Skyscraper City Forum banner
1 - 2 of 2 Posts

·
Registered
Joined
·
374 Posts
Discussion Starter · #1 ·
Jet pejuang buatan Malaysia yang dicadangkan ialah yang boleh digunakan untuk membawa pemimpin utama negara keluar dari kawasan bahaya apabila berlaku serangan nuklear, biologi atau kimia dalam tempoh yang singkat kerana pesawat ini berkemampuan untuk sampai ke ruang angkasa dalam tempoh 15 minit sahaja. Satu cadangan telah dikemukakan bagi menghasilkan pesawat yang boleh berlepas dari tasik di Putrajaya sepertimana kebanyakan pesawat terbang di zaman awal penerbangan dulu.

UniKL ni pun ada terlibat juga dalam merealisasikan pembinaan jet pejuang buatan Malaysia yang akan siap 15 tahun dari sekarang.

Universiti yang terlibat adalah UPM, UPNM(Universiti pertahanan), UKM, UITM, UTM, UIA, UTP dan MIAT (UniKL). Sementara dari industri, sokongan kuat datangnya dari CTRM, ACMSB dan beberapa lagi syarikat swasta dalam bidang berkaitan aerospace di Malaysia. Ia telah mendapat perhatian dari pihak Kementerian Pertahanan sendiri termasuk STRIDE (Unit R&D bagi KEMENTAH)..

Malaysia ada satu pasukan khas dikenali sebagai Malaysian Research for Rocketplane Design & Development untuk membina jet pejuang buatan Malaysia.. target lagi 15 tahun, Malaysia akan ada jet pejuang sendiri

Sehingga kini ahli kumpulan ini sudah berjumlah lebih kurang 60 orang terdiri dari ahli akademik (termasuk 5 orang professor) dan juga industri.
 
1 - 2 of 2 Posts
Top