Joined
·
610 Posts
Langkawi tidak perlu jambatan: Azizan
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar.
Menurutnya, tiada keperluan untuk kerajaan membina jambatan untuk menghubungkan pulau peranginan itu dengan tanah besar kerana tidak praktikal untuk dilaksanakan buat masa ini.
“Saya kurang bersetuju dengan saranan untuk membina jambatan itu kerana banyak kesannya terhadap Pulau Legenda itu kelak. Tidak perlu ada jambatan sebab ia pulau pelancongan dan sekiranya dibina juga, akan menyebabkan kesesakan kenderaan dan sebagainya,” katanya pada sidang media, selepas merasmikan Restoran Pizza Hut dan KFC Pandu Lalu Limbong Kapal, di sini, semalam.
Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu menjejaskan usaha untuk menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dan ingin mengekalkan hak milik eksklusif pulau itu sebagai tarikan pelancong luar negara.
“Kita juga harus memikirkan tentang kos membina jambatan memandangkan kedudukan Langkawi dengan Kuala Kedah agak jauh, dan pastinya menelan belanja yang besar. Kita tidak pasti sama ada praktikal atau tidak dan eloklah dibuat kajian dahulu,” katanya.
Kelmarin, Tun Mahathir berkata, kerajaan tidak perlu membina jambatan menghubungkan Langkawi dengan tanah besar bagi mengelak kesesakan, selain menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad pula menggesa jambatan dibina bagi kemudahan penduduk kerana dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.
Azizan berkata, buat masa ini, Kerajaan Negeri hanya bercadang untuk menaik taraf jeti Kuala Kedah sebagai pintu kedua ke Pulau Langkawi, dan tidak pernah membincangkan isu pembinaan jambatan.
“Kita akan pertingkatkan perkhidmatan feri terlebih dahulu. Kita sudah pun menghubungi Kerajaan Pusat untuk mengemukakan cadangan menaik taraf jeti Kuala Kedah. Perkara ini sudah dibincangkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam kunjungannya baru-baru ini,” katanya.
Bagaimanapun, jumlah peruntukan untuk projek menaik taraf belum diputuskan dan tidak menolak kemungkinan mencecah RM10 juta.
“Kita perlu kaji aspek mana yang perlu dinaik taraf sebelum mohon peruntukan. Projek ini mungkin akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 nanti,” katanya.