daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.



Reply

 
Thread Tools
Old May 8th, 2012, 02:36 PM   #7161
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

Quote:
Originally Posted by hazmanazhar View Post
Progress 18-storey Hotel @ Bandar Baru Mergong

dah naik tingkat 2





















Makin laju pembinaan Hotel nie..malam pun depa buat keja gak...TERBAIK.....

Tapi sayang sbb keluasannya kecik jaa.nampak macam sempit sikit..sbb tu kot depa buat 18 tingkat....
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old May 8th, 2012, 02:37 PM   #7162
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,715
Likes (Received): 2397

Quote:
Originally Posted by hazmanazhar View Post
Progress 18-storey Hotel @ Bandar Baru Mergong

dah naik tingkat 2



nampak gaya depa mmg amek masa lama gak nak construct podium nih...
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 02:41 PM   #7163
hazmanazhar
Perantau di Bumi Tuhan
 
Join Date: Oct 2011
Posts: 1,228
Likes (Received): 224




insyaallah akhir bulan 5 mungkin dah naik tingkat 4/5 rasanya....

tadi lalu pun orang tengah duk buat keja lagi.....
hazmanazhar no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 02:49 PM   #7164
susan robert
BANNED
 
susan robert's Avatar
 
Join Date: May 2012
Posts: 9
Likes (Received): 0

best pics and vids
http://www.creative-alley.blogspot.com/
susan robert no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 03:29 PM   #7165
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

Albukhary International University, Alor Setar

Dewan Konvokesyen Al Bukhary



Uploaded with ImageShack.us



Bangunan Pentadbiran Al Bukhary




Uploaded with ImageShack.us



Bangunan Perpustakaan Al Bukhary



Uploaded with ImageShack.us






Uploaded with ImageShack.us


Cantik kan reka bentuk Albukhary International University nie..Macam berada kat Madinah pulak..Reka bentuk Islamik dia mmg memukau...

Last edited by Wan_TSK; May 8th, 2012 at 04:28 PM.
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 04:14 PM   #7166
Syazani
1 Malaysia
 
Syazani's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Star
Posts: 102
Likes (Received): 1

Quote:
Originally Posted by dean87 View Post

padia pakai tiang lampu dua cabang, macam la nak ada lagi sebijik flyover kat sebelah...

awat xpakai lampu solar macam kat flyover jln sultan nadzrin shah (ipoh), la ni zaman green technology...nampak sangat AS banyak sgt ketinggalan...
Lebuhraya Sultan Abdul Halim : Banyak lampu jalan tak berfungsi.....MBAS terlepas pandang atau lampu sengaja di padam untuk jimat bil elektrik
Syazani no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 04:21 PM   #7167
Syazani
1 Malaysia
 
Syazani's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Star
Posts: 102
Likes (Received): 1

THE photo exhibition ‘Enduring Bond’ marking the 50th anniversary of the Peace Corps in Malaysia is being held at the Kedah State Library in Alor Setar until May 22.

Alor Setar is the second venue after Kuala Lumpur for the exhibition, held by the United States Embassy to celebrate the friendship between the United States and Malaysia.

The three-week exhibition launched by Kedah State Library deputy chairman Md Zuki Yusof showcases the Peace Corps activities during the 1960s when the American volunteers came to teach English and American culture to Malaysians.

The Embassy’s Press and Information officer Harvey W. Sernovitz said the photo exhibition was aimed at showing the younger generation the ties between the two countries through Peace Corps, and making them aware of the Corps’ existence (STAR)
Syazani no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 04:27 PM   #7168
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

Quote:
Originally Posted by Syazani View Post
Lebuhraya Sultan Abdul Halim : Banyak lampu jalan tak berfungsi.....MBAS terlepas pandang atau lampu sengaja di padam untuk jimat bil elektrik



Betul tu...sepanjang jalan tu gelap ja Start dari trafic light nak p Pasar Besar Alor Setar sampai trafic light TONGKANG YArd...Kadang2 tu geram gak sbb kita selalu guna jalan tu..tambah2 bila hujan lg susah dah la gelap...
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 04:33 PM   #7169
Syazani
1 Malaysia
 
Syazani's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Star
Posts: 102
Likes (Received): 1

Quote:
Originally Posted by Wan_TSK View Post


Betul tu...sepanjang jalan tu gelap ja Start dari trafic light nak p Pasar Besar Alor Setar sampai trafic light TONGKANG YArd...Kadang2 tu geram gak sbb kita selalu guna jalan tu..tambah2 bila hujan lg susah dah la gelap...
Yang Wan maksudkan tu Jln Lencong Barat @ Jln Dato' Syed Omar kut....
Syazani no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 04:39 PM   #7170
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

Quote:
Originally Posted by Syazani View Post
Yang Wan maksudkan tu Jln Lencong Barat @ Jln Dato' Syed Omar kut....



Jln Lencong Barat.....Jalan nie jalan utama Tandop - Mergong - Jalan Putra...
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 09:39 PM   #7171
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,715
Likes (Received): 2397

gunung keriang



KEDAH By mieeyphotography on flickr
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 09:41 PM   #7172
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,715
Likes (Received): 2397

anak bukit



Bye Alor Setar for 2 days By mieeyphotography on flickr
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old May 8th, 2012, 10:30 PM   #7173
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,715
Likes (Received): 2397


boleh tahan besar gak istana sultan....extension baru, last time masuk time tadika dulu kecik je
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old May 9th, 2012, 03:50 AM   #7174
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

Quote:
Originally Posted by dean87 View Post
anak bukit



Bye Alor Setar for 2 days By mieeyphotography on flickr



Luas plk tgk Alor Setar bila naik Kapal Terbang nie..
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 9th, 2012, 01:47 PM   #7175
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

MB Kedah: Madrasah Salihiah akan diruntuhkan

9 Mei 2012
ALOR SETAR - Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Peguam Jesvinder Jit Singh memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.

MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa pelaksanaan projek Aman Central dan Amansuri Residences bernilai RM100 juta di tanah milik Bina Darulaman Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.

Kedua-dua projek itu dilaksanakan oleh syarikat Kumpulan Belleview.

"Setakat ini sembilan batang piling telah selesai ditanam. Projek ini akan berjalan mengikut perancangan dan saya harap selepas ini tiada lagi gangguan," katanya. -- Bernama

Last edited by Wan_TSK; May 9th, 2012 at 01:54 PM.
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 9th, 2012, 02:00 PM   #7176
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

SEDIKIT INFO DI ALOR SETAR

Pameran lebih 100 spesis ular di Muzium Kedah selama sebulan

9 Mei 2012

ALOR SETAR - Muzium Negeri Kedah sedang mengadakan 'Pameran Ular: Bisa Berbisa' mempamerkan sebanyak lebih 100 spesis ular dengan kerjasama sebuah syarikat pemilik dan penjinak ular selama sebulan bermula Ahad lepas hingga 6 Jun ini.

Ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendidikan kepada orang ramai antara lain mengenai jenis dan keluarga ular, anatomi ular, ular untuk perubatan, cara merawat bisa ular dan pertolongan cemas, gejala dan tanda patukan ular dan cara menghalang ular memasuki rumah.

"Pameran ini menarik lebih ramai pengunjung mengunjungi muzium ini dan selepas empat hari pameran bermula, kita telah menerima kira-kira 5,000 pengunjung," kata Pengarah Muzium, Suhaidi Shukri kepada pemberita di sini hari
ini.

Dijangkakan, kira-kira 100,000 pengunjung akan datang ke muzium bagi menyaksikan pertunjukkan dan pameran ular sepanjang pameran itu berlangsung.

"Selain pameran dan pertunjukkan, kita juga turut mengadakan aktiviti sampingan seperti kuiz berkaitan ular kepada pengunjung yang datang. Terdapat pelbagai hadiah menarik kepada pemenang kuiz dan pengunjung bertuah seperti
pemberian peti televisyen LCD, basikal fixie dan barangan elektronik," katanya.

Suhaidi berkata pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun dan RM4 bagi dewasa.

Pameran diadakan setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala pada Khamis, ia dibuka sehingga pukul 7 malam.

Beliau berkata pertunjukkan ular diadakan pada tengah hari dan 9 malam pada setiap Ahad hingga Rabu dan pada hari Khamis pertunjukkan hanya diadakan pada pukul 12 tengah hari manakala hari Jumaat dan Sabtu, ia dibuat tiga kali sehari iaitu pada pukul 11 pagi, 5 petang dan 9 malam.

Sementara itu Ratu Ular, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazad berkata dia telah membuat persediaan rapi sebulan sebelum mengadakan pertunjukkan.

"Saya mudah rasa pening jika berada di bilik kaca, jadi saya akan memastikan mengambil makanan tambahan bagi menguatkan fizikal dan mental saya. Untuk pertunjukkan kali ini, saya perlu berada di bilik kaca bersama 100 ekor ular
tedung selar berbisa.

"Semua ular ini adalah ular baru dan kami belum berkenalan lagi sebelum ini, jadi saya tidak tahu perangai ular-ular ini macam mana dan saya perlu bersedia," katanya yang pernah dimasukkan ke hospital akibat terkena patukan
ular.

Beliau berkata di rumahnya terdapat lebih 50 spesis ular yang dibela bersama suaminya dan semua haiwan itu telah menjadi kawan kepada keluarganya.

"Saya pernah membuat lebih 10 pertunjukkan ular di Malaysia dan pernah juga mengadakan pertunjukkan ular di luar negara seperti Korea dan Singapura," katanya yang bercita-cita untuk membuat rekod bersama ular berbisa. - Bernama
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 10th, 2012, 11:35 AM   #7177
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,715
Likes (Received): 2397

By CHRISTOPHER QUAH
ChrisQWK@thestar.com.my | May 10, 2012
MB gives nod to demolition despite pending suit

ALOR SETAR: Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak has allowed the contractors of a development project to proceed with the demolition of the ‘Madrasah Salihiah’ surau despite the possibility that the state government could be slapped with legal threats by the surau’s action working committee.

He said the demolition could be performed any time soon even if the case is heard in court.

From his understanding, the injunction which was filed recently, was not to stop the demolition but to question the sale of the land by the state to the public sector.

The surau’s activists have claimed that the sale went against the National Land Code, Azizan said after chairing the state executive council meeting here.

He was commenting on the latest development in the surau case after two committee members and two descendants of the original land owner had filed a fresh legal suit against the state.

The surau is at the heart of a mix-development project in the city centre here.

The state has allowed the developer to demolish this place of worship but, in return, a new surau would be built on the ground floor of the proposed shopping mall.

Committee member Jamludin Murad, 67, had filed the suit previously on his own but the revised suit includes the names of another member and two alleged descendants of the original land owner.

The three new plaintiffs are Fadzil Ishak, 69, and twins Fidel Firaidi Mustafa and Fidel Firaidid Mustafa, both 49, who are reportedly the descendants of the land owner.

The owner had reportedly donated the land to be used as wakaf (endowment) land for the surau.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old May 10th, 2012, 03:37 PM   #7178
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

AKAN DATANG PANTAI HOSPITAL ALOR SETAR



Uploaded with ImageShack.us

AKAN DIBUKA DI ALOR SETAR.LOKASINYA DI BARU BARU MERGONG,ALOR SETAR...
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 10th, 2012, 03:46 PM   #7179
Wan_TSK
Iwan
 
Wan_TSK's Avatar
 
Join Date: Jan 2012
Location: Alor Setar,Sungai Petani,Jitra & Langkawi
Posts: 1,766
Likes (Received): 52

Singapura intai pelaburan baru di Malaysia

10 Mei 2012

ALOR SETAR - Singapura sedang mengintai peluang untuk memperluas pelaburannya di negeri-negeri di Malaysia berbanding tumpuan ketika ini yang lebih kepada Johor.

Selain itu, republik berkenaan turut merancang melibatkan diri dalam projek pelaburan baru.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar Negara, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata sebelum ini Singapura hanya menumpukan pelaburan di Johor berdasarkan lokasinya yang dekat, namun kini mereka perlu melihat lebih jauh dari Johor, bukan saja untuk pelaburan perniagaan,malah bidang lain, terutama pelancongan.

Katanya untuk itu, beliau hari ini melawat Perlis dan Kedah bagi meninjau peluang-peluang pelaburan yang boleh diteroka.

"Saya lihat potensi di kawasan ini (Kedah dan Perlis) dan kawasan lain di Malaysia yang mempunyai potensi yang sangat besar. Saya juga akan ke negeri-negeri lain di Malaysia dalam setahun atau dua tahun akan datang bagi
mencari peluang pelaburan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Beliau berkata pelabur juga perlu membuat keputusan sendiri dengan melihat potensi yang ada serta nilai tambah yang ada bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat.

"Lawatan saya ini baru tahap penerokaan dan tidak mungkin dalam tempoh tiga jam di sini kita dah boleh buat keputusan. Saya akan membawa beberapa pemimpin dari Singapura supaya melihat sendiri keadaan di sini.

"Sebagai pemerintah (kerajaan) kita bagi signal kepada mereka (pelabur) bahawa kita ada hubungan baik dengan pemerintah (kerajaan) di sini dan mereka yang ada authority bidang pelaburan boleh merasakan keamanan untuk membuat pelaburan tersebut," katanya.

Masagos Zulkifli berkata Kedah mungkin kurang dikunjungi oleh rakyat Singapura untuk melancong kerana ia tidak begitu terkenal tetapi dengan kunjungan itu, beliau boleh mempromosi destinasi yang boleh mereka kunjungi serta negeri lain di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Azizan berkata melalui perbincangan itu mereka telah bersetuju dengan beberapa perkara terutama hubungan bidang pertanian dan beberapa perniagaan lain seperti perindustrian dan pelancongan.

"Di Kedah kita mempunyai tiga pusat industri iaitu di Sungai Petani, Kulim (Kulim Hi-Tech Park) (KHTP) dan Gurun. Mereka juga berminat hendak melihat kawasan perindustrian KHTP. Di situ (KHTP) kita masih mempunyai tanah seluas kira-kira 500 hektar dan ia boleh digunakan untuk tujuan perkilangan jika mereka berminat," katanya.

Katanya bagi sektor pelancongan, selain dari Langkawi, pihaknya akan menekankan pelancongan di kawasan tanah besar dan atas faktor itu juga kerajaan negeri sekarang giat melaksanakan projek mega termasuk pembinaan hotel dan pusat membeli-belah.

"Bagi sektor pertanian pula kerajaan negeri bersedia menyediakan tempat seperti ladang jika pelabur Singapura mempunyai modal, teknologi dan pasaran. Dengan itu ia sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah yang semakin bertambah," katanya. -- Bernama
Wan_TSK no está en línea   Reply With Quote
Old May 10th, 2012, 04:04 PM   #7180
nybyster
Hijau Kuning Tanah Airku
 
Join Date: May 2008
Posts: 726
Likes (Received): 34

Quote:
Originally Posted by Wan_TSK View Post
AKAN DATANG PANTAI HOSPITAL ALOR SETAR



Uploaded with ImageShack.us

AKAN DIBUKA DI ALOR SETAR.LOKASINYA DI BARU BARU MERGONG,ALOR SETAR...
so rumour yg kata dekat Tesco btol laaa...jd yg kata nak buat dekat tapak kopitiam lama depan Honda tuh apa plak??
nybyster no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 10:32 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu