Skyscraper City Forum banner
1 - 20 of 49 Posts

·
Registered
Joined
·
45 Posts
Discussion Starter · #1 · (Edited)


JENGKA

[sumber: www.felda.net.my]
FELDA Wilayah Jengka membentuk kawasan tiga segi antara tiga daerah di Pahang iaitu Maran, Jerantut dan Temerloh berkeluasan 64,117.05 hek. kawasan pertanian dan 4,924.98 hek. kawasan kampung. Merangkumi 37 buah rancangan dengan jumlah peneroka seramai 14,956 orang. Rancangan pertama yang dibangunkan ialah FELDA Kg. Awah pada tahun 1961 seluas 1,478.05 hek. Iaitu 1,393.66 hek. kawasan ladang dan 84.39 hek. kawasan kampung. Kedudukan rancangan terbahagi kepada tiga daerah utama iaitu 26 rancangan di daerah Maran, sembilan rancangan di daerah Jerantut dan dua rancangan di daerah Temerloh.

Sebanyak 37 buah rancangan berpeneroka diurustadbir oleh Wilayah ini iaitu dari FELDA Jengka 1 hingga Felda Jengka 25, FELDA Kota Gelanggi 1 hingga FELDA Kota Gelanggi 4, FELDA Kg. Awah, Sg. Tekam, Sg. Tekam Utara, Bukit Tajau, Sg. Nerek, Ulu Jempol , Sg. Retang dan FELDA Padang Piol. Pejabat pentadbiran FELDA Wilayah Jengka terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak Sungai Tekam atau di FELDA Residence Tekam Jerantut Pahang. Berkedudukan lebih kurang 25 km dari Bandar Jengka dan 30 km dari Bandar Jerantut.


[sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Jengka]
Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka. Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu. Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. [perlu rujukan]

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2 (Cempaka), Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4 (Kemboja), Jengka 5 (Kekwa), Jengka 6 (Keembong), Jengka 7 (Kenanga), Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12 (Melor), Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14 (Bunga Raya), Jengka 15 (Semarak), Jengka 16 (Sena), Jengka 17 (Seri Pagi), Jengka 18 (Seroja), Jengka 19 (Siantan), Jengka 20 (Tanjung), Jengka 21 (Teratai), Jengka 22 (Terkis), Jengka 23 (Tonkin), Jengka 24, dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25. Di dalam kawasan Jengka juga terdapat tanah rancangan Felda yang tidak menggunakan nama Jengka, kerana ia ditubuhkan lebih dahulu dari Jengka itu sendiri. Di antaranya Felda Kampong Awah (1963), Felda Ulu Jempol (1965) dan Felda Sungai Nerek (1967).


LOKASI DAN PEMBAHAGIAN KAWASAN

 
1 - 20 of 49 Posts
Top