|
|
|
| daily menu » rate the banner | guess the city | one on one |
|
|||||||
| Skyscrapers and Cityscapes Post your photo's here! |
| Global Announcement |
|
SkyscraperCity needs your help to do some house cleaning! please click here for more info! |
![]() |
|
|
Thread Tools | Display Modes |
|
|
#221 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,020
Likes (Received): 390
|
|
|
|
|
|
|
#222 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,020
Likes (Received): 390
|
|
|
|
|
|
|
#224 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,020
Likes (Received): 390
|
Resort City
by ❄tree22❄
|
|
|
|
|
|
#225 |
|
LeArning iS fOreVer.....
Join Date: Dec 2006
Location: Ashford-London-Kuala Lumpur-Pj
Posts: 220
Likes (Received): 0
|
I really like Sabah & Sarawak towns and cities. Very good town planning and clean. Not like cities Klang Valley. Haphazard development and DIRTY.
__________________
STRIVING FOR A CLEANER MALAYSIA |
|
|
|
|
|
#226 |
|
...is the art of space
Join Date: Aug 2007
Location: Antapani City
Posts: 6,068
Likes (Received): 102
|
MIRI Go-Kart circuit looks nice! Where is it exactly? ...near Permy Jaya?
__________________
"YOUR CITIES YOUR RESPONSIBILITIES" - Ridwan Kamil |
|
|
|
|
|
#227 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,635
Likes (Received): 201
|
Gerbang alam semula jadi
Apakah yang ditawarkan oleh bandar raya kedua terbesar Sarawak ini? ![]() -------------------------------------------------------------------------------- Miri, bandar raya dengan maskot kuda laut, menggamit pelawat dengan keindahan semula jadinya dan tarikan hasil tangan manusia. Bandar raya ini yang meliputi kawasan hampir seluas 1,000 kilometer persegi mempunyai lebih 250,000 penduduk majoritinya adalah masyarakat Cina, Iban dan Bidayuh. Bandar kedua terbesar di Sarawak selepas Kuching ini mempunyai garis pantai yang panjang. Ia meliputi jarak 40 kilometer (km) dari Bakam di bahagian barat ke Baram berhampiran sempadan Brunei di timur. Keindahan semula jadi pantai-pantainya masih kekal dan menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan asing. ![]() TITI gantung di Taman Awam Miri antara 14 buah taman awam dan rekreasi di Sarawak. -------------------------------------------------------------------------------- Pantai berpasir Luak Bay Esplanade adalah contoh terbaik. Setiap petang pantai ini menyaksikan pelbagai aktiviti penduduk tempatan untuk beristirehat manakala penjaja menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Sesiapa yang berada di pantai ini boleh menikmati pemandangan indah matahari terbenam dan api dari telaga minyak luar pesisir di ufuk. Grand Old Lady Bukit Telaga Minyak yang berada di bandar adalah tempat pertama sumber minyak ditemui di negara ini. Menara gerudi Grand Old Lady yang diperbuat daripada kayu masih terdapat di tempat asal di mana minyak mula-mula digerudi pada 1910. Ia merupakan mercu tanda Miri. Muzium Sains Petroleum terletak bersebelahan dengan telaga itu. Dari parkir di belakang bangunan muzium ini pelawat boleh melihat latar langit Miri. ![]() MENARA gerudi Grand Old Lady yang diperbuat daripada kayu menjadi mercu tanda Miri. -------------------------------------------------------------------------------- Pengunjung berpeluang melihat dengan jelas pusat bandar Miri yang didominasi oleh bangunan rendah dan hanya terdapat beberapa bangunan tinggi seperti Yu Lian Plaza. Pemandu pelancong, Dolic Docco yang menetap di Miri lebih 10 tahun menjelaskan, tidak banyak bangunan tinggi yang dapat dibina di sini kerana Miri berada di atas tanah yang lembap. Pemandangan dari Bukit Telaga Minyak mendatangkan kepuasan kerana bukan sahaja keseluruhan bandar Miri kelihatan tetapi juga sempadan Miri-Brunei serta telaga minyak yang terletak jauh di laut dan loji penapis minyak di Lutong. Taman awam dan rekreasi Memandangkan Sarawak adalah negeri yang luas, Miri mampu memiliki sehingga 14 buah taman awam dan rekreasi yang luas. Miri City Fan, yang tapaknya berbentuk kipas tradisional Cina menerima pengiktirafan kerana landskapnya. Bersama sebuah promenade, air pancut muzik dan ampiteater ia berperanan sebagai lokasi bagi pertunjukan. Satu lagi taman yang menarik ialah Taman Awam Miri dengan ciri-ciri tradisionalnya. Berjalan di atas titi gantung, walaupun ia menyebabkan sedikit rasa pening, menawarkan pemandangan