapisan masyarakat dalam suasana ekonomi yang masih lembab dan memberi kesan terhdap sektor hartanah.





"Kami tetap melaksanakan tanggungjawab sosial agar setiap rakyat Kedah dapat memiliki rumah sendiri selain berusaha menyuntik nilai tambah bagi setiap produk supaya ia memberi pulangan terbaik kepada pembeli dan pelabur," katanya dalam kenyataan itu.

-- BERNAMA
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old June 1st, 2010, 05:27 AM   #4
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

BANDAR BARU DUA

this project started since 2003, abandoned til now?



dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old June 1st, 2010, 12:49 PM   #5
guy4versa4
BANNED
 
Join Date: Oct 2009
Location: alor star
Posts: 2,858
Likes (Received): 6

my hometown...
guy4versa4 no está en línea   Reply With Quote
Old June 14th, 2010, 02:56 AM   #6
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

Kurangkan banduan berulang

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

POKOK SENA - Kementerian Dalam Negeri menyasar mengurangkan 17 peratus jumlah kemasukan banduan secara berulang setahun bagi meringankan beban kewangan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peratusan ketika ini ialah 16.8 peratus dan kadar itu diharap dapat dikurangkan lagi dalam tempoh beberapa tahun.

Katanya, pengurangan itu juga selaras dengan sasaran Jabatan Penjara dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Sasaran itu adalah atas faktor kesesakan di penjara, beban kewangan dan impak keselamatan," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Penjara Pokok Sena di sini semalam.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian penjara itu. Turut berangkat ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Penjara yang menelan kos RM170 juta itu dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu sekali gus menjadi antara penjara tercanggih di Asia Tenggara.

Hishammuddin berkata, kesesakan di dalam penjara bukan sahaja memberi bebanan besar kepada kerajaan dari segi kos tetapi juga dalam aspek infrastruktur dan anggota Jabatan Penjara.


TUANKU ABDUL HALIM (kanan) bersama Hishammuddin (dua dari kiri)
melihat pasu hiasan yang dihasilkan oleh banduan pada majlis perasmian
Penjara Pokok Sena, Kedah semalam.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old September 3rd, 2010, 12:34 PM   #7
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621









dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old December 18th, 2010, 12:43 PM   #8
amantpeace
I Heart Malaysia
 
amantpeace's Avatar
 
Join Date: Dec 2010
Location: Petaling Jaya / Alor Setar
Posts: 479
Likes (Received): 52

The Bandar Tunku Puteri looks amazing!! I think, the design really suits the society.
amantpeace no está en línea   Reply With Quote
Old May 24th, 2011, 01:35 AM   #9
pathoboy
Registered User
 
Join Date: Apr 2011
Posts: 679
Likes (Received): 3

best plak tgk plan-plan pembangunan kt pokok sena nie.. ada apa2 perkembangan x? da mula ka kerja2 utk bndr tunku putri dan bndr sejahtera tuh?? depa wt kt area mana ea??
pathoboy no está en línea   Reply With Quote
Old June 8th, 2011, 11:40 AM   #10
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

Cawangan MBAS akan wujud di Pokok Sena
Rabu, 08 Jun 2011 11:25 | Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR – Bagi menghadapi pembangunan yang pesat di Daerah Pokok Sena maka Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memutuskan untuk mewujudkan sebuah cawangan majlis yang lengkap di daerah tersebut dengan menambah jabatan-jabatan dan kakitangan yang baru.

Dato’ Bandar Bandaraya Alor Setar, Dato’ Haji Khazali Din
Berkata, MBAS perlu menambah di sana seorang Penolong Setiausaha, dan kakitangan teknikal untuk menjalankankan tugas-tugas khas disana.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sidang media selepas mesyuarat bulanan MBAS.

“Bagi tujuan memberikan perhatian yang lebih kepada cawangan tersebut sebagai satu daerah yang masih lagi di dalam kawasan pentadbiran MBAS, maka akan diwujudkan di sana Bahagian Pembersihan Bandar, Bahagian Perlesenan, Bahagian Pengurusan dan bahagia-bahagian lain.

“Dengan adanya kakitangan yang cukup di sana mungkin banyak perkara dapat dilaksanakan contohnya pertumbuhan yang pesat juga dapat dilakukan,” terangnya.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old June 8th, 2011, 01:24 PM   #11
nazrey
Registered User
 
nazrey's Avatar
 
Join Date: Sep 2003
Posts: 76,736
Likes (Received): 1417

Quote:
Emmmm macam pernah tgk plan bandar macam ni di Kelantan lama dulu ..klo tak silap di Pengkalan Kubor la kot!!!

__________________
Malaysia Photo Gallery - Click Here for Malaysia Galleries
City & Town - | Kuala Lumpur | Penang | Malacca | Putrajaya | Cyberjaya | Langkawi
Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Seremban, Shah Alam, etc!

