HASRAT untuk menghubungkan antara Melaka dan Sumatera melalui jalan darat memperlihatkan kemungkinan yang besar apabila kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat.
Ini akan membuka lembaran baru yang lebih menguntungkan kepada kedua-dua negara melalui pelbagai bidang di samping mengeratkan lagi hubungan serumpun.
Cuba bayangkan jumlah penduduk Sumatera yang kini mencecah 70 juta orang dan jika 10 peratus yang datang ke Melaka untuk melancong angka itu mencatat kepada 7 juta orang.
Sudah tentu sektor pelancongan di Melaka akan lebih berkembang maju terutama pelancongan kesihatan yang mana kemudahan yang ditawarkan di sini sememangnya menarik minat penduduk di Sumetera.
Sememangnya, Melaka menjadi tumpuan pelancong dari Indonesia terutama penduduk Sumatera kerana mereka berasa selesa apabila berada di negeri ini.
Mungkin sejarah boleh menceritakan bagaimana perjanjian antara Inggeris dan Belanda yang memisahkan penguasaan Melaka terhadap beberapa wilayah di Sumatera.
Jarak antara Melaka dengan Sumatera hanya 60 kilometer sahaja dan kos pembinaan jambatan itu pula sekitar RM1 biloin hingga Rm2 bilion berbeza dengan pembinaan Jambatan Indah yang menghubungkan antara Johor Bahru dengan Singapura.
Dan jika dikira jumlah penduduk Singapura hanya empat juta orang sahaja berbanding penduduk Sumatera 70 juta orang yang jauh lebih besar jumlahnya.
Banyak manfaat yang boleh dperolehi daripada pembinaan jambatan itu bukan sahaja kepada Melaka malah kepada Malaysia juga dan tidak kurangnya pula kepada Indonesia.
Mungkin apabila terbinanya jambatan itu nanti barulah kita mengetahui kesan yang dihasilkan dari kewujudannya kerana sekarang ini mungkin kita beranggapan ianya tidak menguntungkan.
MHI