SkyscraperCity Forum banner

PULAU LANGKAWI | Kedah

615036 Views 2024 Replies 154 Participants Last post by  nazrey
no thread for langkawi???
cmon!!!

anyway here's new projects in Lgkw

www.andamanhills.com





See less See more
3
1 - 20 of 2025 Posts
quite a nice hotel but looks a bit funny in graphic rendering
Lada pasang tujuh lagi CCTV jadikan Langkawi pulau selamat

LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) akan memasang tujuh lagi kamera litar tertutup (CCTV), menjadikan jumlahnya 19 unit, dalam usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan mengurangkan kadar jenayah.

Pengurus Besar Lada Azman Umar berkata, pemasangan CCTV itu membabitkan kos RM400,000 dan akan dipasang di lokasi tumpuan yang dikenal pasti pihak polis.

"Kita mahu pelancong yang berkunjung ke Langkawi merasa selamat selaras menjadikan Langkawi sebagai pulau pelancongan yang selamat," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan polis dan syarikat pembekal CCTV di Ibu Pejabat Polis Langkawi di sini, hari ini.

Katanya, pihak polis memaklumkan sejak pemasangan CCTV, kadar jenayah di pulau ini menurun sebanyak 11 peratus iaitu kepada 463 kes dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 520 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Azman berkata, Lada juga akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) yang menerima peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pemasangan CCTV.

Katanya, CCTV khusus untuk mengenal pasti wajah turut dipasang di pintu masuk termasuk di Jeti Kuah, peralatan pertama seumpamanya dipasang di Malaysia.

Antara lokasi yang dipasang CCTV ialah Jalan Pantai Cenang, Pandak Mayah, Langkawi Fair, Langkawi Mall, Jalan Pantai Tengah, Pejabat Pos dan Horbour Park serta kawasan kawalan pemantauan keselamatan seperti di Bukit Malut, katanya.
See less See more
WOW!!! very interesting indeed:)... another tower for KEDAH, just 30m behind AS tower...n another outstanding tourist attraction for langkawi...
Wednesday, February 9, 2011

Kedah destinasi pelancongan perubatan

ALOR SETAR 8 Feb. - Kedah mahu semua hospital awam dan pusat perubatan swasta di negeri ini berusaha mendapatkan Sijil MSQH yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi membolehkan negeri itu muncul sebagai destinasi pelancongan perubatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia penting kerana hospital bukan sahaja tempat masyarakat mendapatkan rawatan bermutu tinggi tetapi juga memberi pulangan kepada negeri dan rakyat menerusi kedatangan pelancong ke Kedah untuk menerima rawatan.

"Sebab itu kerjasama antara hospital dengan Jabatan Kesihatan negeri, Kementerian Kesihatan dan semua pihak adalah penting.

"Setakat ini pelancongan perubatan di utara hanya tertumpu di Pulau Pinang tetapi Kedah juga sebenarnya berpotensi kerana kedudukannya berdekatan dengan Indonesia dan Thailand," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyampaian Anugerah Akreditasi MSQH kepada Pusat Perubatan Kedah (KMC) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Marzhuki Md. Isa dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir.

Azizan berkata, kemudahan yang bermutu di hospital dan pusat perubatan swasta menjadi pendorong para pelancong datang ke Kedah dan seterusnya menjana ekonomi negeri.

Beliau berkata, kejayaan KMC mendapatkan Sijil MSQH diharap dapat menjadi pemangkin kepada pusat perubatan lain untuk turut serta mendapatkan sijil tersebut.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan negeri bercadang membina sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Langkawi bagi menampung keperluan penginapan pelancong domestik di pulau peranginan tersebut.

Menurutnya, dakwaan mengenai Langkawi semakin kurang dikunjungi pelancong adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri mendapati jumlah pelancong semakin meningkat hingga terdapat banyak permintaan daripada syarikat swasta untuk membina hotel.

"Permohonan pihak swasta itu adalah untuk membina hotel mewah tetapi kerajaan negeri bercadang membina hotel tiga bintang dengan 300 bilik di kawasan Pokok Asam," katanya tanpa menyatakan kos pembinaan hotel tersebut.

Selain itu beliau berkata, kerajaan negeri juga menggalakkan mana-mana pihak untuk menceburi perniagaan homestay bagi tujuan berkenaan.
See less See more
Pelancongan di Kedah menggalakkan

ALOR SETAR, 9 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan kemasukan seramai 50 ribu pelancong ke Langkawi sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membuktikan permintaan terhadap pusat pelancongan tersebut adalah menggalakkan.

Menurut Azizan, alternatif bagi menampung kekurangan penginapan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 300 bilik di Langkawi.

Hotel yang akan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad atau PKB ini mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Katanya lagi bagi merealisasikan perkara tersebut, pembinaan hotel bajet juga menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dengan harga yang berpatutan.

Azizan berkata, menjadi harapan utama kerajaan negeri untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dalam negara ini.

Disamping itu pulau lagenda ini juga diharapkan akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara khususnya sebagai pusat kesihatan pelancong peringkat antarabangsa tidak lama lagi.
See less See more
Tempat merawat dan melupus sampah dibina di Langkawi

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Pembinaan sebuah insinerator di Pulau Langkawi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mampu merawat dan melupus 100 tan sisa pepejal sehari bakal beroperasi pertengahan tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Wira Chor Chee Heung berkata, KPKT dalam proses membina lima insinerator di seluruh negara, iaitu di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Labuan dan Cameron Highlands.

“Yang paling cepat siap adalah di Langkawi dan Pangkor, ini merupakan perancangan masa depan kerana kita tidak mahu lagi bergantung kepada pusat pelupusan sampah (landfill).

”Walaupun Malaysia sebuah negara yang luas, kita tidak boleh bergantung kepada landfill sedia ada, kita perlu ikut negara maju seperti di Jepun, Singapura dan Hong Kong yang sudah lama menggunakannya,” ujar beliau.

Beliau tidak menafikan terdapat masyarakat yang tidak memahami mengenai penggunaan insinerator, mereka beranggapan ianya hanya akan membawa kepada pencemaran udara.

“Selepas diperkenalkan sistem ini, masyarakat akan memahami mengenai kebaikannya, melalui insinerator, seperti di Langkawi, ia mampu merawat dan melupus 100 tan sisa pepejal sehari,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara sedang membantu untuk menaiktaraf empat tapak pelupusan sisa pepejal di Jabi (Alor Setar), Semeling (Sungai Petani), Padang Cina (Kulim) dan Belanga Pecah (Langkawi).
See less See more
Ladang anggur akan wujud di Pulau Tuba
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 20 Mac – Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah ladang anggur di Pulau Tuba, Langkawi sebagai salah satu tarikan baru pelancong ke pulau lagenda itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar berkata, idea itu timbul apabila mengunjungi Ladang Anggur Tasik Beris, Sik dalam lawatan tidak rasmi dua bulan lalu.

“Saya melihat keunikan yang ada di ladang anggur itu. Sekiranya diberikan ruang dan peluang, boleh dimajukan ke Pulau Tuba, Langkawi untuk mewujudkan satu ladang anggur di sana sebagai tarikan pelancongan,” ujarnya di sini.

Beliau berharap pengusaha Ladang Anggur Tasik Beris dapat memberikan kerjasama agar hasrat mewujudkan sebuah ladang anggur di Pulau Tuba akan terlaksana.

Menurutnya, beliau akan meminta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) menghubungi pengusaha Ladang Anggur Tasik Beris bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenainya.

“Saya mengalu-alukan penglibatan pengusaha itu dan kerjasama baik dengan Kerajaan Negeri agar kita dapat berganding bahu mewujudkan satu lagi produk baru di Pulau Langkawi,” katanya.

Mengenai perancangan Kerajaan Negeri untuk memperhebatkan lagi promosi pelancongan ke Ladang Anggur Tasik Beris, ujarnya, kehadiran pelancong dari luar negara ke Kedah adalah bermusim.

Manikumar memberitahu, keunikan Ladang Anggur di Tasik Beris sekiranya dijadikan tarikan pelancong asing khususnya negara Eropah agak kurang kerana mereka tidak begitu teruja memandangkan di kawasan mereka sendiri sudah ada ladang anggur.

“Tetapi dari segi tarikan pelancong domestik di rantau ini seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand boleh dilakukan,” jelasnya.

Tetapi di Kedah, tambahnya, kita tidak boleh menawarkan pakej lawatan seperti yang dibuat di luar negara apabila melawat ladang anggur, pelawat turut berpeluang menikmati produk yang dihasilkan daripada anggur di ladang itu.
See less See more
Pulau Langkawi jadi destinasi pelancong Arab
Isnin, 11 Julai 2011 15:51 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR: Pulau Langkawi adalah antara destinasi pilihan pelancong asing termasuk pelancong dari negara-negara Timur Tengah (Arab) dengan menampilkan produk-produk yang berasaskan flora dan faunanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar berkata, Pulau Langkawi mampu menjadi salah satu daya tarikan kepada pelancong dari luar negara terutama dari negara-negara Arab untuk mengunjungi pulau berkenaan.

Beliau memberitahu, Kerajaan Negeri Kedah bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) baru-baru ini menyertai ‘Arabian Travel Market’ (ATM) Dubai kali ke-18 dan ini adalah kali pertama penyertaan Kerajaan Negeri.

“Delegasi diketuai oleh saya sendiri sebagai Urusetia Pelancongan Negeri Kedah dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah,” ujarnya.

Tambahnya, Muzium Negeri Kedah juga telah mempelajari cara produk di muzium di Dubai dipaparkan dan konsep seperti itu boleh diterapkan dalam penambahbaikan tatacara persembahan di muzium-muzium seluruh negeri Kedah.

Manikumar berkata, Malaysia yang menjadi rangkaian ‘favorite’ destinasi khususnya ketika bulan Ramadan menjadikan Pulau Permata Kedah (Langkawi) sebagai salah satu fokus khususnya pelancong-pelancong kategori ini (negara-negara Arab).

Oleh yang demikian, ujarnya, LADA bersama pihak swasta haruslah meneliti bagi bulan berkenaan (bulan Ramadan) agar boleh dijadikan destinasi paling diminati oleh pelancong-pelancong Timur Tengah untuk datang ke Pulau Langkawi.

“Ini termasuklah penyediaan bilik, makanan dan kemudahan sembahyang. Menerusi mengambil bahagian dalam ekspo-ekspo pameran sedunia seperti Arabian Travel Market, kita dapat memastikan Kedah dan Langkawi keseluruhannnya sebagai salah satu destinasi terulung dunia dengan menampilkan produk-produk yang kaya dengan flora dan faunanya,” jelasnya.
See less See more
Sedia kerjasama dengan pihak luar majukan langkawi
Selasa, 19 Julai 2011 10:16 | Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR, 19 April 2011 - Kerajaan Negeri Kedah sedia mempetimbangkan cadangan untuk bekerjasama dengan pihak luar bagi memastikan sektor pelancongan, terutama di Langkawi berkembang pesat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Manikumar Subramaniam berkata, selain itu kawasan lain seperti Yan juga tidak dipinggirkan sebaliknya pelbagai perancangan rapi untuk memastikan sektor pelancongan di sana turut diberikan perhatian.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan YB Haji Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka) semasa Mesyuarat Pertama Penggal ke Empat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke -12.

“Kadar pertambahan bilangan pelancong ke Langkawi pada tahun ini meningkat apabila kedatangan pelancong sejak Januari hingga ke April tahun ini adalah 835,389 meningkat sebanyak 72,261 jika dibandingkan denagn bulan yang sama tahun lalu iaitu 763,128.

“Unit Perancanagn Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi ketika ini sedang menjalankan kajian bagi membangunkan Langkawi Tourism Blueprint untuk tahun 2011 hingga 2015.

Kata beliau, melalui strategi ini, terdapat 14 inisiatif yang akan dibangunkan bagi memastikan Langkawi menjadi Global Top 10 Island dan Eco-Advanture Destination pada tahun 2015.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan terus menumpukan usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur di kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan bagi menggalakkan pertambahan bilangan pengunjung setiap tahun.

“Antara usaha yang dilakukan adalah membaik pulih kemudahan chalet di kawasan Ulu Muda, Sungai Semeling serta menambah prasarana sedia ada.

“Menerusi peruntukan pihak pelancongan dan kerajaan negeri, perancangan sedia ada akan turut dilaksanakan bagi mempromosikan tempat berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun kawasan pelancongan seperti Ulu Muda sudah lama dikenali namun tidak semua kawasan tersebut sudah diterokai sebaliknya masih terdapat banyak keistimewaan yang terselindung disebalik hutan tebal tersebut.
See less See more
2,400 pelancong serbu Langkawi

PADANG MAT SIRAT - Paluan gendang peribumi dan penari tradisional Melayu menyambut ketibaan rombongan pertama pelancong Hong Kong seramai 330 orang yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) melalui penerbangan sewa khas Cathay Pacific, pada 1.15 tengah hari, kelmarin.

Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 2,400 warga Hong Kong yang dijangka akan bercuti di Langkawi bermula Julai hingga 17 Ogos ini.

Ketibaan pelancong itu turut disambut meriah dengan kalungan bunga, diketuai Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Hanafi Ahmad.

Hanafi berkata, semua pelancong dari Hong Kong itu dijadualkan tiba dengan lapan penerbangan sewa khas, dan anggaran setiap penerbangan membawa kira-kira 300 penumpang.

“Saya difahamkan kumpulan pertama ini akan berada di pulau ini selama empat hari untuk bercuti dan mereka akan menikmati produk pelancongan menarik, selain keindahan pantai dan laut,” katanya.

Hanafi berkata, kehadiran pelancong Hong Kong yang dijangka tiba sekali seminggu hingga pertengahan Ogos ini adalah hasil kerjasama agensi pelancongan tempatan mengadakan promosi berterusan dengan harga berpatutan.

Menurutnya, kebanyakan pelancong tertarik untuk berkunjung ke sini setelah mereka didedahkan dengan keunikan dan keindahan Langkawi oleh agensi pelancongan sewaktu program promosi, laporan media termasuk laman sosial di Internet.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan industri pelancongan di pulau ini terus berkembang pesat kerana setiap kumpulan pelancong mempunyai minat yang berbeza. Contohnya, pelancong Jepun sukakan suasana inap desa, manakala pelancong India lebih tertarik pada industri perabot dan pelancong China pula gemar menyelam,” katanya.

Jerry Chen, 48, dari Shenzen Bay, Hong Kong, berkata, percutian bersama keluarga ke sini pastinya akan dikenang seumur hidup apabila mereka teruja disambut dengan alat muzik tradisional sejurus menjejakkan kaki ke pulau lagenda.

“Kami tidak sabar untuk menyelam di Taman Laut Pulau Payar yang terkenal dengan air yang jernih.

”Saya mengambil pakej empat hari dan merasakan ia terlalu singkat untuk kami menjelajah seluruh pulau. Kami bercadang akan kembali ke sini Disember ini,” katanya, ditemani isterinya, Yun Sheng Zhen, 43, serta dua anak.

Kumpulan pelancong berusia antara tujuh hingga 58 tahun itu bukan sahaja berpuas hati atas layanan istimewa, malah menyatakan hasrat mengunjungi pulau ini buat kali kedua dalam tempoh terdekat.
See less See more
new upcoming projects

4-storey hotel
Agensi:Majlis Perbandaran Langkawi, Kedah
No. Rujukan Projek:MPLBP/OSC/KDG/21/11/KM
Nama Projek:pERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH KEBENARAN MERANCANG UNTUK CADANGAN PEMBINAAN HOTEL 4 TINGKAT, RESTORAN DAN PASARAYA DI ATAS LOT 2458 DAN LOT 2459 PANTAI TENGAH, MUKIM KEDAWANG, DAERAH LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN.
Untuk Tetuan:UNTUK TETUAN GAGASAN LANGKAWI SDN BHD
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:B - Pembangunan Bercampur
Rancangan Tempatan (RT): Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot:LOT 2458 DAN LOT 2459
Mukim:KEDAWANG

10-storeys apartment
Agensi:Majlis Perbandaran Langkawi, Kedah
No. Rujukan Projek:MPLBP/OSC/KUH/19/11/KM
Nama Projek:pERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KEPADA SEBUAH BANGUNAN PUSAT LATIHAN 10 TINGKAT (45 UNIT APARTMENT YANG MENGANDUNGI 52 UNIT BILIK), 1 UNIT DEWAN BANKUET, 1 UNIT KOLAM RENANG WADDING POOL, 1 UNIT SPA 1 TINGKAT DAN 1 UNIT GIMNASIUM 1 TINGKAT DI ATAS LOT 1736 (H.S.M. 313-76),PERSIARAN PUTRA,MUKIM KUAH DAERAH LANGKAWI,KEDAH DARUL AMAN.
Untuk Tetuan:UNTUK : TETUAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA
Kategori Projek:A - Projek Biasa
Jenis Pemajuan:C - Komersial
Rancangan Tempatan (RT): Dikemukakan RT (Rancangan Tempatan)
No. Lot:LOT 1736 (H.S.M. 313-76)
Mukim:KUAH
See less See more
1 - 20 of 2025 Posts
Top