daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy (aug.2, 2013) | DMCA policy | flipboard magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.



Reply

 
Thread Tools
Old January 22nd, 2013, 01:13 PM   #3541
empayarkuantan
East Coast City
 
empayarkuantan's Avatar
 
Join Date: Oct 2012
Location: Kuantan
Posts: 140
Likes (Received): 14

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG


(from myksr : pic 2010)


(from epam : pic May 2012)
__________________
Empayar Kuantan
Little news from Kuantan!
empayarkuantan no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old January 22nd, 2013, 11:39 PM   #3542
empayarkuantan
East Coast City
 
empayarkuantan's Avatar
 
Join Date: Oct 2012
Location: Kuantan
Posts: 140
Likes (Received): 14

TARIKAN TERBARU LOMBONG SUNGAI LEMBING



Sebelum ini, umum hanya mengetahui tentang lombong bijih timah di Sungai Lembing yang mempunyai terowong terpanjang dan terdalam di dunia suatu ketika dulu melalui penceritaan dan maklumat yang diperoleh daripada sumber bacaan atau internet.

Namun kini, impian orang ramai khususnya generasi muda untuk memasuki kawasan tinggalan sejarah itu menjadi realiti apabila Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menaik taraf lombong berkenaan untuk memberikan peluang kepada pengunjung merasai pengalaman yang menarik itu.

Untuk itu, pembukaan semula lombong tersebut mencatat sejarah tersendiri dan menjadi sesuatu yang amat istimewa terutama kepada bekas pekerja lombong dan penduduk Sungai Lembing yang pernah mencari rezeki di situ.

Terowong yang suatu ketika dahulu digunakan untuk kegiatan melombong itu telah diubah suai bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri suasana sebenar dan mengetahui bagaimana operasi untuk mengeluarkan bijih timah dijalankan.

Dengan bayaran berpatutan, RM30 untuk dewasa dan RM15 kanak-kanak manakala RM60 dewasa dan RM30 kanak-kanak bagi pelancong luar negara, pembukaan semula terowong berkenaan selepas ditutup sepenuhnya pada 1986, bakal menjadi daya penarik terbaharu kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Untuk memasuki lombong itu, pengunjung akan dibawa menaiki lokomotif yang terletak di pintu masuk utama melalui landasan kereta api yang dibina sepanjang 80 meter bagi memulakan perjalanan meneroka kawasan khazanah berharga itu.

Lombong yang telah diubah suai serta dijamin keselamatannya akan memberikan pengembaraan yang menyeronokkan apabila di kiri kanan terowong terdapat pelbagai paparan maklumat secara terperinci.

Maklumat yang dipaparkan bermula daripada lombong itu ditemui dan beroperasi sehingga penutupannya menerusi alat-alat interaktif, paparan audio visual, replika peralatan melombong, simulator dan pelbagai lagi cukup bermanfaat kepada pengunjung.

Menyusuri terowong sepanjang 600 meter itu, pengunjung tentunya akan membayangkan suasana yang gelap dan panas serta kekurangan oksigen.

Namun, sebaliknya apabila sepanjang berada di dalam lombong, pengunjung akan menikmati suasana yang nyaman hasil daripada sistem pengudaraan unik yang telah dicipta oleh pengusaha lombong ini sejak dari dahulu lagi.

Pelbagai pengalaman menarik akan ditempuhi sepanjang pengembaraan termasuklah mengunjungi Lubang Sejuta, Kiew, laluan ke Lombong Myah, selain dapat mencuba alatan interaktif yang ada serta memperoleh maklumat terperinci melalui paparan-paparan visual yang disediakan.

Sepanjang perjalanan meneroka 'dunia bawah tanah zaman silam' itu, pengunjung diberi penerangan oleh kakitangan bertugas bagi memudahkan mereka memperoleh maklumat lebih lengkap.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaakob, berkata, sebanyak 12 patung pelombong lengkap dengan peralatan ditempatkan di sepanjang terowong berkenaan bagi memberikan gambaran kepada pelancong kaedah melombong yang digunakan pada zaman dulu.

Menurutnya, terowong asal di lombong tersebut adalah sepanjang 322 kilometer dengan kedalaman antara 610 hingga 700 meter, namun kerja-kerja pengubahsuaian hanya dapat dilakukan sebahagian sahaja memandangkan membabitkan kos yang besar, selain faktor keselamatan.

"Bagaimanapun, kami memberi jaminan setiap pengunjung pasti berpuas hati sebaik memasuki lombong ini kelak kerana bukan saja dapat merasai suasana lombong tetapi mengetahui pelbagai maklumat berkaitan.

"Selain informasi, pengunjung berpeluang melihat tapak peninggalan sejarah tersohor seperti Lubang Sejuta yang sering menjadi sebutan penduduk setempat kerana dikatakan menjadi tumpuan pelombong haram menggali bijih besi selepas ditutup pada 1986," katanya.

Zulkilfi berkata, pihaknya yakin pembukaan semula lombong itu dapat menarik kedatangan ramai pelancong ke pekan Sungai Lembing, yang sebelum ini turut dikenali sebagai 'El Derado Timur'.

"Sebagai usaha menambahkan lagi daya tarikan pelancong, pihak kami menawarkan hadiah menarik kepada pengunjung ke 100,000 dan 500,000.

"Selain itu, kami turut menerima reaksi positif daripada pakar arkeologi dari seluruh dunia yang menunjukkan minat untuk ke sini bagi melakukan kajian mereka," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari Norway, Jim Olsen, 28, berkata, memasuki terowong Sungai Lembing ini membuatkan dirinya begitu teruja kerana dapat melihat sendiri struktur dalamannya yang masih kukuh.

"Ditambah dengan informasi yang padat serta binaan patung manusia dalam pelbagai posisi seperti mendulang dan mengorek, alatan seperti topi keselamatan, lampu berkuasa bateri dan pelbagai lagi memberikan gambaran situasi sebenar aktiviti melombong dilakukan.

"Jika dapat diperluaskan lagi kawasan lombong itu, pasti memberikan kepuasan yang lebih mendalam terutama kepada mereka yang suka membuat kajian dan meneroka khazanah alam," katanya ketika ditemui.

Bagi pelajar, Norsyakirah Norsalehin, 14, meneroka kawasan tinggalan lombong itu memberikan satu pengalaman yang berharga buat dirinya apatah lagi ini merupakan kali pertama mengunjungi lokasi tersebut.

"Sebelum ini, saya hanya mendengar tentang lombong bijih timah di Sungai Lembing ini melalui internet sahaja, namun kini saya berpeluang melihat sendiri bersama keluarga," jelasnya.

Pengalaman itu turut dikongsi bersama bapanya, Norsalehin Husin, 40, yang menyifatkan orang ramai, khususnya generasi muda harus mengambil peluang berkunjung ke tempat pelancongan terbaru di negeri ini bagi merasai sendiri pengalaman berharga itu.

"Pada mulanya, perasaan sedikit gementar apabila menaiki lokomotif menuju ke dalam terowong itu, namun mula bertukar menjadi teruja apabila melihat di sekeliling kawasan manakala aspek keselamatan tetap diutamakan.

"Pengalaman merasai sendiri 'kiew' atau lif yang digunakan untuk mengangkut pekerja keluar masuk dari aras lombong sedalam 1,000 meter itu membuatkan kita lebih menghargai kepayahan pekerja lombong pada masa itu untuk mencari rezeki," katanya yang bertugas sebagai anggota tentera di sini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Paha...#ixzz2IkMahbu2
© Utusan Melayu (M) Bhd
__________________
Empayar Kuantan
Little news from Kuantan!
empayarkuantan no está en línea   Reply With Quote
Old January 22nd, 2013, 11:59 PM   #3543
empayarkuantan
East Coast City
 
empayarkuantan's Avatar
 
Join Date: Oct 2012
Location: Kuantan
Posts: 140
Likes (Received): 14

KUANTAN TOWN LAYOUT

__________________
Empayar Kuantan
Little news from Kuantan!

Last edited by empayarkuantan; January 23rd, 2013 at 12:17 AM.
empayarkuantan no está en línea   Reply With Quote
Old January 23rd, 2013, 12:20 AM   #3544
EmpayarPahang
Amateur Media
 
EmpayarPahang's Avatar
 
Join Date: Jun 2012
Location: Kuantan
Posts: 166
Likes (Received): 21

LATEST PROGRESS KUANTAN MEDICAL CENTRE

















__________________

More picture, find us on FB ''Empayar Pahang Amateur Media '' For enquiry, email : empayarpahang@gmail.com
Empayar Pahang Amateur Media
[/CENTER]
EmpayarPahang no está en línea   Reply With Quote
Old January 23rd, 2013, 11:59 PM   #3545
EmpayarPahang
Amateur Media
 
EmpayarPahang's Avatar
 
Join Date: Jun 2012
Location: Kuantan
Posts: 166
Likes (Received): 21

REVIEW : COMMERCIAL LOT BALOK













__________________

More picture, find us on FB ''Empayar Pahang Amateur Media '' For enquiry, email : empayarpahang@gmail.com
Empayar Pahang Amateur Media
[/CENTER]
EmpayarPahang no está en línea   Reply With Quote
Old January 27th, 2013, 02:49 PM   #3546
epul_quantown
Registered User
 
Join Date: Jan 2008
Posts: 547
Likes (Received): 31

UTC Kuantan @ Terminal Makmur

from : http://www.bernama.com/bernama/state...=918651&cat=tm

UTC Kuantan Dijangka Beroperasi Mac 2013

KUANTAN, 31 Dis (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di Terminal Makmur yang bakal menempatkan lebih 30 agensi swasta dan jabatan kerajaan dijangka mula beroperasi Mac tahun depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Zulkifli Yaacob, UTC Kuantan merupakan yang keempat selepas Melaka, Kuala Lumpur dan Ipoh.

"Dengan adanya UTC di sini, ia dapat memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan jabatan-jabatan di satu tempat yang strategik," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat MPK di sini, Isnin.

UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan akses kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung termasuk tempat rekreasi melalui Program Transformasi Bandar.

Sementara itu, Zulkifli berkata MPK sedang mengenal pasti kawasan yang strategik dan sesuai untuk peniaga di Terminal Makmur yang akan dipindahkan.

"Kita tidak akan mengabaikan peniaga-peniaga di situ. Mereka akan dipindahkan ke kawasan berhampiran.

Tapak perniagaan itu kita akan maklumkan dalam masa terdekat," katanya.

-- BERNAMA
epul_quantown no está en línea   Reply With Quote
Old January 28th, 2013, 04:49 AM   #3547
zoomsbooms
Registered User
 
Join Date: Mar 2012
Posts: 441
Likes (Received): 29

in march?erm..dun think so..maybe the earliest is april..depending on the completion of new bus terminal at indera mahkota..and also renovation take place about two to three months..in case we get a good contractor..haha
zoomsbooms no está en línea   Reply With Quote
Old January 29th, 2013, 08:55 AM   #3548
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 35,262
Likes (Received): 719

http://rdo.com.my

Wazlian Tower Kuantan
Client : Wazlian Group




__________________

MujahidRusydi liked this post
rizalhakim no está en línea   Reply With Quote
Old January 29th, 2013, 11:16 AM   #3549
MujahidRusydi
Registered User
 
MujahidRusydi's Avatar
 
Join Date: Jan 2013
Location: Alor Setar, Sungai Petani, Araw n Langkawi
Posts: 391
Likes (Received): 24

Quote:
Originally Posted by rizalhakim View Post
http://rdo.com.my

Wazlian Tower Kuantan
Client : Wazlian Group




wow cantek nyer kat mana nie...dah wat ke blom
__________________
Home Sweet Home
MujahidRusydi no está en línea   Reply With Quote
Old January 30th, 2013, 03:57 AM   #3550
empayarkuantan
East Coast City
 
empayarkuantan's Avatar
 
Join Date: Oct 2012
Location: Kuantan
Posts: 140
Likes (Received): 14

MCKIP tarik perhatian China



Malaysia terus mendapat perhatian dari kerajaan China untuk menjalankan usaha sama ekonomi dua hala menerusi projek pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang menelan nilai pelaburan bersama berjumlah RM1.5 bilion.

Usaha sama itu adalah kesinambungan projek perindustrian kedua-dua negara sebelum ini telah dilaksanakan di Qinzhou, China yang ketika ini berjaya menarik empat pelabur tempatan untuk menjalankan operasi perniagaan ke lokasi terbabit sejak tahun lalu.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaburan RM1.5 bilion itu kebanyakannya disumbangkan pelabur domestik bagi merancakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dari China yang diunjurkan mencecah RM7.5 bilion menjelang 2020. Beliau berkata, projek (MCKIP) mempunyai keluasan kira-kira 607 hektar itu terletak di Gebeng, Kuantan dijangka memulakan projek pembangunannya pada suku pertama ini dan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mustapa berkata, pembukaan MCKIP juga dijangka mewujudkan 5,500 peluang pekerjaan kepada pelbagai pihak dan ini adalah langkah bagi meningkatkan pembabitan penduduk tempatan hasil pelaburan asing ke Malaysia.
__________________
Empayar Kuantan
Little news from Kuantan!
empayarkuantan no está en línea   Reply With Quote
Old January 30th, 2013, 03:58 AM   #3551
empayarkuantan
East Coast City
 
empayarkuantan's Avatar
 
Join Date: Oct 2012
Location: Kuantan
Posts: 140
Likes (Received): 14

RM25 juta bina UTC Terminal Makmur



Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi menaik taraf Terminal Makmur di sini sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan yang dijangka siap sepenuhnya April ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail berkata, kontrak pembinaan UTC telah diserahkan dan kerja-kerja pembinaan akan mengambil masa selama enam minggu.

"Proses membuat reka bentuk dalam proses terakhir. Kita jangka UTC akan mula beroperasi April ini," katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Katanya, pusat itu akan merangkumi sebanyak 50 jabatan kerajaan yang akan menjalankan perkhidmatan sehingga pukul 10 malam dan akan dibuka sepanjang hari termasuk Sabtu dan Ahad.

"Dengan adanya pusat tersebut di sini, orang ramai dapat berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Paha...#ixzz2JQLaSTl7
© Utusan Melayu (M) Bhd
__________________
Empayar Kuantan
Little news from Kuantan!
empayarkuantan no está en línea   Reply With Quote
Old January 30th, 2013, 04:01 AM   #3552
empayarkuantan
East Coast City
 
empayarkuantan's Avatar
 
Join Date: Oct 2012
Location: Kuantan
Posts: 140
Likes (Received): 14

China minat melabur di MCKIP

Syarikat-syarikat dari China telah menunjukkan minat mendalam untuk melabur di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Pahang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, syarikat-syarikat ini berminat untuk melabur dalam taman perindustrian meskipun terdapatnya isu-isu politik berkaitan dengan projek Lynas di Gebeng.

"Syarikat-syarikat ini langsung tidak menimbulkan isu ini (Lynas) walaupun mereka menyedari mengenai kilang dan lokasinya yang amat hampir dengan MCKIP," kata beliau dalam persidangan akhbar mengenai taman perindustrian itu di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan China sendiri telah menunjukkan minat dengan MCKIP berikutan lokasi taman itu yang strategik, iaitu kira-kira 1,104 batu nautika ke Taman Perindustrian Qinzhou, China, dengan anggaran tiga hingga empat hari tempoh penghantaran dari MCKIP.

MCKIP lahir hasil daripada respons kepada Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia yang telah diberikan status peringkat negara oleh Majlis Negara China.

Taman itu akan menjadi taman perindustrian pertama di Malaysia, dibangunkan bersama-sama oleh Malaysia dan China, pada anggaran kos pembangunan kasar RM1.5 bilion.

MCKIP, yang akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun ini, dijangka mewujudkan 5,500 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan RM7.5 bilion menjelang 2020.

Majlis pecah tanah untuk taman itu akan diadakan pada 5 Februari 2013 dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mustapa berkata, projek MCKIP ini tepat pada masanya memandangkan hubungan Malaysia-China pada masa ini sudah sampai ke kemuncaknya.

"Jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada tahun 2011 berjumlah sehingga RM1.194 bilion sementara untuk tempoh Januari hingga Julai tahun lepas, MIDA telah meluluskan pelaburan bernilai RM230.7 juta," kata beliau.

Untuk tahun 2013, Mustapa berkata, kerajaan menjangkakan tidak kurang daripada RM1 bilion pelaburan akan diluluskan oleh MIDA, dirangsang oleh promosi yang rancak dan persekitaran pelaburan yang lebih baik. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekon...#ixzz2JQM9XhyD
© Utusan Melayu (M) Bhd
__________________
Empayar Kuantan
Little news from Kuantan!
empayarkuantan no está en línea   Reply With Quote
Old January 30th, 2013, 09:30 AM   #3553
zoomsbooms
Registered User
 
Join Date: Mar 2012
Posts: 441
Likes (Received): 29

Quote:
Originally Posted by MujahidRusydi View Post
wow cantek nyer kat mana nie...dah wat ke blom
not yet..but i think the location is in front of the esplanade..

well, there are more development entering soon especially in the Kota SAS area (new state administrative center, new state mosque, new state police headquarters and the list go on..but we just have to wait)..also in Tanjung Lumpur Area (recently some of the area have been sold to the big retailer and will be develop into shopping area, but dont know when..also the new expansion of HTAA, but right now they are looking for vacant land)..

it makes me excite..but it wandering me when all of these will be taking off..hahahaha
zoomsbooms no está en línea   Reply With Quote
Old January 31st, 2013, 02:03 AM   #3554
EmpayarPahang
Amateur Media
 
EmpayarPahang's Avatar
 
Join Date: Jun 2012
Location: Kuantan
Posts: 166
Likes (Received): 21

LATEST PROGRESS INTERGRATED BUS TERMINAL INDERA MAHKOTA









































__________________

More picture, find us on FB ''Empayar Pahang Amateur Media '' For enquiry, email : empayarpahang@gmail.com
Empayar Pahang Amateur Media
[/CENTER]

Logisticstan liked this post
EmpayarPahang no está en línea   Reply With Quote
Old January 31st, 2013, 08:26 AM   #3555
zoomsbooms
Registered User
 
Join Date: Mar 2012
Posts: 441
Likes (Received): 29

where are the shoplots?waiting area?lobby?lounge?ticket booth?do anyone have the layout plan for both floor?
zoomsbooms no está en línea   Reply With Quote
Old February 1st, 2013, 01:37 PM   #3556
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,177
Likes (Received): 188

Quote:
Originally Posted by zoomsbooms View Post

not yet..but i think the location is in front of the esplanade..

well, there are more development entering soon especially in the Kota SAS area (new state administrative center, new state mosque, new state police headquarters and the list go on..but we just have to wait)..also in Tanjung Lumpur Area (recently some of the area have been sold to the big retailer and will be develop into shopping area, but dont know when..also the new expansion of HTAA, but right now they are looking for vacant land)..

it makes me excite..but it wandering me when all of these will be taking off..hahahaha
So kota SAS will be across the river from the town?.

Sound sweet
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote
Old February 3rd, 2013, 07:08 AM   #3557
agate8
Registered User
 
agate8's Avatar
 
Join Date: Jul 2011
Location: Kuantan-KL-Ipoh
Posts: 639
Likes (Received): 27

Quote:
Originally Posted by zoomsbooms View Post
not yet..but i think the location is in front of the esplanade..

well, there are more development entering soon especially in the Kota SAS area (new state administrative center, new state mosque, new state police headquarters and the list go on..but we just have to wait)..also in Tanjung Lumpur Area (recently some of the area have been sold to the big retailer and will be develop into shopping area, but dont know when..also the new expansion of HTAA, but right now they are looking for vacant land)..

it makes me excite..but it wandering me when all of these will be taking off..hahahaha
Which big retailer? Tunas Manja?
__________________
Life is like this dark tunnel. You may not always see the light at the end of the tunnel, but if you keep moving, you will come to a better place
agate8 no está en línea   Reply With Quote
Old February 4th, 2013, 05:33 PM   #3558
zoomsbooms
Registered User
 
Join Date: Mar 2012
Posts: 441
Likes (Received): 29

Quote:
Originally Posted by daeng_jal View Post
So kota SAS will be across the river from the town?.

Sound sweet
nope..kota SAS is situated in the north of Indera Mahkota..Indera Mahkota and Tanjung Lumpur is two new growth area eyed by the state/federal government to put their headquarters..
zoomsbooms no está en línea   Reply With Quote
Old February 4th, 2013, 05:35 PM   #3559
zoomsbooms
Registered User
 
Join Date: Mar 2012
Posts: 441
Likes (Received): 29

Quote:
Originally Posted by agate8 View Post
Which big retailer? Tunas Manja?
apparently..and to make things excited..

NOT..
zoomsbooms no está en línea   Reply With Quote
Old February 4th, 2013, 05:58 PM   #3560
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,177
Likes (Received): 188

Quote:
Originally Posted by zoomsbooms View Post

nope..kota SAS is situated in the north of Indera Mahkota..Indera Mahkota and Tanjung Lumpur is two new growth area eyed by the state/federal government to put their headquarters..
Well, putting it at indra mahkota would probably aren't as sweet. But I guess that the most likely area as lots of gomen Office are already there.


I hope they have a grand plan. Because last i was there, think they actually build teres houses just across tg lumpur bridge
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 03:20 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu