SkyscraperCity Forum banner

PULAU LANGKAWI | Kedah

612537 Views 2024 Replies 154 Participants Last post by  nazrey
no thread for langkawi???
cmon!!!

anyway here's new projects in Lgkw

www.andamanhills.com





1 - 20 of 219 Posts
Langkawi permata Kedah.....banga jadi Kedahan.....
MAS sedia penerbangan terus China-Langkawi

from http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story3000539.asp

PADANG MATSIRAT - Langkawi bakal menerima dua kali ganda pelancong dari China bermula Ogos ini sehingga tahun depan selepas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) melakukan penerbangan terus dari republik tersebut.

Ketua Stesen MAS, Hussain Yusuf berkata, MAS akan melakukan penerbangan dua kali seminggu dari Guangzhou ke Langkawi.

Menurutnya, penerbangan tersebut akan dilakukan setiap Selasa dan Jumaat, jam 3 dan 4 pagi setiap minggu.

“Perubahan laluan ini akan dilakukan selama setahun bagi menggalakkan pelancong dari China berkunjung ke pulau ini dan menghabiskan lebih masa untuk berbelanja.

“Melalui cara ini mampu menggalakkan industri pengangkutan udara dan melebarkan sayap penerbangan MAS secara amnya,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Hussein berkata, dua pesawat akan digunakan iaitu Airbus 321 dan Boeing 738 yang mampu memuatkan kira-kira 180 penumpang pada satu masa.

Menurutnya, laluan ini adalah kali pertama dilakukan dari Guangzhou selain Hong Kong berbanding laluan lain melalui transit di Kuala Lumpur.

“Kami rasakan pelancong dari Guangzhou amat berminat mengunjungi Langkawi memandangkan terdapat permintaan tinggi dipasaran,” katanya.

Beliau berkata, selain penerbangan terus dari Singapura dan Guangzhou, MAS Langkawi sentiasa memantau permintaan pelancong yang ingin berkunjung ke Langkawi.

“Melalui data yang dikumpulkan dan setakat ini lebih dari 20,000 pelancong China berkunjung ke pulau ini melalui Kuala Lumpur.

“Bagi melicinkan penerbangan mereka, kami mengambil inisiatif seperti menawarkan penerbangan tersebut dan percubaan ini akan dilakukan selama setahun, jika mendapat sambutan, ia akan dilanjutkan,” kata Hussain.
waa taman kerbau....tarikan baru kat langkawi ni...mesti kna lawat nanti...go ahead langkawi..proud to be Kedahan
Langkawi tidak perlu jambatan: Azizan

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar.

Menurutnya, tiada keperluan untuk kerajaan membina jambatan untuk menghubungkan pulau peranginan itu dengan tanah besar kerana tidak praktikal untuk dilaksanakan buat masa ini.

“Saya kurang bersetuju dengan saranan untuk membina jambatan itu kerana banyak kesannya terhadap Pulau Legenda itu kelak. Tidak perlu ada jambatan sebab ia pulau pelancongan dan sekiranya dibina juga, akan menyebabkan kesesakan kenderaan dan sebagainya,” katanya pada sidang media, selepas merasmikan Restoran Pizza Hut dan KFC Pandu Lalu Limbong Kapal, di sini, semalam.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu menjejaskan usaha untuk menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dan ingin mengekalkan hak milik eksklusif pulau itu sebagai tarikan pelancong luar negara.

“Kita juga harus memikirkan tentang kos membina jambatan memandangkan kedudukan Langkawi dengan Kuala Kedah agak jauh, dan pastinya menelan belanja yang besar. Kita tidak pasti sama ada praktikal atau tidak dan eloklah dibuat kajian dahulu,” katanya.

Kelmarin, Tun Mahathir berkata, kerajaan tidak perlu membina jambatan menghubungkan Langkawi dengan tanah besar bagi mengelak kesesakan, selain menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad pula menggesa jambatan dibina bagi kemudahan penduduk kerana dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.

Azizan berkata, buat masa ini, Kerajaan Negeri hanya bercadang untuk menaik taraf jeti Kuala Kedah sebagai pintu kedua ke Pulau Langkawi, dan tidak pernah membincangkan isu pembinaan jambatan.

“Kita akan pertingkatkan perkhidmatan feri terlebih dahulu. Kita sudah pun menghubungi Kerajaan Pusat untuk mengemukakan cadangan menaik taraf jeti Kuala Kedah. Perkara ini sudah dibincangkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam kunjungannya baru-baru ini,” katanya.

Bagaimanapun, jumlah peruntukan untuk projek menaik taraf belum diputuskan dan tidak menolak kemungkinan mencecah RM10 juta.

“Kita perlu kaji aspek mana yang perlu dinaik taraf sebelum mohon peruntukan. Projek ini mungkin akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 nanti,” katanya.
12 Oktober, 2009 16:33 PM

Lada Sertai Promosi Pelancongan Di Singapura



LANGKAWI, 12 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) akan menyertai promosi pelancongan di Singapura menerusi International Travel Bourse dari 20 hingga 23 Okt ini.

Pengurus Besar Lada, Azman Umar berkata, dengan penyertaan itu, Lada mengambil kesempatan mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

"Kita mengambil peluang memperkenal Langkawi kepada 60 negara yang menyertai ITB di Singapura itu," katanya kepada pemberita selepas jamuan hari raya anjuran Lada di sini pada Isnin.

Pada promosi itu, Lada diwakili oleh timbalan pengurusnya, Hanafi Ahmad dan pengurus pelancongan, Megat Shahrul Azman Abas.

Azman berkata kehadiran pelancong Singapura dan pelancong asing yang transit dari negara itu semakin meningkat kerana kini terdapat lima syarikat penerbangan yang mengadakan penerbangan terus ke Langkawi.

Syarikat-syarikat itu ialah AirAsia, Tiger Airways, Jet Star, Silk Air dan Penerbangan Malaysia.

-- BERNAMA
08 Oktober, 2009 12:11 PM

115 Pasukan Sertai Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi



LANGKAWI, 8 Okt (Bernama) -- Sebanyak 115 pasukan termasuk dari Singapura dan Brunei akan menyertai Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi bagi merebut Piala Mahsuri di Kompleks Sukan Langkawi di sini dari 14 hingga 18 Okt ini.

Setiausaha Persatuan Lawn Bowl Kedah, Shukri Ahmad, berkata Singapura menghantar enam pasukan dan Brunei empat pasukan.

Kejohanan itu bagaimanapun tidak melibatkan mana-mana pemain yang pernah mewakili pasukan negara kerana tujuannya adalah bagi mencungkil bakat-bakat baru, katanya.

"Kejohanan akan dijadikan asas bagi memilih pemain untuk pasukan pelapis kebangsaan untuk mewakili negara ke kejohanan antarabangsa pada masa depan," kata Shukri.

-- BERNAMA
08 Oktober, 2009 15:36 PM

Lebih 200 Sertai Pertandingan Congkak 1Malaysia Di Langkawi



LANGKAWI, 8 Okt (Bernama) -- Seramai 200 orang sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam Pertandingan Congkak 1Malaysia 2009 sempena pameran congkak di Kompleks Kraf Langkawi Teluk Yu Ayer Hangat di sini Sabtu ini.

Pengerusi pertandingan Datuk Mansor Ismail pada Khamis berkata pertandingan itu membabitkan pelbagai kategori, antaranya pelbagai kaum berkonsep 1Malaysia, bawah umur 7 tahun, orang kenamaan, pelajar sekolah rendah, menengah, serta media.

Beliau berkata pertandingan itu bertujuan mengetengahkan permainan congkak berkonsep Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di samping mempopularkan permainan itu.

Katanya hadiah wang tunai RM2,000 dan hadiah-hadiah sampingan disediakan kepada pemenang yang berjaya pada pertancingan itu nanti.

Beliau berkata 40 papan congkak disediakan untuk pertandingan anjuran Kompleks Kraf Langkawi dan Perpustakaan Desa Kampung Raja Padang Matsirat itu.

-- BERNAMA
13 Oktober, 2009 17:50 PM

Airasia Tingkatkan Kekerapan Untuk Penuhi Permintaan Cuti Akhir Tahun



KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- AirAsia Bhd akan menambah kekerapan penerbangan dari hab Kuala Lumpurnya ke Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching bagi menampung permintaan tinggi semasa cuti akhir tahun dan cuti musim perayaan.

Penerbangan tambahan akan dibuka untuk jualan pada 14 Okt dan perkhidmatan akan bermula 16 Nov hingga 6 Jan, 2010, kata AirAsia dalam satu kenyataan Selasa.

AirAsia turut menambah kekerapan penerbangan secara tetap ke Johor Bahru dan Pulau Pinang dari hab Kuala Lumpur, berkuat kuasa 19 Nov.

Bagi meraikan tambahan kekerapan itu, AirAsia menawarkan tambang dari Kuala Lumpur-Johor Bahru, dari serengah RM9.Ia turut menjadualkan penerbangan dari Kuala Lumpur - Pulau Pinang dari serendah RM29.

Promosi ini ialah dari 14-18 Okt untuk tempoh perjalanan dari 19 Nov hingga 31 Julai, 2010.

Tempat duduk promosi adalah terhad dan boleh diperolehi secara "siapa cepat, dia dapat" dan dibuat secara eksklusif dalam talian menerusi www.airasia.com dan mobile.airasia.com.

"Muatan yang tinggi dan permintaan menggalakkan untuk laluan-laluan ini telah mendorong kami untuk mengadakan penerbangan tambahan," kata ketua komersil serantau AirAsia, Kathleen Tan.

AirAsia berharap dapat menerbangkan 24 juta penumpang menjelang akhir tahun.



-- BERNAMA
Langkawi nanti 40,000 pengunjung

SELEPAS pekerja bertungkus-lumus hingga ke awal pagi memberikan sentuhan terakhir, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini bersedia menyambut kira-kira 40,000 pengunjung perdagangan dan 236 delegasi dari 40 negara bagi membuka tirai edisi ke-10 Pameran Lima '09.

Antara yang pasti menjadi perhatian struktur 'radome' menempatkan sistem radar dibangunkan jurutera tempatan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), syarikat yang lebih terkenal sebagai pengeluar dan pembekal komponen komposit untuk pesawat Airbus dan Boeing.

Radome berbentuk seperti bola golf berdiri setinggi 16 meter di pekarangan dewan pameran itu, dibangunkan untuk melindungi antena radar daripada bencana alam seperti ribut, kilat dan elemen semula jadi lain.
Persiapan Sapura pula tidak kurang hebatnya dengan tapak pameran 250 kaki persegi mempamerkan penyelesaian komunikasi bersepadu dibangunkannya dikenali sebagai 1Network.

Di tengah tapak pameran diletakkan simulator penerbangan boleh diubah suai mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.

Tapak pameran EADS pula mempertontonkan dua helikopter, EC120B dan EC135.

Syarikat pengeluar dan pembekal peralatan pertahanan itu juga mengeluarkan helikopter serangan Tiger untuk angkatan tentera Perancis dan Jerman.

Lima'09 juga mempamerkan pesawat pencegah/tempur Boeing F-111 Aardvark milik Tentera Udara Diraja Australia. Pesawat dengan skim warna kelabu pudar bagi tujuan mengelirukan musuh itu dijadualkan beraksi pada pertunjukan udara.

Ia mula berkhidmat sebagai sebahagian daripada angkatan pesawat tempur RAAF pada 1973. Pesawat juga dikenali sebagai 'Babi' kerana memiliki keistimewaan memburu pada waktu malam dan dalam cuaca buruk, selain dilengkapi radar khusus bagi mengesan pergerakan di darat.

Australia mengendalikan dua skuadron Aardvark, No 1 dan No 6, kedua-duanya berpangkalan di Amberley, berdekatan Brisbane. Pesawat enjin berkembar akan ditukar dengan ketibaan Boeing F/A-18F Super Hornets tahun depan.

Lima'09, buat pertama kalinya menggabungkan kedua-dua pameran udara dan maritim di bawah satu bumbung. HW Lima Sdn Bhd diberi kepercayaan menganjurkannya.
Penerbangan Phuket-Haadyai-Langkawi Tingkat Kerjasama

Saturday December 19, 2009

from http://mstar.com.my/services/printe...ar_berita/20091219165324.asp&sec=mstar_berita

LANGKAWI: Penerbangan Phuket-Hadyaai-Langkawi yang bermula hari ini membuka laluan baru bagi meningkatkan kerjasama dan menjimat masa perjalanan dari Thailand untuk ke pulau bebas cukai itu.

Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, menerusi penerbangan itu, para pelancong hanya mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke destinasi berkenaan untuk tinggal lebih lama.

"Sebelum ini, pelancong terpaksa mengambil masa tujuh jam untuk melakukan perjalanan dari Phuket ke Hadyaai dengan penerbangan, kemudian ke Satun menerusi bas dan menaiki feri untuk sampai ke Langkawi," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media ketika menyambut penerbangan pertama pesawat Happy Air Travelling Phuket-Hadyaai-Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini hari ini.

Pesawat itu mendarat 11.20 pagi ini membawa 33 penumpang termasuk media Thailand diketuai Timbalan Gabenor Wilayah Phanga, Woraproj Rotthasima.

Rombongan itu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, M.Marikumar, Pegawai Daerah Langkawi Bakar Din dan pegawai-pegawai kanan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Shazryl Eskay berkata, penerbangan itu selaras kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Thailand dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva saling berbalas kunjungan.

"Begitu juga lawatan Puteri Thailand ke Langkawi tahun lepas yang mendapat liputan meluas media di Thailand yang sekali gus mempromosi pulau peranginan ini," katanya.

Beliau yakin bukan sahaja pelancong asing akan menggunakan penerbangan itu, malah rakyat Thailand akan turut berkunjung ke Langkawi.

Beliau menjangkakan 200,000 pelancong Thailand dan asing akan melawat Langkawi sepanjang tahun depan menerusi perkhidmatan feri dari Satun, Kuala Perlis dan Kuala Kedah serta penerbangan udara.

Langkawi mempunyai keunikan dengan tarikan baru seperti Langkawi Geopark, bukit-bukau, kereta kabel dan pusat beli-belah yang boleh menjadi tarikan pelancong.

Happy Air Travelling mengadakan tiga penerbangan seminggu ke Langkawi pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu. - BERNAMA
17 Mei, 2010 13:21 PM
Usaha Tarik Pelancong Timur Tengah Ke Langkawi Diperbanyak
LANGKAWI, 17 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) akan memperbanyakkan usaha untuk menarik pelancong dari Timur Tengah berikutan semakin ramai rakyat negara-negara berkenaan berminat untuk datang ke pulau bebas cukai itu.

Pengurus Pelancongan Lada Megat Shahrul Azman Abas berkata sehubungan itu, agensi pelancongan diminta mewujudkan lebih banyak pakej istimewa kepada pelancong dari Timur Tengah.

Beliau berkata semasa mengadakan promosi di Dubai, Kuwait dan Qatar baru-baru ini, banyak agensi pelancongan negara-negara terbabit menunjuk minat ke Langkawi.

Lada akan mengadakan perbincangan dengan agensi pelancongan, pengusaha perhotelan dan produk di Langkawi untuk mengatur pakej-pakej istimewa yang menarik bagi menarik pelancong dari Timur Tengah, katanya.

Beliau berkata pakej berbulan madu, perkahwinan dan pelayaran kapal layar adalah antara yang akan dicadangkan, selain pelancong itu turut boleh meminati keindahan pantai, membeli belah dan makan.

Selain itu, usaha akan diadakan untuk menarik minat pelancong Timur Tengah tinggal lebih lama sempena bulan Ramadan nanti, katanya.

Beliau berkata lebih 100,000 pelancong negara-negara Timur Tengah menjadi sasaran melawat Langkawi tahun ini.

Megat Shahrul berkata semasa promosi bersama Tourism Malaysia termasuk 'Arab Travel Mart' di Dubai baru-baru ini, Langkawi dilihat menjadi antara destinasi diminati bagi Malaysia selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.

-- BERNAMA
new hotel in kuah town myhotel

from http://www.myhotellangkawi.com





Location
Located on the lagendary island of Langkawi, north-west of peninsular Malaysia, My Hotel sits in the heart of Kuah City, which is 5 minutes drive from the langkawi jetty, 20 minutes from Langkawi International Airport. It is a walking distance to local cafe, restaurant, shopping centre and Government Administrative Offices.

Exuding luxury and grandeur, the 20-storey hotel, embellishes in numerous Asian cultures in the midst of spectacular chandeliers to opulent quality marble finishing which displays a warm welcome

Hotel Description
My Hotel philosophy is to taylor unique experiences around individual guest and providing them with personalize attention. Offering Contemporary concept accommodation, innovative dining option and Spa facilities, 171 rooms is the perfect place for travelers looking for a private and business leisure
from http://www.utusan.com.my/utusan/inf...usan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm&arc=hive

Pelancongan helikopter Langkawi - Alor Setar
ALOR SETAR 30 Mei - Perkhidmatan helikopter dari Pulau Langkawi ke beberapa destinasi di sini dijangka mampu merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.

Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman berkata, perkhidmatan itu yang dimulakan sejak dua bulan lalu menerima sambutan yang menggalakkan dengan tempahan hampir setiap hari.

Beliau berkata, perkhidmatan yang ditawarkan oleh CIG Global Sdn. Bhd. itu membolehkan pelancong yang datang ke Langkawi melawat ke destinasi menarik di tanah besar.

"Pelancong di Langkawi menaiki helikopter untuk datang seharian ke sini dan pulang ke pulau peranginan itu pada hari yang sama," katanya kepada para pemberita selepas pelancaran Alor Setar Food Trail 2010 di perkarangan Menara Alor Setar di sini semalam.

Menurutnya, tiga lokasi utama menjadi tumpuan perkhidmatan itu iaitu bandar raya ini, Gunung Jerai dan Kulim.

Jelasnya, gaya pelancongan menggunakan helikopter itu terkenal di kalangan pelancong Arab, Eropah dan pelancong kaya.

Katanya, caj yang dikenakan adalah antara RM1,200 hingga RM1,800 dengan masa perjalanan antara 15 hingga 25 minit.

Sempena karnival Alor Setar Food Trail 2010 itu, CIG Global turut menawarkan pakej 'helicopter joyride' dengan bayaran RM88 kepada pengunjung yang mahu merasai pengalaman terbang mengelilingi bandar raya ini.
Friday May 28, 2010
Malaysian hotels make it on the Expedia Insiders’ Select list


EXPEDIA travellers have ranked Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel and The Westin Langkawi Resort & Spa among the world’s best hotels on this year’s Expedia Insiders’ Select list.

The list formally recognises individual hotels worldwide that consistently deliver excellent services, a great overall experience and a notable value.

The full list represents only a small percentage of the world’s top hotels from the more than 110,000 hotel properties offered on Expedia.

“We are pleased that our efforts have been acknowledged by Expedia travellers and we look forward to extending our high level of service to even more guests,” Sheraton Imperial general manager Wolfgang Boettcher said.

The Westin Langkawi Resort & Spa general manager echoed Boettcher’s sentiments and said the hotel always strived to deliver its best to guests.
June 07, 2010 11:30 AM

Langkawi Facing Shortage Of Rooms


LANGKAWI, June 7 (Bernama) -- Langkawi is facing shortage of rooms to meet rising number of local and foreign tourists, particularly during school holidays and international events like Langkawi International Maritime Exhibition (Lima).

Kedah Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta) chairman Pishol Ishak said the room increase from 7,200 last year to 8,000 currently was inadequate to meet demand from tourists.

He said inadequate rooms at hotels, resorts and chalets prompted many tourists to stay at homestay projects in kampungs while some had to sleep in cars and at bus stations.

Langkawi's latest hotel is the 154-room My Hotel in Kuah which opened only last week.

Spokesman Ku Azhar Ku Abdul Razak said My Hotel was set up by My Ferry, the Langkawi ferry operator.

"We offer "My Pakej" which comes complete with lodging and ferry service to visitors," he said.

-- BERNAMA
07 Jun, 2010 10:35 AM

Bilik Penginapan Di Langkawi Sering Tidak Cukup


LANGKAWI, 7 Jun (Bernama) -- Kedatangan pelancong yang meningkat menyebabkan bilik penginapan di hotel, resort dan chalet di Langkawi sentiasa tidak mencukupi terutama pada musim perayaan dan cuti persekolahan.

Keadaan itu berlaku kerana tumpuan pelancong ke Langkawi meningkat di luar jangkaan semasa cuti sekolah, penganjuran sukan dan pertunjukan antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima).

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Kedah Pishol Ishak berkata Langkawi kini mempunyai 8,000 bilik penginapan berbanding 7,200 bilik tahun lepas dan ia sentiasa ditambah berikutan peningkatan kedatangan pelancong.

Beliau berkata ketiadaan tempat penginapan kerana tidak menempah awal, adakalanya menyebabkan pengunjung terpaksa tidur dalam kereta.

Hotel terbaru di Langkawi adalah "My Hotel" di Kuah yang mempunyai 154 bilik dan mula beroperasi hujung Mei lepas.

Jurucakap My Hotel berkata hotel itu adalah rangkaian bersama perkhidmatan feri penumpang "My Ferry" yang berulang alik dari Langkawi ke tanah besar.

"Kami menyediakan pakej dinamakan "My Pakej" untuk pengunjung dengan menawarkan perkhidmatan feri dan penginapan," katanya.

-- BERNAMA
28 Jun, 2010 11:47 AM

Kumpulan Baron Mahu Bangunkan Lagi Tiga Ratus Bilik Penginapan



LANGKAWI, 28 Jun (Bernama) -- Kumpulan Baron, yang memiliki lima hotel di Langkawi, akan membangunkan 300 lagi bilik penginapan di pulau peranginan ini bagi menampung keperluan pelancong yang semakin bertambah dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Zailina Mohd Zain berkata syarikat itu dijangka melabur RM20 juta untuk membangunkan bilik penginapan itu dalam masa terdekat bagi menampung permintaan pelancong.

Dua ratus daripada bilik itu akan dibina di Kuah manakala selebihnya di Pantai Cenang, katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Kumpulan Baron mempunyai rangkaian hotel dan chalet bertaraf tiga bintang berjumlah 400 bilik di Kuah dan Pantai Cenang dengan yang terbaru de Baron Resort berhampiran Kompleks Pekan Rabu Kuah yang mempunyai 137 bilik dan mula beroperasi Disember lepas.

Zailina berkata penambahan bilik itu adalah bagi memenuhi permintaan pelancong dalam dan luar negeri.

Pemintaan bilik penginapan di Langkawi sering tidak mencukupi apabila berlangsung musim perayaan, penganjuran aktiviti antarabangsa dan cuti persekolahan.

Pada masa ini, Langkawi mempunyai 8,000 bilik melibatkan hotel, resort, chalet dan rumah tumpangan berbanding 7,200 bilik tahun lepas.

Berikutan keperluan itu Kumpulan Baron mengambil langkah untuk membina 300 bilik lagi, katanya.

Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Kedah Pishol Ishak yakin permintaan bilik penginapan dijangka meningkat kerana kehadiran pelancong akan bertambah.

"Kita menyasarkan seramai 2.4 juta pelancong dalam dan luar negeri berkunjung ke pulau peranginan ini tahun ini berbanding 2.37 juta pada tahun lepas", katanya.

-- BERNAMA
1 - 20 of 219 Posts
Top