SkyscraperCity banner
1 - 20 of 2012 Posts

·
PROUD 2 B MALAYSIAN
Joined
·
38,439 Posts
Discussion Starter · #6 ·
Kedah In Drive To Tap More Singapore Tourists


By Zakaria Abdul Wahab

SINGAPORE, July 28 (Bernama) -- Kedah became the third Malaysian state after Sabah and Sarawak to carry out tourism campaigns in Singapore this year to tap the abundant local and expatriate tourist markets.

Over 30 travel agents, hoteliers and tourism bodies from Langkawi and Alor Setar are now here meeting their local counterparts to introduce Kedah tourism products to Singaporeans who are currently Malaysia's top visitors.

Their three-day tourism promotion campaign here is jointly organised by Tourism Malaysia, Langkawi Development Authority (LADA), the Kedah chapter of Malaysian Association of Tour and Travel Agents Association (Matta) and Kedah Tourism Action Council.

Malaysia's High Commissioner to Singapore Datuk Md Husin Nayan said he hoped other Malaysian states would follow suit to conduct their tourism campaigns here to tap the rich Singapore tourist market.

Tourism Malaysia's Singapore office director Zalizam Zakaria said Malaysia had recorded about 6.1 million tourist arrivals from Singapore in the first six months of this year, and was confident that its target of 11 million for 2009 could be achieved.

Kedah hopes to attract more than 100,000 tourists from the island republic, including expatriates and travellers who are transiting in Singapore, to Langkawi and mainland Kedah this year.

LADA figures showed that nearly 40,000 Singaporean tourists visited Langkawi alone last year compared to nearly 35,000 in 2007.

Singaporeans are expected to throng Kedah when new air services between Singapore and Alor Setar and Langkawi are introduced by budget carriers Firefly and Jetstar in the coming months.

Currently, Singapore's Silk Air, Malaysia Airlines and AirAsia operate more than 30 flights per week between Singapore and Langkawi.

-- BERNAMA
 

·
adzboy
Joined
·
611 Posts
MAS sedia penerbangan terus China-Langkawi

from http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story3000539.asp

PADANG MATSIRAT - Langkawi bakal menerima dua kali ganda pelancong dari China bermula Ogos ini sehingga tahun depan selepas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) melakukan penerbangan terus dari republik tersebut.

Ketua Stesen MAS, Hussain Yusuf berkata, MAS akan melakukan penerbangan dua kali seminggu dari Guangzhou ke Langkawi.

Menurutnya, penerbangan tersebut akan dilakukan setiap Selasa dan Jumaat, jam 3 dan 4 pagi setiap minggu.

“Perubahan laluan ini akan dilakukan selama setahun bagi menggalakkan pelancong dari China berkunjung ke pulau ini dan menghabiskan lebih masa untuk berbelanja.

“Melalui cara ini mampu menggalakkan industri pengangkutan udara dan melebarkan sayap penerbangan MAS secara amnya,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Hussein berkata, dua pesawat akan digunakan iaitu Airbus 321 dan Boeing 738 yang mampu memuatkan kira-kira 180 penumpang pada satu masa.

Menurutnya, laluan ini adalah kali pertama dilakukan dari Guangzhou selain Hong Kong berbanding laluan lain melalui transit di Kuala Lumpur.

“Kami rasakan pelancong dari Guangzhou amat berminat mengunjungi Langkawi memandangkan terdapat permintaan tinggi dipasaran,” katanya.

Beliau berkata, selain penerbangan terus dari Singapura dan Guangzhou, MAS Langkawi sentiasa memantau permintaan pelancong yang ingin berkunjung ke Langkawi.

“Melalui data yang dikumpulkan dan setakat ini lebih dari 20,000 pelancong China berkunjung ke pulau ini melalui Kuala Lumpur.

“Bagi melicinkan penerbangan mereka, kami mengambil inisiatif seperti menawarkan penerbangan tersebut dan percubaan ini akan dilakukan selama setahun, jika mendapat sambutan, ia akan dilanjutkan,” kata Hussain.
 

·
Banned
Joined
·
361 Posts
Tiger Airways to start Langkawi route Sunday
Published: 2009/07/31

Singapore's Tiger Airways will be fourth airline to operate direct flights from Singapore to Langkawi when its service begins this Sunday.

Langkawi Tourism Action Council facilities and services manager Suziana Wan Othman said Tiger Airways will be the second airline from Singapore to have direct flights from the republic.

"Before this, we have three airlines operating the Singapore-Langkawi route, which are AirAsia, Silk Air (Singapore) and Malaysia Airlines," she said in Langkawi today.

The first Tiger Airways flight is scheduled to arrive at the Langkawi International Airport at 1.55pm on Sunday, Suziana said.

She said the airline will be using the Airbus A320 with capacity for 180 passengers and the flights are scheduled four times weekly on Monday, Wednesday, Friday and Sunday. -- Bernama
 

·
PROUD 2 B MALAYSIAN
Joined
·
38,439 Posts
Discussion Starter · #16 ·
RM3.3j dilulus naik taraf Taman Kerbau Langkawi
Oleh Hamzah Osman
[email protected]
TKL jana lebih RM40,000 hasil produk berasaskan susu

LANGKAWI: Taman Kerbau Langkawi (TKL) di Kampung Nyiur Chabang, di sini, mampu mencipta nama di peringkat dunia sebaik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan RM3.3 juta bagi melaksanakan kerja menaik taraf infrastrukturnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata untuk itu kementerian sedang meneliti permohonan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah bagi membolehkan taman agro pelancongan itu dibangunkan segera.

"Antara projek yang diberi keutamaan termasuk pembinaan infrastruktur, kemudahan pemprosesan dan pembangunan pastura yang keseluruhannya membabitkan perbelanjaan kira-kira RM3.3 juta.

"Pembinaan chalet, pusat latihan, aktiviti pelancong seperti menunggang kerbau antara projek yang turut dicadangkan dibangunkan bagi menarik lebih ramai pelancong," katanya selepas melawat taman itu di sini, semalam.

Mohd Johari berkata, TKL yang beroperasi dua tahun lalu di kawasan seluas 18 hektar adalah idea bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Ketika ini, TKL mempunyai 69 kerbau dan menghasilkan 1,000 liter susu sebulan yang dipelbagaikan produknya seperti susu segar, susu perisa, dadih dan aiskrim yang dijual kepada pengunjung.

"Kita turut teruja apabila taman yang berupaya memuatkan 100 baka induk pada satu masa itu telah menjana pendapatan lebih RM40,000 menerusi jualan produk berasaskan susu kerbau sejak dua tahun lalu," katanya.

Justeru, beliau berkata, JPV merancang meningkatkan sasaran pengeluaran sebanyak enam kali ganda iaitu 300 liter susu segar sehari, berbanding 50 liter ketika ini menerusi 80 kerbau pada penghujung tahun ini.

Katanya, projek hiliran yang diselia sepenuhnya oleh kakitangan JPV dan dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Langkawi itu menerima kunjungan antara 600 hingga 1,000 pelawat sebulan, termasuk pelancong dari Arab, Eropah, Taiwan dan Jerman.
 

·
PROUD 2 B MALAYSIAN
Joined
·
38,439 Posts
Discussion Starter · #18 ·
Konvensyen Perubahan Iklim di Langkawi



DARI kiri, penyanyi, Zainal Abidin; Pengerusi Asian Overland Services Tourism & Hospitality Group, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman; Nor Azmal; pelakon, Maya Karin dan Pengurus Besar The Royale Chulan Kuala Lumpur, Leo Kuscher menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian Konvensyen Perubahan Iklim 2010, semalam.



KUALA LUMPUR: Konvensyen Perubahan Iklim 2010, yang akan berlangsung di Langkawi tahun depan sempena Hari Biodiversiti Sedunia menjadi medan perkongsian ilmu, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat di negara ini berhubung usaha pelestarian dan pemuliharaan alam.

Pengarah Urusan Kumpulan, AOS Tourism & Hospitality, Anthony Wong, berkata konvensyen itu akan membentangkan usul Agenda 21, iaitu penyenaraian langkah pembangunan global yang komprehensif bagi dijadikan garis panduan dan seterusnya diguna pakai perwakilan dalam persidangan sama di peringkat Asian dan Asia Pasifik.

“Walaupun kita sedang mengejar kemajuan, pada masa sama masyarakat perlu menyedari betapa perlunya usaha pemuliharaan alam sekitar dijalankan termasuk pengekalan persekitaran selain meminimumkan kerosakan dan ancaman yang diterima bumi.

“Oleh itu, persidangan diadakan bagi memperincikan langkah mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan kesedaran dan kuasa pendidikan selain berkongsi ilmu dengan peserta mengenai pemuliharaan alam sekitar.” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran konvensyen oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Nor Azmal Mohd Nazir, di sini semalam.

Wong berkata, pihaknya menyasarkan mengutip lebih RM1 juta pada konvensyen bermula 19 Mei 2010, dan kutipan itu diserahkan kepada Yayasan Save Our Earth, iaitu organisasi mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti yang menjalankan usaha pemuliharaan alam sekitar.

“Kira-kira 60 peratus hasil kutipan akan diserahkan kepada negara lain yang menjalankan kegiatan sama seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Kemboja, ” katanya.
 
1 - 20 of 2012 Posts
Top