daily menu » rate the banner | guess the city | one on oneforums map | privacy policy | DMCA | news magazine

Go Back   SkyscraperCity > Asian Forums > Forum Pencakar Langit Malaysia > Cityscapes

Cityscapes discussion, photography and news of towns, cities, districts and states.



Reply

 
Thread Tools
Old August 11th, 2010, 06:58 AM   #241
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,718
Likes (Received): 2401

Kedah akan bina kilang hasil tani



ALOR SETAR, 10 Ogos: Dua buah kilang baru bagi mengumpulkan produk hasil tani bagi negeri Kedah akan ditubuhkan di Sungai Petani tidak lama lagi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ini adalah bersesuaian dengan kedudukan Kedah sebagai sebuah negeri pertanian moden yang berpotensi untuk memberi pulangan yang tinggi kepada penduduk negeri ini.

"Sebuah kilang akan menjadi tempat bagi mengumpul semua produk pertanian negeri ini manakala sebuah lagi kilang adalah sebagai pusat pemprosesan hasil untuk dikomersialkan," katanya.

Azizan juga berkata, produk pertanian seperti buah buahan bermusim iaitu rambutan, dokong dan seumpamanya akan dikumpulkan sementara pusat pemprosesan pula akan berurusan dalam perkara yang berkaitan dengan pengetinan serta pembungkusan.

Katanya, dengan inisiatif ini maka hasil pertanian yang diproses secara komersial mampu untuk memberi pulangan yang amat besar apabila terdapat permintaan yang tinggi dikalangan pengguna tempatan dan luar negara.

"Kerajaan negeri optimis sekiranya usaha ini menjadi realiti, maka ia bukan saja dapat memberi pendapatan yang baik kepada penduduk negeri ini malah ia membuka ruang bagi memberi peluang pekerjaan yang luas kepada semua pihak yang terlibat," tambahnya lagi.
dean87 no está en línea   Reply With Quote

Sponsored Links
 
Old August 11th, 2010, 07:18 AM   #242
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,718
Likes (Received): 2401

Wawasan jadikan Sungai Petani Bandaraya Dinamik

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

SUNGAI PETANI - Wawasan utama pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani ialah untuk memacu pembangunan Daerah Kuala Muda untuk menjadi daerah makmur dengan pembangunan bandar Sungai Petani sebagai bandaraya dinamik dan mampan.

Kemantapan ekonomi bersepadu dan kemampuan fizikal serta alam sekitar menjadi fokus utama dalam memperkukuhkan pembangunan Sungai Petani sebagai pusat perdagangan, perindustrian dan pusat pertanian moden bagi Daerah Kuala Muda.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Puan Rozaina Dato’ Paduka Haji Radzi berkata, perkembangan sejarah bandar Sungai Petani dapat dilihat berdasarkan kepada bangunan dan monument lama yang merupakan peninggalan satu era bersejarah dan ini termasuklah bangunan kerajaan, rumah kedai, jambatan dan menara jam.

“Sungai Petani merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Kedah dan kepesatan pembangunan bandar Sungai Petani bermula pada awal abad ke-20 dengan kemasukan pendatang dari Cina dan India yang dibawa oleh British bagi mengendalikan ladang getah di Selatan, Kedah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Sejarah Perkembangan dan Pembangunan Bandar Sungai Petani di Hotel Park Evenue, di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau menjelaskan, perkembangan dan pembangunan bandar Sungai Petani yang dianjurkan sempena menyambut perayaan ulangtahun ke-16 Majlis Perbandaran Sungai Petani.

“Menyingkap kembali dari perspektif sejarah dan budaya, Sungai Petani mendapat nama dari anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok yang mula membangun seawall abad ke-20 dengan kemasukan pendatang China dari Negeri-Negeri Selat dan orang India yang dibawa masuk oleh British untuk mengusahakan ladang getah dan perlombongan yang kebanyakannya terletak di Selatan Kedah,” jelasnya.

Tambahnya, terawal dari itu, jalan keretapi telah siap dibina pada tahun 1915 bagi kemudahan perlombongan dan dalam tahun-tahun berikutnya, Sungai Petani dikatakan telah membangun dengan pesatnya dengan terbinanya bangunan-bangunan dan sistem jalan raya bagi menghubungkan Alor Setar dengan kawasan Selatan Kedah.

Perkembangan sejarah bandar Sungai Petani dapat dilihat berdasarkan kepada bangunan-bangunan lama dan tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sekitar bandar ini seperti bangunan-bangunan kerajaan, rumah-rumah kedai, jambatan dan menara jam.

“Penganjuran seminar ini diharap akan dapat menghasilkan dokumentasi sumber-sumber warisan demi kepentingan penyelidikan dan rujukan generasi akan datang,” katanya.

Beliau memberitahu, satu usaha mengumpul dan mendokumentasikan sumber-sumber maklumat sejarah tempatan khususnya sejarah bandar Sungai Petani untuk tatapan generasi akan datang.

Penganjuran seminar ini diharap dapat memberikan impak yang positif ke arah pendokumentasian pembangunan bandar Sungai Petani kerana terdapat pelbagai topik yang akan dibincangkan merangkumi aspek sejarah, tokoh, bangunan, pendidikan, pembangunan dan ekonomi.

“Seminar yang diadakan ini diharap akan menghasilkan dokumentasi sumber-sumber warisan dan resolusi-resolusi berkaitan sejarah dan pembangunan Sungai Petani demi kepentingan penyelidikan dan rujukan di masa hadapan,” katanya.

Peserta seminar yang dijemput adalah terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukarela, ahli-ahli akademik, pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi, pelajar sekolah dan peminat-peminat sejarah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib.
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old August 11th, 2010, 07:19 AM   #243
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,718
Likes (Received): 2401

---

Last edited by dean87; August 14th, 2010 at 04:40 PM. Reason: repetition
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old August 11th, 2010, 07:34 AM   #244
guy4versa4
BANNED
 
Join Date: Oct 2009
Location: alor star
Posts: 2,858
Likes (Received): 8

dinamik apenye..tgk stesen bas pon dah tau...banyak pengemis,jalan berlubang..kotor..spatutnya stesen bas kne lah selesa..sbb pintu masuk ke bandar sg petani..
guy4versa4 no está en línea   Reply With Quote
Old August 18th, 2010, 05:47 PM   #245
dean87
kedahsejahtera
 
dean87's Avatar
 
Join Date: May 2010
Location: aor-kul
Posts: 4,718
Likes (Received): 2401

Mydin To Open 14 More Branches Nationwide

SUBANG JAYA, Aug 18 (Bernama) -- Mydin Mohamed Holdings Bhd plans to open 14 more branches nationwide with gross development value of RM1.6 billion in two years.

Its managing director, Datuk Ameer Ali Mydin, said the company has bought 14 parcels of land worth RM165 million nationwide to build hypermarkets.

"We are looking at various options to fund this plan, such as internally-generated funds, bank borrowings or build and lease," he told reporters after the launch of AmBank-MyKasih Community Programme at Mydin Hypermarket USJ Subang Jaya here Wednesday.

Ameer Ali said the new hypermarkets would be built in Kuching, Kota Kinabalu, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Kota Baharu, Kuantan, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Seremban and Kajang.

"Our immediate plan is to add 20 mini market branches this year and another 50 by 2011," he said.

Currently, Mydin has 57 branches nationwide, which include four hypermarkets, 18 emporiums, two bazaars, 24 mini markets ("MyMydin"), three 24-hour convenience stores ("My Mart") and six franchises ("Mydin Mart").

Ameer Ali said Mydin expected sales to increase to RM1.6 billion this year from RM1.35 billion last year in line with the uptrend in the domestic economy.

"The healthier the nation, the better our economy will perform and as a result there will be better sales," he said.

He said Klang Valley business operations continued to contribute to higher sales growth, followed by Melaka.

Ameer Ali urged small and medium enterprises (SMEs) to produce a wide variety of products and supply to the company.

He said SMEs should look into handicrafts, garments and accessories.

"So far we are happy with SME products that met the criteria but they must look at other products needed by the market," he said.

-- BERNAMA
dean87 no está en línea   Reply With Quote
Old September 5th, 2010, 12:29 PM   #246
smallcity
Registered User
 
smallcity's Avatar
 
Join Date: Jul 2009
Posts: 69
Likes (Received): 0

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BankRakyatbukacawangandiKualaNerang/Article/index_html



Bank Rakyat buka cawangan di Kuala Nerang


2010/09/04

BANK Rakyat akan membuka cawangannya di Kuala Nerang, cawangannya yang kesembilan di Kedah, selepas Aidilfitri ini bagi memudahkan penduduk di kawasan berkenaan berurusan dengannya.
Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Mohd Azmir Mohd Nasurdin berkata, pembukaan cawangan baru itu menjadikannya yang ke-18 bagi Wilayah Utara dan cawangan yang ke-126 di seluruh negara.


“Pembukaan cawangan baru itu dijadualkan pada 23 September ini untuk menjimatkan masa dan memberi kemudahan untuk rakyat setempat,” katanya pada majlis penyerahan zakat perniagaan dan majlis berbuka puasa Bank Rakyat Cawangan Langkawi, malam tadi.


Pada majlis itu, Bank Rakyat menyumbang sebanyak RM231,200 kepada pelajar dan saudara baru.


Antara penerima ialah 2,255 pelajar dari sekolah-sekolah di Langkawi dan 47 saudara baru dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Langkawi.


Mohd Azmir berkata, Bank Rakyat akan membuka pajak gadai Islam Ar-Rahnu X’Change di Sungai Petani, yang kedua di Kedah selepas yang pertama di Alor Setar.


Sementara itu, Bank Rakyat dalam satu kenyataan pada majlis itu berkata, sebagai bank koperasi Islam terbesar di negara ini, bank terbabit menerima pelbagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang dan sumbangan dalam sektor perbankan Islam. Di atas komitmen yang ditunjukkan, Bank Rakyat berjaya merangkul tiga anugerah sempena sambutan hari Koperasi 2009.
smallcity no está en línea   Reply With Quote
Old September 5th, 2010, 12:36 PM   #247
smallcity
Registered User
 
smallcity's Avatar
 
Join Date: Jul 2009
Posts: 69
Likes (Received): 0

http://www.mpspk.gov.my/web/guest/sebutharga73


Tender & Sebutharga

Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

Projek :Cadangan Meroboh Bangunan di Jalan Petri, Sungai Petani

Taklimat Tapak : DIWAJIBKAN

Harga Dokumen : RM 10.00 senaskah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Bahagian Kewangan) mulai 27/07/2010 pada hari dan waktu seperti berikut :-

Ahad - Rabu : 8.15 pagi - 12.45 tengah hari

: 2.15 petang - 4.45 petang

Khamis : 8.15 pagi - 12.45 tengah hari

: 2.15 petang - 3.15 petang



Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.

Tarikh tutup sebutharga ialah 03/08/2010 jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di alamat :-

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sungai Petani,
Kompleks SP Plaza,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
smallcity no está en línea   Reply With Quote
Old October 22nd, 2010, 12:31 PM   #248
smallcity
Registered User
 
smallcity's Avatar
 
Join Date: Jul 2009
Posts: 69
Likes (Received): 0

http://www.utusan.com.my/utusan/info...7.htm&arc=hive

ARKIB : 20/10/2010
Titi hubungkan Pekan Lama tutup

SUNGAI PETANI 19 Okt. - Titi yang menghubungkan Pekan Lama dan Taman Bersatu dekat Jalan Central Square di sini akan ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat mulai awal bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu memberitahu, penutupan titi yang kini digunakan penunggang motosikal tersebut dibuat bagi memudahkan pihak kontraktor Gamuda-MMC JV menjalankan projek landasan kereta api berkembar berdekatan lokasi terbabit.

Sehubungan itu, katanya, semua pengguna lalu lintas yang terlibat dinasihatkan mengikut arahan trafik yang disediakan atau menggunakan laluan di Jalan Kampung Baru.

"Titi ini akan ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan jambatan baru yang dilaksanakan atas laluan asal.

"Ia dijangka mengambil masa sehingga 18 bulan. Selepas itu, para pengguna termasuk kereta boleh menggunakan kembali laluan tersebut yang akan memuatkan empat lorong," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Wei Shu, penutupan laluan pada bulan November itu dibuat selepas mengambil kira aduan daripada orang ramai sebelum ini.

"Ramai mengadu bahawa mereka menghadapi kesulitan untuk menghantar anak-anak ke sekolah termasuk ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) Pekan Lama dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Patani Jaya jika ditutup lebih awal.

"Oleh itu, pihak kontraktor mengambil keputusan melanjutkan tarikh penutupan kepada November kerana pada masa itu sekolah sudah cuti," jelasnya.

Tambah beliau, para pengguna lalu lintas di kawasan berkenaan juga dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan papan tanda yang disediakan demi keselesaan bersama.
smallcity no está en línea   Reply With Quote
Old October 29th, 2010, 01:09 PM   #249
adzmierzboy
Registered User
 
adzmierzboy's Avatar
 
Join Date: Jun 2009
Location: kulim,shah alam,sungai buloh
Posts: 538
Likes (Received): 49

from http://biz.thestar.com.my/news/story...0&sec=business

Published: Thursday October 28, 2010 MYT 3:43:00 PM

Plenitude to launch seven projects in FY11

KUALA LUMPUR: Property developer Plenitude Bhd plans to launch seven projects in the financial year ending June 30, 2011, which could generate a total gross development value of about RM400mil.

Its executive chairman Chua Elsie said these projects - mix development with a combination of residential and commercial properties - were located in Johor, Penang, Sungai Petani and Selangor.

“We are upbeat on our future projects in Penang and will be launching our next condominium projects in Tanjung Bungah and Batu Ferringhi,” she said at a press conference after the company’s AGM and EGM today.
adzmierzboy no está en línea   Reply With Quote
Old October 29th, 2010, 01:10 PM   #250
adzmierzboy
Registered User
 
adzmierzboy's Avatar
 
Join Date: Jun 2009
Location: kulim,shah alam,sungai buloh
Posts: 538
Likes (Received): 49

from http://thestar.com.my/news/story.asp...952&sec=nation
Monday October 25, 2010

National-level Deepavali do in Sg Petani

PORT DICKSON: The national-level Deepavali celebration will be held in Sungai Petani, Kedah, on Nov 13, Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

He said the location was chosen because it was away from major urban areas and was part of the strategy to bring leaders closer to the people.

Various programmes, including cultural performances, would be held to promote the 1Malaysia spirit, he told reporters at a Deepavali carnival organised by the Telok Kemang MIC here yesterday.

Rais said there was no need to hold such a festival at the stadium and have the programme filled with speeches by leaders.

“If possible, we want leaders to visit the homes of the local residents, have tea and talk to them,” he added.— Bernama
adzmierzboy no está en línea   Reply With Quote
Old November 3rd, 2010, 02:05 PM   #251
smallcity
Registered User
 
smallcity's Avatar
 
Join Date: Jul 2009
Posts: 69
Likes (Received): 0

http://www.utusan.com.my/utusan/info...6.htm&arc=hive

ARKIB : 02/11/2010
Mahu jadi peneraju

Oleh OPAT RATTANACHOT
bisnes@utusan.com.my




--------------------------------------------------------------------------------

SUNGAI PETANI 1 Nov. – Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) meletakkan sasaran untuk muncul sebagai peneraju industri takaful dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan unjuran penguasaan pasaran melebihi 40 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, sebagai langkah awal, pihaknya dijangka mencatatkan pertumbuhan pasaran lebih 20 peratus, mulai tahun depan.

Menurutnya, kini PruBSN yang mempunyai kira-kira 330,000 pemegang polisi berada pada kedudukan kedua dalam industri takaful.

“Industri takaful masih dianggap baharu berbanding insurans konvensional. Meskipun kadar penembusan pasaran bagi takaful hanya sekitar satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), namun PruBSN yakin kami mempunyai peluang yang baik untuk meraih manfaat ini.

“Kini kami sedang mengukuhkan strategi untuk muncul sebagai peneraju utama sejajar dengan unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) yang mana industri takaful mencatatkan pertumbuhan lebih 20 peratus setiap tahun untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Perniagaan PruBSN Sungai Petani di sini hari ini.

Pusat perniagaan dalam bangunan tiga tingkat itu terletak di Jalan Perdana Heights dan mampu memenuhi keperluan pelanggan serta ejen memandangkan ia adalah yang pertama di wilayah utara.

Menurut Azim, pihaknya optimis dengan sasaran berkenaan memandangkan masyarakat kini juga lebih prihatin terhadap manfaat perlindungan takaful.

“Dengan bilangan penduduk yang bertambah dan pendapatan meningkat, ramai rakyat negara ini beralih kepada skim perlindungan takaful,” jelasnya.

Tambah beliau, antara strategi yang diguna pakai PruBSN dalam tempoh terdekat ialah mengukuhkan rangkaian pengedarannya ke seluruh negara.

“Selain Pusat Pemasaran dan Pentadbiran Utama di Wangsa Maju, kami mempunyai dua pusat perniagaan di Shah Alam dan Johor Bharu.

“Satu lagi pusat perniagaan akan dibuka di wilayah timur iaitu di Kota Bharu, esok,” katanya.

Selain itu, katanya, perkongsian pintar bersama BSN juga telah mewujudkan peluang yang luas bagi pihaknya untuk mengukuhkan penguasaan pasaran.

Mengenai produk pula, Azim menjelaskan, pihaknya kini memberikan tumpuan terhadap pelan takaful keluarga kerana ia mendapat permintaan hangat di pasaran.

“Antara produk yang baru diperkenalkan ialah PruBSN Protect, Protect Plus dan Crisis Cover. Kita juga memanjangkan tempoh perlindungan menjadi lebih lama iaitu sehingga 80 tahun bagi beberapa produk,” jelasnya.

PruBSN adalah syarikat usaha sama antara BSN dan syarikat pengurus aset Islam asing, Prudential PLC (Prudential) dengan kepentingan saham masing-masing sebanyak 51 peratus dan 49 peratus.
smallcity no está en línea   Reply With Quote
Old November 3rd, 2010, 02:10 PM   #252
smallcity
Registered User
 
smallcity's Avatar
 
Join Date: Jul 2009
Posts: 69
Likes (Received): 0

http://www.utusan.com.my/utusan/info...2.htm&arc=hive

ARKIB : 23/10/2010
Jambatan di Jalan Badlishah ditutup


LAKARAN pelan penutupan laluan di Jalan Badlishah, Sungai Petani, Kedah yang ditutup selama setahun.

--------------------------------------------------------------------------------



SUNGAI PETANI 22 Okt. - Jambatan lintasan atas landasan kereta api Jalan Badlishah di sini akan ditutup kepada lalu lintas selama setahun bermula 28 Oktober ini hingga 30 November 2011.

Pengurus Kanan Projek, MMC-Gamuda Joint Venture (MGJV), Mohd. Sahimi Abdullah memberitahu, langkah menutup jambatan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf jejambat Projek Landasan Kereta Api Berkembar Ipoh-Padang Besar yang dijalankan pihaknya.

"Penutupan laluan ini selama setahun adalah untuk kepentingan bersama bagi menjayakan projek yang diilhamkan kerajaan.

"Apabila siap kelak, ia dapat memanfaatkan penduduk di kawasan Sungai Petani dan sekitarnya," katanya pada majlis taklimat media di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Sahimi, bagi mengelakkan kesulitan, semua pengguna lalu lintas yang terlibat dinasihatkan mengikut arahan trafik yang disediakan.

Katanya, satu laluan lencongan akan dibuka untuk memudahkan para pengguna jalan raya dari arah Alor Setar untuk ke pusat bandar atau sebaliknya.

"Semua trafik dari arah utara (Alor Setar) ke pusat bandar dikehendaki mengikut susur kiri dan mengambil lencongan yang telah disediakan di Jalan Pasar," katanya.

Tambah beliau, para pengguna jalan raya dari Tol Sungai Petani Utara dan Selatan diminta menggunakan laluan alternatif di Jalan Lencongan Timur atau Barat bagi mengelakkan kesesakan di pusat bandar terutamanya pada waktu puncak.

"Selain itu, para ibu bapa yang akan menghantar atau mengambil anak di sekolah diminta merancang perjalanan terlebih dahulu.

"Antara sekolah yang terlibat dengan laluan ini adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ibrahim, SK St. Theresa, SK Convent Barre, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Sin Min, SJK Tamil Saraswathi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, SMK St. Theresa dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min," katanya.

Sebarang pernyataan atau aduan, boleh menghubungi MGJV di talian 1-300-80-1999.
smallcity no está en línea   Reply With Quote
Old November 4th, 2010, 07:50 PM   #253
chumpon
Member Legend
 
chumpon's Avatar
 
Join Date: Aug 2005
Location: Kuala Lumpur
Posts: 364
Likes (Received): 0

image hosted on flickr
__________________
Malaysia truly asia...
chumpon no está en línea   Reply With Quote
Old December 2nd, 2010, 03:06 AM   #254
brain_failure
Registered User
 
Join Date: Nov 2005
Posts: 1,233
Likes (Received): 24

So, Sungai Petani wil get Aeon Jusco before Alor Star?

AEON labur RM200j bina cawangan ke-28


2010/12/02


AEON Co (M) Bhd, pengendali rangkaian peruncitan berpangkalan di Jepun, melabur RM200 juta untuk membina sebuah lagi cawangan baru di Rawang, Selangor.

Pengarah Urusannya, Nagahisa Oyama, berkata projek pembinaan cawangan itu akan bermula pada Januari depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Cawangan itu adalah gedung beli-belah ke-28 milik AEON di negara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Orang Salji Terbesar di Malaysia yang diperbuat daripada Botol Plastik Kitar Semula, di Pusat Membeli-Belah AEON, Bandaraya Melaka, semalam.

Majlis itu disempurnakan isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Asmah Abd Rahman.

Oyama berkata, cawangan yang bakal dibina itu di atas tapak seluas lima hektar dan mempunyai lebih 100 kedai untuk disewa kepada peniaga, selain pasar raya utama untuk cawangannya.

Katanya, syarikat itu merancang membuka satu atau dua cawangan baru tahun depan dan satu daripadanya sudah dimuktamadkan, manakala satu lagi cawangan masih dalam peringkat kajian.

Antara kawasan yang menjadi perhatiannya adalah Ipoh, Sungai Petani dan kawasan sekitar Pulau Pinang.
Namun, Oyama tidak menolak kemungkinan membuka cawangan baru di kawasan Pantai Timur.

Mengulas mengenai usaha syarikat itu membina orang-orang salji daripada botol plastik kitar semula, Oyama berkata, program itu adalah sebahagian usaha syarikat untuk menanam minat kitar semula di kalangan masyarakat.

“Saya mendapat idea untuk melaksanakan program ini apabila terlihat botol plastik terapung di Sungai Melaka ketika berjalan-jalan di sekitar sungai itu,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 50 kanak-kanak Rumah Anak Yatim Negeri Melaka, Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dan Calvary Care Home, diraikan dan turut dihiburkan oleh Duta Yayasan Aeon, Datuk Siti Nurhaliza. –
brain_failure no está en línea   Reply With Quote
Old December 2nd, 2010, 03:35 AM   #255
adzmierzboy
Registered User
 
adzmierzboy's Avatar
 
Join Date: Jun 2009
Location: kulim,shah alam,sungai buloh
Posts: 538
Likes (Received): 49

Quote:
Originally Posted by brain_failure View Post
So, Sungai Petani wil get Aeon Jusco before Alor Star?

AEON labur RM200j bina cawangan ke-28


2010/12/02


AEON Co (M) Bhd, pengendali rangkaian peruncitan berpangkalan di Jepun, melabur RM200 juta untuk membina sebuah lagi cawangan baru di Rawang, Selangor.

Pengarah Urusannya, Nagahisa Oyama, berkata projek pembinaan cawangan itu akan bermula pada Januari depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Cawangan itu adalah gedung beli-belah ke-28 milik AEON di negara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Orang Salji Terbesar di Malaysia yang diperbuat daripada Botol Plastik Kitar Semula, di Pusat Membeli-Belah AEON, Bandaraya Melaka, semalam.

Majlis itu disempurnakan isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Asmah Abd Rahman.

Oyama berkata, cawangan yang bakal dibina itu di atas tapak seluas lima hektar dan mempunyai lebih 100 kedai untuk disewa kepada peniaga, selain pasar raya utama untuk cawangannya.

Katanya, syarikat itu merancang membuka satu atau dua cawangan baru tahun depan dan satu daripadanya sudah dimuktamadkan, manakala satu lagi cawangan masih dalam peringkat kajian.

Antara kawasan yang menjadi perhatiannya adalah Ipoh, Sungai Petani dan kawasan sekitar Pulau Pinang.
Namun, Oyama tidak menolak kemungkinan membuka cawangan baru di kawasan Pantai Timur.

Mengulas mengenai usaha syarikat itu membina orang-orang salji daripada botol plastik kitar semula, Oyama berkata, program itu adalah sebahagian usaha syarikat untuk menanam minat kitar semula di kalangan masyarakat.

“Saya mendapat idea untuk melaksanakan program ini apabila terlihat botol plastik terapung di Sungai Melaka ketika berjalan-jalan di sekitar sungai itu,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 50 kanak-kanak Rumah Anak Yatim Negeri Melaka, Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dan Calvary Care Home, diraikan dan turut dihiburkan oleh Duta Yayasan Aeon, Datuk Siti Nurhaliza. –
hahaha..mungkin sp dapat dulu kot...org sp ckp nk wt jusco kt perdana heights,,tp xtaula...
adzmierzboy no está en línea   Reply With Quote
Old December 2nd, 2010, 06:16 AM   #256
shadowmoon
Registered User
 
Join Date: Nov 2008
Posts: 575
Likes (Received): 127

Quote:
Originally Posted by brain_failure View Post
So, Sungai Petani wil get Aeon Jusco before Alor Star?

AEON labur RM200j bina cawangan ke-28


2010/12/02


AEON Co (M) Bhd, pengendali rangkaian peruncitan berpangkalan di Jepun, melabur RM200 juta untuk membina sebuah lagi cawangan baru di Rawang, Selangor.

Pengarah Urusannya, Nagahisa Oyama, berkata projek pembinaan cawangan itu akan bermula pada Januari depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Cawangan itu adalah gedung beli-belah ke-28 milik AEON di negara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Orang Salji Terbesar di Malaysia yang diperbuat daripada Botol Plastik Kitar Semula, di Pusat Membeli-Belah AEON, Bandaraya Melaka, semalam.

Majlis itu disempurnakan isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Asmah Abd Rahman.

Oyama berkata, cawangan yang bakal dibina itu di atas tapak seluas lima hektar dan mempunyai lebih 100 kedai untuk disewa kepada peniaga, selain pasar raya utama untuk cawangannya.

Katanya, syarikat itu merancang membuka satu atau dua cawangan baru tahun depan dan satu daripadanya sudah dimuktamadkan, manakala satu lagi cawangan masih dalam peringkat kajian.

Antara kawasan yang menjadi perhatiannya adalah Ipoh, Sungai Petani dan kawasan sekitar Pulau Pinang.
Namun, Oyama tidak menolak kemungkinan membuka cawangan baru di kawasan Pantai Timur.

Mengulas mengenai usaha syarikat itu membina orang-orang salji daripada botol plastik kitar semula, Oyama berkata, program itu adalah sebahagian usaha syarikat untuk menanam minat kitar semula di kalangan masyarakat.

“Saya mendapat idea untuk melaksanakan program ini apabila terlihat botol plastik terapung di Sungai Melaka ketika berjalan-jalan di sekitar sungai itu,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 50 kanak-kanak Rumah Anak Yatim Negeri Melaka, Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dan Calvary Care Home, diraikan dan turut dihiburkan oleh Duta Yayasan Aeon, Datuk Siti Nurhaliza. –
penang and perak both have jusco already. maybe it'll be kedah's turn i guess.
shadowmoon no está en línea   Reply With Quote
Old December 2nd, 2010, 11:04 AM   #257
Irwan
Wan Kedah
 
Irwan's Avatar
 
Join Date: Jul 2009
Location: Kedah
Posts: 122
Likes (Received): 0

Quote:
Originally Posted by shadowmoon View Post
penang and perak both have jusco already. maybe it'll be kedah's turn i guess.
Yup. Penang already have a lot of shopping Malls now. Jusco & Parkson need to be built in Kedah. Sungai Petani & Alor Setar both places need it. Hope we can see it become a reality.
Irwan no está en línea   Reply With Quote
Old December 2nd, 2010, 11:35 AM   #258
silverian86
Here in My Home...
 
silverian86's Avatar
 
Join Date: Aug 2009
Location: Manjung, KL, Ipoh
Posts: 1,555
Likes (Received): 105


Isn't Sungai Petani already have Parkson Ria...
silverian86 no está en línea   Reply With Quote
Old December 2nd, 2010, 02:20 PM   #259
DERMAN85
Registered User
 
Join Date: Jul 2010
Posts: 60
Likes (Received): 1

LIST OF SHOPPING MALLS IN SUNGAI PETANI

Central Square (The Store)
SP Plaza (The Store)
Tesco Sungai Petani Selatan
Tesco Sungai Petani, Legenda Heights
Giant Hypermarket Sungai Petani, Jalan Lencongan Barat.
Village Mall, Legenda Heights.
Parkson, Petani Parade
Giant Supermarket, Petani Parade.
SP Centrepoint (Billion)

LIST OF SHOPPING MALLS IN ALOR SETAR

Souq Al-Bukhary (NEW)
Alor Star Mall
Star Parade
City Plaza Alor Setar
Tesco Mergong
Billion

COMING SOON iN ASETAR

AEON Alor Star City in Starcity
Tesco in Stargate
Parkson Grand



DERMAN85 no está en línea   Reply With Quote
Old December 2nd, 2010, 03:21 PM   #260
daeng_jal
Registered User
 
daeng_jal's Avatar
 
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 4,327
Likes (Received): 249

nmpk gayanya SP dpt convention centre ulu dr AS



CORRIDOR Development Corporation Bhd (CDC) today signed a memorandum of understanding (MoU) with Mace Group of the United Kingdom for future development projects in Malaysia, particularly in the regional development corridors.

CDC Executive Director Datuk Hamzah Dolmat said that initially, Mace would be involved in the construction sector.

"They are very much interested in the development of projects in Sungai Rambai, Malacca," he told reporters at the signing ceremony here.

He said CDC had entered into a joint venture with the Melaka government on a 70:30 basis for a mixed development with a gross development value of RM1 billion.

Mace would appear as a joint partner to take up the construction section of the development, he said.

"It is our hope that through this MoU, both CDC and Mace can promote further our strengths in business and development and project management in the five Malaysian development corridors," he added.

Mace Director Mark Richards said the group was interested in sectors such as construction, residential and industrial.

"We are starting discussions with CDC on specific projects and we expect activities between us to roll out in first two quarters next year.

"At the initial stage, we are looking at RM200 million to RM300 million in general development value," he said.

Meanwhile, CDC is in talks with the Negri Sembilan State Economic Development Corporation in developing the Gemas new township and also with the Kedah government for the development of the Kedah Convention Centre in Sungai Petani. - BERNAMA


Read more: CDC signs MoU with Mace Group http://www.btimes.com.my/Current_New...#ixzz16xpeqjot
__________________

hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday
daeng_jal no está en línea   Reply With Quote


Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +2. The time now is 10:33 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.8 Beta 1
Copyright ©2000 - 2014, vBulletin Solutions, Inc.
Feedback Buttons provided by Advanced Post Thanks / Like v3.2.5 (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

vBulletin Optimisation provided by vB Optimise (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2014 DragonByte Technologies Ltd.

SkyscraperCity ☆ In Urbanity We trust ☆ about us | privacy policy | DMCA policy

Hosted by Blacksun, dedicated to this site too!
Forum server management by DaiTengu