Last edited by nazrey; June 8th, 2011 at 01:30 PM.
nazrey no está en línea   Reply With Quote
Old June 15th, 2011, 03:10 PM   #12
adzmierzboy
Registered User
 
adzmierzboy's Avatar
 
Join Date: Jun 2009
Location: kulim,shah alam,sungai buloh
Posts: 521
Likes (Received): 46

Bandar Sejahtera Pokok Sena

from http://www.stdc.com.my/property/
credit to tis site

Bandar Sejahtera Pokok Sena

The 2000-acre Bandar Sejahtera Pokok Sena is both a wholesome nature-inspired sanctuary and a vibrant urban hub. Strategically located in the Pokok Sena, the township offers a beautiful homes, community centres, excellent schools and commercial centres, amidst lush tropical parks and gardens.

To learn more about Bandar Sejahtera Pokok Sena drop by our Welcome Centre, the one-stop resource centre for visitors, customers and residents alike. Our friendly, well-trained staff will assist you in purchasing your ideal home in Bandar Sejahtera Pokok Sena.

They will take you on a tour of the Show Village which is just a short walk away from the Welcome Centre. Here you will find all the home designs available in Bandar Sejahtera Pokok Sena


contact STDC
Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd.

Address:
No.2155A, Jalan Sultan Abdul Halim
Alor Setar
Kedah Darul Aman
05400
Malaysia

Telephone: (604) 735 8701 / 735 2458
Fax: (604) 735 2117

http://www.stdc.com.my/property/
adzmierzboy no está en línea   Reply With Quote
Old June 15th, 2011, 03:39 PM   #13
johan is
Registered User
 
Join Date: Nov 2010
Location: Sungai Petani, Alor Setar, KL
Posts: 5,243
Likes (Received): 268

MBAS beri perhatian Pokok Sena
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr...ory8745534.asp

POKOK SENA - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan memberi perhatian kepada Pokok Sena memandangkan daerah ini kini mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan.

Datuk Bandar MBAS, Datuk Khazali Din berkata, sudah tiba masanya untuk MBAS memberi tumpuan kepada daerah Pokok Sena dan tumpuan berkenaan diyakini dapat membantu membangunkan daerah ini seiring dengan pembangunan daerah Alor Setar.

Menurutnya, pada waktu yang sama faktor hubungan jalan raya juga dilihat akan membantu melancarkan lagi kepesatan pembangunan di Pokok Sena pada masa hadapan.

“Sudah tiba masanya untuk MBAS memberi tumpuan kepada Pokok Sena berikutan sudah menjadi daerah terbaru dan pekannya juga akan dinaiktarafkan menjadi bandar.

“MBAS akan memberi tumpuan yang hampir sama dan setaraf kepada Pokok Sena seperti mana yang telah dinikmati oleh penduduk Bandaraya Alor Setar sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Khazali berkata, pihaknya mendapati secara kasarnya pertumbuhan yang berlaku di Pokok Sena lebih 15 peratus dan percaya akan meningkat lagi pada masa hadapan.

Menurutnya, banyak keperluan dan perhatian perlu diberikan kepada daerah berkenaan dan beliau turut mengakui bahawa banyak kemudahan perlu dibaiki dan dinaik taraf seiring dengan peningkatan jumlah penduduk.

“Saya yakin apabila jalan yang sedang dinaik taraf yang merentasi daerah Pokok Sena siap kelak, ia berupaya untuk terus memacu potensi perkembangan pembangunan di daerah tersebut.

“Pasar juga perlu diperbesarkan dan kemudahan perlu dibaiki selari dengan peningkatan jumlah penduduk yang kini dilihat semakin bertambah berbanding tahun-tahun dahulu,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya perhatian yang sama diberi kepada Pokok Sena seperti mana dialami Alor Setar mampu meningkatkan potensi ekonomi di daerah berkenaan pada masa hadapan.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan rungutan dalam kalangan penduduk Pokok Sena yang sentiasa mengharapkan pembangunan seperti mana dirasai oleh warga Alor Setar berikutan berada sama di bawah MBAS.

Walaupun berada di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan yang sama, Pokok Sena dilihat dipinggirkan sebelum ini, namun selepas kawasan berkenaan diiktiraf sebagai daerah baru, pelbagai pembangunan mula dilaksanakan selain perancangan mewujudkan Bandar Sejahtera dan Bandar Tunku Puteri.
johan is no está en línea   Reply With Quote
Old June 15th, 2011, 04:32 PM   #14
johan is
Registered User
 
Join Date: Nov 2010
Location: Sungai Petani, Alor Setar, KL
Posts: 5,243
Likes (Received): 268

MBAS beri perhatian Pokok Sena
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr...ory8745534.asp

POKOK SENA - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan memberi perhatian kepada Pokok Sena memandangkan daerah ini kini mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan.

Datuk Bandar MBAS, Datuk Khazali Din berkata, sudah tiba masanya untuk MBAS memberi tumpuan kepada daerah Pokok Sena dan tumpuan berkenaan diyakini dapat membantu membangunkan daerah ini seiring dengan pembangunan daerah Alor Setar.

Menurutnya, pada waktu yang sama faktor hubungan jalan raya juga dilihat akan membantu melancarkan lagi kepesatan pembangunan di Pokok Sena pada masa hadapan.

“Sudah tiba masanya untuk MBAS memberi tumpuan kepada Pokok Sena berikutan sudah menjadi daerah terbaru dan pekannya juga akan dinaiktarafkan menjadi bandar.

“MBAS akan memberi tumpuan yang hampir sama dan setaraf kepada Pokok Sena seperti mana yang telah dinikmati oleh penduduk Bandaraya Alor Setar sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Khazali berkata, pihaknya mendapati secara kasarnya pertumbuhan yang berlaku di Pokok Sena lebih 15 peratus dan percaya akan meningkat lagi pada masa hadapan.

Menurutnya, banyak keperluan dan perhatian perlu diberikan kepada daerah berkenaan dan beliau turut mengakui bahawa banyak kemudahan perlu dibaiki dan dinaik taraf seiring dengan peningkatan jumlah penduduk.

“Saya yakin apabila jalan yang sedang dinaik taraf yang merentasi daerah Pokok Sena siap kelak, ia berupaya untuk terus memacu potensi perkembangan pembangunan di daerah tersebut.

“Pasar juga perlu diperbesarkan dan kemudahan perlu dibaiki selari dengan peningkatan jumlah penduduk yang kini dilihat semakin bertambah berbanding tahun-tahun dahulu,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya perhatian yang sama diberi kepada Pokok Sena seperti mana dialami Alor Setar mampu meningkatkan potensi ekonomi di daerah berkenaan pada masa hadapan.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan rungutan dalam kalangan penduduk Pokok Sena yang sentiasa mengharapkan pembangunan seperti mana dirasai oleh warga Alor Setar berikutan berada sama di bawah MBAS.

Walaupun berada di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan yang sama, Pokok Sena dilihat dipinggirkan sebelum ini, namun selepas kawasan berkenaan diiktiraf sebagai daerah baru, pelbagai pembangunan mula dilaksanakan selain perancangan mewujudkan Bandar Sejahtera dan Bandar Tunku Puteri.
johan is no está en línea   Reply With Quote
Old June 16th, 2011, 09:01 PM   #15
guy4versa4
BANNED
 
Join Date: Oct 2009
Location: alor star
Posts: 2,858
Likes (Received): 6

del
guy4versa4 no está en línea   Reply With Quote
Old October 29th, 2011, 06:25 AM   #16
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

Apa jadi projek Tunku Puteri?

POKOK SENA - Lebih kurang dua bulan lagi tirai tahun 2011 akan berlabuh, namun masih belum nampak sebarang petanda bahawa Projek Bandar Tunku Puteri di Gajah Mati, Pokok Sena akan dimulakan.

Perkara itu yang turut mendapat perhatian serta menjadi perbincangan oleh penduduk setempat di sebuah laman sosial.

Bandar Tunku Puteri Pokok Sena sebelum ini diuar-uarkan akan dibina menjadi pusat pentadbiran Pokok Sena selepas ia dinaiktarafkan dan dipisahkan dari daerah Kota Setar pada tahun 2009 di atas tanah berkeluasan lebih kurang 160 hektar.

Namun papan tanda projek yang diletakkan di situ telah ditumbuhi pokok dan juga lalang yang panjang sehingga tidak menampakkan sebahagian tulisannya.

Penduduk yang memberikan maklum balas turut menuntut komitmen daripada pihak bertanggungjawab di dalam membersihkan pokok dan lalang yang tumbuh meliar di sekitar papan tanda.

Bagaimanapun menurut sumber, difahamkan bahawa projek berkenaan bakal dilaksanakan bermula tahun 2012.

Menurutnya, kawasan tanah berkenaan baru sahaja digazetkan.

“Projek berkenaan dijangka bakal dimulakan pada tahun 2012 sekiranya tidak ada sebarang masalah,” katanya.

Difahamkan selain turut menempatkan pusat pentadbiran daerah Pokok Sena, kawasan berkenaan juga bakal didirikan kawasan perumahan.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak berkaitan tidak berjaya apabila gagal dihubungi.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old October 31st, 2011, 08:02 PM   #17
guy4versa4
BANNED
 
Join Date: Oct 2009
Location: alor star
Posts: 2,858
Likes (Received): 6

welcome..
guy4versa4 no está en línea   Reply With Quote
Old October 31st, 2011, 08:15 PM   #18
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

boleh tahan cepat gak depa wat jalan... kat belah langgar - pokok sena mcm dah nak nearly completion...93-95% perhaps
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 1st, 2011, 06:26 AM   #19
johan is
Registered User
 
Join Date: Nov 2010
Location: Sungai Petani, Alor Setar, KL
Posts: 5,243
Likes (Received): 268

Quote:
Originally Posted by dean87 View Post
boleh tahan cepat gak depa wat jalan... kat belah langgar - pokok sena mcm dah nak nearly completion...93-95% perhaps
tapi projek ni lambat n amik masa lebih dr 5 tahun utk disiapkan
johan is no está en línea   Reply With Quote
Old November 1st, 2011, 06:32 AM   #20
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 3,950
Likes (Received): 1621

rasanya lps tukaq kontraktor baru depa stat wat laju ckt kot.. lgpun boleh tahan panjang gak, stat simpang jln hutan kampung smpai durian burung nun
dean87 no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 12:52 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu