Skyscraper City Forum banner
1 - 20 of 28 Posts

·
klite
Joined
·
2,589 Posts
are these your own photos, well done. these houses are still in their original condition just remove some of the the more recent renovations and they can be restored to how they looked when first built. Hope they don't get destroyed and replaced by commercial construction.
If I owned a property like that I would restore and renovate it with new bathroom and kitchen facilities so that it is very modern inside but original outside. The attraction is living in a restored kampung house with all modern fixtures in the city centre. Its the mindset change needed to appreciate the beauty of these houses and the value (both heritage and monetary) that these places should command.
 

·
Banned
Joined
·
3,880 Posts
Discussion Starter · #5 ·
yup, they are all mine as you can see the red stamp on it.;)

i have a mix feeling about kampung baru, even tho there are some nicely built old houses, they are all scattered all over. to make kampung baru as a heritage area and touristic spot or even as a homestay program, all these houses need to be relocated into one centered area. but impossible, isn't it? plus the problem of land ownership etc.
 

·
Registered
Joined
·
997 Posts
Good pictorial... but as Travellator says... all the recent renovations have to be removed - even if it looks plain, the original architecture should be exposed.

Do you know what/ where the oldest surviving structure in Kg Baru is?
 

·
Banned
Joined
·
3,880 Posts
Discussion Starter · #8 ·


Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru merupakan kelab orang Melayu tertua dan yang terkemuka di negara ini pada satu ketika dahulu.

Sejak ditubuhkan pada 1909, ia menyaksikan pelbagai peristiwa penting yang kini tercatat dalam lipatan sejarah negara.

Justeru, untuk mengembalikan zaman kegemilangannya dan agar tidak dilupakan oleh generasi baru, empat tokoh telah mengisahkan pengalaman mereka dalam penubuhan, perkembangan dan kemajuan serta aktiviti Kelab itu.

Pengisahan mereka dihebahkan pada Majlis Pengisahan Sejarah Kelab Sultan Sulaiman anjuran Arkib Negara Malaysia pada 10 Ogos 2006. Empat tokoh pengisah itu ialah ahli politik veteran Tan Sri Aishah Ghani, Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail, Brig.Jen.(B) Datuk Abdul Latif Ahmad dan Datuk Abdul Ghani Minhat.

LATAR BELAKANG

Sehingga 1967, ia dikenali sebagai Sultan Sulaiman Club sempena nama Sultan Selangor ketika itu Sultan Alaidin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa yang memerintah dari tahun 1898 hingga 1938.

Pada 1899, Kampung Baru dikenali sebagai `Malay Agricultural Settlement' (M.A.S). Penduduknya sering mengadakan perjumpaan di sebuah pondok yang dibina secara bergotong-royong.

Pada 1901, beberapa orang penduduk Kampung Baru telah mendaftarkan aktiviti mereka sebagai satu kelab tetapi ia belum dikenali sebagai Kelab Sultan Sulaiman.

Hanya pada 1909, bangunan Kelab Sultan Sulaiman didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh Sultan Selangor. Ia dibina hasil sumbangan Kerajaan Inggeris sebanyak $500 dan kutipan derma orang ramai serta melalui pertunjukan kebudayaan yang sering diadakan untuk menambah tabung kewangan kelab.

Kelab ini adalah khusus untuk kepentingan dan kegunaan orang Melayu. Penubuhannya didorong oleh penubuhan kelab-kelab bagi bangsa lain di Tanah Melayu ketika itu seperti Jawa Peranakan Club dan Penang Peranakan Club.

Pegawai-pegawai Inggeris juga telah menubuhkan kelab mereka sendiri pada tahun 1890-an yang dikenali sebagai Selangor Club. Lantaran ketiadaan kelab khas untuk orang Melayu khususnya bagi kalangan pegawai-pegawai Melayu maka ia telah mendorong penduduk Kampung Baru untuk menubuhkan sebuah kelab bagi tujuan perjumpaan dan bermesyuarat.

Ahli-ahli Kelab terdiri daripada penduduk di sekitar Kampung Baru, pegawai-pegawai Melayu yang bekerja dengan British, golongan kerabat Diraja dan orang kenamaan.

Pada peringkat awal, jawatan Yang Dipertua kelab dipegang oleh pegawai-pegawai tadbir Inggeris. Yang Dipertua pertama kelab itu ialah Tuan Stoney, kemudian C.J Perkins dan Watson. Selepas itu barulah terdiri daripada orang-orang Melayu seperti Haji Hussein, Mohd Amin Pasar dan Datuk Mahmud Ambak.

SEJARAH BANGUNAN KELAB

Bangunan pertama kelab itu didirikan pada 1909 secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Rekabentuknya berunsurkan seni bina Melayu yang berbentuk `Minang' dengan struktur pembinaannya daripada kayu cengal, berdinding papan dan beratapkan daun nipah.

Terdapat beberapa buah bilik bacaan dan ruang untuk bermesyuarat. Pada 1914, penduduk Kampung Baru memohon ditambah struktur asal bangunan terutama yang melibatkan ruang bacaan memandangkan ia menerima kunjungan ramai.

Bagaimanapun, bangunan itu tidak dapat digunakan lama kerana pada Disember 1930, ia musnah dalam kebakaran menyebabkan aktiviti kelab terhenti seketika.

Yang Dipertua Kelab ketika itu, Raja Tun Uda Raja Mohamed, berusaha mendirikan semula bangunan kelab pada 1932 yang berdindingkan papan dan beratapkan genting.

Setelah bertahan selama 35 tahun, keadaannya yang kian uzur menyebabkan ia ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti untuk sekian lama dan akhirnya pada 1967, bangunan itu dirobohkan.

Usaha untuk membina semula bangunan kelab diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui surat permohonan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, pada April 1967 kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein.

Akhirnya, bangunan baru yang dinamakan Dewan Sultan Sulaiman menjadi kenyataan hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 30 April 1969.

Bangunan baru itu terbahagi kepada dua, Dewan Orang Ramai dan Kelab Sultan Sulaiman. Dewan Orang Ramai boleh memuatkan 1,000 orang dan mempunyai sebuah pentas. Ia digunakan untuk aktiviti sukan seperti badminton, sepak raga dan bola keranjang. Sebuah bilik perpustakaan turut disediakan untuk kegunaan ahli dan orang ramai.

Di bahagian Kelab terdapat sebuah restoran, kantin, bilik biliard, bilik mesyuarat, bar dan asrama untuk anggota, pemain atau pelawat daripada luar.

PERANAN KELAB

Kelab Sultan Sulaiman memainkan peranan penting dalam sejarah negara. Selain daripada menjadi tempat pencetus semangat orang-orang Melayu menentang Malayan Union, peristiwa yang paling bersejarah, pastinya Kongres Melayu Pertama yang membawa kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Kongres yang dipengerusikan Datuk Onn bin Jaafar ini diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 dan dihadiri oleh 107 orang wakil daripada 41 pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu.

Turut hadir ialah 56 orang pemerhati dari setiap negeri di Tanah Melayu dan ribuan rakyat yang membanjiri padang Kelab untuk mendengar perbincangan para perwakilan mengenai nasib bangsa Melayu.

Sejak penubuhannya, Kelab ini sering dijadikan tempat bermesyuarat oleh pelbagai persatuan. Antaranya ialah Sahabat Pena, Persatuan Penulis-Penulis Melayu Malaya, Persatuan Melayu Selangor dan sebagainya.

Ia juga digunakan untuk mengadakan Kongres Wartawan bagi menubuhkan Kesatuan Wartawan Melayu Se Malaya pada 18 Ogos 1940.

Penggunaan Kelab amat aktif sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Umno sering mengadakan mesyuarat agongnya di Kelab ini, begitu juga Pemuda Umno yang menggunakannya untuk Mesyuarat Tahunan mereka.

Selepas kemerdekaan, ia jarang digunakan kerana kebanyakan persatuan mempunyai bangunan mereka sendiri.

Pada 1960-an dan 1970-an, Kelab tidak lagi aktif. Namanya hanya muncul sekali-sekala iaitu apabila terdapat apa-apa perjumpaan penting, umpamanya perjumpaan anggota Umno menjelang pilihan raya khasnya.

Sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu, aktiviti Kelab juga terhenti untuk sementara waktu. Bangunan Kelab digunakan sebagai markas tentera Jepun, tempat menyimpan barang-barang dan tempat tinggal pegawai-pegawai tentera Jepun.

Padang Kelab pula digunakan oleh tentera Jepun untuk menanam ubi keledek dan ubi kayu bagi bekalan makanan mereka.

Sewaktu Tragedi 13 Mei 1969, bangunan Kelab dijadikan tempat perlindungan orang Melayu yang lari dari kawasan berdekatan dan sekitar Chow Kit serta sebagai markas tentera dan polis hutan.

Pada akhir 1970 dan awal 1971, ia digunakan sebagai tempat perlindungan mangsa-mangsa banjir Kampung Baru ketika banjir besar melanda Kuala Lumpur.

Jasa Kelab kepada masyarakat sekitar Kampung Baru pasti tidak dapat dilupakan.

Apabila negara memulakan siaran televisyen pada 1963, Kelab ini menyediakan sebuah televisyen pada 1964 di bahagian luar bangunannya untuk tontonan ahli-ahli Kelab dan orang ramai.

Secara tidak langsung, ia memberi hiburan kepada masyarakat setempat yang belum mampu memiliki televisyen ketika itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, sekumpulan budak nakal membaling batu dan merosakkan televisyen itu. Selepas kejadian itu, televisyen tidak lagi disediakan lagipun masyarakat sudah mampu membelinya.

AKTIVITI KELAB

Aktiviti kesukanan seperti bola sepak, tenis, kriket, badminton dan ragbi turut digiatkan di kelab. Ia melahirkan beberapa jaguh bola sepak seperti Zainal Abidin, Hanafiah Ali, Kang Hang Meng, Zulkifli Nobit dan Ghani Minhat.

Melalui tenis, ia menonjolkan kehandalan almarhum Sultan Pahang Sultan Abu Bakar yang merupakan orang Melayu pertama mempelopori permainan tenis.

Selain itu, acara kesenian seperti pertunjukan bangsawan dan permainan muzik tradisional seperti ghazal serta aktiviti belajar menjahit, memasak dan menguruskan rumahtangga turut diadakan.

Zaman kegemilangan kelab itu adalah hasil titik peluh pemimpin dan anggota Kelab serta masyarakat sekeliling, dan ia disegani oleh persatuan-persatuan lain di Kuala Lumpur.

Namun, kini, gah dan kehebatannya telah dimamah usia dan waktu. Bangunannya juga dipandang sepi.

Anggota kelab dan masyarakat perlu mengkaji semula peranan Kelab Sultan Sulaiman agar ia kembali mekar seiring dengan peredaran masa di samping menyedarkan rakyat terutama generasi muda tentang peranannya dalam sejarah negara.

-- BERNAMA
 

·
Banned
Joined
·
3,880 Posts
Discussion Starter · #10 · (Edited)
kelab sultan sulaiman potrayed as the 'oldest' building in kampung baru. i din know that it had been demolished....

i believe as any other houses, there is no any official document stated which house built first and when they got renovated. even the heavily crafted Rumah Penghulu Abu Seman (Jalan Conlay) built in 1924. so, i don't think houses in kampung baru with much simpler design built earlier than 1950's...
 

·
Registered
Joined
·
997 Posts
IMO, you can get more traditional houses in places like Perak, Negeri Sembilan and east coast.

Where you have astro satelite dish jerk out, it look not so traditional already.
We’re not talking about Perak or Negeri Sembilan here. It is about traditional housing in a skyscraper-filled city like Kuala Lumpur. The contrast of a messy kampong in a modern city like KL is what makes it fascinating, even if the buildings are simple. Apart from redeveloping strategic parcels (like those near the underground station), the traditional areas can be cleaned up, refurbished and marketed as a tourism product.

What on earth is “jerk out” :lol:… Truly pathetic...
 

·
Registered
Joined
·
997 Posts
kelab sultan sulaiman potrayed as the 'oldest' building in kampung baru. i din know that it had been demolished....

i believe as any other houses, there is no any official document stated which house built first and when they got renovated. even the heavily crafted Rumah Penghulu Abu Seman (Jalan Conlay) built in 1924. so, i don't think houses in kampung baru with much simpler design built earlier than 1950's...
Actually, it might be possible to obtain official documents on prominent houses if research is done at the National Archives or even DBKL. Even for the renovations, if they were done legally. But a lot of time may be needed to document every single structure in Kampung Baru and evaluate it's historical worthiness... Do you have anymore pictures?
 

·
Vince
Joined
·
6,200 Posts
Some modern houses should emulate the architecture of these traditional Malay houses; would enhance ventilation of the houses and cut down on the use of Air-Con in our tropical climate. The City should also refurbish the structures with heritage value in Kampung Baru to prevent greedy developers from pulling them down, as we don't want a repeat of the Bok House. We can build many more new structures, but we only have a handful of heritage houses for our next generation to see and appreciate.
 

·
Banned
Joined
·
3,880 Posts
Discussion Starter · #17 ·
The Sultan Sulaiman Club House

this is a reproduction/rebuilt version of a 1909 club house which has gone demolished in 1960's. while this is regard as the prominent historical structure, i've read about a Wanita UMNO building, next to the stalled VisionCity which is said older than this 1969 building.








the Kampung Baru 'Little League' Soccer team, offering themselves to be photographed...;)
 

·
Banned
Joined
·
3,880 Posts
Discussion Starter · #18 ·
The City should also refurbish the structures with heritage value in Kampung Baru to prevent greedy developers from pulling them down, as we don't want a repeat of the Bok House.
the thread now is not developer neither the government. but the owner themselves. as what happen to Bok House, the owner want to sell the house/land for millions which government can't bear to pay as it is has no significant historical value. just an 'old' house...

based on that, government decided to let it go...(i had a talk with Deputy Commisioner of National Heritage Department regarding on Bok House)

even CapitaLand of Singapore has to buy a single shophouse for S$9 million!!! i don't think our National Heritage Department has enough fund for it.
 
1 - 20 of 28 Posts
This is an older thread, you may not receive a response, and could be reviving an old thread. Please consider creating a new thread.
Top