|
|
|
| daily menu » rate the banner | guess the city | one on one |
|
|||||||
| Skyscrapers and Cityscapes Post your photo's here! |
| Global Announcement |
|
SkyscraperCity needs your help to do some house cleaning! please click here for more info! |
![]() |
|
|
Thread Tools | Display Modes |
|
|
#21 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2009
Posts: 69
Likes (Received): 0
|
http://www.mudah.my/Penthouse+Rumah+...oh-5341819.htm
Penthouse - Rumah Tetamu Di Bandar Temerloh raize shah hussain 27 Aug 17:45. List-ID: 5341819. Manage ![]() Monthly rent: - Bedrooms: 3 Type: Houses, For rent Size: 1600 sq.ft. Furnished: Fully furnished Rumah tetamu ini adalah sebuah Penthouse yang telah diubahsuai menjadi hotel persendirian. Terletak di puncak Plaza Temerloh menjadikan ia sebuah kediaman pada titik tertinggi dalam bandar Temerloh. Mempunyai 3 bilik tidur yang besar dan selesa, 3 bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur, peti sejuk, astro, 2 ruang pakir kereta dengan kawalan keselamatan serta kemudahan-kemudahan asas lain. Amat sesuai untuk percutian dan majlis keluarga selain persinggahan mereka yang dalam perjalanan. Ditawarkan dengan kadar harga RM 170.00 hari di sepanjang tahun 2010. Sila hubungi raize 019-9266440 atau amiza 019-9266446 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut. |
|
|
|
|
|
#22 |
|
Member Legend
Join Date: Aug 2005
Location: Kuala Lumpur
Posts: 363
Likes (Received): 0
|
![]() Temerloh (3°16′N 102°15′E / 3.27°N 102.25°E / 3.27; 102.25) is a town in Central Pahang, Malaysia in Temerloh district.Located about 130 km from kuala lumpur along the Kuantan-Kuala Lumpur trunk road.
__________________
Malaysia truly asia... |
|
|
|
|
|
#24 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: Kuantan-Ipoh
Posts: 416
Likes (Received): 0
|
Kompleks silat RM24 juta bakal dibina
TEMERLOH 15 Sept. - Sebuah kompleks silat bernilai kira-kira RM24 juta akan dibina di daerah ini sebagai persediaan untuk negeri ini menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2012. Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak berkata, kompleks yang dinamakan gelanggang persilatan itu jika dibina nanti akan menjadi kemudahan sukan bertaraf antarabangsa. Menurutnya, semua acara silat termasuk untuk pertandingan peringkat antarabangsa boleh diadakan di kompleks berkenaan. "Rancangan pembinaannya adalah untuk digunakan pada Sukma akan datang yang mana Temerloh mungkin menjadi gelanggang bagi beberapa acara sukan yang dipertandingkan. "Sehingga kini pertandingan silat dan lumba basikal sudah pasti diadakan di Temerloh untuk kejohanan itu nanti," katanya kepada pemberita di Pejabat Tanah Daerah Temerloh (PTD) di sini, baru-baru ini. Sallehuddin berkata, terdahulu pihaknya telah menilai satu kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang di sini namun terpaksa diubah ke lokasi baru selepas ketiadaan kemudahan jalan masuk yang sempurna di kawasan berkenaan. Beliau berkata, kini pihaknya sedang mengenal pasti tapak baru tersebut untuk proses seterusnya. Salehuddin berkata, semua kerja pembangunan kompleks itu akan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tujuan pelaksanaannya. Tambahnya, kompleks berkenaan apabila siap akan menempatkan gelanggang, bilik penginapan atlet dan juga tempat latihan. Jelasnya, pemilihan Temerloh sebagai gelanggang silat bagi acara sukan itu adalah memandangkan daerah ini berjaya melahirkan ramai atlet dalam acara berkenaan selain cemerlang dalam latihan lumba basikal. |
|
|
|
|
|
#25 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: Kuantan-Ipoh
Posts: 416
Likes (Received): 0
|
Pejabat Mara
![]() Pekan Lama ![]() Bazar Kuala Semantan
|
|
|
|
|
|
#26 |
|
Registered User
Join Date: Aug 2010
Location: TaX ToWn
Posts: 1,075
Likes (Received): 11
|
|
|
|
|
|
|
#27 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: Kuantan-Ipoh
Posts: 416
Likes (Received): 0
|
![]() Loghat Kuantan klau belah2 Balok dan Beserah tu da macam Terengganu dah. Kalau Temerloh tu kire loghat tempatan Pahang la. Klau Bentong dengan Temerloh tu memang Temerloh lagi maju. Kalau antara Kemaman dengan Temerloh due2 ade kelebihan masing2. Kemaman dengan kilang2, oil and gas plants, pantai2 dan pelabuhan. Temerloh ni pusat ekonomi Pahang tengah. Orang2 felda dan kampung2 sekitar banyak beli barang di sini.
