daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.

Reply

Thread Tools
Old October 23rd, 2009, 01:42 PM   #761
arief_malaysia96
hostel life
 
Join Date: Aug 2009
Location: perak
Posts: 1,268
Likes (Received): 3

dengar citer...................parking di KBTC nie menakutkan........
ye ker????
kereta susah nak naik ker????
__________________
i know what have i said . but it was a long time ago . now , i'm getting older .

Last edited by arief_malaysia96; October 24th, 2009 at 09:06 AM.
arief_malaysia96 no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old October 23rd, 2009, 01:43 PM   #762
arief_malaysia96
hostel life
 
Join Date: Aug 2009
Location: perak
Posts: 1,268
Likes (Received): 3

Quote:
Originally Posted by rizalhakim View Post
Mydin to open hypermarts in all key towns

NILAI: Mydin Mohamed Holdings Bhd plans to open hypermarkets in all the key towns in Malaysia like Kuantan, Johor Baharu and Seberang Prai in the long run.

Its managing director, Datuk Ameer Ali Mydin, said the company would open two hypermarkets in Meru Raya and Manjoi in Perak by 2011.

"The areas have been identified and the proposals are now in 'planning approval' stage," he told reporters after the opening of the 46th 'My Mydin' mini market which is based on eco-retail concept in Kota Seriemas near here on Friday.

He said currently, the company has three hypermarkets in Subang Jaya, Melaka and Kuala Terengganu.

Ameer said the RM70 million wholesale hypermarket in Kubang Krian, Kelantan would start operations in January 2010 and would hire 450 staff.

He said the company would also build 30 more 'My Mydin' mini markets in the Klang Valley next year.

"The company will franchise the mini markets once it has built at least 50 branches. This is to ensure more entrepreneurs get to run the mini markets," he said.

Ameer said the Kota Serimas mini market was different from its other branches.

"It is built with attractive landscaping to give shoppers the peace of mind and comfort.

"It has also a surau, a reception area, children's playground, free parking, and kioks selling all types of products," he said.

He said the company aimed to make the Kota Serimas mini market a 'one-stop centre' for the locals to buy provisions and allow them to interact and organise various activities. - BERNAMA
__________________
i know what have i said . but it was a long time ago . now , i'm getting older .
arief_malaysia96 no está en línea   Reply With Quote
Old October 24th, 2009, 12:46 AM   #763
syaom
Registered User
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Krai-Seri Iskandar-Bandar Baru Bangi
Posts: 2,768
Likes (Received): 174

Quote:
Originally Posted by arief_malaysia96 View Post
dengar citer...................parking bawah tanah di KBTC nie menakutkan........
ye ker????
kereta susah nak naik ker????
kbtc ade parking bawah tanah ke??bukan kat tingkat atas ke..
syaom no está en línea   Reply With Quote
Old October 24th, 2009, 08:34 AM   #764
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by arief_malaysia96 View Post
dengar citer...................parking bawah tanah di KBTC nie menakutkan........
ye ker????
kereta susah nak naik ker????
tak tau la pulak ada underground parking....tapi parking ke tingkat atas tu mmg mengerunkan...tak pernah lagi jumpa jalan parking mencerun mcm tu selama kawe merantau ke bbrp tempat dunia...kecut telor wor..
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old October 24th, 2009, 09:06 AM   #765
arief_malaysia96
hostel life
 
Join Date: Aug 2009
Location: perak
Posts: 1,268
Likes (Received): 3

oooooooooopppppsssss.................parking KBTC kat atas ker????oooo......sorry..........silap
__________________
i know what have i said . but it was a long time ago . now , i'm getting older .

Last edited by arief_malaysia96; October 24th, 2009 at 09:16 AM.
arief_malaysia96 no está en línea   Reply With Quote
Old October 24th, 2009, 07:35 PM   #766
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,346
Likes (Received): 262

Quote:
Originally Posted by arief_malaysia96 View Post
kesian kan???nasib baik penerbangan tu ke luar negara...........huhu......

-------------------------------------------------------------------------------------------------

kadang-kadang sya terpikir gak knapa airport KT lagi besar dari airport MLK.....

sedangkan MLK lagi maju daripada KT.....PELANCONG pun ramai........dan MLK juga akan menjadi tuan rumah bagi macam-macam kejohanan.
contoh:
-SUKMA 2010
-Bowling Piala Dunia 2009

tp takpalah........nanti,lama2 byk la flight kat MLAKA tu............
terengganu byk bagi federal duit, kitaorg takdeler bagi byk sangat, jadi mmgle federal akan bagi barang baik kt KT.. takperler, harap2 kerajaan luluskanler permintaan si tony fernandes tu nak jaga airport..

oh tak tahu pulak yg kelantan ni keluarkan minyak lagi byk dari sabah(kate nik aziz ler)...

pada pandangan saya ler kalau kelantan mintak duit royalty dr federal mmg takkkan dapat, baik buat komitee utk pastikan berapa byk yg federal dapat dari bumi kelantan dan pastikan duit itu dibelanjakan di situ juga,kalau buat mcm ni tak bolehler pak naib tuduh yg royalti tu permainan politik, dan mungkin harapan utk merasa duit tu tercapai. tolak ckit ler utk pengurusan negara dan bagi ckit kat negri2 yg lain, kesian diorang..
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old October 26th, 2009, 03:38 AM   #767
koghey
Registered User
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 396
Likes (Received): 12

Defisit Kelantan dijangka melebar RM29.50 juta tahun depan
KOTA BHARU 25 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2010 dengan defisit dijangka melebar kepada RM29.50 juta berbanding RM20.29 juta pada tahun ini.
Dalam bajet yang bertemakan Bajet Memacu Dalam Hemat itu, perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM416.88 juta manakala perolehan hasil berjumlah RM387.38 juta.
Anggaran hasil tahun 2010 menunjukkan peningkatan 12.24 peratus berbanding anggaran hasil 2009 yang berjumlah RM339.98 juta, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.
Bajet itu memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu penjanaan ekonomi untuk rakyat, pembinaan insan kamil melalui Islam dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan nasib golongan daif, kurang upaya, ibu tunggal dan warga emas.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa membentangkan bajet itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Peningkatan hasil pada tahun depan berpunca daripada kenaikan beberapa sumber tertentu akibat penyemakan semula oleh jabatan-jabatan setelah mengambil kira pungutan sebenar hasil yang diperoleh tahun ini.
Hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM110.59 juta atau 28.55 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil namun ia menunjukkan penurunan sebanyak RM6.38 juta dibandingkan dengan Bajet 2009.
''Kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan kesedaran kepada pemilik-pemilik tanah agar menjelaskan premium dan cukai tanah serta tunggakan menerusi kempen dan usaha bersepadu oleh semua Pejabat Tanah," ujar Husam.
Katanya, kerajaan negeri juga berharap semua agensinya berusaha mempertingkatkan hasil dan mencari punca hasil baru melalui pendekatan kreatif dan proaktif.
Perhutanan pula menyumbangkan sejumlah RM107.48 juta atau 27.74 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil iaitu peningkatan sebanyak RM12.51 juta.
Daripada keseluruhan anggaran bajet, RM181.30 juta diperuntukkan untuk projek pembangunan termasuk RM95 juta daripada sumber pinjaman dengan penekanan kepada usaha meningkatkan prasarana bagi memajukan tahap sosio ekonomi.
Menurut Husam, selain mengharapkan royalti minyak bagi menambahkan lagi punca hasil, kerajaan negeri telah membuat tuntutan caj kawasan tadahan dan caj stratum Empangan Pergau kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM91 juta bersama dengan bayaran ke belakang sejak 1923.
Di samping itu, kerajaan negeri bercadang memperkenalkan skim pelaburan berbentuk perkongsian melalui tawaran pembelian saham dalam industri perladangan kelapa sawit seluas 400 hektar yang dijangka dapat menjana hasil RM200 juta.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika ditemui di luar dewan mempersoalkan sikap kerajaan negeri yang tidak berusaha mencari sumber baru bagi menambahkan hasil negeri.
''Yang ada disebut pun soal tuntutan royalti minyak. Saya tidak mempersoalkan hak dan keistimewaan itu tetapi sepatutnya kita menggunakan akal fikiran untuk terus menjana pendapatan lebih besar bagi kesejahteraan rakyat.
''Pas sudah memerintah hampir 20 tahun dan mengapa cuma terus bergantung kepada sumber-sumber alam sedia ada. Kewangan yang terbatas tidak harus selamanya dijadikan alasan," ujarnya.
Beliau menarik perhatian perancangan mengatasi soal pengangguran dan peluang pekerjaan bagi lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak disentuh dalam bajet.

Pelancongan mesin penjana utama ekonomi
KOTA BHARU 25 Okt. - Sektor pelancongan masih menjadi penjana utama ekonomi negeri dengan menyumbang sebanyak RM1.59 bilion dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan sepanjang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, hasil tersebut dijana daripada kemasukan 4.94 juta pelancong ke negeri ini termasuk dari luar negara.
"Sektor ini masih kekal sebagai yang utama dalam menjana ekonomi Kelantan serta membuka peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat," katanya.
Husam berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2010 Bagi Tempoh Penggal Kedua di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah kemasukan pelancong yang tinggi pada tahun lalu terus menunjukkan petanda positif apabila sehingga Julai tahun ini, seramai 2.78 juta pelancong telah berkunjung ke negeri ini.
Daripada jumlah itu katanya, sejumlah 293,108 pelancong adalah dari negara luar.
"Memandangkan angka positif yang dicapai ini, Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan akan terus menjalankan beberapa program yang akan merancakkan lagi kemasukan pelancong.
"Bagi program tahunan sedia ada, ia akan dimantapkan lagi seperti permainan tradisional, persembahan kebudayaan dan kesenian, pertandingan suara burung ketitir, pesta wau antarabangsa dan beberapa program penghayatan bulan Ramadan," jelas beliau.
Katanya, bagi tahun 2010, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3.1 juta yang akan dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur pelancongan, memberi galakan, mempromosikan produk tempatan serta membangunkan kebudayaan.
Tambahnya, destinasi pelancongan sama ada dibangunkan oleh kerajaan atau swasta perlu dilengkapkan dengan infrastruktur, penyelenggaraan dan kemudahan agar dapat memuaskan hati pengunjung.

Pantai Cahaya Bulan jadi Zon Warisan
KOTA BHARU 25 Okt. - Keseluruhan kawasan pusat rekreasi Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan sepanjang kawasan bermula dari Jalan Sungai Keladi sehingga ke Kuala Besar di sini telah diwartakan sebagai Zon Warisan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, zon itu dibahagi dua iaitu Warisan Ketara dan Warisan Tidak Ketara sebagai langkah menjaga tradisi dan kebudayaan negeri ini.
Katanya, pengiktirafan itu adalah bertepatan dengan kegiatan ekonomi di situ yang tertumpu kepada penghasilan produk kraf tangan dan cenderahati yang mencerminkan budaya tempatan.
"Kami telah melakukan kajian dan mendapati tidak ada mana-mana tempat di Malaysia yang mempunyai lebih 10 warisan di sepanjang satu jalan," katanya.
Takiyuddin menjawab soalan lisan Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Gaal) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Katanya, bagi memudahkan pengurusan warisan tersebut, ia turut dibahagikan kepada beberapa zon iaitu Zon Sejarah yang menampilkan kawasan seperti makam Che Siti Wan Kembang.
"Zon Kraf Tangan dan Industri Desa pula adalah melibatkan kawasan penempatan yang ekonominya tertumpu kepada produk tradisional seperti pembuatan keris, batik, songket dan makanan tempatan.
"Dua lagi adalah Zon Perkampungan yang melibatkan kawasan inap desa dan urut tradisional serta Zon Eko iaitu kawasan sekitar pesisir pantai," jelasnya.

Mubaligh Kristian aktif di penempatan Orang Asli
KOTA BHARU 25 Okt. - Kerajaan negeri menyedari kehadiran ramai mubaligh Kristian yang memasuki beberapa penempatan Orang Asli di negeri ini untuk menyebarkan fahaman mereka secara aktif.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, usaha yang dilakukan itu semakin berleluasa ketika ini dan sukar dibendung.
Jelasnya, kerajaan negeri sejak sekian lama telah menjalankan beberapa dasar termasuk melatih kalangan Orang Asli sebagai ustaz dan diberi bayaran elaun untuk menyebarkan dakwah di kawasan pedalaman.
Bagaimanapun katanya, kekangan kewangan yang dihadapi menyebabkan tidak semua penempatan tersebut dapat dimasuki.
"Kita mengakui memang banyak usaha penganut agama lain menyebarkan fahaman mereka di beberapa pos Orang Asli di seluruh negeri.
"Malah ada beberapa kawasan yang sangat jauh dan memakan masa sehingga lima jam berjalan kaki pun mereka sudah sampai sedangkan kita sendiri belum pernah ke tempat itu," katanya.
Mohd. Amar menjawab soalan lisan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Mohd. Amar berkata, mubaligh-mubaligh Kristian mempunyai sokongan dana yang kuat untuk melancarkan aktiviti mereka sehingga ke kawasan yang sukar dijejaki.
Selain itu katanya, golongan itu mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dengan pasangan Orang Asli dan tinggal bersama bagi memudahkan penyebaran ajaran agama mereka.
Sehubungan itu Mohd. Amar berkata, kerajaan masih lagi meneruskan pemberian insentif sebanyak RM10,000 kepada mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang sanggup berkahwin dan tinggal dengan masyarakat Orang Asli.
"Insentif ini masih ada sampai sekarang selain banyak lagi usaha kita seperti memilih golongan ini menjadi peserta ladang rakyat dan diberi bayaran elaun," tambahnya.
koghey no está en línea   Reply With Quote
Old October 26th, 2009, 05:34 AM   #768
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by koghey View Post

article ni ambik mano...pls appreciate tukang kare cito ni..
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old October 26th, 2009, 05:41 AM   #769
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by daeng_jal View Post
terengganu byk bagi federal duit, kitaorg takdeler bagi byk sangat, jadi mmgle federal akan bagi barang baik kt KT.. takperler, harap2 kerajaan luluskanler permintaan si tony fernandes tu nak jaga airport..

oh tak tahu pulak yg kelantan ni keluarkan minyak lagi byk dari sabah(kate nik aziz ler)...

pada pandangan saya ler kalau kelantan mintak duit royalty dr federal mmg takkkan dapat, baik buat komitee utk pastikan berapa byk yg federal dapat dari bumi kelantan dan pastikan duit itu dibelanjakan di situ juga,kalau buat mcm ni tak bolehler pak naib tuduh yg royalti tu permainan politik, dan mungkin harapan utk merasa duit tu tercapai. tolak ckit ler utk pengurusan negara dan bagi ckit kat negri2 yg lain, kesian diorang..
kalu kerajaan pusat tak sir wi duit royalti pun at least wat la highway yg moden ikut karak gua musang..sapa kb..tak po la ore kelate doh kalis doh dgn layane kerajaan pusat ...doh 20 tahun doh...walau pun ini tanggungjwb keraje pusat..doh nak wat guano lagi kalu demo tak trbuka ati..
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old October 26th, 2009, 05:00 PM   #770
sisi diri
RECKONER
 
Join Date: Apr 2009
Location: :KB::CJ::SK:
Posts: 104
Likes (Received): 0

bulatan menara jam
[IMG][/IMG]

tempat kuliah jumaat
[IMG][/IMG]

area wakaf che yeh
[IMG][/IMG]
sisi diri no está en línea   Reply With Quote
Old October 26th, 2009, 05:52 PM   #771
sisi diri
RECKONER
 
Join Date: Apr 2009
Location: :KB::CJ::SK:
Posts: 104
Likes (Received): 0

hehe ngepeng sikit
[IMG][/IMG]

bazar mpkb mnunggu masa dirobohkn
[IMG][/IMG]
sisi diri no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 02:14 AM   #772
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

OUTDATED NEWS BUT STILL RELEVANT...

August 11, 2009 20:25 PM

Thailand's New Local Products Centre In Wakaf Che Yeh

KOTA BAHARU, Aug 11 (Bernama) -- Thailand will soon open its small and medium industries (SMI) local products centre in Wakaf Che Yeh here to sell its national products in Kelantan's markets.

Royal Thai Consul-General Surapon Petch-vra said the Thai One Tambun (sub-district) One Product (Otop) would be operated by the end of the month to intoduce Thailand's latest handicraft, food, ornament and clothing made by its villagers.

He said Thai Otop's aim was to get the Thais know their neighbouring country better, via Kelantan, and invite its businessmen to trade here. If the Otop business is a success, it would be introduced to Terengganu and Pahang.

Surapon said although the situation in Southern Thailand was calm, the internal flow of businesses was deteriorating, adding that the move to open up Thai Otop was appropriate for Thailand's entrepreuners to break new ground.

In view of this, he added, the consulate held a special meeting with Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to locate a suitable residence for Thai investors in the state.

He said the residence would eventually be called 'Thailand Village', adding that one of the areas identified was Bandar Baru Tunjong here.

Surapon said discussions with the state government also included bilateral business opportunities for Kelantan's SMI's products to be sold in Thailand.

-- BERNAMA
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 02:51 AM   #773
koghey
Registered User
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 396
Likes (Received): 12

Quote:
Originally Posted by Sampak View Post
kalu kerajaan pusat tak sir wi duit royalti pun at least wat la highway yg moden ikut karak gua musang..sapa kb..tak po la ore kelate doh kalis doh dgn layane kerajaan pusat ...doh 20 tahun doh...walau pun ini tanggungjwb keraje pusat..doh nak wat guano lagi kalu demo tak trbuka ati..
TINDAKAN KERAJAAN PUSAT MENGANAKTIRIKAN KELANTAN DARI SEGI PEMBANGUNAN, TIDAK UBAH SEPERTI LAYANAN KERAJAAN THAI TERHADAP WILAYAH SELATAN THAI.
PEMIMPIN KITA SELALU MENYELAR PERBUATAN THAILAND, TETAPI PADA MASA YANG SAMA TIDAK SEDAR YANG KITA SENDIRI MENGAMALKANNYA. BAK KATA PEPATAH KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK.
WALAU PUN DEMIKIAN, DI SELATAN THAI (DEKAT SEMPADAN KELANTAN), ADA JUGA DIBINA LEBUH RAYA YANG CANTIK DAN TIDAK ADA TOL. CUBA TENGOK DALAM GOOGLE MAP.

JIKA PERKARA INI BERTERUSAN, TIDAK MUSTAHIL PADA SUATU HARI NANTI RAKYAT KELANTAN AKAN MEMBERONTAK UNTUK TUBUH NEGARA SENDIRI. JANGAN PULA PEMERINTAH MENYALAHKAN RAKYAT NEGERI INI YANG LEBIH 90% MELAYU ISLAM DAN MELETAKKAN PARTI PAS SEBAGAI PENGGANAS!
koghey no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 03:35 AM   #774
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by koghey View Post
TINDAKAN KERAJAAN PUSAT MENGANAKTIRIKAN KELANTAN DARI SEGI PEMBANGUNAN, TIDAK UBAH SEPERTI LAYANAN KERAJAAN THAI TERHADAP WILAYAH SELATAN THAI.
PEMIMPIN KITA SELALU MENYELAR PERBUATAN THAILAND, TETAPI PADA MASA YANG SAMA TIDAK SEDAR YANG KITA SENDIRI MENGAMALKANNYA. BAK KATA PEPATAH KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK.
WALAU PUN DEMIKIAN, DI SELATAN THAI (DEKAT SEMPADAN KELANTAN), ADA JUGA DIBINA LEBUH RAYA YANG CANTIK DAN TIDAK ADA TOL. CUBA TENGOK DALAM GOOGLE MAP.

JIKA PERKARA INI BERTERUSAN, TIDAK MUSTAHIL PADA SUATU HARI NANTI RAKYAT KELANTAN AKAN MEMBERONTAK UNTUK TUBUH NEGARA SENDIRI. JANGAN PULA PEMERINTAH MENYALAHKAN RAKYAT NEGERI INI YANG LEBIH 90% MELAYU ISLAM DAN MELETAKKAN PARTI PAS SEBAGAI PENGGANAS!
INI DISEBABKAN OLEH PARA PEMIMPIN PUSAT YANG BODOH SOMBONG DAN BONGKAK.. UNITY GOVERNMENT DAN MENYATUKAN MELAYU KONON..
NEGERI YANG 95% MELAYU PUN TAK MO TOLONG...APA KEJADAH NYA CAKAP NAK TOLONG MELAYU...
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 08:50 AM   #775
syaom
Registered User
 
Join Date: Aug 2009
Location: Kuala Krai-Seri Iskandar-Bandar Baru Bangi
Posts: 2,768
Likes (Received): 174

Quote:
Originally Posted by Sampak View Post
article ni ambik mano...pls appreciate tukang kare cito ni..
article 2 aku rasa dari harakahdaily..portal berita pun nk kena credit jgk ke..
syaom no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 10:01 AM   #776
koghey
Registered User
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 396
Likes (Received): 12

Quote:
Originally Posted by Sampak View Post
article ni ambik mano...pls appreciate tukang kare cito ni..
ARTIKEL INI DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA PADA 26 OKTOBER 2009.
koghey no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 10:09 AM   #777
koghey
Registered User
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 396
Likes (Received): 12

Quote:
Originally Posted by Sampak View Post
INI DISEBABKAN OLEH PARA PEMIMPIN PUSAT YANG BODOH SOMBONG DAN BONGKAK.. UNITY GOVERNMENT DAN MENYATUKAN MELAYU KONON..
NEGERI YANG 95% MELAYU PUN TAK MO TOLONG...APA KEJADAH NYA CAKAP NAK TOLONG MELAYU...
Terutama Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang memerintah selama lebih 20 tahun.

Malam tadi dalam TV3, dia kata Nik Aziz sudah nyanyuk dan perlu berundur diri dari menjadi Menteri Besar Kelantan.
koghey no está en línea   Reply With Quote
Old October 27th, 2009, 10:31 AM   #778
Sampak
Registered User
 
Sampak's Avatar
 
Join Date: Dec 2008
Posts: 482
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by koghey View Post
Terutama Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang memerintah selama lebih 20 tahun.

Malam tadi dalam TV3, dia kata Nik Aziz sudah nyanyuk dan perlu berundur diri dari menjadi Menteri Besar Kelantan.
Buke TGNA yg nyanyuk..tapi dia yang nyanyuk sbb tu la pembangunan di setiap negeri tak balance....tengok la negeri dia ngan langkawi..mace2 pojek buat..kalu tak dok dia...bekali kedah lebih miskin dr kelate..
sorry ore kedah ya...tapi mmg realiti la..
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote
Old October 28th, 2009, 02:58 AM   #779
koghey
Registered User
 
Join Date: Sep 2009
Posts: 396
Likes (Received): 12

ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 27/10/2009
Stadium Sultan Muhamad IV tidak terurus?

KOTA BHARU 26 Okt. - Keadaan dan kedudukan Stadium Sultan Muhamad IV yang tidak strategik dan tidak terurus mendapat perhatian wakil rakyat pada Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) dan Muhamad Mustafa (Pas-Demit).

Mohd. Adhan pada sesi perbahasan Bajet 2010 berkata, kerajaan sewajarnya menyalurkan peruntukkan kepada Pebadanan Stadium Muhamad IV bagi memperbaiki keadaan stadium tersebut yang telah uzur.

''Saya dapati sudah lama tiada peruntukan untuk Perbadanan Stadium sedangkan stadium kita ini sudah lama. Bola sepak boleh menjadi faktor penyatuan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik.

''Walaupun ada disebut oleh kerajaan negeri nak bina stadium baru di Tunjong, takut nak buat saja (sekadar tinggal cadangan), saya rasa lokasi sedia ada ini terlalu penuh, saya bimbang jika sesuatu tidak diingini berlaku,'' katanya.

Mohd Adhan turut meminta kerajaan negeri memberi bantuan kewangan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk meningkatkan mutu sukan berkenaan dengan kehadiran ramai penonton ke stadium secara tidak langsung memberi pendapatan kepada perbadanan tersebut.

''Sejak bola sepak Kelantan meningkat kebelakangan ini menerusi usaha bekas Ketua Pembangkang (Tan Sri Annuar Musa, Presiden Kafa), penonton semakin ramai ke stadium dan ini memberi sumbangan kepada perbadanan, kerajaan negeri pun tak bantu KAFA, jadi patut bagi sumbangan sebagai token,'' katanya.

Terdahulu, Muhamad ketika mengemukakan soalan tambahan berkata, kedudukan stadium tersebut ditengah bandar menimbulkan kesesakan setiap kali menjelang perlawanan bola sepak.

Katanya, selain daripada kedudukan stadium, keadaannya juga tidak terurus dan sewajarnya kerajaan membina sebuah stadium baru.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Muhamad, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dalam jawapan lisannya berkata, kerajaan negeri sudah mempunyai tapak di kawasan Tunjong untuk dibangunkan dengan pembinaan sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhamad IV.

Beliau berkata, perbadanan itu sedang membuat kajian terperinci supaya pelaksanaan stadium baru tidak tergendala dan kerja menaik taraf stadium lama akan dilaksanakan selepas stadium baru siap sepenuhnya.
koghey no está en línea   Reply With Quote
Old October 28th, 2009, 03:58 AM   #780

Boleh sesiapa beritahu stadium mana kat Malaysia ni yang betul2 fully occupied setiap kali ada perlawanan bola sepak...
Kalu nak wat stadium baru make sure jange ambil geng2 yg wat stadium negeri sblh...dari peringkat org atas sampai ke kontraktor..kan tak pasal2 ramai yg mati katak...
ambil aja kontraktor yg wat jambatan lama sultan yahya petra tu tak silap tahun 1974...tahan lasak beb...
__________________
WELCOME TO WCY...
Sampak no está en línea   Reply With Quote

Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

All times are GMT +2. The time now is 02:26 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu