|
|
| daily menu » rate the banner | guess the city | one on one |
|
|
#41 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,392
Likes (Received): 176
|
New terminal opens with a fuming MB
By CHEN PELF YEEN MALACCA: Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam was left fuming when he realised that a whole lot of problems needed fixing despite the official opening of a new terminal at the Malacca International Airport. First, he was informed that the extended 1,800m runway under the RM131.5mil project could not be fully utilised because several obstructing trees had yet to be removed. Later, he took to task airport officials for failing to provide a wheelchair for an elderly passenger who could hardly walk. He said the airport must have sufficient wheelchairs for passengers as the airport was designated as an entry point for health tourism in the state. ![]() Comfort ride: Mohd Ali pushing the wheelchair of a passenger from Riau to the Immigration check-in counter at the Malacca International Airport yesterday. “There seems to be coordination problems between the contractors and state officers monitoring the progress. “I will chair a meeting tomorrow (today) with all the relevant officers,” he told reporters after a ceremony to welcome the passengers of Riau Airlines yesterday. The ceremony saw Malaysia Airports Berhad beginning operations at the new terminal to handle its first flight – a Riau Airlines Fokker 50 from Pekan Baru at 9.30am. The project to build a new terminal and to extend the former 1,362m runway to 1,800m was launched in April 2007. However, at present only 1,476m of the runway is being used owing to various obstructions, including the trees. Mohd Ali said the 1,800m runway would be fully operational by Sept 1 and thereafter, would see Firefly’s inaugural flight to Singapore with their Fokker ATR72 airplane. “The longer runway will allow for Boeing A737 and Airbus 320 to land,” he said. Mohd Ali said some 1.5 million tourists were expected to enter Malacca via the airport within three years. |
|
|
|
|
|
#42 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,392
Likes (Received): 176
|
Upgraded Malacca airport to boost health tourism
By : Jason Gerald John MALACCA: The newly upgraded airport at Batu Berendam is expected to receive 500,000 passengers within the next three years. This figure is not far-fetched as the airport, which will be renamed Malacca International Airport by year end after a RM131.5 million upgrade, is targeted to boost the state as a hub for health tourism. In citing an example, Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said even with the old airport, the health tourism sector in the state had seen a steady increase in medical tourists, especially those from Singapore and Indonesia. "Take the state-owned Putra Hospital for example. It recorded revenue of RM100 million from medical tourism packages last year compared with RM70 million in the previous year. "This is why I foresee the airport playing a significant role in bringing in the medical tourists, especially from Sumatra, which has about 70 million people," Ali said after the soft launch of the new Batu Berendam airport terminal here yesterday. Earlier, Ali, accompanied by Malaysia Airports Berhad managing director Datuk Seri Bashir Ahmad Abdul Majid, received 26 tourists from Indonesia who arrived at the new terminal via Riau Airlines. On the operations of the airport, Ali said Riau Airlines would fly to Batu Berendam once daily while Firefly, the low-cost carrier of Malaysia Airlines, would resume its operations from here to Singapore in September. "AirAsia will only operate from here in November when the full length of the runway, which measures 2,135 metres, is completed." Ali added that there had been a request from AirAsia to privatise the Batu Berendam Airport similar to the Senai International Airport in Johor. "AirAsia proposed to take over the operations of this airport and we have no problem with that. "However, any decision on this will have to be made by the Federal Government." |
|
|
|
|
|
#43 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,392
Likes (Received): 176
|
LTBB dinaik taraf guna nama baru hujung tahun
Oleh Amirullah Andi Nur arullah@bharian.com.my Perubahan imej mampu kembang pelancongan kesihatan di Melaka MELAKA: Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB), dekat sini, yang kini berubah wajah selepas dinaik taraf dengan kos RM131.5 juta, bakal dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), bermula penghujung tahun ini. Perubahan itu selaras kedudukan lapangan terbang berkenaan yang bakal menjadi persinggahan kepada lebih banyak syarikat penerbangan asing, selain penerbangan tempatan apabila beroperasi sepenuhnya pada waktu itu nanti. Keputusan itu dipersetujui kerajaan negeri baru-baru ini dan ia juga selaras dengan statusnya sebagai lapangan terbang pelancongan kesihatan pertama di negara ini, sama seperti terdapat di Rotterdam, Belanda dan Munich, Jerman. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata buat masa ini nama LTBB akan digunakan sehingga awal November ini. Bercakap selepas merasmikan Terminal Utama LTBB yang baru, kelmarin, katanya kerajaan negeri akan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merasmikan lapangan terbang yang sudah dinaik taraf itu sekali gus mengumumkan nama barunya. Terminal ini adalah sebahagian projek menaik taraf LTBB yang bermula pada April 2007. Menerusi naik taraf itu, terminal baru ini mampu mengendalikan 1.5 juta penumpang setahun, berbanding 300,000 di terminal lama. Pembesaran lapangan terbang ini yang turut merangkumi pemanjangan landasan sehingga 1,800 meter, dibiayai kerajaan Pusat, manakala KLIA Consultancy Services Sdn Bhd sebagai perunding pengurusan dan Uni-Integrated Sdn Bhd sebagai pemaju. Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan pembiayaan projek memanjangkan landasan sedia ada sehingga jarak 2,135 meter dengan kos RM61 juta bagi membolehkan pesawat besar seperti Boeing 737 dan Airbus mendarat, berbanding hanya Fokker 50 ketika ini. Projek ini dijadual siap penghujung Oktober. Mohd Ali berkata, pada masa ini, hanya sebuah syarikat penerbangan iaitu Riau Airlines mengadakan perkhidmatan penerbangan ke LTBB pada kadar sekali setiap hari menerusi Pekan Baru, Sumatera, selain penerbangan tempahan tidak berjadual. Katanya, bermula 1 September ini, syarikat penerbangan milik Penerbangan Malaysia (Mas) iaitu Firefly akan mengadakan perkhidmatan ke Singapura dari LTBB pada kadar empat kali seminggu, manakala AirAsia, bermula 1 November, membabitkan destinasi Melaka-Pulau Pinang-Medan-Bangkok. "Selain Firefly dan AirAsia, kita juga berharap syarikat penerbangan lain seperti Mas atau Garuda dan Merpati dari Indonesia akan turut mengadakan perkhidmatan dari sini, sebaik projek pemanjangan landasan itu siap," katanya. Mohd Ali berkata, pada tahun lalu bilangan penumpang yang menggunakan LTBB adalah seramai 15,708 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada kira-kira 500,000 dalam tempoh tiga tahun akan datang apabila lebih banyak penerbangan beroperasi di situ. Katanya, tahun lalu, lebih 70,000 pelancong berkaitan kesihatan datang ke negeri ini bagi mendapatkan rawatan di tiga pusat perubatan terkenal iaitu Pusat Pakar Perubatan Putra, Hospital Pantai dan Mahkota Medical Centre. "Bagi menarik lebih ramai pelancong kesihatan ke negeri ini, kita akan mengadakan promosi di luar Melaka, selain berusaha meningkatkan keselesaan di LTBB termasuk penyediaan kawasan letak kenderaan khusus untuk menanti pesakit dan membina aerobridge," katanya. |
|
|
|
|
|
#44 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
Bantu Urus Pelancong Kesihatan
AEROBRIDGE PELENGKAP PENUMPANG LTBB BATU BERENDAM, 6 Mei - Empat kemudahahan utama akan dan telah disediakan oleh Malaysia Airports Berhad (MAB) untuk menyokong aspirasi Kerajaan Melaka menjadikan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) sebagai terminal pelancongan pertama di Malaysia. Pengurus Besar MAB, Abdul Rahman Karim, berkata empat kemudahan itu ialah menyediakan dua tempat letak ambulans di pintu masuk kedatangan dan pelepasan, menyediakan kaunter hospital-hospital, mengadakan dua tempat letak ambulans berdekatan pesawat mendarat dan memperkenalkan 'lif bergerak' untuk menurunkan pesakit dari pesawat. "Kita menyediakan kemudahan ini berdasarkan kapasiti penumpang dan permintaan Kerajaan Melaka dan khidmat sokongan ini menjadikan LTBB terminal yang permata di Malaysia yang mempunyai kemudahan itu," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI). Dua tempat letak ambulans berdekatan pesawat (ketibaan dan pelepasan) telahpun dibuat sementara dua lagi iaitu di pintu satu dan dua untuk menurunkan dan mengambil penumpang akan dilakukan tidak lama lagi. "Kita telahpun mengarahkan pihak pengurusan MAB di Batu Berendam untuk mengadakan perjumpaan segera dengan syarikat-syarikat penerbangan di LTBB, termasuk penyelaras dan agensi-agensi mereka di terminal itu, pihak Hospital Pakar Putra (HPP), Mahkota dan Pantai serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA). "Kita mahu mereka saling bantu membantu dengan MAB untuk menyempurnakan lagi perkhidmatan di LTBB, terutama kepada penumpang-penumpang yang mahu mendapatkan perkhidmatan perubatan," katanya. Beliau berkata, perkhidmatan lif bergerak itu akan digunakan untuk mengendalikan pesakit pesawat Foker 50 dan sementara aerobridge pula akan digunakan bagi pesawat Boeing 737 dan Airbus 320. Katanya, penggunaan aerobridge ini akan diperkenalkan mengikut kesesuaian dan permintaan apabila pesawat yang lebih besar itu mula mendarat di LTBB pada hujung tahun ini. "Kita memang bercadang untuk menggunakan aerobridge di LTBB tetapi tidak cukup peruntukan dari Kementerian Pengangkutan, namun ia akan diperkenalkan jika ada permintaan dan keperluan," katanya. Sementara perkhidmatan kaunter untuk Hopital Putra, Mahkota dan Pantai di terminal itu sudahpun diluluskan. Semalam Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, meminta perkhidmatan aerobridge disediakan di LTBB bagi memenuhi pertambahan dan permintaan pesakit yang menggunakan terminal itu, khususnya dari Sumatera. Ketika pra-pelancaran LTBB di sini semalam, Mohd Ali menegaskan lapangan terbang itu boleh mengendalikan 1.5 juta penumpang setahun dan 500,000 daripadanya adalah pelancong kesihatan. Ia mempunyai empat kaunter bagi kemudahan berlepas dan enam kaunter kemudahan mendarat bagi penerbangan antarabangsa dan domestik. LTBB akan secara rasmi dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang akan dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Selain Riau Airlines syarikat penerbangan lain yang dijangka turut beroperasi di lapangan terbang baru itu termasuk Firefly dan AirAsia dan apabila ia beroperasi sepenuhnya bagi penerbangan antarabangsa bermula 1 November depan, Syarikat Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan Indonesia, Garuda juga akan menggunakan terminal itu. Projek menaik taraf LTBB dilakukan oleh konsortium Uni-Integrated, akan menempatkan sebuah terminal baru seluas 7,000 meter persegi dilengkapi pelbagai kemudahan untuk menerima penerbangan antarabangsa dan domestik. Proses pembesaran dan kerja menaik taraf berharga RM131.5 juta bermula pada 23 April, 2007 bagi menyediakan kemudahan kepada para pelancong kesihatan, terutama dari Sumatera yang kini mencecah hampir 60,000 orang setahun. Terminal baru LTBB boleh mengendalikan 1.5 juta penumpang setahun berbanding hanya 300,000 sebelum ini dan mempunyai dua tempat meletakkan pesawat yang sesuai bagi pesawat Boeing 734 dan Airbus 320. LTBB dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 1 November depan setelah landasan dipanjangkan kepada 2,135 meter untuk membolehkan pesawat Boeing dan Airbus mendarat dan berlepas. Panjang landasan LTBB pada masa kini ialah 1,476 meter dan syarikat penerbangan komuniti Firefly akan mula menggunakan LTBB bermula 1 September depan dengan kekerapan empat penerbangan seminggu ke Singapura menggunakan pesawat turboprop ATR 72. Syarikat tambang murah AirAsia pula dijangka beroperasi mulai 1 November depan dengan laluan ke Bangkok, Medan dan Pulau Pinang.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#45 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
LTBB Mampu Capai Sasaran 1.5 Juta Penumpang Setahun
BATU BERENDAM, 8 Mei - Sasaran Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) untuk mengendalikan ketibaan 1.5 juta penumpang setahun bakal menjadi kenyataan berdasarkan faktor sokongan yang mampu menarik lebih ramai pengguna dan penambahan syarikat penerbangan menggunakan terminal itu. Peningkatkan ini dijangka berdasarkan permintaan penumpang Indonesia, khususnya pelancong kesihatan, serta penambahan syarikat penerbangan seperti Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia termasuk pengendali penerbangan antarabangsa Indonesia, Garuda. Kini hanya satu syarikat penerbangan beroperasi di terminal itu iaitu Riau Airlines dan yang terbaru Firefly yang dia jangka beroperasi September ini. Menurut sumber Malaysia Airports Berhad (MAB), dari tahun 2,000 hingga 2008 seramai 181,817 penumpang telah menggunakan LTBB. Namun, katanya, ketibaan pengguna di LTBB adalah turun dan naik, berdasarkan faktor seperti permintaan penumpang dan juga syarikat penerbangan yang tidak lagi beroperasi di terminal itu. Statistik menunjukkan tahun 2004 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 44,275 penumpang, diikuti 26, 218 penumpang tahun 2007 dan ia menurun kepada 15,708 penumpang pada tahun lalu. "Dari tahun 2004 hingga 2006 terdapat tiga syarikat penerbangan iaitu Riau, Merpati Air dan Berjaya Air beroperasi di LTBB namun pada tahun 2006 Merpati Air tidak meneruskan perkhidmatannya dan diikuti oleh Berjaya Air setahun selepas itu. "Jumlah penumpang menurun pada tahun 2008 kepada 15,708 orang kerana Air Asia memulakan perkhidmatan ke Pekan Baru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya. Sehingga tahun 2005 Merpati Airlines mengadakan perkhidmatan dari Pekan Baru dan Batam, Berjaya (Batam, sehingga tahun 2006) dan kini hanya Riau Airlines yang menuruskan perkhidmatan dari Pekan Baru. Syarikat penerbangan komuniti Firefly akan menggunakan LTBB bermula 1 September depan dengan kekerapan empat kali penerbangan ke Singapura, AirAsia pula bermula 1 November dengan laluan Bangkok, Medan dan Pulau Pinang). Malaysia Airlines (MAS) juga akan beroperasi pada 1 November selain syarikat penerbangan Indonesia, Garuda. LTBB akan secara rasmi dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang akan dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#46 |
|
PROUD 2 B MALAYSIAN
Join Date: Nov 2007
Location: KL
Posts: 32,392
Likes (Received): 176
|
Trees hamper Malacca International Airport
By ALLISON LAI MALACCA: The state will acquire 2.48ha at the edge of the newly-extended Malacca International Airport in Batu Berendam to clear trees seen to hamper the airport’s operations. This was among several defects discussed by Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam at a meeting here to iron out teething problems before the RM131mil airport is fully utilised in November. “I was under the impression that the problems had to do with the runway’s gradient and airplane capabilities. “But Department of Civil Aviation (DCA) officials informed me that the oil palm trees were a problem,” he told reporters after visiting the Serkam Halal Hub in Jasin recently. He said the DCA had also informed him that part of Tesco Hypermart’s warehouse in the state’s heavy vehicle terminal nearby exceeded the height limit. “A committee headed by the state secretary has been formed and to resolve the issues,” he said, adding that the DCA would now sit in the city’s One Stop Centre. Mohd Ali lashed out at state and airport officials, including contractors, for poor coordination of the airport project resulting in the teething problems. The project to build a new terminal and extend the 1,362m runway to 1,800m was launched in April 2007. However, only 1,476m of the runway is being used because of obstructions, including the trees at the edge of the airport. Mohd Ali said the 1,800m runway would be operational by Sept 1 with Firefly launching its inaugural flight from Malacca to Singapore with its ATR72 aircraft. An additional RM60mil will be spent to extend the runaway to 2,135m to allow fully-loaded Boeing 737 and Airbus A320 aircraft to land at the airport by November. |
|
|
|
|
|
#47 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#48 |
|
Registered User
Join Date: Nov 2008
Posts: 229
Likes (Received): 0
|
fireflyz mlk-sin ticket is open for sale now.
schedule - thrice weekly Singapore Malacca FY3565 ## 2 4 6 14:45 15:45 Malacca Singapore FY3566 ## 2 4 6 16:10 17:10 |
|
|
|
|
|
#49 |
|
Registered User
Join Date: Nov 2008
Posts: 229
Likes (Received): 0
|
|
|
|
|
|
|
#50 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,651
Likes (Received): 302
|
Congratulations Malacca!
|
|
|
|
|
|
#51 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
just went there. and its not as bad as an LCC terminal nor as good as a proper airport terminal in other state, it somewhere in the middle.
but, why can't they design the terminal to include a massive shopping mall as the airport is smack in the middle of the city.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#52 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
Melaka Airport's New Terminal Creates Another History For The Historical City
May/05/2009 BATU BERENDAM – Melaka, the 'Historical City' chalks up another history when the airport relocates to a brand new terminal which starts operations today. The total project cost was RM131.5 million, funded by the Federal Government and the project management consultant was KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd. (KLIA Consult) while the contractor was Uni-Integrated Sdn. Bhd. The project started in April 2007 and completed in April 2009. The airport is now known as Melaka Airport instead of Batu Berendam Airport. Member of the media witnessed the first landing at the airport today when Riau Airlines touches down at 9.15 am and the passengers were greeted and presented souvenirs by Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Chief Minister of Melaka. Members of the media were also given a tour of the new terminal. The old terminal ceased operations with the departure of Riau Airlines to Pekan Baru at 10.00am yesterday. Dato' Seri Bashir Ahmad, Managing Director of Malaysia Airports said: "This is our commitment to further enhance the airport users' experience when using the airport. The new terminal will offer better services and facilities, in line with the increasing expectations of customers." Compared to the old terminal which could only handle 0.3 million passengers per annum, the new terminal can accommodate up to 1.5 million passengers per annum. It has six check-in counters for international and domestic flights. The new terminal has two parking bays capabale of accommodating B734/A320 and four parking bays for GAA. The terminal building is capable of handling 300 passengers per peak hour compared to 100 previously. Passenger comfort level has also been elevated, from 20 sq. m to 24.5 sq. m. While the old terminal had only three immigration counters for both arrival and departure, the new terminal has four counters to handle departure and six to handle arrival. Three baggage carousels have been installed to handle baggage for departure and arrival flights. Commercial activities are offered with outlets for F&B and a duty free shop. Car park lots totalling 90 are available for the public, while 20 are allocated for staff, 10 for taxis and 10 for buses. The terminal is configured with 38 CCTV cameras for security monitoring. The public can also enjoy ample seating at the airport with 370 seats available. Currently, Riau Airlines is operating from this airport. The airport operates from 7.00am to 7.00pm daily. The new telephone number for the terminal is 06-3191707. For the year 2008, Melaka airport processed a total of 23,751 passenger movements, handled 178,618 kg cargo shipments and 700 aircraft movements. The Batu Berendam Airport was officially opened on Oct 1952 by the Duchess of Kent. It is located 10 kilometres from Malacca town. Under the Japanese Occupation during the Second World War, the airport saw little improvement. Further construction only took place under the British from 1948 onwards.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#53 |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,651
Likes (Received): 302
|
New Airport Observation Tower
by bf_tan_moment2moment http://www.flickr.com/photos/30316233@N08/3367286235/ image hosted on flickr
|
|
|
|
|
|
#54 | |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,651
Likes (Received): 302
|
by Hauws
http://www.flickr.com/photos/hauws/3...7612771559102/ Quote:
|
|
|
|
|
|
|
#55 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
Selain Firefly & AirAsia
Tiga Lagi Syarikat Berminat Guna Kemudahan LTAM - Mohd Ali BATU BERENDAM, 18 Jun- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, tiga lagi syarikat penerbangan dari Indonesia berminat untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) sebagai hub penerbangan menghubungkan Melaka dengan beberapa destinasi di republik tersebut. Katanya, wakil-wakil dari Syarikat Garuda, Adam Air serta Merpati Air sudah menemuinya dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu. "Mereka minta kita usahakan supaya mendapatkan kelulusan pendaratan dari Kementerian Pengangkutan dan DCA. Saya nampak tidak ada sebarang masalah dan kita akan sokong permohonan mereka," ujarnya kepada pemberita sebelum berlepas ke Pekan Baru, Riau Indonesia, pagi tadi. Ketua Menteri yang diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamed; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Yaakub Md Amin serta Timbalan Presiden, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Mohd Jamil Mukmin akan menghadiri beberapa program di sana. Petang ini, Mohd Ali akan merasmikan Galeri Melaka di Muzium Daerah Sang Nila Utama, merasmikan Seminar Pelancongan Pendidikan, Taklimat DMDI Finance House serta menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Makanan Melayu di Hotel Aryaduta. Beliau dan rombongan dijangka pulang ke tanah air esok. Ditanya tentang terminal lama Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB), Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri mencadangkan agar ia tidak dirohonkan. "Tapi terpulang kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Kalau DCA hendak roboh, kita akan minta DCA bina replika berhampiran di terminal baru. Terminal lama ada nilai sejarah, kalau DCA tak roboh baguslah. Kita boleh jadikan terminal itu sebagai muzium," ujarnya.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#56 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
Masjid Tariqatul-Jannah Jadi Projek Perintis
MASJID JADI PUSAT PENTADBIRAN - MOHD ALI BATU BERENDAM, 18 Jun - Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan asas bagi memudahkan penduduk di sesebuah kariah melakukan aktiviti seharian, selain mengimrahkan lagi masjid sebagai rumah ibadat. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan konsep tersebut kepada semua masjid yang bakal dibina ataupun masjid yang sedia ada sekiranya ada cadangan daripada pihak pentadbir masjid. "Kita harap konsep masjid sebagai pusat pentadbiran akan dipraktikkan di masa depan bagi mengimarahkan lagi kegunaan masjid sebagai tempat beribadat selain menyediakan kemudahan kepada kariah setempat melakukan sebarang aktiviti kemasyarakatan di dalam satu tempat," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan singkat ke projek pembinaan Masjid Tariqatul-Jannah, Taman Seri Wangi, Pulau Samak, pagi tadi. Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Alias Saad serta beberapa orang JKKK Kampung Pulau Samak. Ketua Menteri menjelaskan, masjid Tariqatul-Jannah berharga RM2.5 juta yang dijangka siap sepenuhnya November depan akan djadikan perintis kepada pelaksanaan konsep masjid sebagai pusat pentadbiran. Kata Mohd Ali, beliau akan meminta JAIM menyediakan beberapa kemudahan seperti padang permainan, balai raya, bilik bacaan, taman bimbingan kanak-kanak, Sekolah Rendah Agama JAIM, kedai runcit, kedai kopi dan beberapa kemudahan awam lain. "Jika orang kampung datang ke masjid selain untuk beribadat, mereka juga boleh berbincang di balai raya yang kita sediakan. Kemudian kalau hendak minum kopi, kita ada restoran. Kalau hendak beli barang, kita ada kedai runcit. Kalau hendak hantar anak ke tadika, di sini juga akan kita sediakan tadika sama ada Tadika Perpaduan, Kemas atau JAIM. Pendek kata, semua ada di sekitar kawasan masjid. "Konsep inilah yang akan kita perkenalkan bagi kemudahan orang ramai, khususnya kariah setempat," ujar beliau. Katanya, pembinaan masjid baru yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) adalah sejajar dengan pembangunan pesat yang berlaku di sekitar kawasan berkenaan. "Kita jangka masjid ini siap November depan. Ini sudah tentu akan menyediakan kemudahan beribadat yang lebih selesa kepada kariah setempat serta penumpang yang hendak berlepas atau baru tiba di LTAM kerana kita jangka AirAsia akan mula beroperasi pada tempoh berkenaan," ujarnya. Dalam perkembangan berasingan, Ketua Menteri memberitahu bahawa Kerajaan Negeri telah membeli kesemua lot kedai empat tingkat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka untuk dijadikan bajet hotel. "Kita akan gunakan dua tingkat sahaja dan tingkat tiga dan empat akan kita potong seperti mana yang diminta oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Kita cadang untuk jadikan ia sebagai bajet hotel atau sewakan kepada mereka yang berminat untuk membuka restoran atau kedai runcit," ujarnya. Mohd Ali turut memberitahu bahawa beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Alor Gajah supaya mencantas pokok-pokok sena yang boleh menghalang laluan pesawat mendarat dan berlepas di LTAM seperti yang diarahkan oleh DCA. "Kerja-kerja itu nampaknya sudah dilakukan oleh MPAG. Kita juga akan ambil alih tanah seluas kira-kira 27 ekar di hujung landasan. Kita akan minta peruntukkan daripada Kerajaan Pusat untuk bayara pampasan kepada pemilik terlibat," jelas Ketua Menteri.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#57 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
Solid Partners labur RM60j bina pusat MRO pesawat
SOLID Partners Sdn Bhd, akan melabur RM60 juta bagi membangunkan kemudahan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Melaka, sejajar langkah menaikkan taraf Lapangan Terbang Melaka (LTM) di Batu Berendam. Pengarahnya, Kapten (B) Goh Lee Hoe, berkata projek di kawasan seluas empat hektar berhampiran Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) di Batu Berendam akan dibangunkan dalam empat fasa. Beliau berkata, ia akan dilengkapi sebuah hangar yang dapat menempatkan serta memuatkan empat helikopter besar dan la-pan helikopter kecil dalam satu masa, selain pesawat Boeing 737 dan 747 serta peralatan bagi penye-lenggaraan kerangka utama. “Kerja pembinaan fasa pertama dijadual siap 26 Julai dan kita berharap ia akan dapat memu- lakan operasi pada Ogos ini. MRO di Melaka ini adalah yang kedua di Malaysia selepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang,” katanya selepas mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meninjau perkembangan projek itu, di Batu Berendam, minggu lalu. LTM dinaikkan taraf baru-baru ini dengan kos kira-kira RM192 juta, bagi menjadikannya sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Perisytiharan menaik taraf LTM itu dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir tahun ini. Goh berkata, antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan sya- rikat berkenaan pada masa ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Katanya, syarikat itu akan berusaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara luar membabitkan perkongsian teknologi berkaitan bidang berkenaan dan setakat ini sebuah syarikat dari Amerika Syarikat menyatakan persetujuan bagi tujuan itu. b747???? biar betul
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#58 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
Melaka jadi hab hangar pesawat
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my MELAKA 3 Julai - Melaka mampu menjadi hab hangar penyelenggaraan pesawat dan helikopter di kawasan selatan negara ini dan rantau Asia Pasifik pada masa depan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, berkata, hangar penyelenggaraan itu kini dalam pembinaan di kawasan seluas empat hektar yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam. Menurut beliau, apabila siap nanti, hangar itu berupaya menyelenggara pesawat seperti Airbus, Boeing dan helikopter bagi memenuhi permintaan domestik dan Asia. "Lokasinya yang strategik, berhampiran dengan LTAM juga mampu menjana perkembangan industri penyelenggaraan pesawat di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek fasa pertama hangar pesawat milik Solid Partners Sdn. Bhd. (Solid Partners) itu di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Solid Partners Sdn. Bhd., Kapten (B) Goh Lee Heo dan Pengarah Solid Partners Sdn. Bhd., Brig. Jeneral (B) Datuk Mohd. Hashim Abu. Mohd. Ali menambah, Solid Partners dijangka membuat pelaburan bernilai kira-kira RM60 juta, membabitkan empat fasa projek pembinaan hangar berkenaan. Fasa pertama mampu memuatkan empat helikopter pada satu-satu masa dan dijangka siap pada 26 Julai ini sebelum beroperasi sepenuhnya mulai Ogos depan, kata beliau. "Ini menjadi permulaan baru kepada industri perkhidmatan penyelenggaraan pesawat dan helikopter di Melaka. ''Sejajar dengan kedudukannya sebagai pengeluar utama komponen untuk Airbus dan Boeing oleh Composites Technology Resources Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM)," katanya. Tambahnya, selain terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat dan helikopter, Solid Partners juga turut membekal beberapa peralatan untuk helikopter TUDM. Jelasnya, keyakinannya terhadap Solid Partnes adalah berdasarkan pencapaian syarikat itu yang memperoleh pendapatan RM40 juta setahun selain mempunyai rangkaian pelanggan dan perniagaan yang kukuh di peringkat antarabangsa. Sementara itu, menurut Lee Heo, syarikatnya mempunyai banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat dari luar negara yang memiliki kepakaran dan berteknologi tinggi. "Mereka pada dasarnya juga bersetuju untuk menyerap kepakaran dimiliki bagi membantu mengembangkan industri penyelenggaraan pesawat di Melaka," katanya. Tambahnya, setakat ini hanya terdapat sebuah pusat penyelenggaraan pesawat di negara ini iaitu Airod Sdn. Bhd. di Subang. "Pasaran industri ini amat besar. Walaupun tidak dapat menandingi Airod, sekurang-kurangnya kita berusaha menyediakan perkhidmatan yang setanding dengan mereka," katanya.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
|
|
#59 | |
|
Registered User
Join Date: Sep 2003
Posts: 72,651
Likes (Received): 302
|
Quote:
__________________
Malaysia Photo Gallery - Click Here for Malaysia Galleries City & Town - | Kuala Lumpur | Penang | Malacca | Putrajaya | Cyberjaya | Langkawi Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Seremban, Shah Alam, etc! Last edited by nazrey; July 15th, 2009 at 03:51 PM. |
|
|
|
|
|
|
#60 |
|
Registered User
Join Date: Jul 2008
Location: KL, Malacca
Posts: 3,763
Likes (Received): 104
|
Tarik Pasaran Domestik, Asia Pasifik
MELAKA PUSAT SELENGGARA PESAWAT UNGGUL - MOHD ALI BATU BERENDAM, 2 Julai - Melaka berpotensi menjadi pusat penyelenggaraan kapal terbang seperti Airbus dan Boeing serta helikopter bagi keperluan permintaan pelanggan domestik dan Asia Pasifik dengan menjadikan lokasi berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) sebagai hub industri berkenaan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pembinaan hangar penyelenggaraan helikopter dan pesawat milik Solid Partners Sdn Bhd di tapak seluas 10 ekar berhampiran LTAM mampu menjana perkembangan industri penyelenggaraan pesawat di negeri ini. "Ia merupakan hangar penyelenggaraan pesawat dan helikopter pertama di Melaka berhampiran LTAM dan kewujudan industri ini pastinya mampu menjadikan Melaka sebagai hab penyelenggaraan pesawat bagi kawasan Selatan dan Asia Pasifik pada masa depan," kata beliau. Ketua Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek fasa pertama hangar pesawat milik Solid Partners Sdn Bhd di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md Yunos Husin; ADUN Ayer Limau, Amiruddin Yusof; Pengarah Pembangunan Perniagaan, Solid Partners Sdn Bhd, Kapten (B) Goh Lee Heo dan Pengarah Solid Partners Sdn Bhd, Brig. Jeneral (B) Dato' Mohd Hashim Abu. Mohd Ali memberitahu, Solid Partners Sdn Bhd dijangka melabur kira-kira RM60 juta, membabitkan empat fasa projek pembinaan hangar. Katanya, fasa pertama yang mampu memuatkan empat helikopter pada satu-satu masa dijangka siap pada 26 Julai ini dan beroperasi sepenuhnya mulai Ogos depan sebaik sahaja segala peralatan penyelenggaraan pesawat siap dipasang. Mohd Ali menambah, selain terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat dan helikopter, syarikat berkenaan juga turut membekal beberapa peralatan untuk helikopter TUDM. "Saya harap ini akan menjadi satu permulaan baru kepada industri perkhidmatan penyelenggaraan pesawat dan helikopter di Melaka sejajar dengan kedudukan negeri ini yang juga menjadi lokasi utama pengeluaran untuk beberapa komponen untuk Airbus dan Boeing oleh CTRM. "Saya juga difahamkan, setakat ini perniagaannya (Solid Partners) sudah mencecah RM40 juta setahun dan syarikat ini juga turut mempunyai rangkaian pelanggan dan perniagaan yang mantap dengan di peringkat antarabangsa," ujarnya. Sementara itu, Goh memberitahu, syarikatnya dijangka membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 300 hingga 400 orang untuk tempoh 10 tahun akan datang, khususnya pekerja-pekerja mahir seperti jurutera mekanikal dan elektrikal berkaitan industri penerbangan. "Kita sebenarnya banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat dari luar negeri yang memiliki kepakaran dan berteknologi tinggi. Mereka pada dasarnya juga bersetuju untuk menyerapkan kepakaran yang dimiliki bagi membantu mengembangkan industri penyelenggaraan pesawat di Melaka," ujarnya. Katanya, Solid Partners Sdn Bhd juga akan berusaha membangunkan kepakaran tempatan dalam indiustri ini untuk digabungkan dengan kepakaran luar negeri. "Kita juga turut merancang agar syarikat-syarikat antarabangsa yang terlibat dengan industri penerbangan menjadikan Melaka sebagai pengkalan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat yang unggul," kata Goh. Katanya lagi, setakat ini hanya terdapat sebuah pusat penyelenggaraan pesawat di Malaysia iaitu Airod di Subang. "Pasaran industri ini amat besar. Kalaupun tidak dapat menandingi Airod, sekurang-kurangnya kita berusaha menyediakan perkhidmatan yang standing dengan Airod," jelas beliau.
__________________
hartal day and melaka maju 2010 day are my birthday, hope the gomen will make it a public holiday |
|
|
|
![]() |
| Thread Tools | |
| Display Modes | Rate This Thread |
|
|