daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine | posting guidelines

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.



Global Announcement

As a general reminder, please respect others and respect copyrights. Go here to familiarize yourself with our posting policy.


Reply

 
Thread Tools
Old November 15th, 2011, 09:38 AM   #3541
DTan1990
Registered User
 
Join Date: Oct 2011
Posts: 560
Likes (Received): 57

I don't want to sounds like a negative person but let's take an example
Pavilion KL take around 3-4 years to build their shopping mall .Then it takes at least 9 months to have full tenants .
If This mall can complete at 2015 .then it must be a very FAST process .
DTan1990 no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old November 15th, 2011, 09:41 AM   #3542
wilsonlim80
Registered User
 
Join Date: Oct 2011
Location: aLoR seTaR
Posts: 254
Likes (Received): 7

Quote:
Originally Posted by dean87 View Post

tak sure la bro, kena tanya bro emjay la kot....kalo ikutkan, from my xperience, paling awal selalunya a week after the groundbreaking ceremony...
Harap harap lah Dean
wilsonlim80 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 09:43 AM   #3543
wilsonlim80
Registered User
 
Join Date: Oct 2011
Location: aLoR seTaR
Posts: 254
Likes (Received): 7

Quote:
Originally Posted by DTan1990 View Post
I don't want to sounds like a negative person but let's take an example
Pavilion KL take around 3-4 years to build their shopping mall .Then it takes at least 9 months to have full tenants .
If This mall can complete at 2015 .then it must be a very FAST process .

perhaps the state government do understand tht Alor Setarians are hunger for new mall......so they built it in a very FAST process...
wilsonlim80 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 11:19 AM   #3544
johan is
Registered User
 
Join Date: Nov 2010
Location: Sungai Petani, Alor Setar, KL
Posts: 6,108
Likes (Received): 373

Quote:
Originally Posted by Zulhelmi View Post
Mati la wei... Sultan pun puji Kerajaan PAS Kedah... Kalau di Perak nuh, Sultan tak suka kerajaan PR.

Aku rasa mungkin barisan exco Kedah baguih2 kot.. Mcm Amiruddin tu.. dia engineer dan muda lagi.
maybe kat Kedah ni tak banyak konflik mcm PR kat Perak. banyak tangan2 jahat. hahaha
johan is no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 11:47 AM   #3545
manman
manman
 
Join Date: Feb 2010
Location: alor setar
Posts: 440
Likes (Received): 30

Tuanku Sultan pun puji kerajaan negeri dalam usaha membangunkan semula plaza Tunku Yaakob(aman central)...
manman no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 01:16 PM   #3546
anak muda
Registered User
 
Join Date: Nov 2011
Location: alor setar/shah alam
Posts: 169
Likes (Received): 1

Quote:
Originally Posted by manman View Post
Tuanku Sultan pun puji kerajaan negeri dalam usaha membangunkan semula plaza Tunku Yaakob(aman central)...
betul2...sejak aku lhir kt a/s ney..dok tgok bngunan bruk tu ja..cemuih btoi,,dlu dalam tahun 2004 lpas naik traf bndaraya pown ada gak papan tanda projek kt plaza tunku yaakob tuh..kononya nk wat bngunan komersial 10 tgkat..
tggu2 nothing hppen!!''//hrap2 kali ney btul2...
anak muda no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 02:53 PM   #3547
Jamis
Registered User
 
Join Date: Dec 2009
Posts: 193
Likes (Received): 13

Aman Central pulihkan projek terbengkalai 30 tahun
Selasa, 15 November 2011 16:39 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM | PDF | Cetak | E-mail

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri membuat satu lagi catatan cemerlang di negeri ini apabila berjaya membangunkan semula projek yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu.

Bangunan yang dibina atas tapak seluas 750,000 kaki persegi dengan nama Aman Central akan siap dalam masa 32 bulan telah disempurnakan pecah tanah oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau berharap pembinaan kompleks berjalan lancar dan pihak pemaju Belleview Group Company mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi pihak Kerajaan Negeri.

Projek bernilai RM500 juta ini dijangka siap sepenuh pada tahun 2014 menempatkan pasaraya di tingkat bawah dengan ruang utama untuk bahagian pakaian berjenama dan outlet makanan dan minuman, barangan elektrik dan perabot, kedai buku, tempat letak kereta serta bahagian aktiviti sukan dalaman.

Setelah 30 tahun terbengkalai pelbagai masalah berjaya diatasi termasuklah urusan pembelian daripada pihak pemilik tanah dan bangunan-bangunan yang terdapat di atas tapak tanah berkenaan.

Beliau memberitahu, pembangunan pusat membeli-belah ini akan dilaksanakan oleh Syarikat Great Realty Development Sdb Bhd iaitu syarikat usahasama yang ditubuhkan bagi memajukan projek Aman Central ini.

Projek ini mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan sejak 17 Ogos 2009 berikutan pengambilan balik tanah tapak Plaza Tunku Yaakob dan juga wakaf tapak surau Salihiah Kanchut.

“Kita dah atasi semua masalah undang-undang yang ada, bayaran dah buat, pampasan dah bagi kepada waris-waris. Semua RM36. 9 juta termasuk RM1.48 juta untuk Majlis Agama (iaitu) ganti rugi tanah surau dan bangunan,” katanya.

Dengan terbinanya pusat beli belah ini akan mewujudkan peluang kerja kepada penduduk tempatan dijangka mencecah ratusan sekali gus mencetuskan peningkatan pembangunan ekonomi negeri Kedah.

Peluang kerja ini akan diisi oleh semua rakyat Kedah tidak mengira keturunan sama-sama membangunkan Bandaraya Alor Setar dan merancakkan lagi ekonomi negeri Kedah.

Turut hadir pada majlis itu Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah YB Dato’ Dr Isa Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Paduka Rasli Basir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Dato’ Md Noh Ahmad, Ketua Eksekutif PKNK Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Belleview Dato’ Sonny Ho dan ketua-ketua jabatan


Sumber : Warta Darulaman
Jamis no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 03:44 PM   #3548
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

Bajet 2012 cuba elak defisit bajet
Selasa, 15 November 2011 16:40 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengambil kira untuk tidak meningkatkan Bajet 2012 bagi mengelak defisit bajet yang besar serta membebankan di masa hadapan. Ini berdasarkan beberapa pengalaman keruntuhan ekonomi akibat defisit kewangan yang dijadikan iktibar.

Bagi tahun 2012 prospek ekonomi global tidak menentu mengambil kira suasana di beberapa negara yang membimbangkan serta ditambah dengan kelempaban ekonomi negara maju dan tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak dan krisis hutang yang melanda beberapa negara Eropah yang mana kerajaan Kedah menjangka kesan negatife akan menimpa kapada ekonomi dunia secara keseluruhan.

Oleh yang demikian dalam Ucapan bajet 2012 Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, berdasarkan senario seperti ini maka kerajaan menjangka akan berlaku pertumbuhan ekonomi pada kadar yang sederhana.

“Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup di kalangan rakyat negeri ini melalui usaha menghasilkan bahan-bahan makanan,” katanya.

Katanya, kemasukan pelaburan dalam bidnag pembuatan untuk beberapa tahun ini menunjukkan trend yang konsisten. Ini berdasarkan jumlah pelaburan diterima pada tahun 2009 sebanyak RM1.5 bilion dan meningkat kepada RM1.96 bilion pada tahun 2010. Untuk tahun ini sehingga Ogos 2011 jumlah pelaburan sebanyak RM725 juta.

Menurutnya, jumlah ini menunjukkan pelabur khususnya pelabur asing menaruh kepercayaan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Kedah seterusnya kerajaan akan meningkat usaha bagi lebih banyak pelabur menerusi konsep ‘Mesra Pelabur’.

Beliau menegaskan amalan pengurusan kewangan yang cermat dan berhemah akan terus dilaksanakan. Menurut penyata kewangan tahun 2010 kerajaan negeri mencapai surplus iaitu lebihan berbanding perbelanjaan dalam akaun kumpulam disatukan sebanyak RM22.5 juta.

Perbelanjaan berhemah ini mengambil iktibar dari ayat Quran surah Yusuf ayat 43 hingga 49 yang meramalkan mimpi Raja Mesir yang membawa maksud menyimpanlah ketika mewah dan apabila tiba musibah hasil tidka menjadi simpanan itu boleh digunakan.

Dari aspek penghasilan baru Kedah akan mendapat royalti lumayan sumber bijih besi di beberapa daerah. Tindakan teliti sedang dilakukan olah pihak pentadbiran tanah dan syarikat-syarikat yang terlibat.

Bajet 2012 menyediakan peruntukan RM1.008 bilion bagi melaksanakan pelbagai program yang disusun memajukan ekonomi dan memberi kesejahteraan rakyat. Dari jumlah itu sebanyak RM570 juta adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, RM259 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan sebanyak RM179 juta bagi perbelanjaan bekalan air.

Di bawah peruntukan mengurus sebanyak 38 peratus untuk bayaran emolument, 19 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan, 38 peratus untuk pemberian dan kenaan tetap, 2 peratus untuk pembelian asset, manakala 3 peratus untuk lain-lain perbelanjaan.


Bagi peruntukan pembangunan pula sebanyak 57.6 peratus disediakan untuk projek infrastruktur, 12.96 peratus untuk pertanian, 16.9 peratus untuk pentadbiran dan 13.84 peratus untuk kemudahan sosial.

Jumlah hasil kerajaan negeri bagi tahun 2012 dianggarkan sebanyak RM550.8 juta . Jumlah hasil dianggarkan meningkat sebanyak 5.61 peratus ebrbanding hasil tahun 2011 yang berjumlah RM521.5 juta. Kerajaan negeri yakin anggaran hasil yang ditetapkan ini dapat dicapai berikutan rekod kutipan hasil sebenar yang meningkat setiap tahun.

Prestasi kutipan hasil sebenar pada tahun 2007 adalah RM78.9 juta berbanding angagran. Kutipan hasil telah meningkat kepada 91.96 pada tahun 2010. Pencapaian ini menununjukkan dasar yang diamalkan oleh kerajaan dan kesungguhan bekerja semua kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan amanah dan dedikasi.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 03:45 PM   #3549
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

Peluang untuk 25 ribu rakyat yang perlukan rumah
Selasa, 15 November 2011 17:56 | Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 15 November 2011 – Kerajaan negeri yakin projek membina rumah mampu milik di seluruh Kedah akan memberi peluang kepada kira 25 ribu keluarga yang mendaftar untuk memiliki rumah sendiri.

Berucap sempena Ucapan Bajet 2012, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat , Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah melantik STDC iaitu anak syarikat kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik di Kampung Seberang Terus dan Kampung Telok, Yan setelah fasa 1 projek Bandar Sejahtera di Pokok Sena mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Selain itu, kerajaan negeri juga komited untuk membangunkan semula Kampung Kilat selain dua projek rumah mampu milik di Kuala Ketil dan Bandar Darul Aman.

“Dianggarkan kira-kira 1300 unit rumah akan dibina dan pembinaannya akan bermula pada tahun hadapan,” jelas beliau.

Di samping itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama dari sebuah yayasan yang bermurah hati memberi sumbangan membina 100 buah rumah untuk keluarga miskin di Yan. Kerja-kerja asas telah dimulakan dan pembinaan akan dimulakan pada akhir Disember 2011.

“Ada pihak membangkitkan kononnya projek perumahan tersebut dibatalkan, sebenarnya kawasan tapak projek seluas 15 ekar selesai ditambun pada Jun yang lalu.

“Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak membina rumah sehingga tanah tapak projek kukuh dan mantap,” terangnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga menerima sumbangan dari sebuah syarikat untuk membina rumah mampu milik di Simpang Tiga, Sungai Daun, Yan yang bakal dimulakan pada tahun 2012.

Sejumlah RM5 juta disediakan untuk menyelenggara, membaik pulih dan urusan pengeluaran hakmilik perumahan awam untuk meningkatkan kualiti kehidupan penyewa sedia ada.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat diadakan di Wisma Darul Aman.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 03:49 PM   #3550
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

Sultan Kedah kesal hospital belum dibina

ALOR SETAR, 15 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kesal kerana perancangan pembinaan hospital di daerah Pendang dan Bandar Baharu masih belum terlaksana sehingga kini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, penggal keempat, mesyuarat Bajet 2012 pagi tadi.

Titah baginda lagi, kegagalan kerajaan persekutuan menyediakan infrastruktur awam itu mengakibatkan rakyat menghadapi kesukaran apabila terpaksa bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan di luar daerah.

Justeru baginda berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan susulan agar kemudahan hospital yang dimaksudkan dapat disediakan demi kebaikan rakyat di negeri itu.

Baginda turut berbangga dengan kejayaan kerajaan negeri melaksanakan projek-projek utama yang dirancang melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera.

Menurut baginda, perlaksanaan projek-projek melibatkan pertanian, pembuatan, pelancongan dan pembangunan insan memberikan impak positif kepada ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Tindakan kerajaan negeri membangunkan semula Plaza Tunku Yaakub yang telah sekian lama terbengkalai dan pembangunan semula Kuala Kedah serta pembangunan bandar baru di Pokok Sena juga mendapat penghargaan.

Selain itu, baginda turut menghargai usaha murni kerajaan negeri mewujudkan Maahad Tahfiz Sains yang bakal membentuk generasi intelek berakhlak mulia dan mampu menguasai Al-Quran sebagai panduan di dalam kehidupan mereka.

Sehubungan itu baginda berharap proses tersebut hendaklah dijalankan secara berterusan bagi memastikan projek yang dirancang dapat memberikan faedah kepada semua pihak.

Terdahulu baginda berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan 130 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Kuala Lumpur.


yg mana satu ek pembangunan kola kedah? da stat ka belum lg ek?
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 03:52 PM   #3551
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

Quote:
Originally Posted by anak muda View Post
betul2...sejak aku lhir kt a/s ney..dok tgok bngunan bruk tu ja..cemuih btoi,,dlu dalam tahun 2004 lpas naik traf bndaraya pown ada gak papan tanda projek kt plaza tunku yaakob tuh..kononya nk wat bngunan komersial 10 tgkat..
tggu2 nothing hppen!!''//hrap2 kali ney btul2...
agak ar...mcm selalu je kena tipu ngn papan tanda tuh, satu lg kat jln putra pun ada gak..
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 03:59 PM   #3552
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

MB Kedah bentang Bajet 2012 berjumlah RM1.008 billion
Oleh : SH UTARA/MOHD IDROS MOHD ALI
Tarikh : November 15, 2011

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentangkan Bajet 2012 berjumlah RM1.008 bilion di Dun Kedah di sini petang ini.

Ia membabitkan RM570 juta untuk perbelanjaan mengurus, RM259 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM179 juta untuk perbelanjaan bekalan air.

Antara yang mendapat peruntukan tinggi dalam perbelanjaan mengurus ialah Jabatan Kerja Raya kira-kira 46.5 juta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (RM43.6 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran (RM27.4 juta), Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM23.4 juta), Jabatan Perhutanan (RM14.6 juta) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (RM12.5 juta).

Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pula menerima RM32.8 juta manakala Pejabat Sultan Kedah mendapat RM11.5 juta.

Azizan turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki dan membina rumah keluarga miskin pada tahun depan selain RM50,000 bagi setiap Dun bagi kerja membaiki rumah keluarga miskin pada akhir tahun ini.

"Bantuan sebanyak RM100 kepada seorang pelajar daripada setiap keluarga yang berdaftar dengan e-sinar sehingga 31 Oktober 2011 akan diberikan pada awal tahun depan sebagai bantuan meringankan beban membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka,

"Bantuan Skim Kafalah bagi meringankan beban keluarga miskin menguruskan jenazah sebanyak RM500 akan diteruskan," katanya.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 04:05 PM   #3553
Zulhelmi
Registered User
 
Zulhelmi's Avatar
 
Join Date: Mar 2008
Location: Alor Setar Metropolitan Area
Posts: 1,995
Likes (Received): 48

Quote:
Originally Posted by dean87 View Post
Sultan Kedah kesal hospital belum dibina

ALOR SETAR, 15 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kesal kerana perancangan pembinaan hospital di daerah Pendang dan Bandar Baharu masih belum terlaksana sehingga kini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, penggal keempat, mesyuarat Bajet 2012 pagi tadi.

Titah baginda lagi, kegagalan kerajaan persekutuan menyediakan infrastruktur awam itu mengakibatkan rakyat menghadapi kesukaran apabila terpaksa bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan di luar daerah.

Justeru baginda berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan susulan agar kemudahan hospital yang dimaksudkan dapat disediakan demi kebaikan rakyat di negeri itu.

Baginda turut berbangga dengan kejayaan kerajaan negeri melaksanakan projek-projek utama yang dirancang melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera.

Menurut baginda, perlaksanaan projek-projek melibatkan pertanian, pembuatan, pelancongan dan pembangunan insan memberikan impak positif kepada ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Tindakan kerajaan negeri membangunkan semula Plaza Tunku Yaakub yang telah sekian lama terbengkalai dan pembangunan semula Kuala Kedah serta pembangunan bandar baru di Pokok Sena juga mendapat penghargaan.

Selain itu, baginda turut menghargai usaha murni kerajaan negeri mewujudkan Maahad Tahfiz Sains yang bakal membentuk generasi intelek berakhlak mulia dan mampu menguasai Al-Quran sebagai panduan di dalam kehidupan mereka.

Sehubungan itu baginda berharap proses tersebut hendaklah dijalankan secara berterusan bagi memastikan projek yang dirancang dapat memberikan faedah kepada semua pihak.

Terdahulu baginda berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan 130 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Kuala Lumpur.


yg mana satu ek pembangunan kola kedah? da stat ka belum lg ek?
The whole Kuala Kedah kot?
__________________
ALOR SETAR metro area
• Peace • Vibrant • Traditional • Beautiful • Fresh • Delicious • Friendly •
Zulhelmi no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 04:19 PM   #3554
zoomm222@yahoo.com
Registered User
 
Join Date: Aug 2011
Posts: 74
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by dean87 View Post
Polemik Surau Wakaf & Madrasah Solihiah

http://www.youtube.com/watch?v=pVt8c...layer_embedded



ahah.menarik juga ucapan mb azizan..harap harap pihak2 yang bertanggungjawab membuat kerja dengan betul..

kita tengoklah shopping complex terbesar di kedah ni membangun ....

kita juga mahu tengok surau yang diganti dibina dengan hebat seperti dijanjikan...sapa-sapa tahu pelan bangunan surau telah dibuat dan tanah wakaf telah diganti tolong bagi tau..aku kena check sekali lagi

kita juga tidak mahu hanya janji tinggal janji....syabas yb azizan...harap2 beliau memegang janji..jangan hampakan harapan rakyat!
zoomm222@yahoo.com no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 04:39 PM   #3555
johan is
Registered User
 
Join Date: Nov 2010
Location: Sungai Petani, Alor Setar, KL
Posts: 6,108
Likes (Received): 373

Quote:
Originally Posted by Zulhelmi View Post
The whole Kuala Kedah kot?
tak nampak apa2 yang berbeza pun di kuala Kedah~
johan is no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 04:49 PM   #3556
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

ka yg ni kot... tapi tak byk mana pun

- sederet dua shoplots baru kat balai bomba sukarela,
- market baru yg tgh u/c
- podium parking depan terminal jeti

ingatkan ada nak wat something yg mega ckt...
- terminal feri baru
- domestic seaport baru
- waterfront town/city etc
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 05:02 PM   #3557
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

hmm..ni kot, yg len suma housing, tp papun, kola kedah mmg dlm proses redevelopment secara berperingkat

MBAS/OSC/KM/47/11 : PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 28 UNIT KEDAI/PEJABAT 3 TINGKAT, 27 UNIT KEDAI/PEJABAT 2 TINGKAT, DI ATAS LOT 763, BANDAR KUALA KEDAH, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN oleh TET. MAJU HARTAJAYA SDN BHD di Majlis Bandaraya Alor Setar

MBAS/OSC/KM/128/11 : PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG PINDAAN 12 UNIT KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT KEPADA 3 TINGKAT DI ATAS LOT PT 2423-PT 2434 BANDAR KUALA KEDAH, MUKIM BANDAR ALOR SETAR, DAERAH KOTA SETAR KEDAH DARUL AMAN oleh HENG CHIN HOOI, KOH CHEE KEONG KOH CHEE WEI, KOH CHEE MING di Majlis Bandaraya Alor Setar
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 06:31 PM   #3558
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,836
Likes (Received): 2604

WEDNESDAY, NOVEMBER 16, 2011
UCAPAN BAJET NEGERI KEDAH TAHUN 2012 OLEH MENTERI BESAR

OLEH
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI MENTERI BESAR
KEDAH DARUL AMAN

PADA
15 NOVEMBER, 2011
3.00 PETANG

BERTEMPAT DI
DEWAN UNDANGAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Assalamualaikum Warohmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillahirobbil alamin Wassolatuwassalamu ala asyrabil anbiyaiwalmurssalin Waala alihi Wasohbihi ajmain.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Watallata kerana telah melimpahkan rahmatNya dan membolehkan kita semua menjalani kehidupan yang selesa serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dalam keadaan yang aman, tenteram dan sihat sejahtera.

Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataalla kerana negeri Kedah tidak mengalami apa-apa bencana pada tahun ini. Saya berdoa agar ramalan bencana banjir besar yang dikatakan akan melanda pada akhir tahun ini tidak akan menjadi kenyataan. Namun, Kerajaan Negeri tetap berwaspada pada setiap masa bagi menghadapi sebarang bencana yang melanda.

Pada petang yang berbahagia ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin merakamkan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah dipilih untuk kali kedua sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang Ke 14 mulai 13 Disember 2011. Ini merupakan sejarah kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dan Malaysia secara amnya. Semoga hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan bertambah erat demi manfaat kepada rakyat. Bagi menzahirkan kesyukuran di atas perlantikan ini, Kerajaan Negeri telah menyusun beberapa acara menarik bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.

InsyaAllah, pada petang yang berbahagia ini saya akan membentangkan Bajet Negeri Kedah bagi Tahun 2012 sebagai satu kerangka kerja Kerajaan Negeri memaju dan mensejahterakan rakyat negeri ini selaras dengan slogan ’Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. Diharap dengan bajet ini kerajaan dapat berperanan dengan licin dan berkesan.

Alhamdullillah, sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri telah berusaha menyusun pelbagai projek untuk memperkasakan Negeri Kedah sama ada dari aspek ekonomi, pelaburan, pelancongan, pentadbiran dan kualiti hidup rakyat. Kerajaan berusaha sedaya upaya memastikan pentadbiran negeri diurus dengan baik secara amanah dan adil sepertimana sabda Nabi Muhammad Sollu Allahhualaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

” Tujuh golongan dilindungi Allah di hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya; pemerintah yang adil, dan pemuda yang masa mudanya digunakan untuk beribadat kepda Allah, seorang lelaki yang hatinya terikat ke masjid, dan dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah, dan seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan yang bangsawan dan jelita tetapi lelaki itu menolak dengan mengucapkan sesungguhnya saya takut kepada Allah dan seseorang yang bersedekah dan disembunyikannnya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sendirian lalu berlinangan air matanya. (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Saya sungguh berpuas hati dengan kerjasama erat jentera pentadbiran Negeri, sokongan daripada anak syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC), pihak swasta dan rakyat yang telah memberikan semangat dan kekuatan kepada Kerajaan untuk melaksanakan semua projek yang telah diputuskan oleh Kerajaan dan menyuntik beberapa inisiatif baru demi memberi kesejahteraan kepada rakyat. Semua inisiatif dan Program pembangunan yang dirancangkan telah didokumenkan di dalam Pelan Strategik Kedah Sejahtera yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011. Kerajaan telah melaksanakan apa yang dirancangkan ini mengikut kemampuan kewangan dan keperluan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang belum dilaksanakan dan Kerajaan berjanji akan terus berusaha memajukan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan memberi perhatian kepada semua pihak dengan adil.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bagi tahun 2012, prospek ekonomi global adalah tidak menentu. Keadaan yang berlaku di beberapa negara amat membimbangkan kita. Kelembapan ekonomi negara maju, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak, dan krisis hutang yang melanda beberapa buah negara di Eropah tentunya memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia secara keseluruhannya. Dengan senario seperti ini, Kerajaan menjangka akan berlaku pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar yang sederhana. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup di kalangan rakyat negeri ini melalui usaha menghasilkan bahan-bahan makanan.

Kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan untuk beberapa tahun ini menunjukkan trend yang konsisten. Pada tahun 2009, jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak 1.5 billion ringgit, jumlah ini meningkat kepada 1.96 billion ringgit pada tahun 2010. Dan sehingga Ogos tahun 2011, jumlah pelaburan yang diterima adalah sebanyak 725 juta ringgit. Pelaburan yang diterima ini menunjukkan pelabur khususnya pelabur asing menaruh keyakinan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan akan terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan asing dan meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan menerusi konsep Mesra Pelabur. Perkhidmatan yang diberikan, telah memberi keyakinan kepada pelabur asing. Kerajaan bersikap telus dan jujur dalam membantu menjayakan semua bentuk pelaburan.

Walaupun Kerajaan Negeri menyenaraikan banyak projek yang hendak dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat, tetapi Kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak meningkatkan Bajet Tahun 2012 bagi mengelakkan defisit bajet yang besar serta membebankan Kerajaan di masa hadapan. Pengalaman beberapa negara Eropah yang sedang mengalami keruntuhan ekonomi akibat defisit kewangan hendaklah dijadikan iktibar.

Amalan pengurusan kewangan yang cermat dan berhemah akan terus dilaksanakan. Menurut Penyata Kewangan Tahun 2010, Kerajaan Negeri mencapai surplus iaitu lebihan hasil berbanding perbelanjaan di dalam akaun kumpulan wang disatukan sebanyak 22.5 juta ringgit. Al-Quran telah mengajar kita bagaimana untuk mentadbir, perbelanjan negeri secara berjimat cermat sepertimana yang diceritakan di dalam surah Yusuf dari ayat 43 hingga 49. Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir gandum hijau dan tujuh butir lainnya yang kering. Lalu nabi Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut dengan berkata:

Maksudnya: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu simpan kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur."
(Surah Yusuf, ayat 47-49)

Di dalam bajet yang lalu, saya telah memaklumkan bahawa Kerajaan akan mencari jalan untuk mendapatkan sumber hasil yang baru. Sebuah Jawatankuasa Hasil telah di tubuhkan bagi menyemak dan meneliti cadangan sumber hasil yang baru. Alhamdulillah, satu sumber hasil yang baru telah dikenalpasti. Kerajaan Negeri bakal menerima hasil baru daripada aktiviti kuari bijih besi di beberapa daerah. Pada masa ini tindakan terperinci sedang dibuat oleh pentadbiran tanah dan syarikat-syarikat yang terlibat. InsyaAllah Kerajaan Negeri akan menerima bayaran royalti yang agak lumayan pada tahun hadapan.

Peruntukan Bajet tahun 2012

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bajet tahun 2012 akan menyediakan peruntukan berjumlah 1.008 billion ringgit bagi melaksanakan pelbagai program yang disusun bagi memajukan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat Negeri Kedah. Daripada jumlah tersebut, 570 juta ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, 259 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan sebanyak 179 juta bagi perbelanjaan bekalan air.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 38 peratus untuk bayaran Emolumen, 19 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan, 38 peratus untuk pemberian dan kenaan tetap, 2 peratus untuk pembelian aset, manakala 3 peratus untuk lain-lain perbelanjaan.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak 57.6 peratus disediakan untuk projek infrastruktur, 12.96 peratus untuk pertanian, 16.9 peratus untuk pentadbiran dan 13.84 peratus untuk kemudahan sosial.

Jumlah hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2012 dianggarkan sebanyak 550.8 juta ringgit. Jumlah hasil dianggarkan meningkat sebanyak 5.61 peratus berbanding hasil tahun 2011 yang berjumlah 521.5 juta ringgit. Kerajaan Negeri yakin anggaran hasil yang ditetapkan ini dapat dicapai berikutan rekod kutipan hasil sebenar yang meningkat setiap tahun. Prestasi Kutipan hasil sebenar pada tahun 2007 adalah 78.9 peratus berbanding anggaran. Kutipan hasil telah meningkat kepada 91.96 peratus pada tahun 2010. Pencapaian ini menunjukkan dasar yang diamalkan oleh kerajaan dan kesungguhan bekerja semua kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan dedikasi.

STRATEGI BAJET TAHUN 2012

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ahli-ahli yang berhormat,

Bajet tahun 2012 ini digubal berasaskan kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri. Pelbagai program pembangunan telah disusun untuk faedah rakyat. Kerajaan Negeri juga telah menerima pakai dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan berkaitan Kadar Gaji kakitangan awam. Berdasarkan senario ini Bajet tahun 2012 memberi penekanan kepada empat strategi seperti berikut:

Strategi Pertama: Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi

Memperkasakan Pertanian Sebagai Perniagaan


Kerajaan telah menetapkan agar Negeri Kedah yang memiliki tanah yang subur menjadi Jelapang Makanan yang utama di Malaysia. Pelbagai inisiatif telah dijalankan bagi menjayakan agenda ini. Projek Pertanian Berskala Besar yang dikendalikan oleh anak syarikat milik Kerajaan Negeri iaitu Projek Tanaman Nanas di Bukit Tangga telah menghasilkan kejayaan, manakala Projek Tanaman Mangga di Charok Genting Bunga seluas 1000 ekar sedang dalam proses penyediaan asas.

Malah beberapa usahawan tani yang menanam nanas berkepadatan tinggi telah menunjukkan hasil pengeluaran yang menggalakkan. Bagi memperkasakan pengeluaran makanan seperti nanas, sayuran dan buah-buahan, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 12.2 juta ringgit untuk projek-projek pembangunan pertanian.

Selain itu program pembangunan kawasan tanaman padi di luar kawasan MADA terus dipertingkatkan dengan peruntukan sebanyak 4 juta ringgit. Kemudahan pengairan dan saliran bagi kawasan tersebut akan dimajukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dengan peruntukan sebanyak 4.95 juta ringgit.

Bagi meningkatkan pengeluaran buah-buahan, Kerajaan telah melancarkan Kempen menanam pokok buah-buahan di kalangan rakyat Negeri Kedah. Program satu rumah sepuluh pokok akan terus dilaksanakan tahun hadapan. Selain itu usaha memulihkan Dusun Rambutan yang mula dijalankan tahun ini akan terus ditingkatkan. Kerajaan berharap kalangan yang memiliki dusun rambutan menyambut baik usaha ini seperti yang dilakukan oleh penduduk di Mukim Siong baling pada tahun ini. Hasil pengeluaran rambutan yang berkualiti adalah diperlukan bagi memenuhi keperluan industri mengetin yang telah diwujudkan di Sungai Petani.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar diperuntukkan sebanyak 6 juta ringgit untuk projek pembangunan industri ternakan iaitu tambahan sebanyak 1 juta ringgit berbanding tahun 2011. Tambahan peruntukkan sebanyak 0.4 juta ringgit disediakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan veterinar termasuk peralatan teknikal.

Kerajaan sedar hasil negeri turut disumbangkan melalui hasil perhutanan. Melalui pengurusan yang baik dan kaedah tender terbuka, Kerajaan berjaya meningkatkan hasil hutan secara purata sebanyak 35 peratus bagi tempoh dua tahun sebelum ini. Bagi tempoh jangka panjang, Kerajaan melaksanakan projek Ladang Hutan Bermutu Tinggi. Sebanyak 8 juta ringgit disediakan untuk projek pembangunan ladang hutan, pemuliharaan, pembangunan sumber dan pengurusan hutan yang sempurna. Cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan ialah untuk mengawal aktiviti pencerobohan kawasan hutan yang akan menjejaskan kehidupan kita di masa hadapan.

Meningkatkan Potensi Industri Pelancongan

Pelancongan merupakan sektor ekonomi yang berpotensi dan penting bagi menambah pendapatan rakyat. Kerajaan Negeri akan terus berusaha meningkatkan kualiti produk pelancongan sediada tanpa mengorbankan keunikan alam semulajadi. Polisi Kerajaan Negeri ialah sentiasa memelihara warisan alam semulajadi yang menjadi tarikan utama pelancong. Pengurusan beberapa produk juga telah disusun semula. Sejumlah 2.7 juta ringgit disediakan bagi menyelenggara dan mempromosikan produk sedia ada di tanah besar. Kerajaan telah menyerahkan pengurusan beberapa produk utama seperti Sungai Sedim, Ulu Muda, Sungai Merbok, dan Gunung Keriang kepada syarikat tempatan. Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak 420 juta ringgit bagi memajukan pelancongan di Pulau Langkawi Permata Kedah. Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini dan akan membantu menjayakan usaha murni ini. Sebuah jawatankuasa task force telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu menyelaras dan menyusun semula Pembangunan Pantai Cenang seperti yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Persekutuan. Mudah-mudahan usaha yang dirancangkan ini memberi manafaat kepada penduduk Langkawi dan industri pelancongan secara keseluruhannya.

Merancakkan Industri Pembuatan

Bagi sektor pembuatan pula, Kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah akan memajukan 400 ekar kawasan industri di Kulim Hi-Tech Park dan 200 ekar di Bukit Kayu Hitam. Pembinaan dua projek ini bakal meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Strategi Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ahli-ahli yang berhormat,

Meningkatkan kesejahteraan rakyat merupakan agenda terpenting kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan memenuhi keperluan rakyat berbilang kaum. Program-program kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

Salah satu program yang diutamakan ialah membela golongan yang miskin sepertimana tuntutan agama Islam. Melalui sistem pendaftaran e-Sinar, Kerajaan mendapati sejumlah 17 ribu keluarga miskin sehingga 31 Oktober tahun ini. Melalui penggembelingan tenaga pelbagai pihak, Kerajaan telah menyalurkan bantuan kepada keluarga miskin sama ada dalam bentuk bantuan membaiki rumah, membina rumah baru, bantuan am melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan daripada Jabatan Zakat, sumbangan peralatan kerja dan sebagainya. Namun masih ada segolongan kecil yang tidak menerima bantuan kerana tidak mendaftar dengan e-Sinar. Saya menyeru semua ahli-ahli Yang Berhormat agar membantu kerajaan memberi penerangan kepada keluarga miskin untuk mendaftar dengan e-sinar yang dikendalikan oleh semua Pejabat Daerah. Dasar Kerajaan ini menepati dengan perintah Allah Subhanahu Wataala yang meminta kita berinfak dan membantu di jalan Allah, terutamanya membantu golongan yang tidak bernasib baik sepertimana di dalam Ayat 261, Surah Al-Baqarah:
Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Untuk Tahun 2012 program membantu keluarga miskin akan ditambah. Sebanyak 1 juta ringgit disediakan untuk membaiki dan membina rumah keluarga miskin. Peruntukan khas sebanyak 50 ribu ringgit disediakan kepada setiap Dewan Undangan Negeri bagi kerja-kerja membaiki rumah keluarga miskin pada akhir tahun ini. Sebanyak 19.5 juta atau tambahan sebanyak 5 juta ringgit disediakan untuk pemberian bantuan am melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan secara one off sebanyak 100 ringgit kepada seorang pelajar daripada setiap keluarga yang berdaftar dengan e-sinar sehingga 31 Oktober 2011 akan diberikan pada awal tahun 2012 sebagai bantuan meringankan beban menyediakan persediaan persekolahan anak-anak mereka. Sebanyak 1.7 juta ringgit disediakan bagi maksud ini.

Bantuan Skim Kafalah bagi meringankan beban keluarga miskin menguruskan jenazah sebanyak 500 ringgit akan di teruskan. Sebayak 4 juta ringgit disediakan bagi tujuan ini.

Rumah Mampu Milik

Program membina rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah telah dimulakan. Sebagai contoh, projek Bandar Sejahtera di Pokok Sena telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Fasa 1 telah habis dijual. Pembinaan untuk fasa berikutnya sedang dijalankan. Kerajaan telah melantik STDC iaitu anak syarikat milik kerajaan untuk membina rumah mampu milik di Kampung Seberang Terus dan Kg Teluk Yan, Alor Setar. Bancian penduduk dan kerja-kerja awalan untuk kedua-dua projek ini telah bermula. Kerajaan telah mengadakan sesi perbincangan dengan penduduk terbabit bagi menyelesaikan perkara-perkara teknikal yang berkaitan. Selain itu Kerajaan juga komited untuk membangunkan semula Kampung Kilat yang juga sebuah penempatan setinggan. Dua projek rumah mampu milik iaitu di Kuala Ketil dan Bandar Darulaman akan menyediakan kira-kira 1300 unit. InsyaAllah kesemua projek ini akan dimulakan tahun hadapan.

Kerajaan juga mendapat kerjasama daripada sebuah Yayasan yang bermurah hati memberi sumbangan membina 100 buah rumah untuk keluarga miskin di Yan. Kerja-kerja asas telah dimulakan dan pembinaan rumah akan di mulakan akhir Disember ini. Ada pihak yang membangkitkan kononnya projek ini telah dibatalkan. Sebenarnya, kawasan tapak projek seluas 15 ekar selesai ditambun pada bulan Jun tahun ini. Kerajaan dinasihatkan untuk tidak membina rumah sehingga tanah tapak projek ini kukuh dan mantap.

Alhamdulillah, Kerajaan juga menerima sumbangan daripada sebuah syarikat untuk membina rumah mampu milik di Simpang Tiga Sungai Daun, Yan. Pada masa ini urusan pengambilan balik tanah seluas 11 hektar sedang diuruskan. Kerajaan yakin projek ini bakal dimulakan tahun 2012.

Kerajaan berusaha membina rumah mampu milik di seluruh negeri. Beberapa tapak milik Kerajaan Negeri sedang dikenalpasti. Kerajaan melantik PKNK sebagai peneraju projek ini dengan usahasama syarikat swasta. InsyaAllah, usaha seperti ini bakal memberi peluang kepada 25 ribu keluarga yang mendaftar dapat memiliki rumah yang dibina oleh Kerajaan Negeri.

Sejumlah 5 juta ringgit disediakan untuk menyelenggara, membaikpulih dan urusan pengeluaran hakmilik perumahan awam yang sediada. Langkah ini dapat meningkatkan kualiti kehidupan penyewa sediada.

Kualiti hidup masyarakat

Kerajaan berusaha mewujudkan pembangunan yang seimbang di seluruh kawasan. Kawasan luar bandar tidak akan dipinggirkan. Sejumlah 10.9 juta ringgit disediakan untuk projek pembangunan luar bandar. Jumlah ini meningkat sebanyak 2 juta ringgit.

Penyelenggaraan jalan raya negeri akan dipertingkatkan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna. Mulai tahun ini kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar bagi memperkukuhkan jalan utama yang menghubungkan antara Daerah bagi mengurangkan tempoh pengangkutan barangan dan meningkatkan keselamatan pengguna. Antara jalan yang dinaiktaraf ialah jalan daripada Bukit Selambau ke Sungai Lalang. Pada tahun 2012, Sejumlah 78.5 juta ringgit di peruntukkan untuk penyelenggaraan jalan negeri. Jumlah ini merupakan tambahan sebanyak 10 juta ringgit.

Kerajaan prihatin kepada golongan peniaga kecil di kawasan bandar yang tidak mampu membeli atau menyewa ruang niaga di pusat bandar. Bagi membantu golongan ini, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak 3 juta ringgit untuk pembinaan ruang niaga kawasan bandar. Selain itu PKNK telah menyiapkan UKIR MALL di Alor Setar dan Sungai Petani yang memberi peluang kepada usahawan menjalankan operasi perniagaan di lokasi yang strategik. Untuk Tahun 2012, PKNK akan membina 2 buah bangunan lagi di Kota Sarang Semut dan Hosba yang bernilai 14 juta ringgit.

Kejadian banjir kilat adalah berpunca daripada prasarana saliran yang kurang sempurna. Bagi penduduk yang sering dilanda banjir kilat akan mengalami kerugian dan kerosakan harta benda serta menyukarkan kehidupan mereka. Pada tahun hadapan kerajaan menyediakan 15.2 juta ringgit untuk projek tebatan banjir, pemuliharaan sungai dan menaiktaraf sistem saliran.

Strategi Ketiga: Meningkatkan Modal Insan

Kerajaan sedar pembangunan ekonomi masa depan adalah didorong oleh modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selaras dengan keadaan ini, Kerajaan berusaha gigih untuk memantapkan pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berpegang teguh dengan ajaran agama. Sehubungan itu kerajaan mengambil tindakan memantapkan Kolej Universiti Insaniah dan menyediakan prasarana pembelajaran yang berkualiti tinggi. InsyaAllah Kampus KUIN di Kuala Ketil akan disiapkan pada akhir tahun 2012. KUIN telah menyediakan semua persiapan untuk memulakan kursus perubatan pada tahun hadapan. Sejumlah 15 juta ringgit di sediakan bagi membiayai kos operasi KUIN pada tahun 2012.

Maktab Mahmud telah genap 75 tahun pada tahun ini. Kedudukannya sebagai sekolah pilihan di negeri ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Kerajaan akan terus melengkapkan prasarana Maktab Mahmud melalui pembinaan asrama Putera di Maktab Mahmud Pokok Sena, bangunan akademik di Maktab Mahmud Kulim serta menaiktaraf bangunan bilik darjah dan lain-lain kemudahan di 10 buah maktab Mahmud. Kerajaan menyalurkan sebanyak 34.5 juta ringgit bagi membiayai pengurusan dan pembangunan Maktab Mahmud.

Tambahan kepada kemudahan pendidikan yang sediada, Kerajaan menubuhkan Maahad Tahfiz Sains Darulaman iaitu Sekolah Menengah yang menggabungkan pembelajaran sains dan Tahfiz Al-Quran. Sekolah ini akan memulakan sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan Satu mulai Januari tahun 2012. Saya difahamkan sambutan yang diterima adalah di luar dugaan. Kerajaan terpaksa menjalankan proses pemilihan bagi mengambil 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan yang akan memulakan persekolahan di Kulim. Kerajaan akan memulakan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba secara berperingkat-peringkat mulai tahun hadapan. Sebanyak 3.5 juta ringgit telah disediakan untuk projek ini.

Dalam masa yang sama Kerajaan juga menyalurkan bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) serta memberi sumbangan menjayakan apa-apa aktiviti perayaan masyarakat bukan Islam dengan menyediakan peruntukan sebanyak 1 juta ringgit.

Sejumlah 2.1 juta ringgit disediakan bagi membiayai pinjaman kepada anak-anak Kedah daripada kalangan berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kerajaan telah memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar Negeri ini yang melanjutkan ke Universiti tempatan. Seramai 3,235 orang pelajar peringkat diploma dan ijazah telah diberikan bantuan khas pada tahun 2011 yang berjumlah 877,600 ringgit. Kerajaan akan meneruskan bantuan seperti ini sebagai menggalakkan pelajar menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Sejumlah 5 juta ringgit disediakan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah bagi membiayai kos operasi dan penyediaan bahan bacaan bermutu di semua perpustakaan awam dan perpustakaan desa. Kerajaan berharap para ibubapa memberi galakan kepada anak-anak untuk menggunakan kemudahan bahan bacaan yang di sediakan di perpustakaan awam.

Kerajaan sedar kemudahan sekolah menengah agama dan kelas TASKA milik Kerajaan Negeri adalah serba kekurangan. Oleh itu demi meningkatkan prestasi pelajar, kerajaan menyediakan peruntukkan 1.75 juta ringgit untuk pembelian buku teks dan peralatan mengajar. Peruntukkan tambahan sebanyak 3.6 juta ringgit disediakan untuk membayar elaun Guru KAFA pada tahun 2012 bagi maksud ini.

Strategi Keempat: Memperkasa Tadbir Urus Kerajaan Negeri

Jentera pentadbiran negeri yang cekap dan berkesan sangat penting bagi merancang dan melaksanakan semua dasar serta program Kerajaan Negeri. Bagi maksud itu, tambahan sebanyak 23 juta ringgit disediakan untuk bayaran emolumen kepada seluruh kakitangan jabatan. Jumlah ini meningkat sebanyak 9 peratus berbanding tahun 2011 berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan yang menaikkan kadar gaji kakitangan awam. Kerajaan Negeri menerima pakai dasar ini dan menyediakan peruntukan secukupnya.

Peruntukan sebanyak 14.47 juta ringgit akan digunakan untuk pembelian pelbagai aset seperti pembelian kenderaan, kelengkapan pejabat dan peralatan kerja bagi memastikan setiap jabatan berfungsi dengan sempurna dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Kerajaan telah membina dan menaiktaraf bangunan beberapa Jabatan negeri seperti Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah Baling, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim. Untuk tahun 2012 sejumlah 41 juta ringgit disediakan untuk membina dan menaiktaraf beberapa buah pejabat seperti Pejabat Tanah Langkawi dan Baling serta membina bangunan tambahan Jabatan Veterinar.

Majlis Ketua Kampung merupakan jentera pentadbiran negeri di peringkat akar umbi. Peranan mereka sebagai agen pembangunan masyarakat adalah sangat penting. Untuk itu Kerajaan menyediakan 12.7 juta ringgit bagi maksud pemberian elaun bulanan kepada 2100 orang pengerusi dan setiausaha MKK.

Bagi memantapkan perkhidmatan kerajaan secara online, sejumlah 3.5 juta ringgit disediakan untuk menaiktaraf kemudahan ICT. Semua maklumat disalurkan secara online dan beberapa aplikasi baru akan di bangunkan bagi mempercepatkan urusan kerajaan negeri.

Sejumlah 6 juta ringgit akan disalurkan kepada semua Pegawai Daerah bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di setiap Daerah.

Sejumlah 1.5 juta ringgit disediakan sebagai bantuan untuk bayaran rawatan hospital kakitangan dan pesara Kerajaan Negeri manakala 1.15 juta ringgit akan dibelanjakan untuk latihan kakitangan Kerajaan Negeri yang diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan. Peruntukkan untuk maksud ini juga disediakan kepada setiap Jabatan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, Jabatan-jabatan, anak-anak syarikat milik Kerajaan, Badan Berkanun, pihak swasta, Badan-badan bukan kerajaan yang berdiri teguh dan terus berusaha gigih melaksanakan pelbagai rancangan kerajaan negeri untuk memaju dan mensejahterakan rakyat negeri ini. Sesungguhnya komitmen dan kerjasama semua pihak telah memberikan kekuatan dan semangat kepada saya dan barisan EXCO untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh menjayakan agenda pembangunan negeri ini.

Kerajaan sedar dengan kewangan yang terhad, kerajaan tidak dapat melaksanakan semua yang dirancangkan. Oleh itu Kerajaan akan menggembeling sumber daripada anak-anak syarikat milik kerajaan dan syarikat-syarikat swasta bagi melaksanakan agenda pembangunan negeri.

Dalam masa yang sama kerajaan terus berusaha memperkemaskan dasar, garis panduan, dan kawal selia yang telus di kalangan jentera Kerajaan Negeri bagi memudah dan mempercepatkan segala urusan.

Saya yakin amalan belanja berhemah dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah akan meningkatkan kedudukan kewangan dan imej Kerajaan Negeri. Kerajaan terus berusaha menggelakkan kebocoran di dalam pengurusan kewangan serta meningkatkan akauntabiliti di kalangan semua ketua-ketua jabatan negeri.

Saya berdoa semoga Allah Subhanahu Wataalla memberikan Taufik dan hidayahNya kepada kita semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini agar sentiasa mengutamakan amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan ikhlas mengikut ajaran ajaran agama kita. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan adalah berasaskan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wataalla. Semoga dengan ketaqwaan ini, Allah Subhanahu Wataalla akan membantu kita semua mengatasi segala masalah yang dihadapi seperti firmanNya di dalam surah At-Thalaaq; ayat 2 yang bermaksud:,

’Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar’

Yang Berhormat Dato Speaker

Saya mohon mencadangkan.

Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuhi
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 08:39 PM   #3559
Hafizin
Registered User
 
Join Date: Jan 2011
Location: Jalan Pegawai
Posts: 75
Likes (Received): 0

Plaza Tunku Yaakob

Setelah 30 tahun bangunan plaza tunku yaakob terbengkalai...(dah ber-cycle cycle dh PRU)...Alor Setar nie mcm dipandang sebelah mata je.. constant speed jer..not much progress..dapat title "bandaraya" pun masih disangkal dan diketawakan..bila Kerajaan baru nie...bru lah nmpk "accelerate" at high speed...biasa la...mainan politik dh nk tiba masanya nie...kena hadap lah dgn PERANG SARAF nie suma....
Hafizin no está en línea   Reply With Quote
Old November 15th, 2011, 11:18 PM   #3560
-kawaq-
Registered User
 
-kawaq-'s Avatar
 
Join Date: Jul 2011
Location: aloq setaq-manjung-jaybee
Posts: 57
Likes (Received): 2

tgk pada apa yang kerajaan kedah la ni buat, aku rasa patut dibagi peluang untuk sepenggal lagi untuk buktikan kemampuan depa. aku rasa depa betoi2 nak bangunkan negeri ni kalau compare dgn kerajaan sebelum ni. mungkin dgn diberi sepenggal lg peluang boleh membuktikan kemampuan depa. apa2 pn good job ustaz azizan and team...

p/s: aku bukan nak berpolitik ok. cuma nak tgk pembangunan di negeri aku berkembang ja. sapa leh buktikan depa mentadbir dgn baik, aku tak ragu2 nak pangkah
-kawaq- no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 01:06 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu