|
|
| daily menu » rate the banner | guess the city | one on one |
|
|
#63 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,360
Likes (Received): 176
|
a newly compltd showroom in jln yap kwn seng
![]() ![]()
|
|
|
|
|
|
#64 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,360
Likes (Received): 176
|
Kemelut peniaga Pasar Datuk Keramat selesai
Oleh a. jailani abdullah ![]() HAMPIR SIAP SEPENUHNYA... Bangunan pasar baru di Datuk Keramat, Keramat kini 98 peratus siap dan dijangka mendapat CF pada hujung Disember. Gambar kecil menunjukkan ruang dalam yang tidak ubah seperti sebuah hotel. - Gambar Asmaruddin Jamaluddin -------------------------------------------------------------------------------- KERAMAT 26 Nov. - Kekusutan isu para peniaga di Pasar Datuk Keramat di sini enggan berpindah ke pasar baru hampir terlerai selepas pertemuan mereka dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique hari ini. Zulhasnan, yang melawat pasar baru itu bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar pada dasarnya bersetuju bahawa beberapa tuntutan para peniaga itu wajar diberikan pertimbangan demi kepentingan perniagaan mereka. Para peniaga itu enggan berpindah ke pasar baru kerana berpendapat kemudahan yang disediakan di situ tidak menepati keperluan mereka dan juga menimbulkan risiko perniagaan mereka terjejas. Oleh itu, para peniaga telah membuat beberapa tuntutan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar pengubahsuaian dibuat terutamanya terhadap kedai di pasar basah selain beberapa kemudahan lain. Zulhasnan yang turut mendapatkan pandangan peniaga dan penerangan arkitek perunding projek dalam lawatannya selama kira-kira dua jam di situ berpendapat beberapa perkara memang memerlukan pengubahsuaian. Katanya, beliau setuju ada perkara-perkara yang perlu diteliti semula seperti reka bentuk kedai, saiz dan kawasan letak kereta serta isu keselamatan. "Saya minta DBKL dan arkitek perunding berbincang dengan para peniaga. Kalau ada yang tak puas hati, boleh bincang, tak ada masalah," katanya. "Kalau DBKL lihat boleh buat pengubahsuaian, maka mereka akan ubah suai," ujarnya lagi kepada pemberita selepas lawatan. Turut menyertai lawatan itu ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohamad Ghazali dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup. Zulhasnan berkata, perbincangan ketiga-tiga pihak itu dijangka diadakan sebelum hujung bulan depan iaitu sebelum sijil layak menduduki (CF) dikeluarkan. Menurut beliau, bangunan pasar baru itu kini sudah 98 peratus siap dan sijil selamat menduduki (CF) dijangka dikeluarkan pada hujung Disember nanti. Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu cawangan Datuk Keramat menegaskan ahli-ahlinya enggan berpindah ke pasar baru selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. Antara tuntutan itu ialah mengubah suai saiz kedai, menambah kawasan pemunggahan, memindahkan deretan rumah kedai dan sebuah stesen minyak berhampiran pasar itu serta memindahkan pasar basah ke bahagian bawah iaitu di kawasan letak kereta. "Lawatan ini dilakukan untuk kami melihat sendiri masalah yang telah diutarakan di dalam akhbar dan juga memorandum yang diberikan (oleh para peniaga). "Saya lihat beberapa perkara boleh diubah suai, sesuai dengan permintaan peniaga. "Kami nampak ada isu-isu yang boleh diselesai dan dibincangkan dengan lebih mendalam," katanya. Katanya, pembinaan pasar baru yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan itu bertujuan meningkatkan taraf bukan sahaja peniaga tetapi juga Kuala Lumpur sebagai bandar raya moden. |
|
|
|
|
|
#65 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,360
Likes (Received): 176
|
Rumah Tradisional Bukit Palah
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID ![]() RUMAH Tradisional Bukit Palah kini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara yang ingin melihat keunikan rumah tradisional Melaka. - Gambar ABDUL RAZAK LATIF -------------------------------------------------------------------------------- MELAKA 26 Nov. - Selain tempat bersejarah di Banda Hilir yang menjadi destinasi mesti lawat bagi pelancong ke Melaka, rumah-rumah kampung tradisional Melayu yang indah dan unik di negeri ini juga merupakan produk pelancongan yang menarik untuk dilawati. Kebersihan dan keindahan rumah tradisional yang mempunyai landskap yang menarik menjadikannya tarikan kepada pelancong, khususnya bagi mereka yang cintakan keindahan seni bina Melayu lama. Salah satunya yang lebih menyerlah adalah rumah tradisional Melayu Bukit Palah yang menjangkau usia 90 tahun, kini dihuni oleh pewaris yang terdiri daripada anak-anak pemilik asalnya, Hamid Sidek dan Hasnah Hasan. Selain landskapnya yang menarik dan bersih, keunikan rumah tradisional Melayu Bukit Palah ini ialah kerana ia masih mengekalkan ciri-ciri seni bina rumah tradisional dengan atapnya yang tinggi dan bertangga batu. Menurut salah seorang anak pasangan itu, A. Rahman Hamid, 55, biarpun masa telah berubah dan kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia, namun kesemua mereka sembilan beradik telah diberi amanat agar sentiasa memelihara nilai asli rumah pusaka mereka itu. ''Arwah bapa yang bersungguh-sungguh ingin menjadikan rumah ini sebagai rumah tradisional, anda boleh lihat sendiri, dia mengukir hampir semua bahagian rumah dengan corak asli Melayu pada tingkap dan bumbung rumah. ''Ada yang selebihnya, kami usahakan bersama-sama adik-beradik lain demi mematuhi pesanan arwah bapa selepas dia meninggal beberapa tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini. Katanya, selain ukiran dan seni bina tradisional, rumah tersebut juga dihiasi dengan pelbagai barangan antik yang dikumpul oleh bapa mereka dan kini diwarisi oleh anak-anaknya yang lain. ''Bagi menambah koleksi barangan antik milik bapa, saya akan mencari ke merata-rata tempat untuk membeli barang antik semata-mata mahu meningkatkan keistimewaan rumah pusaka ini," katanya. Kata A. Rahman, bapanya mendapat idea untuk menjadikan rumah itu sebagai rumah tradisional Melayu bermula sekitar tahun 2001 apabila ia sering mendapat kunjungan dan lawatan pelancong asing yang tertarik dengan kebersihan serta keindahan lanskap rumah di situ. Ujarnya, akibat ketiadaan sumber kewangan yang cukup, bapanya menyatakan hasrat tersebut kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang kemudiannya tanpa berlengah lagi mengarahkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menjalankan kerja-kerja pemugaran rumah tersebut agar menjadi lebih menarik. ''Setelah beberapa tahun dijadikan sebagai rumah tradisional Melayu dan selepas menjalani beberapa kerja-kerja pemugaran, keaslian rumah ini tetap terpelihara, jika anda lihat bangunan rumah ini berwarna kuning, begitulah keadaannya sejak lebih 90 tahun lalu," katanya. Dia turut melahirkan harapan agar pihak berkuasa terbabit dapat menyediakan kawasan tempat letak bas pelancong yang lebih sesuai di kawasan itu berbanding pada masa ini, pemandu terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan sehingga kadang kala membahayakan keselamatan pelancong. Sementara itu, menurut adik perempuannya yang juga penjaga rumah itu, Zainab Hamid, 50, hampir setiap hari rumahnya itu didatangi pelancong asing dari pelbagai negara semata-mata ingin melihat keindahan dan keunikan seni bina rumah tradisonal Melayu. ''Bagi memastikan landskap dan kawasan rumah sentiasa bersih, saya perlu membersih dan memastikan keadaan rumah sentiasa terjaga, lagi pun, inilah pesan arwah bapa buat kami adik beradik. ''Bapa mahu rumah pusaka ini terus kekal menjadi rumah tradisional dan tidak sesekali kami mengubahnya menjadi rumah biasa atau rumah moden, agar keasliannya terus terpelihara sehingga satu generasi ke generasi berikutnya," katanya. Rumah pusaka itu, kata Zainab, selain menjadi tumpuan pelajar universiti menjalankan kajian mengenai seni bina rumah tradisi, ia juga pernah dijadikan lokasi penggambaran untuk video klip beberapa artis terkenal tanah air termasuk Siti Nurhaliza untuk album Cindai. |
|
|
|
|
|
#66 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,360
Likes (Received): 176
|
Lebih banyak rumah tradisional Melayu akan dipulihara
MELAKA 26 Nov. - Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sedang mengenal pasti lebih banyak rumah tradisional lama di negeri ini untuk dibaik pulih dan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan. Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas berkata, pihaknya begitu optimis terhadap usaha itu, sekali gus dapat membantu mengekalkan rumah tradisional sebagai kediaman yang lebih baik kepada penghuninya. Menurutnya, sejak 2001 sehingga kini, lebih 56 buah rumah tradisional di seluruh negeri Melaka sudah dibaik pulih dengan perbelanjaan keseluruhan kira-kira RM184,000 atau purata setiap rumah sebanyak RM40,000. ''Jika dipersetujui pemiliknya, kerja-kerja baik pulih rumah tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri di bawah Tabung Amanah Pemugaran dan Pemuliharaan Negeri," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini. Bagaimanapun, katanya, setelah rumah siap dipulihkan, pemilik rumah perlu menjaganya dan menjadikannya sebagai produk pelancongan dan sedia menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Tambahnya, Perzim akan turut membantu pemilik rumah tradisional untuk memperkemaskan lagi susun atur di dalamnya sekiranya mempunyai beberapa bahan untuk dipamerkan kepada pelancong. Katanya, mana-mana pemilik rumah tradisional yang mahu rumah mereka diperbaiki perlu terlebih dahulu menghantar surat permohonan kepada Perzim. Permohonan mereka, jelas beliau, akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pemuliharaan dan Pemugaran Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sebelum diluluskan. Perzim kemudiannya, tambah beliau, akan menghantar pasukan petugas untuk menilai kerosakan serta kos bagi kerja baik pulih rumah berkenaan. ''Bagaimanapun, kediaman yang hendak dibaik pulih mestilah rumah tradisional berusia sekurang-kurangnya 50 tahun," jelasnya. Pada masa ini, kata beliau, pihaknya mengenal pasti 45 buah rumah tradisional di seluruh negeri yang memerlukan pemugaran dan baik pulih semula bagi memastikan reka bentuk unik rumah Melaka terus dipertahankan sehingga akhir zaman. Katanya, kebiasaannya, Perzim menumpukan kepada baik pulih rumah tradisional terhadap serambi dan tangga rumah kerana itu ciri-ciri penting rumah tradisional Melaka Jelas beliau, ciri-ciri rumah tradisional Melaka ialah mempunyai bumbung berbentuk panjang, terdiri daripada tiga bahagian iaitu serambi, rumah ibu dan dapur, mempunyai 12 tiang atau 16 tiang, rumah kayu bertangga batu berbentuk melengkung dan mesti dilengkapi dengan ukiran unik pada serambi depan. |
|
|
|
|
|
#67 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,360
Likes (Received): 176
|
Traders say RM70m Keramat market too posh
Noel Achariam KUALA LUMPUR: After 10 years and with over RM70 million spent, the new Datuk Keramat market is set to open but to complaints that it is too "posh" and has inadequate facilities. Many traders are unhappy with the design and foresee numerous problems. Coconut seller Azahar Ishak said it looks more like a posh shopping centre than a wet market. And he says there are not enough parking bays. "Some 444 traders might move into the complex, but there are only 256 parking bays. If half of us were to park our vehicles here, where are our customers going to park?" he asked. He also said the unloading bay is too small. "It can only accommodate four lorries at a time, and it usually takes a trader two hours to unload. What we need is a larger bay," he said. "And City Hall said we are not allowed to process food here. How are chicken sellers to do business if they can't slaughter then?" Butcher Azrin Isa said City Hall should have consulted the traders before building the complex. "I sell around 500kg of mutton a day and I have a huge chiller to store my meat. Here, they are providing space enough only for 50kg. Where am my I going to store the rest?" he said. He said most of the traders prefer the old Keramat market, which has ample parking and where customers can easily find the stalls they want. "This complex is huge, and all the shops here are blocked by walls. Traders who get the stalls at the back may not be noticed." Fishmonger Muhammed Sulaiman Malik said he does not see enough space for the 500kg of fish he sells each day. "I sell about 22 types of fish. Because of the small trading space I can only display five types, and this is not including the live fish," he said. He also said moving goods to the third floor is going to be a bother. "They have provided only two lifts for 444 traders," he said. The new market was supposed to open in 2002, at a cost of about RM39 million. However, the contractor could not finish the job so City Hall had to pay an extra RM26 million for another contractor to finish it, plus RM2 million to replace missing and vandalised mechanical and electrical equipment and hire a security company. Other unforeseen costs have raised the final bill to over RM70 million. Federal Territories Minister Datuk Zulhasnan Rafique visited the market recently and said that he will look into the grouses of the traders. "I will discuss with City Hall the changes that need to be made. The main issue is here is to have a functioning market," he said, adding that the market's design is supposed to enhance the city centre. |
|
|
|
|
|
#68 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
Local architecture@Mutiara Rini Urban Park, Johor
by A Syaharuddin K - as… ![]() Lake & Floating building@Mutiara Rini Urban Park
|
|
|
|
|
|
#69 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
|
|
|
|
|
|
#70 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
Felda Agricultural Laboratory, Labu Technology Park
|
|
|
|
|
|
#71 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
|
|
|
|
|
|
#72 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
|
|
|
|
|
|
#73 | |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
Quote:
Last edited by nazrey; January 1st, 2009 at 06:21 AM. |
|
|
|
|
|
|
#74 | |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
Quote:
Thursday January 1, 2009 By CHEN PELF YEEN ![]() Let's get moving: Mohd Ali Rustam (second from right) and Department of K-Economy director Azuddin Jud ismail (right) at the project site in Ayer Keroh. MALACCA: The state’s 20 mil planetarium project at the Malacca International Trade Centre (MITC) is set to be one of the main attractions here following its opening July this year. The planetarium is being built on the 4ha roundabout located at the MITC in Ayer Keroh. Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the planetarium will house a 15m internal dome including a 250 capacity theatre and will be equipped with the latest digitally operated equipment in the country. “The equipment will be brought in by March and the planetarium is scheduled to open to public by July 1,” he told reporters during a visit to the planetarium recently. The planetarium is located in the heart of the MITC growth area near several other ongoing projects such as a centre to develop animation and a ICT data centre that includes a 52-lane bowling centre. He said the planetarium would also allow researchers from various higher institutions to conduct their experiments here besides attracting locals and tourists who are keen to learn more about the beauty and secrets of the universe. There are currently three planetariums in Peninsular Malaysia, namely the National Planetarium in Damansara, Kuala Lumpur, Terengganu Planetarium located at the foothill of Bukit Besar and the RM20mil Al-Khawarizmi Astronomy Complex in Tanjung Bidara, Malacca. Mohd Ali said the planetarium was scheduled for completion soon with contractors requiring 90-days to set up the equipment once it arrives in March. |
|
|
|
|
|
|
#75 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,360
Likes (Received): 176
|
|
|
|
|
|
|
#76 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
|
|
|
|
|
|
#77 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
|
|
|
|
|
|
#78 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,590
Likes (Received): 283
|
RM100m centre to cater to all
Naveen Mathew Menon The Calvary Convention Centre is slated to be ready by 2010. KUALA LUMPUR: The new RM100 million Calvary Convention Centre, under construction in Bukit Jalil, will cater not only to church members but to all Malaysians living in the Klang Valley. The centre will have seminar and workshop rooms, a recording studio, dance, arts and drama training rooms, a stage for large productions, a prayer hall, and high-tech audio-visual and multimedia equipment. There will be classrooms for Sunday school, lecture halls, an adult and children's library and a nursery care centre. The covered entrance plaza can be used for exhibitions, said pastor David Seah. "Besides all these, we will have a recreation hall, gymnasium, a banquet hall that can seat a thousand, a cafeteria where people can take a break and have a wholesome meal, a bookstore, administrative offices, counselling rooms and even hostels and guest apartments. "There will be a three-level basement car park and a garden sanctuary. "The convention centre will be able to seat 5,000 people." Construction kicked off last year and is slated to be completed in 2010. "The design of the convention centre is unique. It has three striking design features. "We wanted the building to have a strong spiritual element so it will have 'wings' symbolising the angels. "And if you had a bird's eye view of the building, you would see that it is shaped like a pair of hands locked together in prayer. "The water fountain at the front of the church signifies that our church has embraced the calling to be a 'fountainhead church'." Financing for the building came mostly through donations from church members. There are over 10,000 members of Calvary Church in Malaysia. Calvary Church is part of Assemblies of God Malaysia, which recently celebrated its 40th anniversary here. http://www.nst.com.my/Current_News/S...03632/Article/ |
|
|
|
![]() |
| Thread Tools | |
| Display Modes | Rate This Thread |
|
|