daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.

Reply

Thread Tools
Old March 9th, 2012, 10:01 AM   #201
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by tuan_wu View Post
tp detail projek kat atas tu ckp kat pulau perhentian kan.....takut yg bro tgk tu projek lain...
haha.sory der,x perasan.ingatkan projek dekat kuala besut tu....
asyraf no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old March 12th, 2012, 01:43 AM   #202
pathoboy
Registered User
 
Join Date: Apr 2011
Posts: 681
Likes (Received): 4

Nak tanya Kolej Matrikulasi Terengganu dkt Marang tu dah siap ke belum?ke mmg dah ada pengambilan pelajar dah?
pathoboy no está en línea   Reply With Quote
Old March 12th, 2012, 01:50 AM   #203
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

tak tahu la bila start projek bro....
asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old March 12th, 2012, 11:50 AM   #204
pathoboy
Registered User
 
Join Date: Apr 2011
Posts: 681
Likes (Received): 4

yeke?baru2 ni MB takdak umum apa2 ka psl projek kolej matrikulasi ni?kalau ikutkn sepatutnya tahun 2011 lg depa dah ambil pengambilan pelajar kn?
pathoboy no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2012, 06:12 AM   #205
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Quote:

19 Mac 2012
Sultan Mizan hadir taklimat pembangunan Marang

Oleh FAUZI MOHD dan AMIRULLAH OTHMAN

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis taklimat pembangunan Daerah Marang di Pejabat Daerah Marang, hari ini.

Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad.

Turut serta, Tengku Seri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharudin Sultan Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, YB. Alias Abdullah dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar.

Taklimat kira-kira 45 minit itu disampaikan Pegawai Daerah, A. Rahman Che Ali.

-Teganukita Blogspot-
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old March 19th, 2012, 10:37 AM   #206
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

March 19, 2012 15:46 PM
Jambatan Baru Menggantikan Yang Lama Di Sungai Marang

MARANG, 19 Mac (Bernama) -- Sebuah jambatan baru berharga RM80 juta dirancang dibina menggantikan Jambatan Sungai Marang sekarang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut, kata Pegawai Daerah Marang, Abdul Rahman Che Ali.

Bercakap kepada pemberita selepas taklimat pembangunan daerah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang melawat ke pejabat daerah itu pada Isnin, pegawai itu berkata jambatan baru yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 itu mempunyai laluan kenderaan empat lorong.

Katanya, tumpuan diberi terhadap pembinaan jambatan itu sebagai usaha menaiktaraf jambatan Sungai Marang kerana jambatan lama yang sempit itu merupakan laluan utama dan hanya mempunyai dua lorong pergi-balik.

Abdul Rahman berkata jambatan baru itu akan dibina dengan ketinggian sehingga lapan meter bagi membolehkan laluan bot besar persiaran dan bot nelayan di sungai berkenaan walaupun dalam keadaan air pasang.

-- BERNAMA
asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old March 20th, 2012, 04:47 AM   #207
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Quote:
Originally Posted by asyraf View Post

patut dah naiktaraf 5 thn lepas jambatan marang ni........satu lg jambatan manir.....
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old March 20th, 2012, 03:12 PM   #208
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

March 19, 2012 20:10 PM
Sultan Mizan Mahu Anak Muda Terengganu Ceburi Bidang Penternakan Dan Pertanian

MARANG, 19 Mac (Bernama) -- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Isnin bertitah supaya anak muda di negeri itu menceburi bidang penternakan dan pertanian selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu Terengganu muncul sebagai pusat pengeluaran daging ternakan terbesar di Pantai Timur.

Baginda juga menyarankan agar rakyat mencontohi usahawan di negeri ini yang berjaya membina empayar perniagaan dalam industri berkenaan.

Sultan Mizan bertitah demikian selepas mendengar taklimat operasi syarikat penternakan kambing, Cosmopal Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Zainudin Zakaria di Serating di sini hari ini.

Baginda diiringi Sultanah Nur Zahirah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Selepas 12 tahun beroperasi dengan modal RM2.6 juta dan 40 ekor kambing pada tahun 2000, Cosmopal kini antara pengeluar dan pembekal kambing terbesar di Malaysia dengan hasil purata jualan mencecah RM1.3 juta setahun.

-- BERNAMA
asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old March 26th, 2012, 08:36 AM   #209
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

Pusat rawatan penagih dadah dibina di Besut

2012/03/25

KUALA TERENGGANU: Sebuah pusat rawatan bagi penagihan dadah yang dikenali sebagai Klinik Cure And Care (CNC) bernilai kira-kira RM23 juta akan dibina di Kampung Raja, Besut tidak lama lagi.

Pengarah Agensi Antidadah Negeri Terengganu, Abdul Mutalib Abdullah, berkata pembinaan pusat itu sebagai menaik taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) yang sedia ada di situ.

"Pembinaan pusat rawatan CNC di atas tapak Puspen yang akan dirobohkan. Sekarang dalam proses menawarkan tender dan pembinaannya dijangka bermula Jun ini," katanya di sini, hari ini.

Abdul Mutalib berkata, sementara pembinaannya siap yang dijangka dalam tempoh dua tahun, semua kakitangan Puspen serta penghuninya akan ditempatkan di pusat pemulihan penagihan narkotik yang lain.

Beliau berkata, klinik CNC itu akan menempatkan 200 katil yang mampu membantu penagih di sekitar Daerah Besut dan daerah lain di Terengganu mendapat rawatan serta pemulihan.

Katanya, konsep klinik CNC iaitu untuk memberi rawatan kepada penagih yang datang secara sukarela dan tidak terikat seperti tinggal di pusat berkenaan.

"Ia berbeza dengan konsep Puspen apabila penagih yang dimasukkan ke Puspen perlu mendapat perintah Mahkamah. Tetapi pusat CNC ini lebih terbuka dengan penagih sukarela datang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata, di Terengganu terdapat 21,177 ahli Skuad 1Malaysia yang terdiri daripada pertubuhan dan persatuan.

Katanya, antara pertubuhan dan persatuan itu ialah Rakan Antidadah (Rada) membabitkan 17,654 ahli, Persatuan Alumni AADK (2,216), Masyarakat Wanita Antidadah (1,170), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (144), Ahli Lembaga Pelawat (10) dan Pembimbing Rakan (13).

"Objektif kita ialah untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat terutama golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

"Kita menggerakkan Skuad 1Malaysia dan ahli komuniti bagi memerangi masalah dadah dalam komuniti mereka serta menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan terkini kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah," katanya. - BERNAMA
asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old March 31st, 2012, 11:15 AM   #210
syaom
Registered User
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Krai-Seri Iskandar-Bandar Baru Bangi
Posts: 2,764
Likes (Received): 172

Bandar Permaisuri berubah wajah

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com

LOKASI bangunan kedai yang bakal dibina oleh Majlis Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, Terengganu. - UTUSAN/ADNAN MOHAMAD

SETIU 30 Mac - Bandar Permaisuri yang merupakan sebuah pusat pentadbiran utama bagi daerah ini dijangka berubah wajah apabila Majlis Daerah Setiu (MDS) akan membina dua bangunan kedai serta rumah teres bernilai lebih RM11 juta pada tahun ini.

Pelaksanaan tiga projek berkenaan di tiga lokasi sekitar bandar ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, Pusat dan pihak swasta. Ia dilihat akan merancakkan lagi pembangunan daerah Setiu yang turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim berkata, daripada peruntukan itu, pihaknya akan membina sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan enam unit ruang kedai serta pejabat berhampiran Bank CIMB, di sini yang berharga RM3 juta.

...

pusat bandar permaisuri ni katne sebenarnya?kalo lalu jalan utama jerteh setiu tu bleh namapak ke pusat bandar dia?
syaom no está en línea   Reply With Quote
Old March 31st, 2012, 11:28 AM   #211
maafcakap
Registered User
 
Join Date: Jan 2011
Posts: 5,122
Likes (Received): 184

Quote:
Originally Posted by syaom View Post
Bandar Permaisuri berubah wajah

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com

LOKASI bangunan kedai yang bakal dibina oleh Majlis Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, Terengganu. - UTUSAN/ADNAN MOHAMAD

SETIU 30 Mac - Bandar Permaisuri yang merupakan sebuah pusat pentadbiran utama bagi daerah ini dijangka berubah wajah apabila Majlis Daerah Setiu (MDS) akan membina dua bangunan kedai serta rumah teres bernilai lebih RM11 juta pada tahun ini.

Pelaksanaan tiga projek berkenaan di tiga lokasi sekitar bandar ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, Pusat dan pihak swasta. Ia dilihat akan merancakkan lagi pembangunan daerah Setiu yang turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim berkata, daripada peruntukan itu, pihaknya akan membina sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan enam unit ruang kedai serta pejabat berhampiran Bank CIMB, di sini yang berharga RM3 juta.

...

pusat bandar permaisuri ni katne sebenarnya?kalo lalu jalan utama jerteh setiu tu bleh namapak ke pusat bandar dia?
aku pun xperasan bandar die kat mane ntah...k kat yg ade agro bank tu
maafcakap no está en línea   Reply With Quote
Old March 31st, 2012, 01:08 PM   #212
tuan_wu
Registered User
 
tuan_wu's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Trg-^Permata Pantai Timur^
Posts: 2,499
Likes (Received): 65

Quote:
Originally Posted by syaom View Post
Bandar Permaisuri berubah wajah

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com

LOKASI bangunan kedai yang bakal dibina oleh Majlis Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, Terengganu. - UTUSAN/ADNAN MOHAMAD

SETIU 30 Mac - Bandar Permaisuri yang merupakan sebuah pusat pentadbiran utama bagi daerah ini dijangka berubah wajah apabila Majlis Daerah Setiu (MDS) akan membina dua bangunan kedai serta rumah teres bernilai lebih RM11 juta pada tahun ini.

Pelaksanaan tiga projek berkenaan di tiga lokasi sekitar bandar ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, Pusat dan pihak swasta. Ia dilihat akan merancakkan lagi pembangunan daerah Setiu yang turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim berkata, daripada peruntukan itu, pihaknya akan membina sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan enam unit ruang kedai serta pejabat berhampiran Bank CIMB, di sini yang berharga RM3 juta.

...

pusat bandar permaisuri ni katne sebenarnya?kalo lalu jalan utama jerteh setiu tu bleh namapak ke pusat bandar dia?
x besar mana......mcm pekan je....lebih krg cam marang la saiz dia....
tuan_wu no está en línea   Reply With Quote
Old March 31st, 2012, 01:19 PM   #213
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

daerah setiu masih banyak kawasan yang masih belum ditebus guna lagi....mungkin disebabkan faktor kekurangan bilangan penduduk kot....keadaan geografi di sana dah cantik,bersebelahan dengan pantai....
asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old March 31st, 2012, 07:09 PM   #214
sapphire blue
Registered User
 
sapphire blue's Avatar
 
Join Date: Aug 2010
Location: ampang, selangor
Posts: 844
Likes (Received): 134

dulu pnah jd pelatih kat kem plkn setiu..bila pegi bandar permaisuri cam x caya jer (sebab kecik jer rupanyer)
sapphire blue no está en línea   Reply With Quote
Old April 9th, 2012, 01:41 AM   #215
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

Marang Waterfront Kuala Sungai Marang

asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old April 14th, 2012, 08:34 AM   #216
rushdiraziki
Registered User
 
Join Date: Nov 2010
Location: besut
Posts: 332
Likes (Received): 10

Imtiaz Besut jalin kerjasama universiti Jordan, Mesir

Yayasan Terengganu (YT) sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan program pendidikan secara usahasama dengan beberapa universiti luar negara di Kompleks Imtiaz Besut.

Pengarahnya, Zakaria Yusof ketika memberitahu perkembangan tersebut berkata, antara negara luar yang terbabit adalah Jordan dan Mesir.

Beliau menjelaskan, pada masa sama, kompleks yang menelan belanja kira-kira RM50 juta itu mampu menempatkan 1,000 pelajar elit apabila siap dibina menjelang 2014.

"Ini bermakna, kompleks ini bukan sahaja untuk penempatan kira-kira 1,000 pelajar elit, malah, kita akan melaksanakan program pendidikan dengan universiti di Jordan dan Mesir.

"Jadi, kita minta orang ramai supaya bersabar dan mengikis persepsi negatif kononnya kompleks ini akan jadi 'gajah putih'. Sebenarnya kita sedang dalam proses perancangan untuk memastikan kompleks ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya," katanya baru-baru ini.

Beliau mengulas keluhan 'Anaknya Hafiz' dalam ruangan forum Utusan Malaysia yang khuatir kompleks berkenaan bakal menjadi projek 'gajah putih' apabila gagal dimanfaatkan oleh para pelajar secara keseluruhannya.

Zakaria seterusnya menyatakan keyakinannya bahawa program pendidikan dengan universiti luar negara itu turut memberi peluang kepada pelajar menyambung pengajian di kompleks tersebut sebagai persediaan sebelum ke universiti kelak.

Menurutnya, pihaknya kini memberi tumpuan menyiapkan pagar untuk keselamatan kompleks berkenaan daripada sebarang pencerobohan.

Buat sementara waktu, kesemua 500 pelajar Kompleks Imtiaz Besut terpaksa ditempatkan di bangunan baru di Kampung Pelagat, Besut.
rushdiraziki no está en línea   Reply With Quote
Old April 17th, 2012, 08:19 AM   #217
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

April 17, 2012 13:24 PM
Tempahan Bilik, Bot Di Pulau Perhentian Hampir Penuh Sehingga Jun

BESUT, 17 April (Bernama) -- Cuaca panas di kawasan pantai timur sekarang menyaksikan peningkatan ketara pelancong ke Pulau Perhentian dengan tempahan bilik serta bot hampir penuh sehingga bulan Jun ini.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata syarikat pelancongan yang beroperasi di Kuala Besut mencatatkan transaksi memberangsangkan baik daripada pelancong dalam negeri mahupun luar negara.

Pengusaha Penginapan Golden Tropical Holidays Zamri Zakaria ketika ditemui, berkata tempahan yang banyak menyebabkan beliau terpaksa merujuk ramai pelanggan kepada pengusaha lain.

Sementara itu, Ketua Pejabat Jabatan Laut Kuala Besut Mohd Sidek Hassan berkata dari Januari hingga 1 April tahun ini, sejumlah 21,604 pelancong tiba di pulau peranginan tersebut.

Sepanjang tahun lalu, seramai 101,233 pelancong berkunjung ke Pulau Perhentian yang mana tempoh paling ramai ialah pada musim cuti sekolah pada bulan Mei dan Jun, katanya.

-- BERNAMA
asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old April 19th, 2012, 07:09 AM   #218
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

oit....Hotel ape nie ek yang dimajukan oleh syarikat desa perantau bertaraf 4-5 bintang di Pantai Merang???? dah siap belum hotel nie????

Luxury Hotel at Pantai Merang.... (4 star hotel)

asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old April 19th, 2012, 04:31 PM   #219
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

April 19, 2012 17:49 PM
Terengganu Kaji Hadkan Pelancong Ke Pulau Bidong

SETIU, 19 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu sedia membenarkan pelancong mengunjungi Pulau Bidong sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan syarat kedatangan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjaga keindahan alam semula jadi pulau yang belum tercemar itu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri melalui Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan merangka satu mekanisme terbaik bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan.

"Kita akan kaji beberapa aspek antaranya had kedatangan pelancong setiap hari dan apakah bentuk program atau aktiviti yang ingin dilakukan di Pulau Bidong.

"Kita tidak mahu kecantikan pulau ini tercemar sekiranya dikunjungi terlalu ramai pengunjung pada satu-satu masa, namun tidak pula berhasrat menutup peluang kepada pengunjung yang ingin datang ke sini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Kerajaan negeri juga, jelas Ahmad, akan bekerjasama dengan Coral Malaysia untuk menjadikan pertandingan merakam gambar dasar laut dan terumbu karang di perairan Terengganu sebagai kalendar pelancongan negeri.

-- BERNAMA
asyraf no está en línea   Reply With Quote
Old April 21st, 2012, 01:38 PM   #220
asyraf
BANNED
 
Join Date: Jul 2011
Location: Taman permint Kuala Terengganu
Posts: 2,560
Likes (Received): 0

Terengganu bina dewan baru untuk pembangunan sukan gimnastik

2012/04/21

MARANG: Terengganu buat julung kalinya akan mempunyai sebuah dewan gimnastik apabila dewan yang berharga hampir RM1 juta di Kampung Pak Su Man, Bukit Payong siap dibina April tahun depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Zainal Abidin Hussin, berkata dewan berkenaan akan memberi manfaat kepada atlit gimnastik yang kebanyakan berada di sekitar Bukit Payong untuk berlatih.
"Kita harap pembangunan sukan gimnastik di Terengganu akan lebih berkembang dan maju setanding dengan negeri yang lain pada masa depan," katanya selepas mengadakan Solat Hajat sempena pembinaan dewan gimnastik itu.
Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama untuk membina dewan berkenaan.

Beliau berkata, kini kerajaan negeri sedang memberi tumpuan kepada sukan yang kurang popular seperti gimnastik supaya sukan itu lebih berjaya di negeri ini pada masa akan datang.

Zainal Abidin berkata, kawasan seluas kira-kira dua hektar digunakan untuk pembinaan dewan gimnastik itu yang diharap akan melahirkan ramai atlit gimnastik yang berjaya dalam sukan itu pada masa depan.

Beliau berkata, ketika ini latihan gimnastik dijalankan di dewan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Bukit Payong berikutan dewan gimnastik Sekolah Padang Mengkuang didapati tidak selamat.
Sebahagian besar atlit gimnastik negeri Terengganu sekarang ini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong dan sekitarnya di samping Sekolah Sukan Bukit Jalil,” katanya.

Terengganu menggunakan kepakaran jurulatih dari China iaitu Yang Gang, 50, serta dibantu jurulatih tempatan Halimin Madun untuk memberi tunjuk ajar kepada atlit gimnastik negeri ini. - BERNAMA

Last edited by asyraf; April 21st, 2012 at 02:22 PM.
asyraf no está en línea   Reply With Quote

Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

All times are GMT +2. The time now is 02:11 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu