SkyscraperCity Forum banner

PULAU LANGKAWI | Kedah

618801 Views 2028 Replies 155 Participants Last post by  21user
3
no thread for langkawi???
cmon!!!

anyway here's new projects in Lgkw

www.andamanhills.com





See less See more
161 - 180 of 2029 Posts
PR1MA Tambah Unit Rumah Di Kulim Hi-tech, Langkawi


SUNGAI PETANI, 27 Jun (Bernama) -- Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan diperluaskan ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) dan Langkawi dalam memastikan perancangan untuk membina 20,000 rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia di Kedah mampu dicapai.

Pengerusi Perbadanan PR1MA Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berkata sebanyak 2,871 unit rumah akan dibina di tiga kawasan iaitu dua di Kulim Hi-Tech dan satu di Langkawi yang dijangka bermula Ogos sehingga akhir tahun ini.

"Kita akan membina 711 unit rumah di kawasan Kulim Hi-Tech yang melibatkan dua kawasan manakala sebanyak 2,160 unit rumah akan dibina di Langkawi dengan hasil usahasama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

"Ia dijangka bermula pada bulan Ogos dan kita sedang berbincang dengan kerajaan negeri untuk melihat di daerah lain yang mendapat permintaan tinggi untuk pembinaan rumah PR1MA," katanya selepas melawat tapak perumahan di sini Jumaat.

Beliau berkata ketika ini PR1MA telah memperoleh tanah seluas 151.2 hektar di Sungai Petani, Kuala Ketil dan Langkawi untuk dibina 5,227 unit rumah PR1MA dan setakat ini sebanyak 3,067 unit rumah telah pun dalam proses pembinaan.

"Setakat ini proses pembinaan telah pun dimulakan di Sungai Petani (2,744) dan Kuala Ketil (323) dan kita jangka peringkat fasa pertama akan siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang. Jika tiada masalah, ia akan siap menjelang hujung tahun depan.

"Kita sedang berbincang dengan pihak yang terlibat untuk memikirkan bagaimana mahu mempercepatkan proses pembinaan rumah ini kerana kebiasaannya pembinaan rumah memakan masa sehingga dua tahun tetapi saya tidak mahu ia mengambil masa yang begitu lama. Menjelang tahun depan saya ingin lihat 1,000 unit rumah sudah disiapkan," katanya.

Beliau berkata setakat ini pemohonan bagi mendapatkan rumah PR1MA ini telah mencecah 8,000 yang mana 4,300 daripadanya berhasrat untuk mendapatkan rumah di kawasan Sungai Petani.

-- BERNAMA
See less See more
^^

Tanjung rhu beach still open to the public.
just enter the guard house and fill the security form
Ambulans laut sedia berkhidmat

Oleh NORLIA RAMLI
[email protected]

Bot ambulans laut yang berkelajuan 25 knot memberi perkhidmatan kepada lebih kurang 15 kes setiap bulan di Langkawi, Kedah.
Advertisement
LANGKAWI 25 Ogos - Pesakit di daerah ini boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi berasak-asak untuk menaiki bot laju dengan penumpang lain bagi mendapatkan rawatan hospital di tanah besar.

Perkhidmatan bot ambulans laut yang beroperasi sejak Februari lalu membolehkan kerja-kerja pemindahan pesakit yang berada di Hospital Langkawi menjadi lebih mudah, lancar dan cepat.

Sejak beroperasi, ambulans laut yang berkelajuan 25 knot itu telah memberi perkhidmatan kepada lebih kurang 15 kes setiap bulan.

Bukan itu sahaja, ambulans laut ini dilengkapi dengan kemudahan dua tempat untuk membawa pesakit dewasa dan satu untuk kanak-kanak, selain dua bilik untuk kakitangan hospital dan dua lagi untuk pengendali ambulans laut tersebut.

Pengarah Urusan JMV Tradetech, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata, dengan adanya kemudahan ambulans laut ini, pesakit tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri penumpang jika perlu mendapatkan rawatan segera di hospital lain di tanah besar.

"Perkhidmatan ini memberi keselesaan kepada pesakit dan mereka tidak perlu berasak-asak di dalam feri penumpang.

"Pesakit juga akan dibawa segera berbanding sebelum ini yang terpaksa menunggu lama dan perlu mengikut jadual feri penumpang," katanya di sini baru-baru ini.

Syarikat tersebut mendapat kepercayaan daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut dengan menyediakan sebuah ambulans laut khas untuk membawa pesakit.

Kata Ku Azhar, perkhidmatan tersebut diharapkan dapat memberi keselesaan kepada penduduk di saat-saat berlaku kecemasan.

"Dengan perkhidmatan ini, pesakit tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapat rawatan dan merasa lebih selesa. Paling penting, mereka tidak lagi malu dilihat penumpang lain.

"Sebagai anak Langkawi, saya merasa bangga apabila dipilih untuk menjalankan perkhidmatan ambulans laut ini bagi membawa pesakit yang bermastautin di sini. Perkhidmatan ini juga memberi kemudahan kepada pelancong yang ditimpa musibah," katanya.
See less See more
fro fb https://www.facebook.com/pages/Adya-Hotel/1471690836425942




Opening Soon in November 2014!!!!!!!
First Islamic Concept 4 star Hotel in Kedah with 207 rooms and other facilities as:-
- Separate swimming pools for Woman & Men
- Gym & Spa
- Business Centre
- Banquet capacity for 500 paxs
- Indoor & Outdoor restaurant
- Near to shopping area at Kuah Town
And many more.Follow our page more information and promotion.

http://www.adyahotel.com/
See less See more
pusat latihan lgm u/c past month

from google earth street view


See less See more
Kelibang langkawi area march 2014 from instantstreetview.com

http://www.instantstreetview.com/1t6murz5bgrd3z2uizs1z0
from left Simfoni resort ,century suria,nagoya inn,grand continental,langkawi parade and adya hotel u/c




http://maps.googleapis.com/maps/api...&fov=180&pitch=8.086247030896578&sensor=false
See less See more
Langkawi Bakal Jadi Hab Antarabangsa AirAsia

LANGKAWI, 18 Mac (Bernama) -- AirAsia berhasrat menjadikan lapangan terbang Langkawi di sini, sebagai hab antarabangsanya dengan sasaran sekurang-kurangnya sejuta penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata rancangan itu dijangka dapat dimulakan empat bulan lagi sejajar usaha syarikat penerbangan itu menempatkan lebih ramai anak kapal dan juruterbangnya di Langkawi.

"Kami menganggarkan dapat menempatkan lima pesawat di sini dan mampu menjana antara sejuta hingga 1.5 penumpang dalam masa singkat, iaitu sesuatu yang asing di Langkawi sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran paparan imej kepengerusian Malaysia bagi ASEAN di pesawat AirAsia yang disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di sini, Rabu.

Menurut Fernandes, sebagai hab antarabangsa, AirAsia boleh mengendalikan penerbangan terus antara bandar raya ASEAN dan seterusnya China dan India, ke Langkawi.

Pada masa ini, syarikat penerbangan itu hanya mengendalikan satu penerbangan terus antarabangsa iaitu antara Langkawi dan Singapura.

Menurutnya, AirAsia telah berusaha sekian lama untuk merealisasikan impiannya menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsa dan amat menghargai langkah kerajaan membenarkannya meneruskan rancangan itu.

"Kerajaan telah melihat dengan adanya kos struktur yang betul, kita sebenarnya boleh mewujudkan perniagaan baharu," katanya.

Selain Langkawi, Malaysia juga, kata Fernandes, turut memiliki beberapa lapangan terbang yang berpotensi menjana trafik antarabangsa lebih tinggi selagi bayaran ditetapkan adalah berpatutan.

"(Lapangan terbang) Melaka atau Kuching juga boleh mempunyai lebih banyak penerbangan antarabangsa. Ia (penerbangan antarabangsa) tidak perlu menerusi KLIA2 semata-mata.

"Kita memiliki banyak lapangan terbang yang hebat tetapi ia tidak penuh. Ia seharusnya digunakan (secara optimum) dan akan menjadi satu langkah besar untuk Malaysia," katanya.

-- BERNAMA
See less See more
Bunga, Lampu Aneka Warna Sambut Delegasi Sidang Kemuncak Asean 2015 Ke Langkawi

LANGKAWI, 6 April (Bernama) -- Majlis Perbandaran Langkawi sedang menyediakan kira-kira 12,000 pohon bunga hiasan pelbagai warna untuk ditanam di laluan utama pulau ini sebagai sebahagian daripada persiapan menyambut kedatangan anggota perwakilan ke pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN 2015 pada 26 dan 27 April.

Yang Dipertuanya Isahak Murat hari ini berkata penanaman pohon itu akan ditumpukan di sekitar Kuah, pekan utama di bawah bidang kuasanya, hingga ke St Regis Hotel di sebelah timur pulau ini, venue anggota perwakilan sidang kemuncak itu dijangka berkumpul.

"Majlis ini juga akan menambah lampu hiasan jalan, yang ketika ini ditumpukan di sekitar Dataran Marmar di sini supaya meliputi kawasan lebih luas di pekan Kuah bagi menambah keindahan suasana pada waktu malam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Langkawi Bandar Raya Bersih di sini.

Beliau berkata kempen pembersihan secara besar-besaran akan diadakan di Jalan Beringin dan Jalan Penarak di sini pada 19 April sebagai sebahagian daripada persiapan itu.

"Ketika LIMA (Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi) diadakan (dari 17 hingga 21 Mac), kami mencatat sifar aduan tentang kebersihan awam dan kami berharap mood ini akan berterusan apabila kami menjadi tuan rumah sidang kemuncak ini," katanya.

-- BERNAMA
See less See more
  • Like
Reactions: 1
Kemudahan Bertaraf Enam Bintang Untuk Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN Di Langkawi


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (tengah) ketika mendengar taklimat sempena tinjauan beliau bagi persiapan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi hari ini.LANGKAWI, 18 April (Bernama) -- Kemudahan bertaraf enam bintang menunggu anggota perwakilan ke Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang akan berlangsung pada 27 April di sini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di sini hari ini.

Beliau berkata Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang menerajui usaha menyediakan persiapan bagi acara itu, menunaikan tugasnya dengan cemerlang untuk memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Kita (sebagai hos) patut berbangga kerana dapat menyediakan kemudahan bertaraf lima bintang atau enam bintang, tetapi perkara lebih penting ialah bilik persidangan yang akan digunakan adalah praktikal...sesuai serta memenuhi keperluan," katanya.

Anifah berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kemudahan berkenaan, termasuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), sebuah hotel bertaraf enam bintang yang baru disiapkan, serta sebuah resort bertaraf lima bintang.

Ketua pegawai eksekutif LADA Tan Sri Khalid Ramli dan beberapa pegawai kanan kementerian itu serta LADA mengiringi beliau dalam tinjauan itu.

Anifah berkata persiapan berkaitan keselamatan juga dibincangkan secara terperinci sebelum beliau ke sini hari ini berikutan pengesahan kesemua 10 ketua kerajaan ASEAN untuk menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

Katanya kira-kira 3,000 anggota perwakilan dari negara anggota ASEAN dijangka berhimpun di Langkawi bersempena pemukiman itu selepas bermulanya sidang kemuncak berkenaan di Kuala Lumpur pada 24 April.

Malaysia menjadi hos sidang kemuncak itu atas sifatnya sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

Tahun 2015 merupakan tahun penting bagi pertubuhan serantau itu, yang menyasarkan terbentuknya Komuniti ASEAN menjelang penghujungnya.

Bertemakan 'Rakyat Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita', wawasan Malaysia sepanjang menjadi pengerusi ASEAN ialah terbentuknya 'ASEAN yang berpaksikan rakyat' yang melibatkan semua lapisan masyarakat dalam kegiatan pertubuhan itu.

- BERNAMA

from http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1127469
See less See more
161 - 180 of 2029 Posts
Top