|
|
|
|
|
|
#28 |
|
Registered User
Join Date: Aug 2010
Location: TaX ToWn
Posts: 1,075
Likes (Received): 11
|
patut la member2 aqu kat kuantan cakap terengganu,same jgk besut dgn setiu cakap kelantan..kire ok la temerloh ni ek,tp kite still ketinggalan kalau nak dibandingkan dgn negeri luar east coast...sedih,
|
|
|
|
|
|
#29 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: Kuantan-Ipoh
Posts: 416
Likes (Received): 0
|
Betol tu bro. Mungkin sbb dulu negeri pantai timur ni xde kepentingan dekat Inggeris kot. Sebab tu la kurang membangun.
|
|
|
|
|
|
#30 |
|
Registered User
Join Date: Aug 2009
Location: seri iskandar,perak
Posts: 2,458
Likes (Received): 70
|
temerloh ni dah nampak ok..ad mall,ad ecsplanade,bandar dia pun agak besar..dah bagus sangat dah tu..
|
|
|
|
|
|
#31 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2010
Location: Kuantan-KL-Ipoh
Posts: 535
Likes (Received): 0
|
Pembangunan Temerloh makin pesat
MENTAKAB 27 Sept. - Daerah Temerloh bakal muncul sebagai pusat pembangunan paling kompetitif di Pahang jika fokus enam pembangunan tumpuan dalam Bidang Keberhasilan Utama Temerloh (TKRA) tercapai. Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, TKRA adalah terjemahan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang terdiri daripada enam perkara iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, pendapatan isi rumah, infrastruktur asas luar bandar dan pengangkutan awam bandar. "Berdasarkan Kad Laporan Separuh Penggal Ahli Parlimen mendapati terdapat peningkatan pembangunan dalam enam bidang NKRA yang memberi manfaat besar kepada penduduk dan pengundi Temerloh," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kad Laporan Separuh Penggal Ahli Parlimen Temerloh sempena separuh penggal beliau sebagai Ahli Parlimen di Bukit Bendera Resort, di sini baru-baru ini. Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, antara pencapaian utama dalam bidang pendidikan apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar di sini terpilih sebagai sekolah kluster dan peningkatan bahan bacaan serta kemudahan teknologi di Perpustakaan Awam Temerloh. Dalam bidang ekonomi pula jelasnya, usaha keras dilakukan untuk menjadikan bandar Temerloh sebagai pusat destinasi pelancongan, pertanian, perikanan sungai dan pengumpulan utama dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kraftangan. "Bagaimanapun usaha dan sasaran penambahbaikan utama dengan menggubal Model Baru Ekonomi (MBE) Temerloh iaitu selaras dengan MBE negara," katanya. Saifuddin menegaskan, matlamat MBE Temerloh ialah meningkatkan pertumbuhan ekonomi daerah supaya penduduknya dapat menambah pendapatan daripada peluang perniagaan dan pekerjaan yang disediakan kerajaan. Menurutnya, MBE Temerloh memfokuskan tiga bidang utama iaitu pendidikan, pelancongan dan pertanian berikutan potensi yang dimiliki daerah ini. Dari segi pendidikan, ujarnya, usaha sedang dilakukan untuk menubuhkan sebuah kampus cawangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menjadi pemangkin kepada pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan baru. "Dari segi pelancongan pula strategi untuk memajukan sektor itu berasaskan ekopelancongan memandangkan Temerloh mempunyai tarikan unik seperti kawasan perlindungan gajah, inap desa, pekan sehari Temerloh dan ikan patin," katanya. Saifuddin menambah, sektor pertanian perlu dijana sepenuhnya kerana banyak kawasan dikenal pasti berpotensi seperti kawasan tanaman kekal makanan di Lanchang di bawah program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). |
|
|
|
|
|
#32 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,012
Likes (Received): 381
|
Ikan sungai ke pasaran dunia
Oleh RADZUAN HASSAN dan SHAHRULANOOR ISHAK 29 September 2010 ![]() DAERAH Temerloh, di Pahang cukup sinonim dengan ikan patin. Populariti ikan eksotik itu menyebabkan ia menjadi hidangan wajib di kebanyakan restoran-restoran di daerah tersebut termasuklah di gerai-gerai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur. Dengan erti kata lain, hidangan ikan patin boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat makan di daerah itu. Ini termasuklah di gerai, warung, hinggalah hotel. Patin juga merupakan salah satu hidangan kegemaran penduduk tempatan. Resipinya juga pelbagai. Patin boleh digoreng, masak gulai tempoyak, singgang, dibakar bersama tempoyak dan dipanggil pais patin. Fenomena ikan patin bukan saja menjadikan bandar kelahiran nasionalis negara, Ishak Haji Muhamad atau lebih dikenali sebgaai Pak Sako dan Sudirman itu terkenal, bahkan ia mengubah landskap Sungai Semantan. Industri ikan patin sangkar di Temerloh boleh dilihat di sepanjang sungai tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 100 sangkar ikan patin yang memberi peluang kepada penduduk menceburi bidang akuakultur. Ikan patin Temerloh sama seperti ikan-ikan spesies itu di Asia Tenggara. Ia merupakan sejenis ikan air tawar tanpa sisik hampir menyerupai ikan keli. Patin termasuk dalam kategori spesies Pangasius Lanaurdi Bocourt. Kulit ikan itu pula kebiasaannya berwarna perak, putih kebiru-biruan. Di Thailand, patin dikenali sebagai basa. Patin lazimnya hidup di lubuk air deras dan kawasan yang terdapat banyak rumpai air atau lumut sebagai sumber makanan. Menternak ikan patin sangkar adalah bisnes yang menguntungkan di Temerloh. Bekalan ikan patin sentiasa dicari sama ada di pasar atau Pekan Sehari iaitu pasar pagi terpanjang di Semenanjung Malaysia, pasar raya atau di gerai-gerai ikan air tawar di sepanjang Sungai Pahang. “Permintaan terhadap ikan patin adalah luar biasa jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Pahang,” kata salah seorang penternak, Abdul Halim Ismail, 45. Menurut Abdul Halim, sambutan luar biasa tersebut menyebabkan para penternak patin kadangkala tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan. “Saya sendiri ternak 1,200 ekor patin pada satu-satu masa dalam tempoh lapan bulan dan membekalkan sekitar 600 kilogram (kg) ikan patin setiap bulan untuk memenuhi permintaan suri rumah dan pengusaha restoran,” katanya ketika ditemui di sangkar patin ternakannya di Kampung Pangsenam, Temerloh baru-baru ini. Ketika industri ikan patin sangkar tidak serancak hari ini, ramai yang tertanya-tanya mengapa sesetengah pengusaha restoran mengenakan caj yang mahal sekitar berpuluh ringgit untuk sepotong ikan patin. Ikan patin liar mempunyai harga yang agak mahal kerana ia mempunya pasarannya yang tersendiri. Namun, ini tidak bermakna ikan patin sangkar tidak istimewa. Ikan patin sangkar mempunyai sifat dan rasa yang berbeza daripada ikan patin yang diternak di dalam kolam. Lazimnya, ikan patin yang diternak dalam kolam mempunyai rasa lumpur dan hanyir. ![]() PATIN Temerloh yang diternak di dalam sangkar ini mempunyai rasa yang enak kerana arus sungai yang deras. Sebaliknya, ikan yang dipelihara di dalam sangkar membesar dalam Sungai Pahang. Rasanya jauh lebih enak berbanding spesies ikan yang sama di sungai-sungai lain di negara ini walaupun diberi makan pellet. Terdapat empat jenis ikan patin liar di Sungai Pahang yang popular iaitu patin muncung yang berharga RM200 sekilogram (kg), patin buah RM100 satu kg dan patin lawang RM80 satu kg. Resipi warisan keluarga Sementara itu, pengusaha Gerai Pak Usop yang menyediakan menu ikan patin terkenal di Temerloh, Muhamad Alimi Adnan, 40, berkata, gulai tempoyak merupakan menu paling popular di kalangan penduduk tempatan. “Setiap hari saya memasak 80 kg ikan patin dalam dua periuk besar untuk gulai tempoyak. Biasanya periuk pertama akan habis dalam masa satu jam, manakala periuk kedua pula akan habis dalam masa satu setengah jam,” ujarnya. Muhamad Alimi menambah, ikan patin perlu dicuci bersih sebelum dimasak bagi menghilangkan bau hanyir. “Resipi patin gulai tempoyak diwarisi oleh keluarga saya sejak turun temurun dan cara penyediaannya juga masih mengikut cara lama,” kata Muhamad Alimi yang mewarisi resipi tersebut selepas bapanya, Adnan Mamat atau lebih dikenali sebagai Pak Usop meninggal dunia sejak dua tahun lalu. Gulai tempoyak ikan patin Gerai Pak Usop di Arked Majlis Perbandaran Temerloh dekat Lurah Semantan cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan. Bahkan, ia juga menjadi sebutan di kalangan pengunjung dari luar. Kepada seorang penggemar ikan patin yang juga eksekutif akaun, Haslindaroha Hawari, 29, rasa ikan patin lebih manis apabila dicampurkan dengan sedikit tempoyak. “Sama ada masakan itu berkuah atau dipanggang, patin lebih sedap jika ditambah sedikit tempoyak dalam masakan walaupun dipanggang,” katanya yang menggemari gulai tempoyak, panggang sambal, asam pedas tumis, masak lemak cili api dan sebagainya. Menurutnya, rasa ikan patin memang berbeza dengan ikan air tawar yang lain. Kebanyakan penggemar pula sangat suka makan bahagian perut ikan patin yang hanya mengandungi lemak tanpa isi. “Menurut kata orang lama, lemak di bahagian perut ikan itu membantu melempabkan kulit wajah dan melambatkan kedutan serta mengatasi masalah jerawat,” katanya yang tidak pasti sejauh manakah kebenaran fakta tersebut secara saintifik. ![]() ABDUL HALIM menunjukkan seekor ikan patin yang diternak di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang. Memandangkan potensi dan reputasi Temerloh yang menerima jolokan nama Bandar Ikan Patin, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan daerah itu sebagai pengeluar utama ikan patin untuk pasaran di seluruh negara mahupun eksport. Tembusi pasaran antarabangsa Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah ketika dihubungi berkata, sebuah pusat pengumpulan dan pemprosesan ikan patin bakal dibina di daerah berkenaan di kawasan seluas satu hektar bernilai RM500,000 bagi menggalakkan industri itu. Tambah Saifuddin, pusat tersebut juga akan dilengkapi sebuah kilang pemprosesan dan pembungkusan ikan patin. “Industri ikan patin bukan hanya mengenai makanan tradisional seperti masak tempoyak semata-mata, ia perlu dipelbagaikan dengan menghasilkan makanan ringan, filet, bebola ikan, serunding dan sebagainya,” katanya. Menurut Saifuddin, populariti Temerloh yang selalu dikaitkan dengan masakan ikan patin juga berpotensi menjadikan ia sebagai daerah pelancongan domestik mahupun antarabangsa. Pada masa sama, ia mampu menjana perkembangan ekonomi sekitar. Ikan patin Temerloh kini berjaya menembusi pasaran Dubai, Arab Saudi dan United Kingdom walaupun bekalan semasa sebanyak 50 tan metrik setiap bulan masih tidak mampu memenuhi permintaan dalam negara. ““Ikan patin dari Temerloh mempunyai kualiti dan rasa tersendiri sehingga berjaya menarik ramai penggemar dari luar termasuk Kuala Lumpur dan lain-lain negeri untuk menikmati keenakan masakan. “Jika usaha ini digerakkan bersama antara semua penduduk dengan menjadi penternak, Temerloh berupaya untuk dikenali sebagai pengeluar ikan patin terbaik di mata dunia,” katanya.
__________________
Malaysia Photo Gallery - Click Here for Malaysia Galleries City & Town - | Kuala Lumpur | Penang | Malacca | Putrajaya | Cyberjaya | Langkawi Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Seremban, Shah Alam, etc! |
|
|
|
|
|
#33 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2010
Location: Kuantan-KL-Ipoh
Posts: 535
Likes (Received): 0
|
from panoramio
by nafi majid Mentakab ![]() ![]()
|
|
|
|
|
|
#34 |
|
Registered User
Join Date: Jan 2008
Posts: 466
Likes (Received): 21
|
PACIFIC HYPERMARKET @ MENTAKAB STAR MALL OPENING SOON
|
|
|
|
|
|
#35 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2010
Location: Kuantan-KL-Ipoh
Posts: 535
Likes (Received): 0
|
Wah2![]() Mentakab Star Mall Anchor tenant-Pacific Hypermarket and Departmental Store Cineplex-GSC |
|
|
|
|
|
#36 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2010
Location: Kuantan-KL-Ipoh
Posts: 535
Likes (Received): 0
|
|
|
|
|
|
|
#37 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2010
Location: Kuantan-KL-Ipoh
Posts: 535
Likes (Received): 0
|
Mentakab Star Mall
Mall in the middle of housing estate
![]()
__________________
its not who you are underneath but its what you do that defines you Last edited by jamalpaktongko; February 22nd, 2011 at 10:51 AM. |
|
|
|
|
|
#38 |
|
Registered User
Join Date: Apr 2006
Location: KL,Malaysia
Posts: 1,357
Likes (Received): 20
|
Looks big...good for Mentakab-Temerloh....they're both not far apart rite? Can they be considered one urban area?
|
|
|
|
|
|
#39 |
|
Registered User
Join Date: Oct 2010
Posts: 511
Likes (Received): 1
|
bley la lepak star mall lpas ni. hehe...
|
|
|
|
|
|
#40 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2010
Location: Kuantan-KL-Ipoh
Posts: 535
Likes (Received): 0
|
Temerloh and Mentakab is like 5km apart I supposed. Right now there were many new development such as shoplots, housing etc along the main road from Temerloh and Mentakab.
__________________
its not who you are underneath but its what you do that defines you |
|
|
|
![]() |
| Thread Tools | |
| Display Modes | |
|
|