|
|
|
| daily menu » rate the banner | guess the city | one on one |
|
|||||||
| Urban Our Architecture, Infrastructure, Economy and other related news/discussions |
| Global Announcement |
|
SkyscraperCity needs your help to do some house cleaning! please click here for more info! |
![]() |
|
|
Thread Tools | Display Modes |
|
|
#141 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Peruncit turun harga minggu depan
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID mazlina@kosmo.com.my ![]() SHAHRIR meninjau stok beras semasa pelancaran kempen penurunan harga 900 jenis barangan di Jusco Cheras Selatan semalam. -------------------------------------------------------------------------------- SERI KEMBANGAN - Kempen Penurunan Harga yang kini dijalankan di semua pasar raya besar akan diperluaskan ke semua pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara secara berperingkat-peringkat bermula minggu depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pelaksanaan kempen itu adalah inisiatif berterusan dalam menyediakan 'suasana' membeli yang lebih baik kepada semua pengguna. "Ia bermula pada minggu depan, rata-rata pengusaha telah menyatakan persetujuan untuk menyokong kempen ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Jusco, AEON Cheras Selatan di sini. Katanya, bagi memastikan kempen itu mencapai matlamat, seramai 2,000 pemantau harga barang akan ditempatkan di kawasan terpilih bagi memastikan semua peruncit mematuhi arahan itu. Serentak dengan itu juga Shahrir berkata, pihaknya akan mencari satu mekanisme baru agar harga barangan keperluan di luar bandar selaras dengan harga yang dijual bagi mana-mana pasar raya di bandar. |
|
|
|
|
|
#142 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Another hypermart cuts prices
By : Hamidah Atan PUTRAJAYA: The government will remain proactive and consistent in its measures to cushion the impact of the global economic crisis and bring down prices, the deputy prime minister said. Datuk Seri Najib Razak said every effort must be made to generate a reasonable level of economic growth. "The real economy must be protected and brought to a level where the people will not be burdened with the economic slowdown," he said when launching Carrefour Malay-sia's price-cut campaign yesterday. Also present were Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad, Carrefour senior adviser Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin and Carrefour Malaysia/Singapore managing director Shafie Shamsuddin. The six-month campaign involves the reduction of prices of 1,000 essential goods, including vegetables, fish, poultry, meat, dry goods as well as home-related items, with discounts of up to 50 per cent. Najib, also the finance minister, said the government would implement all people-related programmes as planned such as housing and public facilities. "All that which can ease inflation will be laid out. Let this year be the only exceptional year for the country where inflation grew to as high as seven per cent. "Hopefully, next year, we will bring down the rate of inflation to three or four per cent." Najib said several hypermarkets and supermarkets, including Mydin, Jusco, Tesco, Giant and The Store, had already reduced prices. "Carrefour is joining the list. I believe the price cut is genuine for the benefit of consumers." Later, Najib told a press conference that he was confident the economic forecasts for this year and next year could be achieved on condition that all projects under the RM7 billion fiscal stimulus package were carried out as scheduled. On the report that China has unveiled a US$586 billion (RM2,092 billion) stimulus package to bolster domestic demand and help avert global recession, Najib described the move as positive not only for Malaysia but also the region. The plan includes spending on housing, infrastructure, agriculture, healthcare and social welfare. It features a tax deduction for capital spending by companies. Asian stocks rallied in response to China's plan. Najib said the spending package would boost China as one of Malaysia's largest export markets. "Its readiness to export some of its surplus capital to all parts of the world is commendable. "It is indeed a positive move because when the people have confidence, they will start consuming and investors will start investing. Tourists will also start coming." Carrefour boss Shafie said they were the first hypermarket to introduce a price reduction campaign. "We initiated it in 2006 and implemented it twice last year. This year in March, we embarked on the campaign again and the current campaign is our biggest offer." |
|
|
|
|
|
#143 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Turun harga perlu tulen - Najib
![]() Najib Tun Razak meninjau barangan di pasar raya Carrefour Alamanda Putrajaya sambil diperhatikan Shahrir Abdul Samad (kanan), semalam. - Gambar Zaki Amiruddin -------------------------------------------------------------------------------- PUTRAJAYA 12 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengusaha pasar raya besar melakukan penurunan harga tulen di dalam kempen turun harga barang yang dilaksanakan oleh pasar raya besar berkenaan di seluruh negara kebelakangan ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang penurunan yang dilakukan secara samar-samar akan merugikan pengguna. ''Saya percaya penurunan ini tulen dan bukan samar-samar. Jika tulen, bermakna faedahnya akan dirasai pengguna," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang Carrefour di sini hari ini. Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad; Penasihat Kanan Carrefour Malaysia, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin dan Pengarah Urusan Carrefour Malaysia/Singapura, Shafie Shamsuddin. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerjasama menurunkan harga barang dengan pasar raya besar merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada penurunan harga minyak baru-baru ini. Katanya, walaupun harga barang telah naik, ia sebenarnya masih mampu diturunkan dengan melaksanakan usaha-usaha proaktif dan gigih. ''Usaha kita bukan terhad kepada pasar raya-pasar raya besar tetapi turut melibatkan restoran Muslim dan India," katanya. Beliau menambah, dalam menghadapi kelembapan ekonomi, kerajaan akan berusaha memastikan pertumbuhan ekonomi negara dipertahankan ke tahap munasabah. Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memastikan semua projek yang berkaitan kesejahteraan rakyat seperti perumahan diteruskan walaupun dalam keadaan mencabar ini. ''Hatta usaha mengurangkan tekanan inflasi akan diutamakan kerajaan. Biarlah tahun ini (inflasi) tinggi sedikit tetapi sasaran tahun depan ia dapat kembali pada kadar biasa antara tiga dan empat peratus," katanya. |
|
|
|
|
|
#144 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Diskaun 50 peratus untuk 1,000 produk
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN faizal.nazaruddin@kosmo.com.my ![]() NAJIB beramah mesra dengan para pelanggan Carrefour Alamanda selepas melancarkan kempen penurunan harga pasar raya itu di Putrajaya semalam. -------------------------------------------------------------------------------- PUTRAJAYA - Pasar raya besar Carrefour menyahut Kempen Penurunan Harga dengan memberi diskaun sehingga 50 peratus bagi 1,000 barangan terpilih untuk enam bulan berkuat kuasa semalam. Penurunan harga barangan itu akan melibatkan pelbagai produk seperti sayur-sayuran, ikan, daging, barangan makan kering dan produk perumahan terpilih di semua 15 cawangan pasar raya itu di seluruh negara. Pengarah Urusan Carrefour Malaysia/Singapura, Shafie Shamsuddin berkata, pihaknya telah menyediakan pelaburan hampir RM10 juta termasuk promosi dan pengiklanan untuk kempen tersebut. "Ini kali kedua kami menurunkan harga selepas yang pertama pada Mac lalu. "Selaras dengan kempen 'lebih jimat lebih hebat' kami, polisi syarikat untuk menawarkan harga terendah dan memberi kepuasan berbelanja," katanya kepada pemberita di pusat membeli-belah Alamanda, semalam. Majlis pelancaran kempen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Shafie berkata, kempen itu juga selaras dengan penurunan harga minyak. |
|
|
|
|
|
#145 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Cheaper goods at Carrefour hypermart
By CHARLES FERNANDEZ THE Carrefour hypermarket chain has reduced prices of 1,000 essential goods in line with the Government’s call for re**tailers to take part in the “Kem*pen Penurunan Harga Barang.” The price cut, effective from Wednesday, involves all 15 Carrefour outlets nationwide and will continue for six months. The Carrefour price cut campaign was launched by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Also present was Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad and Carrefour Malaysia managing director Shafie Shamsuddin. ![]() For the people: Najib (right) launching the price-cut campaign at Carrefour Alamanda in Putrajaya as Shahrir and Shafie (left) look on. “This price reduction exercise will offer consumers the lowest prices on selected daily consumable items such as food and vegetables,’’ said Shafie. He said the campaign was consistent with Carrefour’s tagline “The Preferred Hypermarket in Malaysia”, providing consumers value for money for essential everyday items. Shafie said Carrefour was the first hypermarket to introduce the price cut campaign in 2006 and had implemented it twice in 2007. He added that in March this year, Carrefour had promo*ted the campaign again and this time it was the biggest offer with discounts of up to 50% on the selected 1,000 products. |
|
|
|
|
|
#146 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Giant Kota Damansara open tomorrow
|
|
|
|
|
|
#148 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Tesco may become world No.2 retailer by 2012
Published: 2008/12/10 LONDON: Britain’s Tesco will overtake France’s Carrefour within the next five years to become the world’s second-biggest retailer by turnover behind US group Wal-Mart, according to a report yesterday. Grocery market researchers IGD forecast Tesco would achieve compound annual growth of 11 per cent between 2007 and 2012, led by expansion in China, the United States and India, and boosting its annual turnover to US$157.1 billion by the end of the period. That would just overtake Carrefour which, with forecast compound annual growth of 7 per cent, would reach turnover of US$157 billion by the same date, it said. Wal-Mart, however, would remain way ahead, with annual turnover expected to rise over US$100 billion to US$476.2 billion. “Emerging markets will not be immune to the global economic slowdown, yet the pace of growth will continue to outstrip that of the developed world,” said Jonathan Gunz, senior business analyst at IGD. “We estimate that in grocery, retail markets in China and India will each grow at a compound annual rate of 13.2 per cent between 2008 and 2012, exceeding any other country in the top ten. Other emerging markets to watch include Indonesia, Ukraine and Vietnam,” he added. - Reuters |
|
|
|
|
|
#149 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Tesco Ampang dipilih pasar raya terbaik
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pasar raya Tesco di Ampang telah dipilih sebagai pasar raya terbaik di bawah Program Piawaian Akreditasi Cemerlang, 'Perkhidmatan Peruncit dan Budi Bahasa' 2008/2009. Program tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) dan Perbadanan Produktiviti Kebangsaan (NPC). Pengarah Pemasaran Tesco Stores (M) Sdn. Bhd., Paul Morris dalam kenyataannya berkata, syarikat itu berbangga kerana menerima anugerah tersebut khususnya bagi Tesco Ampang dan ini adalah pengiktirafan untuk semua kakitangan di cawangan tersebut yang sentiasa bekerja keras dan berdedikasi. Menurutnya, antara faktor pendorong kepada kejayaan tersebut adalah jaminan syarikat untuk menawarkan harga barangan yang baik, memudahkan pelanggan agar mereka memperolehi barangan yang diperlukan, memastikan produk yang berkualiti kepada pengguna, tidak perlu beratur panjang dan khidmat kakitangan yang mesra. |
|
|
|
|
|
#150 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 73,020
Likes (Received): 391
|
Tesco Ampang is best hypermarket
Saturday December 13, 2008 Tesco Ampang, a hypermarket under the Tesco Stores (M) Sdn Bhd group, has been voted best hypermarket under the 2008/2009 “Retailer service & Courtesy” Standards of Excellence Accreditation Programme organised by the Malaysia Retailers Association (MRA) and the National Productivity Corporation (NPC). Tesco Malaysia marketing director, Paul Morris said: “It is a great honour for Tesco, particularly Tesco Ampang and a tribute to all staff at Tesco Ampang who have put in so much hard work and dedication.” Morris said one of the main reasons for the success was the Tesco “Shopping Trip Promise” that all stores strive to deliver. The promises include ensuring good prices, availability of goods, quality products, greater product range so that customers can get what they want and need, good service and that all Tesco stores are enjoyable to shop in. Tesco Ampang Store general manager, Gunasegaran said the award was achieved not only by sheer hard work, dedication by each and everyone at Tesco but also a genuine want to achieve excellence for customers. “This recognition also fires up our enthusiasm to continue to improve ourselves and our service so that we can be better and hopefully win the award again for all our customers.” |
|
|
|
|
|
#151 | |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Quote:
duno wat so special bout tesco ampang.... ![]()
|
|
|
|
|
|
|
#152 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Giant rancang buka dua lagi cawangan
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali pasar raya besar Giant merancang membuka dua lagi cawangan terbarunya di Kelantan dan Selangor pada awal tahun depan bagi memenuhi permintaan pelanggannya. Pengarah Wilayah Asia Timur Dairy Farm International, Datuk John Coyle, berkata pembukaan cawangan terbaru itu di Kota Bharu, Kelantan pada Januari ini dan di Putra Heights, Selangor dijangka beroperasi Februari tahun depan. “Sebagai peneraju industri peruncitan, Giant berperanan utama dalam menyokong kempen kerajaan, selain menawarkan pelbagai jenis produk berkualiti pada harga rendah. “Pembukaan cawangan terbaru itu bertujuan memenuhi permintaan penduduk di kawasan berkenaan yang ingin mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung,” katanya. |
|
|
|
|
|
#153 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Pasar raya sahut kempen turun harga barang
GEORGETOWN: Rangkaian Pasaraya Sunshine milik Suiwah Corporation Berhad (Suiwah) menyahut seruan kerajaan dengan menyertai kempen penurunan harga bagi meringankan bebanan rakyat. Sebanyak 600 jenis barang yang merangkumi makanan segera, kering, sejuk beku, produk penjagaan diri dan keperluan harian dikurangkan kurang sehingga 30 peratus sejak 8 November lalu. Pengarah Sunshine Amanjaya Sdn Bhd merangkap Ahli Lembaga Pengarah Suiwah Corporation Berhad, Datuk Abdul Rafique Abdul Karim, berkata kempen penurunan harga itu sepatutnya berakhir hujung bulan ini tetapi dilanjutkan sehingga 31 Januari depan. "Penurunan harga ini diharap dapat meringankan beban pengguna terhadap barang keperluan harian. Ini sebahagian daripada tanggungjawab kami kepada masyarakat," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen itu oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di pasar raya itu di Bayan Baru, kelmarin. Lima pasar raya Sunshine yang menyertai kempen berkenaan ialah Sunshine Farlim Hypermarket, Sunshine Jelutong, Sunshine Bukit Mertajam dan Pasaraya Sui Wah Ayer Itam. Sementara itu, Abdul Rafique berkata, syarikat itu akan membuka satu lagi cawangan pasar raya di negeri ini yang dijangka membuka peluang pekerjaan kepada 1,000 orang. Katanya, walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu tetapi syarikat terus berkembang, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. |
|
|
|
|
|
#154 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Tesco customer gets grand prize
REGULAR Tesco Hyper Shah Alam shopper Sharipah Ali got more than she bargained for recently when she picked up one million Clubcard Points and RM10,000. Sharifah was the grand prize winner of Tesco Clubcard’s first birthday contest which was held from Aug 24 to Sept 24 for all Tesco Clubcard and Biz Clubcard members. “We would like to congratulate Sharifah and her family and hope she continues to shop at Tesco,” Tesco Malaysia marketing director Paul Morris said. ![]() Special gift: Sharifah receiving her prize, During the promotion, shoppers had to spend a minimum of RM85 on a single receipt and have the Clubcard swiped. Tesco also gave away other prizes including Sony, Nokia and LG products. Weekly prizes, including petrol vouchers and Clubcard points, were also given out during the campaign. Morris said the Tesco Clubcard had received an overwhelming response from customers, with more than 1.8 million household members. |
|
|
|
|
|
#155 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Kajian bina pasar raya tidak tepati sasaran - Penduduk
Oleh A. JAILANI ABDULLAH KOTA DAMANSARA 19 Dis. - Kajian untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu pembinaan pasar raya Carrefour di Seksyen 11/1 di sini tidak menepati sasaran, kata penduduk Kota Damansara. Menurut mereka, cara kajian itu dijalankan seolah-olah terdapat agenda tersembunyi untuk mewajarkan pembinaan pasar raya berkenaan pada akhirnya. Difahamkan, kajian yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) itu, menerusi sebuah syarikat perunding, adalah untuk mendapatkan maklum balas penduduk sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan kehadiran pasar raya besar itu di kejiranan mereka. Difahamkan juga, kajian yang dibuat pada penghujung bulan lalu itu akan dibentangkan dalam pertemuan antara Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dengan pihak-pihak yang terlibat esok, seterusnya membuat keputusan. Kerana tidak puas hati dengan cara kajian dijalankan, penduduk telah mengadakan sidang akhbar untuk bukan sahaja menyuarakan kekesalan mereka terhadap cara soal selidik dijalankan tetapi untuk menegaskan bahawa mereka tidak berganjak daripada persepakatan membantah kehadiran pasar raya besar itu berjiran dengan mereka. Seorang wakil penduduk, Abdul Hannan Abdullah mendakwa, soal selidik di dalam kajian itu lebih menjurus kepada mendapatkan keputusan bahawa penduduk-penduduk bersetuju dengan pembinaan pasar raya itu. "Soalan-soalan dalam kajian itu tidak mencapai maksud sebenar kerana kami melihat ia akhirnya akan menghasilkan kesimpulan bahawa majoriti penduduk bersetuju. "Soal selidik itu pula dijalankan pada masa penduduk tidak berada di rumah dan kami difahamkan oleh penduduk yang telah ditemu bual bahawa soalan-soalan itu ditanya kepada mereka yang ada di antaranya berusia 16 tahun dan suri rumah, ada yang ditanya menerusi telefon sahaja... kajian ini tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya," katanya. Kajian itu juga, dakwa beliau, tidak merujuk kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, dan para pelajar sekolah berkenaan. "Mereka yang tinggal di kawasan paling hampir dengan tapak Carrefour berkenaan juga tidak ramai yang ditemu bual sebaliknya orang yang tinggal jauh dan tidak akan terganggu dengan kehadiran pasar raya itu," dakwanya. "Daripada cara kajian dijalankan nampaknya keputusan itu nanti akan menyebelahi pihak pemaju pasar raya. Kami sudah masak dengan 'permainan' seperti ini. "Ada pihak yang mempertikaikan tindakan kami mengadakan sidang akhbar ini. Kata mereka perkara kecil seperti ini pun takkan nak buat sidang akhbar," katanya. "Tetapi ingin kami tegaskan di sini bahawa mereka yang mengajar kami. Dulu mereka buat lagi teruk... sikit-sikit buat sidang akhbar, sikit-sikit sidang akhbar, tunjuk perasaan. Kami hanya mengikuti apa yang mereka buat," tegas beliau dengan nada kesal kerana tindakan mereka diperlekehkan oleh individu-individu yang dulu kononnya memperjuangkan isu rakyat. "Dulu mereka kata akan memperjuangkan rakyat, sekarang nada mereka berlainan pula. Mereka kata jika projek itu dihentikan akan membuatkan pelabur asing takut untuk melabur... kepentingan siapa sebenarnya yang mereka nak perjuangkan dalam janji-janji mereka sebelum ini. Siapa yang mengundi mereka... kami atau pelabur asing?," katanya lagi. Bagaimanapun, katanya, penduduk-penduduk berterima kasih kepada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang menyokong mereka. Abdul Hannan yang merupakan Timbalan Ketua Blok 9 dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Gugusan Dedap berkata, seharusnya kerajaan negeri melihat keperluan sebenar penduduk di kawasan itu. Tegas beliau, penduduk tidak membantah pembangunan tetapi mesti kena caranya selain mendahulukan keperluan komuniti setempat. Katanya, di kawasan itu tidak mempunyai balai bomba manakala balai polis terdekat di Dataran Sunway disewa. Selain itu, ujar beliau, sudah terdapat pasar raya besar lain yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari tapak pembinaan Carrefour itu. Seterusnya, persatuan-persatuan penduduk berhampiran yang bergabung membentuk persepakatan itu mendesak agar lebih seribu tanda tangan membantah kehadiran pasar raya besar itu yang telah dihantar kepada kerajaan negeri Selangor sebelum ini diambil kira dalam pertemuan Jumaat ini. Pada pertengahan April lalu, akhbar- akhbar melaporkan tunjuk perasaan penduduk berhampiran tapak pembinaan pasar raya itu sehingga membuatkan kerajaan negeri mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan dihentikan sehingga sekarang. Penduduk memberikan alasan antara lain ialah selain terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan sekolah di kawasan itu sudah terdapat pasar raya Giant selain cadangan asal tapak berkenaan ialah untuk pembinaan 30 unit rumah kedai dua tingkat. |
|
|
|
|
|
#156 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Tesco helps 180 children back to school
KUALA LUMPUR: Tesco Stores donated school uniforms to children at four schools in Bukit Beruntung, Selangor recently. More than 180 children from SK Taman Bunga Raya, SK Bukit Beruntung, SK Bukit Sentosa and SK Kampong Sungai Buaya received two pairs of school uniforms each, school bags, stationeries and shoes. The items were worth more than RM10,000. Tesco Malaysia corporate affairs manager Darshan Singh said: "We held regular meetings with the community where we operate in, especially with resident associations, and when we heard about the plight of the children here in Bukit Beruntung, we felt compelled to help." Tesco Malaysia corporate and legal affairs director Azlam Shah Alias and the president of the Hulu Selangor local council, Tukiman Nail, were present at the event held at the Bukit Beruntung Golf and Country Resort. Azlam Shah said he was happy that Tesco was able to help the community. "Underprivileged children, regardless of race and religion, should be given help so that they will have a head start in education. "We hope to continue to provide assistance and bring joy to the less fortunate,'' he said. Tesco Malaysia also gave RM35,000 to the Hulu Selangor local council to help fund its charity programmes. |
|
|
|
|
|
#157 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Carrefour perkenalkan pasar raya hiper kompak tahun depan
![]() Eric Gracia (tengah) bersama-sama Ras Adiba Radzi (dua dari kanan), Pengarah Gedung, Ramesh Kallimuthu dan maskot Carrefour memotong riben sebagai tanda perasmian pembukaan Carrefour di Tropicana City, Petaling Jaya, baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- KUALA LUMPUR 28 Dis. - Carrefour Malaysia, pengendali pasar raya hiper kedua terbesar di Malaysia, mengubah strategi perniagaan dengan mula memperkenalkan pasar raya hiper bersaiz lebih kecil daripada biasa di seluruh negara tahun depan. Pengarah Serantau, Eric Garcia berkata, pasar raya yang baru ini sama konsepnya berbanding sedia ada tetapi berbeza daripada segi saiz dan juga barangan. ''Kami telah penilaian dan mendapati pasar raya hiper yang besar saiznya seperti cawangan kami di Wangsa Maju terlalu memenatkan. Jadi, kami memutuskan untuk membuka pasar raya hiper yang hanya berkeluasan antara 2,000 meter persegi hingga 7,000 meter persegi. ''Kami juga melihat pasar raya kompak ini juga mampu memberikan lebih banyak potensi,'' katanya selepas pembukaan pasar raya tersebut ke-16 di Tropicana City Mall di sini Sabtu lalu. Pasar raya hiper bernilai RM21 juta dibina bagi menampung keperluan kira- kira 134,000 orang penduduk di kawasan sekitar. Pasar raya hiper kompak pertama akan dibuka di USJ 19, Subang Jaya yang bernilai RM4 juta pada Januari depan, kata Garcia. Perbezaan utama pasar raya hiper kompak dengan yang biasa dilihat ialah ia tidak menjual barangan bernilai tinggi seperti mesin basuh, televisyen dan lain-lain. Selain daripada pasar raya kompak, Carrefour juga bercadang membuka kira-kira lapan buah pasar raya hiper di seluruh Malaysia. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah pelaburan yang terbabit. Ditanya sama ada, kehadiran pasar raya kompak bakal bakal menjejaskan perniagaan pasar raya mini atau kedai runcit, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Sivakumar Haridas pula berkata, perkara berkenaan tidak boleh disalah anggap. Ini kerana, katanya, terdapat perniagaan runcit lain membeli barangan daripada pasar raya hiper sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan mereka ekoran harga yang ditawarkan adalah murah. Beliau berkata, perkara penting yang perlu diambil kira oleh peruncit yang berada di sekitarnya ialah bagaimana hendak menggunakan segala sumber yang ada untuk keuntungan semua pihak. Sementara itu, Carrefour menjelaskan pihaknya akan meneruskan projek pembinaan pasar raya hiper di Kota Damansara walaupun terpaksa berdepan dengan 'masalah'. Seorang lagi Pengarah Pemasaran dan Komunikasi syarikat itu, Low Ngai Yuen berkata, pihaknya sedang membuat perbincangan dengan pihak yang terbabit dan akan terus berbuat demikian sehingga mereka dibenarkan semula untuk meneruskan projek pembinaan. Pembinaan pasar raya yang terletak di Seksyen 11/1, Kota Damansara, PJU5 di sini dibantah penduduk sekitar kerana kedudukannya yang didakwa terlalu hampir dengan penempatan dan juga sekolah selain terdapat dua buah pasar raya lain dalam lingkungan lima kilometer termasuk Giant yang letaknya kira-kira 500 meter dari tapak Carrefour itu. Para penduduk di kawasan sekitar juga turut merasa ragu dengan kelulusan yang diberikan untuk pembinaan pasar raya itu kerana tapak asalnya merupakan peruntukan untuk rumah kedai. |
|
|
|
|
|
#158 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
9 lagi cawangan Carrefour 2009
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin RANGKAIAN pasar raya Carrefour bercadang menambah cawangan pasar rayanya tahun depan walaupun keadaan ekonomi semasa lembap. Perancangan itu diumumkan Pengarah Serantau Carrefour, Eric Garcia, selepas merasmikan cawangan pasar raya terbaru Carrefour di Tropicana Mall, Damansara, kelmarin. Katanya, pihaknya sudah melakukan kajian terperinci berhubung penambahan cawangan berkenaan, termasuk melakukan kaji selidik mengenai tempat atau kawasan sesuai serta sasaran pasaran. “Setakat ini semua perancangan awal berjalan lancar dan Carrefour Malaysia hanya menunggu kelulusan daripada ibu pejabat di Perancis. “Jika tiada masalah, kemungkinan sembilan lagi cawangan baru akan dibuka di Malaysia tahun hadapan,” katanya. Penambahan cawangan itu bertujuan meluaskan perniagaan pasar raya Carrefour yang terkenal dengan tawaran potongan harga lebih 1,000 barangan keperluan harian. Menurut Eric, jika pembukaan cawangan baru itu terlaksana, pihaknya bukan saja memberikan pilihan membeli-belah kepada lebih ramai pengguna, malah turut menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Beliau berpendapat keadaan ekonomi dunia yang dijangja lembap tahun depan tidak semestinya menjejaskan operasi pengembangan pasaran pasar raya itu. “Kami yakin ia tidak akan menjejaskan pasaran kerana orang ramai masih membeli,” katanya. Sementara itu, konsep potongan harga sehingga 60 peratus dijanjikan kepada pengguna yang membeli-belah barang keperluan harian seperti makanan dan sayuran di pasar raya besar Carrefour di Tropicana Mall, Damansara. |
|
|
|
|
|
#159 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
Potong harga 60 peratus
Oleh MOHD HARZRUL AMINUDDIN harzrul@hmetro.com.my RASMI...Eric (tiga dari kanan) merasmikan Pasar Raya Besar Carrefour di Tropicana Mall Damansara, semalam. PETALING JAYA: Konsep potongan harga sehingga 60 peratus dijanjikan kepada pengguna jika mereka memilih Pasar Raya Besar Carrefour di Tropicana Mall Damansara, di sini, sebagai destinasi untuk membeli barangan keperluan. Dengan pelancarannya semalam, potongan harga itu boleh dinikmati pengguna jika mereka membeli barangan keperluan harian seperti makanan dan sayuran. Menurut Pengarah Serantaunya, Eric Garcia, konsep potongan harga itu bersesuaian dengan kempen penurunan harga anjuran kerajaan baru-baru ini. “Dengan diskaun itu kami menjanjikan situasi menang-menang kepada pengguna kerana di Carrefour pengguna boleh membeli barangan segar dan berjimat dalam masa sama. “Ini bersesuaian dengan fokus utama pasar raya Carrefour, iaitu menjadi peruncit makanan utama dengan harga saingan yang berpatutan kepada orang ramai,” katanya selepas merasmikan pasar raya itu, semalam. Katanya, Carrefour juga menawarkan harga barangan yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat lain. “Ini kerana kami mengutamakan kepuasan pelanggan dan selepas itu baru keuntungan,” katanya. Eric berkata, ini adalah stor pasar raya ke-16 di seluruh negara, malah pihaknya tidak menolak kemungkinan penambahan pasar raya lagi pada masa akan datang. Dengan keluasan 6500 kaki persegi serta kemudahan tempat letak kereta sehingga 2500 petak, tentu tidak menjadi masalah kepada orang ramai untuk membeli-belah dalam suasana selesa. Sementara itu, Carrefour Tropicana Mall dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 10.30 malam pada hari bekerja dan pada Sabtu serta Ahad dibuka dari jam 8 pagi hingga 11 malam. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Pasar Raya Carrefour Tropicana Mall, Ramnesh Kalimuthu dan Pengurus Komunikasi Carrefour yang juga bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi. |
|
|
|
|
|
#160 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,643
Likes (Received): 201
|
The Store ke-77
Oleh Mohd Roji Abdullah am@hmetro.com.my PACIFIC Hypermarket & Departmental Store Sdn Bhd, tidak bimbang dengan kemelesetan ekonomi yang sedang melanda dunia kerana yakin bidang peruncitan khususnya jualan pakaian dan bahan makanan tidak akan terjejas seberbanding barangan lain. Pengarah Eksekutifnya, Charlie Tan, berkata berdasarkan keyakinan itu, pihaknya tidak bimbang mengembangkan satu lagi cawangannya di Kluang, dan menjadi pasar raya hiper pertama di daerah tengah negeri Johor itu. Justeru, beliau yakin pelaburan lebih RM5 juta untuk membuka cawangan ke-77 rangkaian pasar raya hiper milik The Store Corporation itu, berbaloi dan mampu memberi pulangan memuaskan walaupun dunia sedang dilanda krisis ekonomi. “Semua orang memerlukan pakaian dan makanan. Kami menyediakan semua itu menyebabkan kami yakin krisis ekonomi dunia tidak akan memberi kesan ketara kerana orang ramai pastinya memerlukan makanan. “Selain menjadi pasar raya hiper pertama di Kluang, kedudukan bangunan ini juga cukup strategik dan menambahkan keyakinan kami untuk bertapak kukuh di daerah tengah Johor ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas pembukaan rasmi Pacific Hypermarket & Departmental Store Sdn Bhd, di bangunan Kluang Mall, semalam. |
|
|
|
![]() |
| Thread Tools | |
| Display Modes | |
|
|