yang cantik. Satu lagi tempat yang menarik ialah Tamu Muhibbah iaitu sebuah pasar basah, di Jalan Tanjung. Pasar ini menawarkan hasil pertanian Sarawak. Pelbagai jenis beras tanah tinggi, belacan, herba, ikan terubuk masin dan lada hitam Sarawak boleh didapati di sini. Tetapi apa yang menarik perhatian ialah pasar basah ini kelihatan begitu bersih dan kering. Lopak-lopak air dan bau tidak menyenangkan tiada di sini. Hiburan malam dan makanan Miri mempunyai bilangan orang luar yang bekerja dalam sektor petroleum dan hiburan malam salah satu komponen penting bagi mereka. Orang ramai dari Bintulu, Niah dan Bekenu turut bertandang ke sini. Warga Brunei juga datang ke Miri khasnya pada hujung minggu menjadikan malam minggu lebih meriah. Dolic menjelaskan, Miri menawarkan pelbagai bentuk hiburan malam. ![]() JUTAAN kelawar akan keluar dari Gua Rusa untuk mencari makanan di sekitar Taman Negara Mulu setiap kali menjelang senja. -------------------------------------------------------------------------------- Pusat Komersil Pelita yang berada di Jalan Miri-Pujut merupakan tempat tumpuan hiburan malam. Mengenai makanan, jangan lupa juadah tempatan seperti midin (ulam), umai (jeruk ikan), kangkung dan ulam paku goreng belacan dan cangkok manis yang digoreng dengan telur. Juga jangan lupakan laksa Sarawak. Oleh kerana terletak berdekatan dengan laut, Miri merupakan syurga makanan laut. Miri merupakan gerbang alam semula jadi yang kaya di Sarawak. Pelancong boleh sampai dengan mudah ke Mulu, dan tiga lagi taman negara - Niah, Lambir dan Loagan Bunut. Gua Rusa di Mulu, satu tapak warisan UNESCO, merupakan kamar batu terbesar di dunia. Perjalanan dengan kapalterbang ke Mulu, yang terletak 100 kilometer ke timur Miri, mengambil masa 25 minit. Jika anda mahukan perjalanan yang lebih mencabar, perjalanan dengan bot yang mengambil masa satu hari. Ambil bas atau kereta dari Miri, kemudian bot ekspres menyusuri Sungai Baram hingga ke Marudi dan seterusnya Long Terawan (rumah panjang Berawan). Dari situ anda boleh meneruskan perjalanan dengan bot panjang ke ibu pejabat Taman Mulu. ![]() MASKOT bandar raya Miri, kuda laut setinggi 25 meter ini dibina daripada gangsa. -------------------------------------------------------------------------------- Semasa dalam perjalanan anda boleh singgah di beberapa buah rumah panjang. Miri semakin dilihat sebagai syurga penyelam memandangkan perairannya yang kaya dengan batu karang. Banyak lagi untuk dilihat di Miri. Maklumat lanjut atau bantuan untuk mengatur lawatan anda boleh hubungi Dolic di dolicdocco@yahoo.com.my. - Bernama |
|
|
|
|
|
#228 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,020
Likes (Received): 390
|
Upgrading of Pujut and Puchong Interchange, Miri, Sarawak
The Upgrading of Interchange between Miri and Lutong is a project approved for implementation under the 9MP. The project consist of two main sections namely Section 1-Pujut Interchange and Section 2-Puchong Interchange The upgrading adopted a design concept for the superstructure that is slim and open to provide pleasing aesthetics and minimum visual obstruction for motorists. The roads and bridges are constructed to JKR U5 standard with a design speed of 80km/hr and the bridges have a vertical clearance of 5.4m. The Upgrading of the Pujut Interchange involves the construction of 2 flyover bridges one for the Miri - Lutong direction and the other the Lutong - Miri direction with lengths of 498m and 508m respectively. Each bridge carries two 3.5m traffic lanes with marginal strips on both sides of the carriageway. http://www.globalupline.com/index1.html
|
|
|
|
|
|
#229 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,635
Likes (Received): 201
|
250,000 kunjungi Citarasa Malaysia 2008
Oleh SUMI MALENG ![]() Chriss Sigang George melayan pengunjung di tapak Jom Makan-makan Citarasa Malaysia 2008. -------------------------------------------------------------------------------- MIRI 24 Jun - Selepas empat hari berkampung di bandar raya ini, Citarasa Malaysia 2008 menutup tirai acaranya hari ini dengan menyaksikan kira-kira 250,000 orang pengunjung membanjiri tapak pesta tersebut, kelmarin. Acara berkonsepkan promosi makanan dan hiburan masyarakat itu ternyata berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung termasuk dari negara jiran, Brunei. Sekalung pujian boleh diucapkan kepada pihak penganjur kerana masih mampu menarik perhatian pengunjung meskipun terpaksa bersaing dengan pelbagai acara besar lain yang diadakan di bandar raya ini sepanjang tempoh tersebut. Ini kerana, pada tempoh sama bandar raya Miri turut menjadi penganjur kepada dua lagi acara penting dalam kalendar pelancongan negeri iaitu Triatlon Antarabangsa Miri 2008 dan Karnival Permotoran dan Sukan Air Bakam 2008. Sehubungan itu, bagi pengerusi penganjur Citarasa Malaysia, Mohammad Tuah Jai, bilangan pengunjung yang hadir ternyata memuaskan hati pihak penganjur. Sekali gus katanya, jumlah itu melepasi sasaran awal yang menjangkakan kehadiran sekitar 50,000 pengunjung sehari. "Kita amat berpuas hati kerana program ini yang diadakan buat kali kedua di sini telah mendapat sambutan memberangsangkan. "Sepanjang program ini berlangsung, kita lihat ribuan pengunjung telah datang sama ada untuk membeli makanan mahupun mengambil bahagian dalam acara-acara yang diadakan," katanya semasa ditemui di sini, kelmarin. Beliau berkata, pengunjung ternyata tidak melepaskan peluang untuk merasakan sendiri kelazatan dan keunikan makanan tradisional yang terdapat di negara ini. "Apa yang saya perhatikan, makanan berjaya dijual dengan begitu laris termasuk dari 12 buah negeri yang mengambil bahagian," katanya. Katanya, sebanyak 90 buah gerai dibuka sepanjang program itu diadakan termasuk buah gerai yang mewakili negeri-negeri seperti Johor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Langkawi, Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah. ''Selain persembahan artis, pengunjung dihiburkan dengan pelbagai acara seperti pertandingan karaoke, gubahan bunga, teh tarik dan demonstrasi masakan," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata, kementeriannya akan meneruskan penganjuran Citarasa Malaysia pada masa akan datang. ''Ia berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di seluruh negara sepanjang program ini diadakan," katanya. Citarasa Malaysia diperkenalkan sejak 2001 dan merupakan salah satu daripada acara mega anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. Acara yang memaparkan kepelbagaian makanan tradisional dari seluruh negara dan keunikan buah-buahan tropika ini merupakan antara usaha kementerian terbabit untuk mengekal dan memperkenalkan kepelbagaian makanan dan buah-buahan. |
|
|
|
|
|
#230 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,635
Likes (Received): 201
|
Marina@Miri
![]()
|
|
|
|
|
|
#231 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,020
Likes (Received): 390
|
|
|
|
|
|
|
#233 |
|
Registered User
Join Date: Feb 2007
Posts: 2,485
Likes (Received): 8
|
Piped gas for whole of Miri
By Jacqueline Raphael MIRI: Infrastructure Development and Communication Assistant Minister Lee Kim Shin said Sarawak Gas Distribution (SGD) targets to supply piped gas to the whole of Miri within the next two years. According to him, SGD’s project which commenced three years ago covers various housing areas including Kampung Pujut Padang Kerbau and Kampung Katong in Lopeng. “SGD has another two years to cover the whole of Miri. Currently, some 20 houses in Kampung Katong are already equipped with pipe gas. “Installation works will proceed to Hospital Miri. Other housing areas are Desa Senadin, Desa Pujut, Permyjaya New Township and a number of industrial areas,” he told reporters after launching the facility at Kampung Katong yesterday. SGD Sdn Bhd general manager Chua Sing Wan was also present. Meanwhile, a resident of Kampung Lopeng, Yong Ah Sui, when met said he was very excited with the new piped gas and had been waiting for the facility to be available in his area for almost 60 years. He added that piped gas was much cheaper as the bill was less that RM10 a month compared to cylinder gas, the price of which had gone up. |
|
|
|
|
|
#234 |
|
Wealth Intelligence
Join Date: Aug 2008
Posts: 314
Likes (Received): 0
|
By Apooha...
![]()
|
|
|
|
|
|
#240 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,635
Likes (Received): 201
|
Parkson set to invest RM20m in new stores
By DAVID TAN It also plans to re-launch Miri outlet in January “We will also re-launch a renovated Parkson outlet in Miri on Jan 10, in time to serve our customers for the Chinese New Year,” he added. |
|
|
|
![]() |
| Thread Tools | |
| Display Modes | |
|
|