daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine | posting guidelines

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Pengangkutan

Pengangkutan aviation, automotive, rail and urban transportation



Global Announcement

As a general reminder, please respect others and respect copyrights. Go here to familiarize yourself with our posting policy.


Reply

 
Thread Tools
Old March 7th, 2009, 04:31 AM   #101
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Additional Routes Bring RM3 Million Income Boost For Sani Express Bus Company




KUALA TERENGGANU, March 6 (Bernama) -- Sani United Sdn Bhd (SUSB), operator of Sani Express bus company, is upbeat of a RM15 million additional income following permission to ply four northern routes.

Chief Executive Officer Sani Salleh said the higher RM3 million income this year from RM12 million last year is expected to come from opening of new routes -- Shah Alam or Kuala Lumpur, Sungai Petani, Alor Setar and Kangar beginning June.

Previously, the company only runs east coast routes between Kuala Lumpur or Shah Alam, Kuantan, Kuala Terengganu and Kota Baharu, he said.

"With the opening of the northern routes, the company looks forward for extra income, with the use of 25 Sweden-made double-decker buses equipped with hi-tech sophisticated facilities to detect defects.

"The buses can meet the growing demand of passengers," he told reporters after attending the company's third anniversary celebrations and handing of "Queen of Sales" prize here today.

Sani said the global economic slowdown gave a reversed business environment to his company as passengers who enjoyed flying to Kuala Lumpur or other destinations now preferred travelling on express buses as it was cheaper.

"So far, my company is not facing any problems in coping with the economic malaise, but our passengers are increasing, more so with our company stressing on passengers' travel comfort and safety," he said.

Moving forward, Sani United proposed to expand the service network to the southern region next year, he said.

Sani said the company will also have a new head office complex "Sani Express Centre" at Section 16 in Shah Alam in place of the old headquarters in Ampang.

The RM17 million one-storey building on a 0.4ha site was a former factory that had been turned into a one-stop centre with multipurpose facilities.

He said among them are a training centre, workshop, hostel, administrative office and a hall.

The complex, slated for operations in May, can accommodate 20 buses at a time, he added.

-- BERNAMA
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old May 1st, 2009, 10:47 AM   #102
nazrey
Registered User
 
nazrey's Avatar
 
Join Date: Sep 2003
Posts: 78,926
Likes (Received): 2084

by ermalene_01
http://www.flickr.com/photos/len-je/3489056090/

image hosted on flickr
nazrey no está en línea   Reply With Quote
Old May 1st, 2009, 10:48 AM   #103
nazrey
Registered User
 
nazrey's Avatar
 
Join Date: Sep 2003
Posts: 78,926
Likes (Received): 2084

Quote:
Originally Posted by rizalhakim View Post
Bak dalam pesawat
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Bas ekspres eksklusif Suasana Edaran banyak menerapkan unsur perkhidmatan dalam pesawat. Mahu mencubanya?


--------------------------------------------------------------------------------


'TUAN-TUAN dan puan-puan, selamat datang diucapkan kepada semua. Anda kini bersama-sama kami di dalam kenderaan berplat KFC6 ke Singapura. Diharapkan anda memiliki dokumen perjalanan yang sah dan untuk keselamatan, sila pastikan anda memakai tali pinggang keledar di tempat duduk anda. Selamat jalan dan terima kasih," ujar satu suara pengumuman yang amat sinonim di pendengaran mereka yang sering berkelana di awan biru.

Namun, apabila menjenguk ke luar tingkap, bukan kepulan awan putih yang kelihatan sebaliknya deretan bangunan. Anda bukan berada di landasan pesawat lapangan terbang. Sebaliknya di dalam perut sebuah bas di perhentian bas, mungkin di hentian Puduraya!

Barangkali begitulah situasinya apabila unsur-unsur perkhidmatan dalam pesawat diterapkan dalam sebuah bas. Konsep menarik yang dinamakan 'penerbangan darat' itu telah pun sedia untuk dinikmati dalam perkhidmatan sesetengah bas ekspres masa kini.



"KANAN: SETIAP kerusinya merupakan kerusi urut dengan getaran.
--------------------------------------------------------------------------------

ATAS KIRI: KRU kabin melayan keperluan penumpang sepanjang perjalanan.
BAWAH KIRI: SEBAGAI kru kabin yang terlatih, Intan Faziatul Izani bukan saja menyediakan makan minum penumpang, malah perlu bijak mengendalikan sebarang masalah.">
Duduk di dalam bas, anda disapa kru kabin persis pramugari dan pramugara yang bertugas di awanan. Apabila tiba waktu makan, dulang dikeluarkan dari sisi kerusi anda. Makanan dihidangkan dan anda menikmati sajian sambil melihat panorama lebuh raya.

Apabila anda mengalami masalah atau inginkan sesuatu, tekan sahaja butang panggilan yang terletak di atas kepala. Sebagai contoh, jika anda mahukan selimut, kru kabin akan mendapatkan selimut untuk anda. Keadaan dalam bas saling tak tumpah seperti dalam pesawat.


Kosmo! berkesempatan meninjau keadaan dalam bas ekspres dua tingkat Suasana Edaran Sdn. Bhd. yang menawarkan perkhidmatan tersebut, baru-baru ini.

Dengan kecanggihan unsur LCD personalization atau hiburan peribadi untuk setiap penumpang, ia adalah syarikat bas bumiputera yang menyediakan perkhidmatan seumpamanya yang boleh dianggap berkelas tertinggi. Perkhidmatan seperti itu terlebih dahulu lebih banyak dipelopori oleh syarikat Singapura.

Dalam suasana serba moden hari ini, kewujudan perkhidmatan seperti itu dialu-alukan. Apatah lagi, masyarakat hari ini cukup menitikberatkan keselesaan dan keselamatan.

"Dua perkara inilah yang menjadi teras perkhidmatan kami. Selain itu, ia juga sebagai usaha untuk memberikan persaingan dan menawarkan kelainan berbanding bas-bas biasa," kata Pengurus Operasi dan Sumber Manusia Suasana Edaran, Zulkifli Sulaiman.


"Ia juga bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan awam. Mungkin ramai yang tidak tahu, ada bas ekspres kini yang betul-betul canggih," tambahnya sambil memberitahu perkhidmatan itu baru ditawarkan oleh syarikat berkenaan sejak September lalu.

Namun, merealisasikan penerbangan darat juga ada cabarannya yang tersendiri. Jika penerbangan udara terdedah kepada risiko seperti cuaca buruk atau sistem komunikasi terganggu akibat penggunaan alat elektronik, perkhidmatan tersebut juga ada cabarannya.

Jalan darat yang lurus, bersimpang siur dan tidak rata sedikit sebanyak menyukarkan proses penyediaan makan dan minum. Itulah sebabnya kebanyakan syarikat bas memilih menyajikan makanan ketika di lebuh raya yang lurus.

"Dalam keadaan ini, pernah berlaku air tertumpah. Ia amat berbeza dengan penerbangan udara yang perjalanannya lancar," kata kru kabin bas, Intan Faziatul Izani, 23. Dia berpakaian seragam berwarna merah umpama seorang pramugari.

"Pernah juga ketika menuruni anak tangga dari tingkat atas ke tingkat bawah bas, saya terjatuh apabila bas berhenti. Tetapi, ia jarang berlaku," katanya yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai kru kabin bas. Sebelum ini, dia berkhidmat dengan sebuah bas lain.

Seorang lagi kru kabin, Ramli Osman, 31, berkata, faktor bas yang berjalan di atas jalan raya turut membangkitkan cabaran buatnya sebagai pramugara bas.



"TEMPAT menyimpan bagasi."

--------------------------------------------------------------------------------


"Yalah, bas berjalan, boleh berhenti. Kalau kapal terbang, takkan hendak berhenti atas udara? Bila boleh berhenti, kerenahnya mestilah lebih banyak. Selalu jugalah saya terpaksa mencari penumpang yang 'hilang' apabila singgah di tempat persinggahan," katanya.

"Kami juga biasanya hanya bertugas berseorangan dalam satu perjalanan. Jadi, apa sahaja yang berlaku perlu ditangani sendiri," katanya.

Sebab itulah, pihak bas sendiri biasanya akan mengadakan latihan simulasi untuk melatih para kru kabin sekiranya mereka berdepan dengan sebarang masalah.

Untuk mengelak bas daripada mengalami hentakan apabila bas melalui jalan tidak rata, bas dilengkapi dengan sistem belon udara untuk menyesuaikan keadaan jalan. Bas juga tidak berhenti menggunakan brek sebaliknya cenderung menggunakan retarder yang mengurangkan kesan inersia.

Satu lagi cabaran perkhidmatan tersebut ialah persepsi orang ramai.

"Apabila orang tengok sahaja bas canggih seperti ini, orang akan cepat kata, wah tentu mahal, tak naklah naik, sedangkan harganya berpatutan dan lebih murah," kata pemilik merangkap pengarah urusan Edaran Suasana, Hasri Hassan. Sebagai contoh katanya, syarikat Hasri hanya menawarkan tambang bas pada kadar RM55 untuk ke Pulau Pinang, jauh lebih murah daripada yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM81.40 bagi bas kategori eksekutif ke Pulau Pinang.



"PAPARAN LCD dengan 128 seleksi permainan video."

--------------------------------------------------------------------------------


Lebih menarik, ada bas yang menawarkan sesuatu yang lebih hebat daripada kapal terbang sendiri.

Bas dua tingkat dan high decker Suasana Edaran itu dilengkapi dengan kemudahan canggih. Setiap kerusinya merupakan kerusi urut dengan getaran. Setiap kerusi juga mempunyai satu paparan LCD dengan empat pilihan filem dan 128 seleksi permainan video. Set kepala (headphone) turut disediakan.

Setiap tempat duduk dilengkapi dengan pencucuh plag. Jadi anda mempunyai tempat untuk mengecas gajet telefon bimbit atau komputer riba anda. Terdapat juga lampu untuk membaca pada waktu malam. Pengguna bas, Noor Iskandar berkata, menaiki bas itu lebih baik daripada menaiki pesawat.

"Sangat selesa. Kerusinya pun besar. Kerusi kapal terbang pun tak sebesar itu.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan. Ada 128 permainan video untuk dimainkan. Hendak tidur pun selesa. Selimut ada, bantal pun besar. Lima jam perjalanan ke Singapura seakan tak terasa," katanya.

Seorang lagi pengguna, Aidil Daniel berkata, ada peristiwa lucu yang berlaku dalam satu perjalanan.

"Kalau dulu, satu bas ada satu TV dan semua orang tonton cerita yang sama. Tapi dalam bas ini, saya tonton filem lain, orang lain tonton filem lain. Masing-masing ada TV sendiri. Ada satu ketika, saya terdengar penumpang di depan saya menjerit, rupa-rupanya dia tengok cerita hantu," katanya yang menyifatkan bas ini seperti bas gajet.

Mendengar keseronokan yang ditawarkan, barangkali ada yang sudah mencongak-congak mahu naik kapal terbang, pandu sendiri atau menaiki bas.

Mula bisnes sejak usia 18 tahun

PEMILIK dan pengusaha bas Suasana Edaran, Hasri Hassan, 42, seorang yang cekal dalam bisnes pengangkutan.

Seawal usia 18 tahun, Hasri sudah miliki empat buah treler untuk melakukan kerja-kerja mengangkut barang seperti untuk pindah rumah. Perniagaan tersebut dimulakan atas inisiatifnya sendiri dengan sebahagian duit modal bapanya.

Tiga tahun selepas itu, dia mula menceburi bidang teksi dan memiliki sejumlah teksi lapangan terbang dan limo hotel Shangri La. Dia turut menjadi pemandu teksi.



"HASRI HASSAN sanggup turun padang menjadi pemandu jika kakitangannya tidak mencukupi."

--------------------------------------------------------------------------------


Kemudian, dia memulakan perniagaan bas sekolah diikuti bas kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dua tahun lalu, syarikat Suasana Edaran ditubuhkan dan mula beroperasi bagi laluan KL-Seremban-KL.

Bermula September tahun lalu, ia membuka langkah dengan menceburi pasaran laluan kompetitif KL-Singapura-KL dan KL-Pulau Pinang-KL. Perkhidmatan bas bagi dua laluan tersebut melibatkan bas dua tingkat dan high decker.

“Jika bisnes melibat sesebuah pengangkutan menghadapi kegagalan atau masalah, jangan putus asa, sebaliknya cuba teroka bisnes pengangkutan baru. Dalam bisnes bagi saya yang penting ialah kita perlu buktikan apa yang kita katakan,” kata Hasri merendah diri.

Pekerjanya juga memberitahu, Hasri juga seorang yang berjiwa pekerja. Dia sanggup turun padang menjadi pemandu apabila kakitangannya tidak mencukupi.

Satu lagi ciri bas-bas Suasana Edaran yang begitu akrab dengan Hasri sebagai pemiliknya ialah nombor platnya yang menggunakan nombor enam. Enam dianggap sebagai angka tuah Hasri kerana dia dilahirkan pada tahun 1966.

Bas satu tingkatnya berangka 6666, manakala bas high decker berangka 66 dan bas dua tingkat 6.
GREAT!!!
nazrey no está en línea   Reply With Quote
Old May 21st, 2009, 10:28 AM   #104
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Tambang baru bas, teksi diumum bulan depan


KUALA LUMPUR: Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan selepas semakan dibawa ke perhatian Kabinet, akhir bulan ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata kadar tambang baru itu membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi serta kereta sewa.

"Kita menunggu maklum balas Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan dibawa ke Kabinet akhir bulan ini," katanya kepada Bernama semalam.



Katanya, kajian semakan tambang telah dibawa kepada perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 7 Mei lalu, tetapi enggan menyatakan peratus kenaikan.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres yang dikekalkan sehingga hari ini.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old May 25th, 2009, 05:10 AM   #105
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Higher taxi and bus rates to go before Cabinet


KUALA KANGSAR: New bus and taxi fares will be presented to the Cabinet for approval next week, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

He said the new fares would cover taxis and express, feeder, school and standard bus services.

“I have studied and approved the proposal by the Commercial Vehicle Licensing Board. I have to get feedback from all ministries before presenting it to the Cabinet,” he told reporters in Kati near here yesterday.

Nazri, however, declined to reveal the quantum of increase as it involved many sectors but said it would not burden the people.

“We will always consider the interest of operators and consumers before deciding. How can we expect good service if the operators can’t make money?” he asked.

The Government was said to have agreed to a 30% increase although the operators had asked for a 60% to 100% rise.

He said the Cabinet could only discuss the new fares next week (early June) as it had other pressing matters on the agenda including that on the Port Klang Free Zone. — Bernama
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old May 26th, 2009, 07:41 AM   #106
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Quote:
Originally Posted by rizalhakim View Post
Kenaikan tambang ke Kabinet minggu depan
KUALA KANGSAR 25 Mei - Kertas cadangan kenaikan tambang pengangkutan awam akan dikemukakan ke Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

"Kertas cadangan itu telah diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan saya sendiri melihat serta menandatanganinya minggu lalu sebelum diserahkan kepada kementerian lain," katanya di sini semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kempen Bumi Hijau anjuran Biro Pertanian UMNO Padang Rengas di Sekolah Menengah Temenggong Kati.

Menurut Mohamed Nazri, kenaikan tambang itu akan melibatkan semua pengangkutan awam termasuk bas dan teksi.

"Kita mahu berlaku adil dan ingin melihat perkhidmatan pengangkutan awam lebih bertanggungjawab dan dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada pelanggan.

"Kenaikan ini bergantung kepada sektor dan jenis perkhidmatan yang diberi bukannya secara purata berdasarkan suasana setempat. Misalnya Kuala Lumpur tidak sama dengan di Pulau Pinang," katanya.

Beliau menyatakan, keputusan tentang tambang tersebut bergantung kepada Kabinet setelah mendapat pandangan daripada semua pihak.

"Kenaikan ini juga akan mengambil kira soal menjaga kepentingan semua pihak termasuk operator, pemandu dan pengguna," katanya.
Tambang pengangkutan wajar naik

KUALA LUMPUR 25 Mei - Langkah kerajaan mengkaji semula kadar tambang pengangkutan awam di negara ini disifatkan oleh pengusaha terlibat sebagai tindakan yang wajar kerana kadar sedia ada tidak dapat menampung kos operasi mereka.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perkepli), Datuk Aslah Abdullah berkata, kadar kenaikan itu munasabah kerana ia mampu mengurangkan beban pengusaha perkhidmatan.

"Sebelum ini pemandu teksi mengenakan tambang sebanyak RM2 untuk dua kilometer pertama tetapi kadar baru mungkin sebanyak RM3.

"Walaupun kenaikan yang diberi masih belum mencapai 30 peratus seperti diminta oleh persatuan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai kertas cadangan kenaikan tambang pengangkutan awam yang dijangka diumumkan oleh LPKP seperti dilaporkan akhbar hari ini.

Mohamed Nazri berkata, kadar baru itu hanya akan dikuatkuasakan selepas mendapat kelulusan Kebinet.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kenaikan tersebut sememangnya amat dinanti-nantikan.

"Meskipun kenaikan ini akan memberi sedikit bebanan kepada penguna, mereka perlu bersikap positif.

"Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan dapat mengurangkan harga diesel sekurang-kurangnya RM1 seliter atau memberikan subsidi kepada pengusaha bas," ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih kabur dan belum ada pengesahan daripada kerajaan.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old May 27th, 2009, 07:28 AM   #107
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Had laju bas ekspres, henti-henti 90 km sejam
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my




Bagi kurangkan kemalangan babitkan kenderaan awam

KUALA TERENGGANU: Kerajaan mungkin mewajibkan pengusaha bas ekspres dan henti-henti mengikat kelajuan kenderaan supaya tidak lebih 90 kilometer sejam bagi mengurangkan kemalangan membabitkan kenderaan awam kerana dipandu laju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata langkah itu sudah pun dilaksanakan di beberapa negara maju seperti Jepun dan beberapa negara Eropah, termasuk Jerman.



"Pengalaman saya di beberapa negara maju mendapati bas ekspres dan bas henti-henti hanya mempunyai kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan dipandu di lorong ketiga serta tidak mengganggu kenderaan lain.

"Di negara ini, sering kita lihat bas ekspres memecut laju dan keadaan ini sudah tentu menakut dan membahayakan pengguna jalan raya terutama apabila ia membabitkan bas dua tingkat," katanya selepas menyampaikan surat kelulusan kereta sewa kepada 73 pemandu kereta sewa seluruh Terengganu di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.

Nazri berkata, walaupun sebelum ini pelbagai kaedah dan cara sudah dilaksanakan kerajaan untuk memastikan pemandu bas ekspres mematuhi peraturan had laju yang ditetapkan, termasuk pemasangan kotak hitam dan pemantauan menggunakan sistem kedudukan global (GPS), namun ia tidak berkesan.

Sehubungan itu, Nazri berkata, mengikat dan mengehadkan kelajuan maksimum bas pada 90 kilometer sejam adalah antara tiga cadangan dikemukakan kepada Kabinet untuk pertimbangan sebelum dilaksanakan.

Katanya, dua lagi cadangan adalah mewujudkan sekolah memandu pengangkutan awam yang diuruskan kerajaan bagi memastikan latihan diberikan kepada bakal pemandu bas dan kenderaan awam serta penubuhan Suruhanjaya Kebangsaan Pengangkutan Awam.

Nazri berkata, penubuhan institusi itu yang akan menyediakan latihan dan kursus pemanduan kenderaan awam, adalah sebahagian rumusan jangka panjang bagi meningkatkan profesionalisme pemandu.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 3rd, 2009, 06:54 AM   #108
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Taxi and bus fares up soon
By TEH ENG HOCK

KUALA LUMPUR: Taxi and bus passengers will be forking out between 30% and 50% more for their trips when fares are raised soon – and it could be as early as next month.

With the increase, a 10km taxi ride will cost more than RM10 instead of the current RM8, and even more should they be caught in a traffic jam.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz told reporters after hosting a dialogue with taxi operators and associations in the Klang Valley that a memorandum on the fare increase had been circulated to all ministries for their feedback.

The increase would encompass fares for taxis and stage, express and schoolbuses, he said.

Nazri said the starting fare for taxis would increase from RM2 to RM3 for the first kilometre and from 10 sen to 13 sen for every subsequent 150m.

He said that when a taxi was stationary, such as during a traffic jam, the proposed rate was 13 sen for every 27 seconds, more than a 100% increase from the 10 sen for every 45 seconds.

Although Nazri declined to reveal the proposed fare increase for buses, sources indicated that the rise would be around 30%.

It is also understood that despite Nazri saying that he would table the proposal to the Cabinet only after receiving feedback from the ministries, the matter could be decided this month.

At the dialogue, taxi operators and associations also told Nazri that they had problems buying insurance for their vehicles as the firms did not want to sell them policies.

“I have spoken to the minister in charge of the Economic Planning Unit Tan Sri Nor Mohamed Yakcop and proposed that instead of a full liability plan, the Insurance Act should be amended to allow for limited liability.

“Currently, insurance companies collect RM400mil a year in premiums, but the claims come up to about RM2bil. Maybe we can limit them to RM5,000 or RM10,000,” he said.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 10th, 2009, 05:50 AM   #109
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Fare hike to stay, says Nazri


SEREMBAN: The Government has allowed the 30% surcharge imposed by express bus operators during last year’s Hari Raya to become part of a permanent fare increase.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz said the actual fare hike to be announced by the government later would be “most minimal”, over and above the 30% surcharge .

The surcharge was initially approved by the government for only one month during the Hari Raya period, but express bus operators were allowed to continue charging the increased fare indefinitely after an appeal to the government.

He said that since the 30% surcharge had never been retracted, the government could not allow another hike in quick succession.


Women cabbies: (From left) M. Meenambal, 45, Kamisah Mohamed Din, 49, and Chiang Quee Lian, 45, looking at their taxi permits given by Nazri at a ceremony in Seremban Tuesday. — Bernama

Citing an example, he said the one-way bus fare on the Seremban-Kuala Lumpur route which used to be RM4.70 before the surcharge, was increased to RM6 during the Hari Raya period. The increased fare has not been lowered since.

“When we announce the next round of fare increase, the new fare will be slightly higher, say around RM6.10 or RM6.20,” he told reporters after handing over taxi permits to 73 individuals from the state here.

Nazri said the Commercial Vehicles Licensing Board was in the final stages of coming up with the new fare structure for buses and taxies.

“We are getting feedback from the relevant ministries and once this is done, I will get the final approval from the Cabinet before announcing it,” he said.

On a separate matter, Nazri warned bus and taxi operators not to employ foreigners as drivers.

He said those found guilty would be slapped with a RM300 compound each.

“I have friends who tell me that they are greeted with “nak ke mana pak” (where do you wish to go Sir) by Indonesian taxi drivers at KLIA.

“We also have Pakistani cabbies driving around Kuala Lumpur who do not even know where KLCC is,” he added.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 10th, 2009, 06:45 AM   #110
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Students may get travel discounts


SERI KEMBANGAN: The Government will study the viability of a transport discount card for students.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said several agencies would be asked to look into this as it had a big implication.

“The students asked the Government to consider a discount card as they find transportation costs a burden,” he told reporters after a two-hour closed door meeting with the National Students Consultative Council.

Muhyiddin, who is Education Minister, said the students had pointed out that other countries offered such discounts.

He also said the National Defence University of Malaysia had been given the mandate to head research into several non-traditional security issues.

“This matter, which was brought up by the consultative council, shows our students are aware of the country’s overall security,” he said.

The university, he said , would work with other agencies on various aspects, including food security and social safety.

On another matter, Muhyiddin said the Government had agreed to the establishment of a National Women Students Council that would be coordinated by the Women, Family and Community Development Ministry.

He said the consultative council had presented five working papers on various issues including the state of schools in Sabah and the transformation of the Malaysian economy.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin who was also present, said the council which was established in 1999, was an opportunity for the Government to hold dialogues with students.

A total of 180 students from 20 public and 26 private higher education institutions attended the meeting.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 10th, 2009, 08:21 AM   #111
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Tukar surcaj 30 peratus jadi tambang
SEREMBAN - Pengenalan surcaj minyak sebanyak 30 peratus bagi perkhidmatan bas yang dilaksanakan sejak musim perayaan tahun lepas, akan dikekalkan dalam bentuk kenaikan tambang.

Ia sekali gus bermakna jika kerajaan meluluskan kenaikan tambang bas selepas ini, amaunnya lebih kecil iaitu pada kadar 10 sen atau 20 sen sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, permintaan pengusaha bas untuk kenaikan tambang lebih tinggi tidak akan dilayan.

"Jika dulu tiket bas dari Seremban ke Kuala Lumpur sebanyak RM4.70 dan kemudian ditambah surcaj RM1.30, selepas ini jika ada kenaikan lagi penumpang tetap membayar harga yang sama iaitu RM6," katanya di sini semalam.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 10th, 2009, 08:48 AM   #112
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Tambang bas biasa, ekspres naik 10 sen
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my




Ganti surcaj 30 peratus pada musim perayaan

SEREMBAN: Surcaj 30 peratus bagi bas henti-henti dan ekspres yang dilaksanakan pada musim perayaan tahun lalu akan ditukarkan kepada kenaikan tambang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Sehubungan itu, katanya, kadar kenaikan tambang bas henti-henti dan ekspres yang akan diumumkan tidak lama lagi hanya menyaksikan kenaikan 10 sen atau tiada sebarang perbezaan.



Sebagai contoh, katanya, kadar tambang bas dari Seremban dan Kuala Lumpur sebelum musim perayaan tahun lalu adalah RM4.70 dan selepas dikenakan surcaj RM1.30, kadar tambang yang dikenakan terhadap penumpang ialah RM6.

"Oleh itu, jika kenaikan tambang baru diumumkan, pengguna tetap membayar kadar tambang sebanyak RM6," katanya selepas menyampaikan 83 Surat Tawaran Kelulusan (STK) lesen teksi dan kereta sewa individu, di sini, semalam.

Kali terakhir kenaikan tambang bas dibuat pada 2005 menyebabkan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia meminta kerajaan menaikkan kadar tambang pengangkutan itu.

Walaupun harga minyak diturunkan, pengusaha syarikat bas memberi alasan kenaikan perlu berikutan peningkatan kos operasi, terutama kos penyelenggaraan, alat ganti dan upah pemandu.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan bersetuju memberi kenaikan tambang 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam itu termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres yang dikekalkan hingga hari ini.

Nazri berkata, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kini pada peringkat akhir untuk mendapatkan maklum balas kementerian berkaitan kenaikan kadar tambang.

"Saya juga berpendapat sudah tiba masanya kadar tambang diubah dan berharap semua pihak bersabar sebelum kata putus dibuat," katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan tidak teragak-agak membatalkan permit pemilik teksi yang mahu mengaut keuntungan mudah dengan membenarkan warga asing memandu teksi mereka.

Beliau berkata, LPKP mengesan beberapa pemilik teksi melakukan perbuatan itu dan kini dalam proses mengambil tindakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, katanya, tindakan membatalkan lesen hanya diambil jika mereka melakukan kesalahan buat kali ketiga, manakala kesalahan pertama dan kedua, masing-masing dikenakan kompaun RM300.

"Kerajaan memandang serius perbuatan itu kerana permit teksi hanya untuk rakyat Malaysia supaya mereka dapat mencari rezeki dan bukan untuk warga Indonesia, Nepal dan Pakistan," katanya.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 19th, 2009, 04:02 AM   #113
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

SKS Invests RM8.4 Million To Buy 14 NGV Buses


SEREMBAN, June 18 (Bernama) -- Sistem Kenderaan Seremban- Kuala Lumpur Sdn Bhd (SKS) will invest RM8.4 million to buy 14 buses using natural gas for vehicles (NGV) this year.

Its manager, Rosli Ramlan, said eight NGV buses started operating this month and the other six were under assembly and would be ready in stages.

"Before this, 11 NGV buses were in operation since May last year. In addition to being environment-friendly, the buses would help reduce operating costs," he told a media briefing here today.

He said the increase in the number of buses would help the company offer better services to passengers.

Rosli said the company aimed to use only NGV buses by 2011.

SKS, a unit of Nadi Corp Holdings Sdn Bhd, operates the Seremban-Kuala Lumpur-Seremban route using the North-South Expressway since 1977.

It also operates the Seremban-Ipoh-Seremban, Seremban-Kuala Pilah-Seremban, Seremban-Tanjung Malim-Ipoh-Seremban, Kuala Lumpur-Tanjung Malim-Kuala Lumpur, Seremban-Muar-Batu Pahat-Seremban and Seremban-Air Hitam-Johor Baharu-Kota Tinggi-Seremban routes.

Currently, the company has 69 buses, including eight double-decker. It has 80 workers.

-- BERNAMA
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 19th, 2009, 11:07 AM   #114
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Sani Express spends RM75m to boost service
Published: 2009/06/19




SANI United Sdn Bhd (SUSB), the owner of the Sani Express bus service network, is injecting RM75 million investment to further equip and strengthen the company for future competition.

Managing director of SUSB, Datuk Sani Salleh, said the big amount would cover the purchase of 25 double-decker luxury buses for the company's existing routes in three states in the east coast and northern region.

He said RM10 million of the amount would be allocated for equipping all the double decker buses of Sani Express with the latest safety features made in Sweden.

"The technology that we will be adopting is capable of early detection of any faults in a bus and warning the driver of it before any unwanted incident takes place.

"Currently, SUSB owns 15 double-decker buses, and although the economic situation looks uncertain at the moment, we are going ahead with the investment to ensure comfort and safety for passengers as well as for our bus drivers," Sani told reporters here today.

Sani said all its 25 Scania double decker buses worth RM40 million will be on the road by end of this July.

All the buses will ply the main routes operated by the company with the destinations in the east coast and northern region.
Operations will start from Shah Alam and Kuala Lumpur to Kuantan, Kuala Terengganu and Kota Bharu.

As for the northern route being planned, he said it will involve Shah Alam-Kuala Lumpur-Sungai Petani-Alor Star-Kangar as well as routes to Butterworth and Penang.

"We also planning to offer services to the southern area which will involve the Shah Alam-Kuala Lumpur-Johor Baharu route by the middle of next year," Sani said.

He said SUSB has also allocated RM7 million to build its new operation centre to be called Sani Express Centre in Klang.
The building will replace its previous headquarters office in Ampang.

"The centre will also offer a training centre which will cater to 100 staff at a given time and also house a management office and other facilities including an area to hold 20 double-decker buses at any given time," Sani said.

The centre is expected to further ease the company''s operations and management of its bus services, he said.

Sani Ekspress is among the major bus operators in the country with its services used by 70,000 people a year. - Bernama
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 25th, 2009, 07:35 AM   #115
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

KTB yakin terus catat keuntungan


KONSORTIUM Transnasional Bhd (KTB), pengendali perkhidmatan bas terbesar di negara ini, yakin terus mencatatkan keuntungan tahun ini di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar serta peningkatan kos operasi.

Pengerusi dan Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata kenaikan surcaj tambang bas sebanyak 30 peratus yang diluluskan kerajaan akhir tahun lalu mampu membantu syarikat mencatat keuntungan tahun ini selain pelbagai strategi yang dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan seperti penstrukturan semula serta pengurangan kos operasi.

Beliau menjelaskan, kenaikan surcaj diluluskan kerajaan September tahun lalu itu menjadi antara penyumbang utama keuntungan KTB tahun lalu walaupun ia hanya dinikmati dalam tempoh tiga bulan terakhir.

“Kami menjangkakan kesan penuh daripada kenaikan surcaj itu akan hanya dinikmati sepenuhnya tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan KTB di Kuala Lumpur, semalam.

KTB yang meraih keuntungan bersih RM3.5 juta tahun lalu, kini mempunyai kira-kira 1,500 bas merangkumi perkhidmatan Cityliner (bas bandar), Plusliner (ekspres), Transnasional (ekspres) dan Nice (ekspres eksekutif).

Sebahagian besar pendapatan KTB disumbangkan perkhidmatan bas ekspresnya yang menyumbang kira-kira dua pertiga pendapatan, manakala satu pertiga lagi disumbangkan oleh perkhidmatan bas bandar.

Nadzmi berkata, kos operasi dan penyelenggaraan pengangkutan bas awam yang semakin mendesak mendorong KTB sebagai pengendali perkhidmatan bas terbesar di negara ini meminta kerajaan mencari jalan membantu pengusaha industri itu.

Katanya, masalah kenaikan kos operasi yang tinggi sudah bermula sejak tiga tahun lalu yang mana keadaan itu menyebabkan kos komponen seperti bayaran tol, tayar, bateri, alat ganti, casis bas, kos besi termasuk juga kos pemandu yang terikat dengan kesatuan sekerja juga meningkat.

Masalah itu, katanya diburukkan lagi oleh peningkatan harga diesel.

“Justeru, KTB berharap kerajaan mengambil tindakan segera menyemak semula struktur tambang pengangkutan bas awam dan meluluskan kenaikan pada kadar lima hingga tujuh peratus setahun.

“Kami tidak minta kenaikan tinggi kerana ia boleh menjejaskan penumpang, cuma sekadar memadai untuk kami menampung kenaikan kos,” katanya.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 26th, 2009, 10:18 AM   #116
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Bus operator investing RM75mil to expand ops
By NIK NAIZI HUSIN


KUANTAN: Sani United Sdn Bhd (SUSB), the operator of Sani Express bus services, will invest RM75mil in a nationwide expansion of its passenger transportation services.

Managing director Datuk Sani Salleh said the bulk of the investment would be used to acquire 25 luxury double-decker buses with the latest security features that could detect early breakdown of the vehicles.

Sani said the Scania buses from Sweden were estimated to cost RM40mil and the security gadgets another RM10mil.

“We do not mind the high cost of the technology as it is for the safety of our passengers.

“Our drivers will be forewarned of the vehicle’s technical faults and this would help avoid any untoward incident due to technical breakdown,’’ he told StarBiz in an interview.

Sani said the new buses, which will be ready for use by end-July, would operate on three main routes: Shah Alam-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu; Shah Alam-Kuala Lumpur-Kuantan and Shah Alam-Kuala Lumpur-Kota Baru.

He said SUSB would also expand its operations to the northern region next month and planned to start a new service to the southern region by mid-2010.

“With the new buses and routes, we project the company’s annual turnover to reach RM100mil by 2011.

“For this year, we expect the monthly revenue to reach RM1.4mil from RM1mil last year,’’ he said, adding that the new investment would create about 500 jobs.

Sani said SUSB had also invested RM7mil to build its new headquarters on 0.4ha in Klang.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old June 29th, 2009, 06:50 AM   #117
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

RM75m more to expand Sani Express network
By M. Hamzah JamaludinPublished: 2009/06/20



Sani United Sdn Bhd (SUSB), the operator of the Sani Express double-deck bus network, is investing another RM75 million to expand its services nationwide.

The company will spend most of the amount to buy 25 luxury double-deck buses and the latest security features from Sweden that can detect early breakdown on each vehicle.

SUSB managing director Datuk Sani Salleh said the Scania buses are estimated to cost about RM40 million, while the security systems are worth about RM10 million.

"The technology will allow our drivers to be forewarned of any untoward incident due to technical breakdown," he told reporters in Kuantan.

Sani on Thursday received the Darjah Indera Mahkota Pahang, which carries the title "Datuk", from Sultan Ahmad Shah of Pahang in Pekan.

The new buses will operate on three main routes namely Shah Alam-Kuala Lumpur-Kuala Terengganu; Shah Alam-Kuala Lumpur-Kuantan and Shah Alam-Kuala Lumpur-Kota Baru.

All of them will be ready for use by the end of next month.

Sani said the company will also expand its operation to the northern region next month with new services involving Shah Alam-Kuala Lumpur-Sungai Petani-Alor Star-Kangar besides a new trip to Butterworth.

"We also plan to start a new service to the southern region by the middle of next year," he said.

With the new buses and routes, he projected the company's turnover to reach RM100 million annually by 2011.

For this year, monthly revenue is expected to reach RM2 million from RM1.2 million monthly last year.

SUSB has also invested RM7 million to build its new headquarters on a 0.4ha site in Klang.

"It will have a training centre and can handle up to 20 buses simultaneously," he said.

Sani Ekspres started operations in 2006 with only six single-deck buses but within three years, the company has successfully dominated the main routes between Kuala Lumpur and the main towns in the East Coast.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old July 2nd, 2009, 05:44 AM   #118
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Kuching to KK by express bus
By : Desmond Davidson






KUCHING: The first express bus service to Kota Kinabalu, Sabah, could start before the year is out.

The route through Brunei from one end of Borneo to the other, could take over 24 hours, Biaramas Express Sdn Bhd executive director Henry Lai said yesterday.

Lai told a news conference on the shuttle service for the Rainforest World Music Festival, which his other company Insight Holidays is providing, said Biaramas is working out the details, particularly "how to make passengers as comfortable as possible" on the long trip.

He said the service will start once the administrative and logistical details have been worked out and the delivery of new buses is completed. He said passengers will require a passport because the route passes through Brunei.

The company also plans to start a long distance service between Kuching and Limbang, which will also pass through Brunei.

Biaramas is also one of three companies given licences to operate the new stage bus services in Kuching city. The other two are City Public Link and Jepak Holdings.

On the shuttle service for the RWMF, Lai said Insight Holiday will use 45 coaches and vans this year.

Sarawak Tourism Board said festival goers will have to use the shuttle service as only police and emergency vehicles will be allowed past the road-block about three kilometres from the Sarawak Cultural Village, the venue of the fest.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old July 7th, 2009, 04:29 AM   #119
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Bumpy year for Konsortium Transnasional
By Zaidi Isham IsmailPublished: 2009/07/07




KONSORTIUM Transnasional Bhd (4847), Malaysia's largest bus owner and operator, said business will be challenging this year due to the influenza A (H1N1) and a slower economy.

KTB chairman and managing director Mohd Nadzmi Mohd Salleh cited as an example the Kuala Lumpur-Singapore route, which has so far seen a 40 per cent drop in ridership compared with the same period last year.

"The global economic slowdown and the pandemic flu has affected bus ridership and we want to hold talks with the government on how we can stagger the fare hikes," Nadzmi told reporters in Putrajaya yesterday.

He had earlier accompanied Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, who launched the company's new fleet of buses.
In the year ended December 31 2008, the bus company made a lower net profit of RM3.4 million compared with RM9.3 million in 2007.

Nadzmi said to cushion the impact and to save cost, the bus company will halve the number of buses plying certain routes.

It will also increase bus fares gradually so that it will not hurt customer demand.

The new Plusliner Xtreme double decker is the biggest bus in the country with a capacity of 72 passengers, priced at RM1.3 million apiece.

The buses are manufactured by Swedish bus company Scania and will start operations in 2010. KTB has ordered 16 units.

KTB operates more than 1,600 stage and express buses under the Plusliner, Cityliner, Nice and Transnasional brands.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote
Old July 16th, 2009, 07:36 AM   #120
rizalhakim
PROUD 2 B MALAYSIAN
 
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 36,312
Likes (Received): 1021

Cabinet approves new bus, taxi fares


KUALA LUMPUR: The Cabinet has approved an increase for taxi fares, from RM2 to RM3 for the first three minutes, after which it is 10sen for every 115 metres.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abd Aziz announced the new fares on Thursday.

The fares are expected to come into affect next month, but no date has been specified.

The 50% surcharge after midnight still applies, but is now applicable at the time the passenger is left off and not when he or she is picked up.

Syed Nazri said a database on taxi drivers would also be set up to aid enforcement against errant drivers.

Express bus fares will also go up by 2sen per kilometre, while stage bus fares in Kuala Lumpur will increase by between 25sen and 70sen accoridng to zones.
rizalhakim está en línea ahora   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 12:27 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu